Posted by KAY on Jan 21, 2010 in
Me and MySelf
Salam.
Aku takkan lama disini. Aku akan bertukar rumah. Minta maaf, aku tak mampu untuk bayar. Sebelum ni orang lain yang bayarkan. Tak apalah, aku akan cari rumah yang lebih murah, oh silap, rumah yang tidak berbayar.
Mungkin aku tidak akan kongsi, mungkin aku akan kongsi. Entah. Tengoklah keadaan macamana.
Apa-apapun, kepada sahabat yang banyak membantu, yang selama ini bersusah payah membayar sewa rumah, terima kasih. Hanya Tuhan dapat membalas jasa kamu. Ya Allah, ampuni dosaku, ampuni dosa sahabat ini. Sesungguhnya aku telah berdosa kepadanya, dan aku memaafkan segala silap dan salahnya padaku. Ya Allah, dengarkanlah ini.
Kepada pembaca, moga kalian juga tegar di jalan yang benar. Jangan mudah putus asa, jangan biarkan hati kering, gersang dan kelaparan. Biarkan ia sejuk bermandi zikir, biarkan ia kuat dengan rabitah, semoga kalian berada dibawah lembayung Rahmat-Nya.
Wassalam.
Tags: kawan, Muhasabah, penyakit
Posted by KAY on Jan 8, 2010 in
Me and MySelf,
Teman/Sahabat
Salam.
Suatu hari, aku menonton cerita Criminal Mind. Al-kisahnya, salah seorang pekerja dia selalu bermimpi, mimpi kematian seorang budak, seorang budak yang seolah-olah menyalahkan dia kerana tidak cuba menyelamatkan budak tu. Sedih juga. Bila dalam mimpi tu, dia melihat ayahnya yang membunuh budak itu, bermati-matian dia cuba menyelidik dan mencari bukti bahawa pembunuh budak itu adalah ayahnya sendiri. Kematian budak itu, sememangnya wujud dan bukanlah mimpi kosong. Cumanya, ibu dan ayahnya tidak pernah memberitahu perkara sebenarnya, dan rupanya, dia terlalu memikirkan kisah itu sedari kecil lagi.
Apa yang aku cuba nak selitkan adalah, apabila dia cuba bertanya mengenai budak yang mati tu, ibunya kata itu adalah kawan khayalan dia. Budak itu tidak pernah wujud walaupun diakhir ceritanya memang budak itu benar-benar wujud, tetapi telah meninggal dunia dibunuh oleh penculik kanak-kanak.
Pokoknya, apakah benar wujudnya kawan khayalan dalam hidup kita? Bagaimana kita definasikan kawan khayalan itu? Adakah kita sudah gila apabila kita berkawan dengan kawan khayalan? Aku terfikir, bagaimana wujudnya kawan khayalan sebenarnya?
Dan aku terasa, rupanya aku juga punya kawan khayalan. Kawan yang sentiasa mendengar masalah aku, sentiasa mendengar kisah-kisah silam aku, yang tidak penat mendengar nasihat dan memberi nasihat, yang sentiasa bersama walau susah atau senang. Kawan khayalan adalah kawan yang sempurna, yang tidak ada cacat celanya, yang tiada kawan lain yang mampu menjadi sehebatnya, kerana dia hanyalah rekaan kita. Dia hanyalah kehendak kita, sebab itu orang kata cinta itu buta. Kerana kita terlalu berkhayal bahawa lelaki atau wanita kesayangan kita itu cukup sempurna, walaupun ianya hanya khayalan kita sahaja, walhal realitinya terlalu banyak kekurangan yang ada.
Aku ada seorang kawan khayalan, yang wujud dirinya aku tidak pasti, dan penghujung kisah hidupnya dan aku juga tidak tahu ke mana kerana dia cuma ada dalam khayalan. Tidak pernah temu, tidak pernah lihat, tidak pernah kenal, tidak pernah sua, apa yang pasti, kawan khayalan ini hanyalah kawan yang mendengar, bercerita, menasihat, mengingatkan, menenangkan, dan macam-macam lagi. Realitinya tidak kelihatan, cukuplah ia mampu membuat kita tenang dan terasa ada sesuatu yang memberi sokongan ianya sudah cukup bagus. Cukuplah ada yang sudi mendengar, sudah terasa leganya. Sudah terlepas sedikit beban, cukuplah semua itu.
Selebihnya, kita memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk menjaga diri kita, memastikan jiwa kita tidak sakit, memastikan ruh kita tidak lari jauh dari jasad, dan sentiasa memastikan hidup ini seiring dunia dan akhirat.
“Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3)
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan dan permainan (sementara) dan sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan akhirat, andainya mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut : 64)
Moga hati ini sentiasa tunduk dengan perintah Allah. Ampuni hamba-Mu Ya Allah. Wallahualam.
Wassalam.
Tags: dreaming, kawan, penyakit
Posted by KAY on Oct 3, 2009 in
Download Nasyid,
Lirik
Salam.
Love this song, and I would like to share with all my readers. You may download the song here.
MIMPI PALSU (Say No to Drugs) - Sulis
Dulu kukenal engkau selalu ceria
kini semuanya hilang dari dirimu
tubuhmu kurus layu tatapanmu hampa
kau terbuai oleh mimpi narkoba yang palsu
Aku kehilangan teman baikku
ku tak bisa bercanda lagi denganmu
mengapa harus kau tempuh jalan itu
kuharap dirimu dapat kembali
seperti yang dulu
aaaaa…aaa…..aaaa…aaaaa
“Say No to Drugs”
aaaaa…aaa…..aaaa…aaaaa
“Say No to Drugs”
bila kuingat dulu dirimu rupawan
engkau penuh semangat mengejar citamu
kini dirimu lesu tatapanmu hampa
kau terbuai oleh mimpi narkoba yang palsu
Aku kehilangan teman baikku
ku tak bisa bercanda lagi denganmu
mengapa harus kau tempuh jalan itu
kuharap dirimu dapat kembali
seperti yang dulu
Banyak upaya dan airmata
banyak derita untukmu
tinggalkanlah tinggalkan
mimpi palsu itu
Aku kehilangan teman baikku
ku tak bisa bercanda lagi denganmu
mengapa harus kau tempuh jalan itu
kuharap dirimu dapat kembali
seperti yang dulu
aaaaa…aaa…..aaaa…aaaaa
“Say No to Drugs”
aaaaa…aaa…..aaaa…aaaaa
“Say No to Drugs”
(dengarkan kawan.)
Tags: Download Nasyid, maksiat, penyakit
Posted by KAY on Aug 22, 2009 in
Muhasabah
Salam.
Subhanallah, malam ini aku dahpun berdaftar sebagai pelajar di Madrasah Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini dapat membimbing aku untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik daripada sebelum ini. Rasa terharu apabila diberi peluang untuk terus belajar dan belajar menghayati keindahan Ramadhan.
Banyak sebenarnya ingin dikongsi, tetapi memandangkan minggu ni hujan memanjangkan, internet tak dapat dilayar dengan mudah. Line mula goyah dengan angin ribut yang kuat setiap petang sehingga malam. Entah kenapa, cuaca sangat tak menentu dan cukup menggerunkan. Bila tengahari, cuacanya panas terik dan membahang, tiba-tiba dalam keperitan tu hujan turun tanpa khabar. Bahaya betul.
Entah berapa ramai terpaksa mencuci semula pakaian yang tertinggal diampaian kerana tidak sedar cuaca hujan yang turun ditengah panas. Sukar nak dijangka.
Banyak sangat nak taip dan tulis, tetapi otak sudah blank memandangkan tidak lama lagi aku melalui hari-hari yang penuh cabaran. Iaitu hari yang memperlihatkan kuasa nafsu kita yang cuba menggoda kita, walhal kala ini syaitan tidak lagi bersama kita.
Kadang-kadang aku terfikir bila terlajak sesuatu mengikut nafsu tika Ramadhan, siapakah yang cuba pengaruhi aku? Jawapannya, aku sendiri. Tiada yang duanya, melainkan aku manusia yang lemah, yang hatinya pernah diganggu oleh syaitan, maka kesannya kelihatan bila Ramadhan muncul. Sifat malas, sifat jahat dan nakal, sifat dengki dan menghasut, sifat mengata dan mengumpat, semua itu bukan lagi atas perintah syaitan, tapi atas diri sendiri. Astaghfirullah, ya Allah moga kau lindungi aku dari segala kejahatan itu dibulan Ramadhan ini. Sebagai hamba yang lemah, sukar rasanya untuk melarikan diri dari sifat-sifat itu bila sudah terbiasa. Nauzubillah.
Oklah, aku cuma bantu salah seorang sahabat yang ada menjual ubat-ubatan supplement. Mengikut maklumat yang dia sampaikan, ubat-ubat ni mungkin sesuai untuk mereka yang sudah berumur dan mempunyai penyakit-penyakit tertentu. Katanya lagi, ubat ni pernah menyembuhkan beberapa orang yang mempunyai penyakit yang sukar untuk disembuh, contohnya lumpuh. Dia ada letak meklumat mengenai products tersebut disini, tetapi tak ada pula testimonial.
Contoh-contoh penyakit yang mungkin dapat membantu:
- Jerawat
- Asma/alahan
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit jantung/strok
- Penyakit kencing manis
- Penyakit kencing manis jenis 2
- Aids/HIV
- Amyothrophiclateral schlerosis/Lou gehrig’s disease
- Penyakit otak
- Penyakit tulang belakang
- Penyakit sendi
- Kanser payudara
- Kanser paru-paru
Ok. Untuk peringatan, setiap penyakit ni ubat dia bukanlah sama, dia ada cadangkan ubat jenis mana kena ambil.
Sebenarnya, ubat-ubat ni sebagai bantuan sahaja, kita berusaha sekadar yang mampu. Bila kita sakit, kita cuba cari jalan penyelesaian untuk kurangkan sakit tersebut. Selebihnya, kita serahkan pada Allah kerana ajal maut semuanya ketentuan Allah. Cuma, janganlah kita taknak berusaha langsung. Memang kita wajar fikir mati, tetapi bukan membiarkan diri kita sakit kerana sudah bersedia untuk mati.
Dalam peperangan satu masa dahulu, sahabat-sahabat nabi terpaksa bersakit. Dikelar sana sini, berdarah, dipotong tangan/kaki, tetapi adakah mereka berputus asa untuk terus hidup? Biar hanya dengan segelas air, mungkin boleh mengurangkan sedikit kesakitan. Tetapi, ajal tetap ditentukan oleh Allah.
Setakat ini dulu. Wassalam.
Tags: ajal, maut, penyakit, ramadhan, usana