0

Lirik – Cinta Terakhir

Posted by KAY on Dec 15, 2009 in Kampus, Lirik, My Family

Salam.

Habis saja Nur Kasih, kita dilayarkan lagi dengan cerita Aliff Firdaus. Seperti biasa, OST lagunya mestilah terngiang-ngiang ditelinga. Haha! Macam cerita jiwang pun ada Aliff Firdaus ni.

Cinta Terakhir – Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

Lagu/lirik: Hafiz Hamidun

Bukan nak berjiwang. Tapi macam best je. Mula-mula aku ingat Kau Cinta Pertama tu, untuk tuhan kita, rupanya aku silap bila masuk lirik ‘kau ayu dimataku’. Wah wah, ini memang kes jiwang. Haha!

Ok. Enjoy liriknya, lagunya tak sempat lagi nak upload. Kalau nak boleh emel kay2805[at]gmail.com

Aku tak banyak benda nak menulis, sebab tak ada apa-apa sangat nak menulis. Sometimes the idea came across my mind, but then it just appear like nothing came up. So, the blog will be empty then. Waiting for my sister in law to set up her own blog, don’t know whether she already got one or not.

Hehe! Alang-alang duduk rumah tak ada buat apa, apa salahnya ceritakan sedikit apa perasaan akak selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pendiam macam abang ngah? Haha! Rupanya dia bukan pendiam dengan isterinya, kisahnya.

Oh ya, dengarnya esok keluar result degree? Semoga berjaya buat sahabat-sahabat sekalian.

Wallahualam. Wassalam.

Tags: , ,

 
0

Mabruk!

Posted by KAY on Dec 11, 2009 in Download Nasyid, Kampus, My Family, Nasyid

Salam.

Sekadar quick update. Alhamdulillah, sesungguhnya nikmat Allah melimpah dan Dialah yang Mengetahui segala sesuatu dari yang sekecil-kecil benda sehinggalah seluas alam ini.

Selamat pengantin baru buat abang ngah dan kakak ipar, kak Nurul di atas majlis pernikahan dan walimah yang telah berlangsung minggu lepas. Sungguh indah dan semakin indah hubungan yang baru saja bermula dan semoga melahirkan keluarga yang soleh dan diberkati Allah selalu. Subhanallah. Insyaallah.

zahid nurul

Gambar diambil dari facebook kak Nurul. Hehe! Kamera sendiri ada, tapi tak jumpa cable nak transfer gambar. Mabruk!

Dua.

Insyaallah nasyid permintaan ukhti Kamilah dahpun di masukkan dalam list Your Download. Maaf sangat-sangat atas kelewatan yang terlalu lewat.

Tashiru – Optimis Sajalah

Tashiru – Satukan Muslim Sedunia (SMS)

Lain-lain nasyid untuk diminta, silakan jangan malu dan segan boleh emel kay2805[at]gmail.com Minta maaf lagu Istana Pasir tiada dalam simpanan. Asalnya, sangat suka pada lirik lagu tersebut. Dan ceritanya juga lambang cinta seorang isteri kepada suami. Itu saja. Mungkin sukar untuk cari lagunya sebab lagu tu hanya ada dalam cerita Cinta Balqis je.

Tiga.

Result dah keluar. Alhamdulillah, ramai dapat Dean List semester ni. 4 flat pun ramai rasanya. Tidaklah rasa bangga mana, sekadar bersyukur sebab diberi peluang untuk merasa. Sebenarnya harapannya agar tiada paper yang tersangkut, tetapi Allah memberi lebih kepada kita semua, bukankah itu satu nikmat?

Aku juga berharap CGPA tak turun, itu je. Takut juga kalau turun, habislah pointer betul tak? Tahniah dan tahniah lagi sekali buat sahabat-sahabat sekalian. Syukur yang tak terhingga kita panjatkan kepada Yang Maha Memberi.

Oh, minggu depan Insyaallah result ke mana kita dapat sambung belajar akan keluar. Jadi, semoga berjaya dan jangan terlalu berharap! Bersedia untuk sesuatu yang tidak pasti.

Insyaallah setakat ni dulu.

Wassalam.

Tags: , , , , , ,

 
0

Kakakku

Posted by KAY on Dec 4, 2009 in Me and MySelf, My Family, Teman/Sahabat

Salam.

ku

Sepatutnya aku ada gambar lagi best, depan kolej aku. Tetapi, memandangkan hard disk aku berada di JB, tak bolehlah nak share dengan semua. Serius, aku rindu dengan hard disk aku cause everything inside it. Semua bahan-bahan online aku save dekat hard disk. So, hard disk tu macam nyawa aku jugalah. Sebab dalam tu, ada gambar sejak aku dekat UK lagi. Kira dah lebih dari 4 tahun bahan-bahan dalam tu. Bukan hard disk tulah, hard disk tu baru je lagi. Bahan-bahan dalam tu bertukar-tukar tempat untuk berteduh, kesian dia.

Ok. Gambar di atas adalah di hadapan Old Taste, baru je lepas lunch. Asalnya nak lunch dalam kampus je, tetapi disebabkan terlalu ramai orang ketika itu mencari makan juga, kami terpaksa cari makan diluar.

Bila? Hari terakhir di UiTM Segamat. Masa? Immediate after final paper, Transport.

Aku yang mana? Of course yang paling sopan. Hehe! Kau rasa siapa yang paling sopan? Ya! Itulah aku, terima kasih.

Dua.

Wah, memang penat nak mengemas rumah. Ni pun tak habis cuci kabinet dekat ruang tamu tu. Alahai, sempat ke ni nak kemas-kemas ya?

Barang-barang hantaran dah settle.

Ruang bermain kanak-kanak juga sudah siap dikemas. (Maksudnya ruang tv, ruang budak-budak ni main game, ruang melepak, itulah ruang kanak-kanak yang masih kecil atau sudah dewasa untuk bermain).

Hadapan rumah, masih dalam proses mengecat.

Pokok pelam, sudah ditebang dikit-dikit rantingnya agar tidak mengganggu.

Lagi apa ya?

Bilik aku sudah berkemas, ready untuk siapa-siapa menumpang tidur.

Bilik pengantin, tanda soal? Sebab tak siap apa-apa pun lagi walhal tinggal 2 hari je lagi. Hehe!

Kerepek siap dibungkus untuk diberi pada saudara mara terdekat juga orang rewang.

Ada banyak lagi macam tak settle. Tetapi, aku berdoa agar semuanya berjalan dengan baik sesuai dengan kehendak mak, as simple as possible. Ya, InsyaAllah Allah mendengarkan permintaan kita. Sesungguhnya Dia suka hamba-Nya yang besederhana.

Baru aku sedar nak pukul 3 dah. Ok. Esok abang ngah nak menikah dah. Aku pula yang berdebar nak dapat kakak ipar. Sejak jumpa kak Nurul lepas tau dia bakal isteri abang aku, tak pernah lagi berborak panjang. Tetapi, pernah borak panjang melebar-lebar sebelum abang ngah kenal dia. Macamana tu? Hehe!

Selamat pengantin baru! InsyaAllah.

Wassalam.

Tags: , , , ,

 
2

Berfikir Terfikir & Memikirkan

Posted by KAY on Nov 30, 2009 in Me and MySelf, My Family

Salam.

Mati akal. Apa mahu ditulis?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, EID MUBARAK (maaf atas kelewatan).

Sabtu pagi kami pulang ke kampung di Ipoh, atas jemputan makcik. Ada sedikit bacaan yassin.

Malam kami pulang semula ke Johor, tiba Subuh tadi.

Hari-hari yang aku lalui sama, seperti robot. Cuma robot tidak berfikir, tuannya yang akan fikirkan untuk dirinya. Aku berfikir, hari-hari memikirkan perihal esok, lusa dan akan datang.

Kadang-kadang kita rasakan, terlalu banyak benda yang kita kerap dan asyik berfikir. Tetapi, tidak ada satupun buah fikiran kita itu menjadi kenyataan. Barangkali belum lagi, atau tidak mampu langsung untuk dinyatakan. Oh, ini bermakna aku membuang terlalu banyak tenaga fikir sedangkan tiada apa yang mampu aku tafsirkan menjadi nyata.

Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
[Conficius]

Kenapa bila kita berfikir, mata kita selalu memandang ke atas?

keep_thinking

Tinggal 4 hari saja lagi untuk merealisasikan impian abang aku nombor dua. Hehe! Mesti dia tak sabarkan? Selalu aku fikir (fikir lagi), macamana agaknya abang aku ni bila dah beristeri? Geli hati pula. Tapi, semua orang (Insyaallah) akan melalui detik-detik ini, cuma masa je menentukan bila kesesuaiannya.

Chat dengan my cousin tadi, dia kata ‘ko perasan tak dalam sepupu-sepupu kita ni selalunya mesti lelaki yang kahwin dulukan?’. Haha! Aku diam kejap dan berfikir lagi, macam betul je? Haha!

Tak apalah, bukan rezeki lagi kakak-kakak saudaraku untuk berkahwin lagi seperti beliau, bukan tak cantik, bukan tak berduit, bukan cerewet, pandai masak, pandai cakap, pandai bergaya, tapi sayang jodoh dia saja yang belum sampai.

Mungkin beliau sempurna dimata aku, tetapi kurang di mata lelaki-lelaki diluar sana. Abah aku siap dah tolong carikan calon, tetapi lelaki itu juga nampaknya tidak berminat, beliaupun takkanlah nak terhegeh-hegeh dekat lelaki yang taknak layan dia. Kalau akupun, dah orang taknak mesej, takkanlah aku menggatal nak mesej-mesej juga. Dahlah orang lain yang kenalkan.

Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.

Aku terfikir lagi, bilakah jodohku pula? Abah dah mula risik-risik macam suruh masuk BM. Oh sudah, berpeluh sudah. Adakah jodohku dengan cara begitu? Oh aku berfikir lagi dan lagi. Apakah? Nantikan saja.

Wassalam.

Tags: , , ,

 
0

Dan, Bila Esok

Posted by KAY on Nov 26, 2009 in Me and MySelf, Muhasabah, My Family, Perjalanan

Salam.

Esok puasa sunat hari Arafah, jadi aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat yang mampu. Insyaallah, ganjarannya tak ternilai disisi Allah sekiranya kita faham. Aku sebolehnya ajak semua adik-beradik aku untuk puasa bersama. Aku sedih, masa pergi supercamp haritu, muhasabah juga diri selalu. Puasa sunat jarang, adakah layak dipanggil daie jika begitu? Astaghfirullah, terlalu kerdil dan jauhnya aku dari Rahmat Allah.

puasaAku nak buat pahala bersama-sama pembaca blog aku ni, walaupun tak adalah ramai sangat pun membaca. Jom kita puasa.

Dua.

Panggilan untuk interview dah dapat, tapi dekat Masai. Abah berat nak bagi pergi, dia tak bagi jawapan boleh atau tidak, tapi yang penting dia terus suruh aku cari kerja area sini je. Aku dah agak dah. Walaupun kerja dekat Masai tu cikai-cikai je, tapi gaji boleh tahan. Maklumlah, company besar. Kalau kecil-kecil manalah nak dapat gaji ok, betul tak? So, aku tak adalah nak pergipun interview tu. Akukan ikut cakap abah dengan mak. Hehe!

InterviewSo, aku dah drop beberapa kerja yang aku apply dekat jobstreet tu. Especially area Pasir Gudang, terlalu jauh. Masaipun abah taknak bagi pergi, apatah lagi Pasir Gudang sana. So pendek cerita, cari dekat Batu Pahat je. Ok pe? Tunggu result je, barulah boleh jadi Post Graduate Diploma.

Tiga.

Raya ni balik kampung. Mak kata, makcik nak berubat. So, Insyaallah akan balik ke kampung Jumaat ni. Entahlah, tak tahu excited ke tidak. Sebab suasana kampung dulu dan sekarang berbeza, dan umur aku pun sudah berbeza. Saudara mara sebaya juga sudah tidak ada dan jarang bersama lagi. Begitulah peredaran masanya.

sp0162020kampung20houseEmpat.

Kenduri kahwin abang ngah, tak lama je lagi. Eh, bukan setakat kenduri je, tapi menikahnya pun sama. Hehe! Pok Nik kata, nak dapat anak yang soleh dan solehah, suami isteri mestilah soleh dan solehah juga. Nak dapat isteri yang solehah, suami kena soleh. Begitulah juga sebaliknya. Jika hanya salah seorang yang soleh atau solehah, makanya sukar untuk anak-anak menjadi lebih soleh atau solehah darip ibubapanya.

kenduri_kahwinGambar ni hiasan semata.

Kenduri kahwin ni, simple je. Mak tak adalah membazirpun. Serius, memang simple gila dan bajet habislah. Pokoknya, kita nak menghebahkan status ahli keluarga kita yang akan berkahwin, itu je. Selebihnya adalah urusan kita bagaimana untuk dikendali.

Insyallah, moga perbelanjaan yang sedikit akan terelak daripada berlakunya pembaziran. Rasulullah bersabda, lakukanlah kenduri walau hanya seekor kambing. Bermakna kenduri kahwin ni sangat penting, tetapi ikut kemampuan. Tak perlu berhutang untuk kenduri begini. Seadanya cukup, insyaallah. Tuhan Maha Mengetahui apa yang tersirat dihati.

Lima.

Supercamp haritu macamana? Alhamdulillah, sangat seronok kerana ditarbiyah sepenuhnya oleh alam flora dan fauna, semuanya atas keizinan dan kehendak Allah swt. Subhanallah, siang dan malam menjadi pengiring kami mengharung belantara yang sukar dijangka. Sungai mengalir menjadi saksi kami bersujud kedasarnya demi mencecah sedikit rasa ‘mati’, subhanallah. Tanah-tanah dilereng bukit merasa cengkaman-cengkaman kami demi sampai kemuncak teratas walau sukar, walau tergelincir, walau tergelongsor beberapa kali. Akar-akar pokok telah menjadi kekuatan kami lebih seimbang dalam meneroka dunia belantara ini. Selut-selut yang lapar asyik saja menjamah kekasut kami sehingga hilang imbang badan. Tidak lupa cahaya malam, jua cahaya dedaunan yang membantu kami memperlihatkan indahnya ciptaan Allah itu.

campingAlhamdulillah.

Subhanallah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Wallahualam. Wassalam.

Tags: , , , , , , , ,

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.