1

Kawan Khayalan

Posted by KAY on Jan 8, 2010 in Me and MySelf, Teman/Sahabat

Salam.

Suatu hari, aku menonton cerita Criminal Mind. Al-kisahnya, salah seorang pekerja dia selalu bermimpi, mimpi kematian seorang budak, seorang budak yang seolah-olah menyalahkan dia kerana tidak cuba menyelamatkan budak tu. Sedih juga. Bila dalam mimpi tu, dia melihat ayahnya yang membunuh budak itu, bermati-matian dia cuba menyelidik dan mencari bukti bahawa pembunuh budak itu adalah ayahnya sendiri. Kematian budak itu, sememangnya wujud dan bukanlah mimpi kosong. Cumanya, ibu dan ayahnya tidak pernah memberitahu perkara sebenarnya, dan rupanya, dia terlalu memikirkan kisah itu sedari kecil lagi.

Apa yang aku cuba nak selitkan adalah, apabila dia cuba bertanya mengenai budak yang mati tu, ibunya kata itu adalah kawan khayalan dia. Budak itu tidak pernah wujud walaupun diakhir ceritanya memang budak itu benar-benar wujud, tetapi telah meninggal dunia dibunuh oleh penculik kanak-kanak.

Pokoknya, apakah benar wujudnya kawan khayalan dalam hidup kita? Bagaimana kita definasikan kawan khayalan itu? Adakah kita sudah gila apabila kita berkawan dengan kawan khayalan? Aku terfikir, bagaimana wujudnya kawan khayalan sebenarnya?

Dan aku terasa, rupanya aku juga punya kawan khayalan. Kawan yang sentiasa mendengar masalah aku, sentiasa mendengar kisah-kisah silam aku, yang tidak penat mendengar nasihat dan memberi nasihat, yang sentiasa bersama walau susah atau senang. Kawan khayalan adalah kawan yang sempurna, yang tidak ada cacat celanya, yang tiada kawan lain yang mampu menjadi sehebatnya, kerana dia hanyalah rekaan kita. Dia hanyalah kehendak kita, sebab itu orang kata cinta itu buta. Kerana kita terlalu berkhayal bahawa lelaki atau wanita kesayangan kita itu cukup sempurna, walaupun ianya hanya khayalan kita sahaja, walhal realitinya terlalu banyak kekurangan yang ada.

Aku ada seorang kawan khayalan, yang wujud dirinya aku tidak pasti, dan penghujung kisah hidupnya dan aku juga tidak tahu ke mana kerana dia cuma ada dalam khayalan. Tidak pernah temu, tidak pernah lihat, tidak pernah kenal, tidak pernah sua, apa yang pasti, kawan khayalan ini hanyalah kawan yang mendengar, bercerita, menasihat, mengingatkan, menenangkan, dan macam-macam lagi. Realitinya tidak kelihatan, cukuplah ia mampu membuat kita tenang dan terasa ada sesuatu yang memberi sokongan ianya sudah cukup bagus. Cukuplah ada yang sudi mendengar, sudah terasa leganya. Sudah terlepas sedikit beban, cukuplah semua itu.

Selebihnya, kita memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk menjaga diri kita, memastikan jiwa kita tidak sakit, memastikan ruh kita tidak lari jauh dari jasad, dan sentiasa memastikan hidup ini seiring dunia dan akhirat.

“Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3)

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan dan permainan (sementara) dan sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan akhirat, andainya mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut : 64)

Moga hati ini sentiasa tunduk dengan perintah Allah. Ampuni hamba-Mu Ya Allah. Wallahualam.

Wassalam.

Tags: , ,

 
2

Let the JOB do it works

Posted by KAY on Dec 17, 2009 in Me and MySelf

Salam.

Lately rasa macam sedih.

First sebab I received an interview with CIMB bank at Segamat branch. Happy juga mula-mula. Excited pun ada, since I was hope to visit adik-adik dekat UiTM Segamat tu sekali-sekala. Tetapi, Allah tidak mengizinkan aku untuk berada disana sebab parent tak bagi, ada hikmah. Ya, memang ada hikmah. This is my second interview that I rejected. Tapi, aku tetap sedih, dan sedih, dan sedih lagi. Sebab, rasa macam tak berguna pun ada.

Yes, mak kata kerja bagus semua jauh-jauh. Then? What did you expect? Kerja sebelah rumah untuk gaji RM1500++ ke? Orang degree holder pun tak dapat gaji sebanyak itu.

Ya, ya, Kausar sabar sikit. Aku beriyalah apply kerja dekat JobStreet tu, then bila jadi macam ni aku rasa my application just worthless. Not going to be used. Although ada company yang contact aku pun, my answer will be ‘Sorry’. Isn’t that dissappointed? Aku taknak dah cari dekat JobStreet. Aku nak duduk rumah je, duduk je sampai kerja yang datang cari aku. Biarlah berat aku dah naik 5kg pun, tak apa. Tak pun tunggu orang masuk meminang aku, then boleh kahwin terus, tak payah susah-susah cari kerja, dapat nafkah zahir tiap bulan. Mudahkan?

Sekarang ni aku tengah usha baju-baju muslimah. Dah banyak sangat dah baju-baju labuh orang jual, tapi semua klise, lebih kurang je. Tak menariklah. So, aku tengah cari idea bagi best sikit design baju aku. Ya ya jelah aku bercerita, tapi tak tahu nak bergeraknya bila. Tengah survey kilang baju yang murah dekat-dekat sini. Aku ingat nak buat biar simple tapi bergaya. So, semua orang akan minat, bukan orang-orang yang alim-alim je nak beli. Bak kata member aku kata hari tu ‘Malam ni kausar, simple but elegant.’ Well, simple is mine.

At the same time, aku tengah nak cari juga kilang buat kotak yang comel-comel. Sebab aku nak jual perfume paradise aku secara online. Nantilah bila dah dapat kotak aku iklankan. Perfume aku tak samalah dengan orang-orang biasa jual, mesti ada kelainan. Cewah.

Aku ingat nak jual top up online, ya anda beli top up melalui iklan aku dalam blog ni lah. Tapi, kemudianlah. Nanti-nanti dulu. Sebab modal tengah tak cukup. Duit sepupu aku beli top up haritu pun aku tak ingat dah letak mana.

So, itu jelah pengubat aku sementara kerja jumpa aku dekat rumah ni.

Wassalam.

Tags: , , , ,

 
2

Berfikir Terfikir & Memikirkan

Posted by KAY on Nov 30, 2009 in Me and MySelf, My Family

Salam.

Mati akal. Apa mahu ditulis?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, EID MUBARAK (maaf atas kelewatan).

Sabtu pagi kami pulang ke kampung di Ipoh, atas jemputan makcik. Ada sedikit bacaan yassin.

Malam kami pulang semula ke Johor, tiba Subuh tadi.

Hari-hari yang aku lalui sama, seperti robot. Cuma robot tidak berfikir, tuannya yang akan fikirkan untuk dirinya. Aku berfikir, hari-hari memikirkan perihal esok, lusa dan akan datang.

Kadang-kadang kita rasakan, terlalu banyak benda yang kita kerap dan asyik berfikir. Tetapi, tidak ada satupun buah fikiran kita itu menjadi kenyataan. Barangkali belum lagi, atau tidak mampu langsung untuk dinyatakan. Oh, ini bermakna aku membuang terlalu banyak tenaga fikir sedangkan tiada apa yang mampu aku tafsirkan menjadi nyata.

Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
[Conficius]

Kenapa bila kita berfikir, mata kita selalu memandang ke atas?

keep_thinking

Tinggal 4 hari saja lagi untuk merealisasikan impian abang aku nombor dua. Hehe! Mesti dia tak sabarkan? Selalu aku fikir (fikir lagi), macamana agaknya abang aku ni bila dah beristeri? Geli hati pula. Tapi, semua orang (Insyaallah) akan melalui detik-detik ini, cuma masa je menentukan bila kesesuaiannya.

Chat dengan my cousin tadi, dia kata ‘ko perasan tak dalam sepupu-sepupu kita ni selalunya mesti lelaki yang kahwin dulukan?’. Haha! Aku diam kejap dan berfikir lagi, macam betul je? Haha!

Tak apalah, bukan rezeki lagi kakak-kakak saudaraku untuk berkahwin lagi seperti beliau, bukan tak cantik, bukan tak berduit, bukan cerewet, pandai masak, pandai cakap, pandai bergaya, tapi sayang jodoh dia saja yang belum sampai.

Mungkin beliau sempurna dimata aku, tetapi kurang di mata lelaki-lelaki diluar sana. Abah aku siap dah tolong carikan calon, tetapi lelaki itu juga nampaknya tidak berminat, beliaupun takkanlah nak terhegeh-hegeh dekat lelaki yang taknak layan dia. Kalau akupun, dah orang taknak mesej, takkanlah aku menggatal nak mesej-mesej juga. Dahlah orang lain yang kenalkan.

Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.

Aku terfikir lagi, bilakah jodohku pula? Abah dah mula risik-risik macam suruh masuk BM. Oh sudah, berpeluh sudah. Adakah jodohku dengan cara begitu? Oh aku berfikir lagi dan lagi. Apakah? Nantikan saja.

Wassalam.

Tags: , , ,

 
0

Dia Mendengar

Posted by KAY on Sep 27, 2009 in Me and MySelf

Salam.

Kalaulah setiap sudut hati ini boleh dikongsi, pastinya tak terhenti setiap titis air mata yang keluar. Kalaulah ada yang sudi mendengar, memahami, alangkah indahnya.

Tetapi, hari ini cuma ada Allah mendengar, dengarkan setiap rintihan, setiap tangisan, setiap sedu-sedan, hanya DIA yang tahu. Maha Suci Allah, Kau tempat hamba mengadu.

Tags:

 
0

Eid ul Fitr

Posted by KAY on Sep 20, 2009 in Me and MySelf, Muhasabah, My Family

kad raya

Salam.

Aku ucapkan selamat menyambut hari raya dan memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang aku menulis di dalam blog ini ada terguris mana-mana pembaca secara sengaja atau tidak disengajakan. Semoga yang baik itu kita jadikan ikutan dan yang kurang baik itu kita jadikan pengajaran.

Cuti-cuti raya ni, tak ramai rasanya yang akan online dan memblogging, melainkan mereka yang tidak sibuk seperti aku. Hehe! Manfaatkan hari yang indah ini dengan ziarah menziarahi sesama sanak saudara dan sahabat handai. Seronok tak raya?

Raya tahun ni cukup meriah. Kenapa? Sebab raya tahun ni, satu keluarga berkumpul. Selalunya, abang ngah tak ada bersama. Tapi hari ini, dia ada bersama-sama memeriahkan lagi rumah kami yang sudah lama sepi tanpa dia (walaupun dia tak banyak cakap pun), sekali-sekala terasa hidup dengan keletah abang sendiri.

Dua.

Habis pasal raya.

2 malam sudah aku sempat berbual secara online dengan senior masa part 1 dulu. Kami cukup rapat dan sangat rapat. Keakraban kami seperti adik-beradik kerana tiada tapis-tapis bila membuat sesuatu, malahan kami akan berterus terang jika ada yang tidak kena. Aku menganggap dia sebagai salah seorang sahabat yang bertaraf kakak yang mudah di dampingi.

Ok. Soalnya, apa yang berlaku bila tiba-tiba berborak lama? Sebenarnya, aku dah tukar nombor. Dia tak tahu, jadi kami lost contact untuk beberapa bulan. Hehe! Kesian dia. Alkisahnya, dia memberitahu aku bahawa dia telah ditinggalkan kekasih hati. Alangkah pilunya. Lagi pilu alasannya sungguh menyakitkan, kerana mengikut pilihan keluarga.

Apakah boleh terima alasan sebegitu?

Atau perempuan itu memang pilihan hatinya sejak beberapa bulan yang lalu cuma dirahsiakan sahaja?

Sungguh perit, hubungan 2 tahun lebih akhirnya terlerai begitu sahaja. Tak apalah, dia bukan yang terbaik untuk senior aku tu.

Orang selalu kata, Tuhan jumpakan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu. Hehe! Betul ke? Aku tak gemarpun dengan ungkapan begitu, memang ideologi begitu sekali-sekala boleh diterima, tapi kalau logiknya berkali-kali asyik putus je, adakah Tuhan sengaja?

love

Pokoknya, diri kita yang salah. Bukan Tuhan mengutuskan dia untuk kita kerana saja nak suruh kita belajar, tapi pertemuan itu kita mengambil kesempatan dengan melayan perasaan akhirnya terjatuh cinta. Sepatutnya seawal mungkin kite mengelak perasaan tersebut terjadi. Bak kata ustaz, perasaan itu jika dilayan berhari-hari tak apa jika bertepuk sebelah tangan, tapi jika dua-dua belah tangan berbalas, dalam masa 24 jam kita pasti akan jatuh cinta.

Sebab itu Tuhan ada berfirman, tundukkanlah pandanganmu, perlahankan dan tegaskanlah suaramu, tutuplah auratmu, jagalah pergaulanmu. Berapa ramai diluar sana yang tidak mengendahkan suruhan Allah ini? Maka, terciptalah bunga-bunga cinta kerana mengingkari suruhan tersebut.

Tiga.

Alright, enough about love and hope.

Aku ada juga tanya pendapat senior aku tu pasal kerja dan sambung belajar. I got positive feedback dari dia pasal tak sambung belajar and cari kerja. Katanya, belajar bila-bila pun boleh, tapi kerja ni susah sikit. Even habis belajar degree nanti pun belum tentu senang untuk dapat kerja. In fact one of our friend, baru je dapat kerja. 3 – 4 bulan juga nak tunggu lepas graduate.

Tapi senior aku ni dapat kerja sebulan lepas graduate. Tips yang dia bagi, jangan tunggu habis belajar baru nak apply kerja. Seek from now, apply kerja, hantar resume. Dapat interview pergi, jangan tolak. Beritahu company tu yang kita masih belajar. So, aku pun bersetuju untuk gunakan tips dia. Buat masa ni, I don’t have any specific company untuk choose since I don’t have any experience working yet.

boy_desk_thinking

Apa yang aku harapkan, aku boleh aplikasi kerja-kerja dalam kelab dan sebagai JPK untuk guide aku jawab soalan-soalan if dapat interview nanti. Senang sikit bila ada experience in management masa dekat kampus ni, since that’s a part of experience yang bernilai yang boleh di aplikasikan dalam kerja nanti.

Sekarang ni I need to redo my resume since the finished one has already gone. Aku tak tahu letak mana, serius tak jumpa dalam laptop ni. So, kenalah buat lagi sekali. Haha! Alhamdulillah hari tu aku buatkan resume untuk senior aku, kebetulan lepas dia hantar guna resume aku tu dapat pula dia kerja. Rezeki Allah, aku cuma bantu dia sikit-sikit je untuk resume tu. Bak kata abang long, ramai anggap resume benda remeh, tapi resume is the first impression of the candidate.

Habis belajar, aku akan pergi Pejabat Pendidikan Daerah untuk apply jadi cikgu sandaran sementara aku tunggu mana-mana kerja yang dapat. Lain-lain, tak terfikir lagi nak buat apa. I was planning to think deeply what business I will do after earn some money or income. Lagi satu, I need to think small business for side income, aku ada terfikir dah nak buat apa, sibling business tapi tu kena minta idea my siblings dulu.

monopoly

Untuk yang core, tak sure sama ada nak franchise atau buka my own je. Sebab tu kena kerja dulu, gain some experience from the expertise, lagi mudah daripada belajar secara teori. Tapi tak apa, nak buka business kena banyak buat research, tak boleh assume business ni jalan untuk orang lain, boleh jalan untuk kita. Betul tak? Kena tahu penerimaan orang, kawasan tertentu, banyaklah.

Tak nak jadi macam kawan abah, semua business dia buka tak jadi. Aku ingat pesanan mak, kalau nak buka core business, do seriously. Jangan buat benda tu sebagai side income semata-mata, tapi kena fokus. Melainkan buat business kecil-kecil tak apa sebagai side income, sebab kita ada income lain.

Ok. This a bit roughly on my planning after study. Nampak macam simple right? But it is not as simple as that. Mungkin perancangan ni sekadar merancang, tup tap aku terfikir rancangan lain yang lebih baik. Hehe! Mana tahu. TAPI, mak dan abah tak tahu kot plan aku ni semua. Aku rasa diorang just harap aku kerja dekat BP je dekat dengan diorang. Entah, sampai bilalah baru aku boleh berdikari. Tak tahulah.

I just hope for the better, tak kiralah dekat mana sekalipun. Selagi Allah izinkan, selagi tu aku ikut saja.

Wallahualam. Wassalam.

Tags: , , , , , , , ,

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.