Posted by KAY on Jan 2, 2010 in
Me and MySelf,
My Family
Salam.
Lamanya tidak menaip. Barangkali ide sudah kering. Kering seperti tuannya yang buntu dan kering juga. Hari-hari aku begini, tidak ada yang begitu. Tidak juga ada masa untuk ber-itu dan ber-ini.
Hari-hari nonton TV. TV hari-hari di nontoin aku. Begitulah seterusnya.
Achik sudah pulang ke SMIH Selasa yang lepas.
Adik pula akan mula kisah hidup barunya di SMIH mulai esok.
Uda akan pulang ke MICET hari Ahad depan.
Tinggalnya aku, abang long, mak dan abah di rumah. Sunyi. Sepi.
Mungkin mak akan menemani aku menjaga pokok anggur yang tidak pernah wujud untuk tempoh masa tertentu, sehingga pokok anggur itu wujud. Selagi tidak wujud, selagi itu aku akan berangan kosong, hidup tanpa pendapatan, hidup tanpa apa-apa. Kosong.
Esok UiTM dah boleh masuk. Ramai kawan-kawan akan berdaftar ke UiTM masing-masing. Ada yang ke Shah Alam, ada yang ke Melaka, ada yang kekal di Segamat, ada yang ke Arau, oh buat masa ini 4 lokasi ini saja yang aku tahu. Lain-lain mngkin ada, cuma aku tak tahu siapa. Kalau aku berdaftar, barangkali aku akan ke Shah Alam, ataupun Dungun sebab 2 tempat ni saja yang ada subjek pilihan aku, Operation Management. Tetapi, itu hanya JIKA. Cuma ia belum berlaku, atau TIDAK AKAN berlaku, atau SUATU MASA nanti. Bak kata sahabatku “Siapa yang nak bagi sponsor belajar, ada orang memerlukannya..”
Hanyasaja aku ini anak orang kaya seperti F4 dari Boys Over Flower, mungkin aku sedang bersenang lenang tanpa memikirkan hutang-hutang yang bakal ditanggung. Bak kata Uda “Sekarang terlalu banyak kes dendam, sebab hutang.”
Mungkin kalau aku dapat kerja di Great Eastern Life Assurance, aku ingin bertanya sama ada aku boleh meminta scholarship dari mereka atau tidak. Mana tahu, kelebihan diberi kepada pekerjanya? Oh, kalau dia kata sponsor untuk belajar di luar negara, tanpa segan silu aku akan memberi pilihan negara UK sebagai arah tujunya. Angan-angan ini aku baru saja pasang hari ini, ya hari ini selepas ‘berita baik’ yang sementara di JobsStreet terpapar.
Ada lagi satu berita baik tapi tak tahu sama ada cukup baik. Aku tersenyum lagi sekali bila jawatan HR Executive juga telah memberi peluang, tetapi di JB. Oh, belum cukup baik. Bagaiamana ya? Kita tunggu. Itu cuma angan-angan peringat 1, belum masuk peringkat 2.
Mak kata, kalau ada duit semuapun menjadi. Sekarang ni, dalam bank aku hanya ada RM60++ cukup untuk apa ya? Duit dalam tu tak bersentuh daripada awal cuti. Sebab TAK PERNAH keluar tanpa sebab, hanya untuk program-program tertentu. Makanya, yuran dibayar oleh abah. Hebatkan abah? Kalau nak pergi program, cakaplah berapa bayarannya pun, abah dan mak takkan bising. Kalau SHOPPING, pantang! Sebab tu nak shopping, atau beli barang luxury, aku telah menutup nafsu aku sehabis mungkin supaya tidak mudah tergoda.
Tak percaya? Kawan-kawan aku yang hidup dengan aku selama 3 tahun di kampus, lebih faham. Mungkin roomate aku juga, TELAH faham.
Oh, aku ingin pusing BP esok, nak cari kerja. Doakan.
Wassalam.
Tags: belajar, cuti, family, kerja, part 6
Posted by KAY on Dec 1, 2009 in
My Family,
Perjalanan,
Teman/Sahabat
Salam.
Oh lupa.
Adik dapat 5A dalam UPSR dia. Alhamdulillah. Walaupun seorang budak yang malas dan kaki game, tetapi usahanya hari-hari membuat latihan (walaupun tak seberapa), akhirnya membuahkan hasil. Pada hari aku bergerak ke JB untuk program Supercamp minggu lepas, tidak putus-putus aku berdoa agar keputusannya memberangsangkan. Macam tak percaya bila keputusannya sangat cemerlang.
Tahniah buat adik. SMIH call tanya dia dapat berapa A. Bangga mak menjawab panggilan tersebut. Alhamdulillah semuanya atas keizinan dan kehendak Allah. Moga adik terus berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang akan datang.
Dua.
Masa pusing-pusing di Facebook tadi, beberapa orang sahabat-sahabat dari JB yang berkenalan melalui Supercamp tempoh hari mula add aku. Adalah beberapa orang. Biasalah, mereka bersekutu di kawasan JB tu. Ramai sangat.
Mata tertancap pada nama seorang ukhti. Hehe! Lantas teringat saat-saat genting ketika salah satu aktiviti di Kem Rebutia. Jumaat malam Sabtu, checkpoint yang terakhir. Kami dikehendaki mendapatkan 7 biji bola pingpong di dalam paip yang bocor. Paip tu ada lubang di atas sekali, dan ianya sangat tinggi. Di keliling paip tu ada lubang-lubang kecil. Tugasan kami adalah menutup lubang-lubang kecil itu menggunakan jari sehingga 7 biji bola ping pong itu berjaya di naikkan oleh air di dalam paip itu.
Masa diberi hanya 10 minit. Cubaan pertama kami gagal! Ya, kami gagal kerana ada banyak lagi lubang tidak tertutup. Cubaan kedua juga gagal. Air terpancut-pancut mengenai muka aku. Aduh, sejuk dan menyakitkan mata kerana air tu betul-betul memancur ke arah mata. Barangkali salah seorang dari kami terlepas jarinya dari lubang tersebut. Alhamdulillah, kali ketiga cubaan kami berjaya. Walaupun ada beberapa lubang lagi kami tidak berjaya tutup, namun bola ping pong itu berjaya timbul.
Saat-saat yang cukup genting apabila 2 orang sahabat perlu memanjat atau memijak badan sesiapa untuk mencapai lubang paip bocor tersebut di atas sekali. Badan aku menjadi mangsa. Ya! Sahabat tersebut seorang yang tinggi, walaupun beratnya lebih kurang berat aku, tetapi cukup untuk membuat belakang badan aku sakit menanggung beban beratnya untuk beberapa minit. Derita itu untuk seketika dan saat itu aku cuba mengingat Allah supaya beban yang berat itu terasa ringan. Pada saat-saat genting seperti itu, tidak ada apa yang terlintas diminda hanya Tuhan dan kemenangan sahaja. Bukan kemenangan berlumba antara kumpulan, tetapi kemenangan melalui mehnah yang pelbagai sepanjang malam itu.
Subhanallah, akhirnya kami tamatkan aktiviti malam tersebut pada jam berapa tidak pasti. Buat pengetahuan kamu, kami hidup tanpa masa sama ada melalui telefon bimbit atau jam telah diserahkan kepada pihak penganjur. Itu adalah peraturan program. Apa yang pasti, aku tidak dapat tidur malam itu kerana kesejukan.
Sesungguhnya ujian itu hanya dikit, banyak lagi ujian-ujian lain kami terpaksa tempoh sepanjang 3 malam 2 hari di Kem Rebutia aka Kem Guantanamo.
Wassalam.
Tags: cuti, facebook, family, Muhasabah, supercamp, tahniah
Posted by KAY on Nov 11, 2009 in
Me and MySelf,
My Family
Salam.
Ya, I miss you guys too! Badly!
Dua.
Alhamdulillah, bilik aku dah OK berbanding dulu. Sikitlah. Tak adalah masuk bilik tu macam store je. Sekarang masuk bilik tu macam bilik tidur yang dimiliki oleh seorang anak perempuan. Hehe! Jenuh juga nak mengemas. Hari tu balik dari UiTM, berkotak-kotak. So, unpack semua barang-barang tu. Tak adalah banyak sangat. Tapi bila dah gabung dengan barang-barang yang sedia ada, nampaklah banyak gila.
Kad jemputan masih dalam proses. Abah masih mencari nama-nama yang sepatutnya dijemput. Rumah masih begini, tak ada improvement lagi. Insyaallah, lepas settle bilik aku, aku akan kemas-kemaskan sikit barang dekat ruang tamu ni. Sumbat jelah mana-manapun. Tak adalah semak sangat dekat luar ni.
Uda dah balik. Barang dia bawa tak adalah banyak sangat. Baru aku teringat, dia duduk rumah sewa start semester ni, so barang-barang boleh tinggalkan je dekat rumah sewa. Dia bawa balik PC. Rumah ni memang dah tak ada tempat nak letak PC. Dia mencari-cari ruang yang ada. Hehe! Ada pula nak marah aku kata tempat laptop aku tu sepatutnya tempat PC dia. Banyak cantik nak pasang PC dekat bilik aku. Mengganggu privacy.
Disebabkan rumah ni akan diadakan majlis kahwin bulan depan, PC tak bolehlah nak letak rata-rata dekat ruang tamu macam biasa. So, Uda bawa PC dia naik loteng. Dia tanya tak ada meja Jepun ke. Aku suruh dia pergi beli sendiri kat borong sakan. Loteng ada apa je. Meja ada, meja kayu. Tapi leceh, kena bawa kerusi pula. Lagi satu meja budak-budak, lagi kelakar. Kesimpulannya pakai meja Jepun je, dudukpun atas lantai. Settle.
Tiga.
Alangkah indah dan mudahnya jika aku mengerti kehendak hati sendiri tanpa memikirkan hati orang lain. Sukar, kerana tidak nampak kepentingan diri kepada orang lain. Begitulah seadanya..
Tags: cuti, family, kahwin, kawan
Posted by KAY on Jul 26, 2009 in
Me and MySelf
Salam.
I am not excited of getting shocking holiday for midterm break! Aku rasa marah dan geram juga sebab cuti tiba-tiba macamni. Dan paling haru-biru, proper class just started last week and yet we had an holiday? NONSENSE!!
Presentation for BD suppose to start next week, well basically tomorrow. Now we’ll need to postpone the presentation one more week? This is so out of schedule!
Kalau boleh nak settle all presentation before puasa alright! But since this nonsense holiday took place, I don’t think we’ll manage to finish everything on time and beside, lecturers need to reschedule the time table all over again. Hate, hate and hate this holiday. I am not in the mood of holiday actually. I am not excited and don’t think I’ll enjoy the holiday.
Just happy to see the whole family. If anything good happen this week, its an advantage for me to have a great week.
Sepatutnya aku boleh balik rumah hari Khamis pagi, sebab Khamis dan Jumaat aku memang tak ada kelas. Tetapi, memandangkan aku tak ada keinginan untuk balik, dan Qiyam akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu, maka aku ambil keputusan duduk di bilik saja. Sebab tu aku rasa marah juga bila cuti tiba-tiba ni berlaku. MTU Khamis depan terpaksa ditunda, begitu juga dengan Qiyam. Memang tak bolehlah nak buat Qiyam sebab ramai yang nak balik dan sudahpun balik sejurus selepas dapat berita UiTM cuti seminggu.
Ramai bercerita dan bercerita mengenai H1N1 menyerang UiTM Johor sebab tu ditutup. Jumaat petang aku ke Penawar bagi mendapatkan rawatan, sebab mak dan abah suruh aku buat pemeriksaan kesihatan dulu sebelum balik. Di Penawar aku ceritakan pada nurse, dia kata tak ada H1N1 dekat UiTM Johor ni. Siapa yang bawa cerita mengarut ni? Argh!! Sakit betul hati aku.
Rupanya disyaki saja, tapi tak ramaipun. Aduhai, mulut pelajar ni memang dahsyat. Tiada H1N1 di UiTM Johor. UiTM ditutup seminggu kerana ingin menyelaraskan cuti seminggu di seluruh UiTM di Malaysia. Memang wabak cerita bohong ni suka sangat di bawa oleh pelajar, terutama pelajar perempuan, sungguh kepoh tahap dewa.
Ramai kata, bestnya kalau ada H1N1 dekat UiTM Johor, sebab ada cuti. Dalam hati aku, astaghfirullah kenapa berdoa wujudnya penyakit dekat tempat yang mendapat kesejahteraan Allah. Bersyukurlah sedikit. Kalau H1N1 tu serang dekat kau, nak bersyukur lagi UiTM dapat cuti?
Seorang junior cerita pada aku, pelajar-pelajar bertanya kepada pensyarah kenapa H1N1 ada di UiTM saja, pensyarah kata sebab H1N1 suka orang melayu. Tergelak aku dengar.
Abah tanya aku, kalau lepas naik cuti ni ada lagi serangan H1N1 ni macamana? Ada cuti lagi ke? Kalau cuti memanjang matilah. Tak payah belajarlah, sakit je memanjang.
Aku terdiam. Berfikir kejap. Betul jugakan? Sampai bila nak layankan sangat H1N1 ni kan? Memanglah penyakit merbahaya, tetapi semua ni salah UiTM juga. Kenapa masa pendaftaran tak buat pemeriksaan kesihatan ke atas pelajar? Aku pernah cakap dengan kawan aku. Budak-budak UiTM ni kaya-kaya, holiday bukan dalam negara tau, ada bercuti ke Bali, Australia, Paris dan sebagainya. Tak percaya? Kau cuba tanya kawan kepada kawan-kawan kau yang belajar di UiTM.
Batch aku anak Dato’ seorang. Anak orang kaya yang aku tahu ada beberapa orang. Wing aku anak keluarga kaya je dah beberapa orang, part 1. Serius aku kata, UiTM ramai orang senang tetapi jangan ketepikan bahawa ramai juga orang susah. Sebab tu subsidi makanan hanya berapa ratus orang je yang dapat daripada beribu-ribu pelajar.
Ok. Setakat ni dulu.
Wassalam.
Tags: cuti, H1N1, kenapa?, subsidi, uitm
Posted by KAY on Jul 4, 2009 in
Me and MySelf
Salam.
I don’t know what to think right now. Should I think something, or should not?
I was trying and am still trying to minimize the things to bring back to campus, but it seem like I am going to bring the whole stuff going back. It’s like, the whole things in my room is important to me. Also the clothes. Well, my clothes most of them ‘besar-besar’ not like some friends, they bring the ‘kids’ t-shirt, or the small one not like me.
I don’t know. It so scary when I see these bunch of things to be brought. Isn’t these too much? Or it’s not? I am still trying. It still look scary. Aduhai!!
Before this I don’t need to bring all stuff home. Cause we used to keep our things in the store prepared for students. Since last semester, they locked the store because too many complaints about the stuff been missing, and also their begs has been threw away, that’s their fault. Well, as JPK I have experienced of threw the begs off the store because it’s annoying, annoyed everybody who need to use the store. The store actually the rest room for student during their leisure time.
The stuff should be taken on registeration day. But the students just love to be a stubborn student. Against the rules, and make the campus like theirs. Wake up girls! You don’t care about your stuff, then why should others care? Think!
Back to my problem, I just need to think the best way to minimize my stuff. I don’t think I can. But this really-really-really worrying me.
I have printer, I have laminator, I have 3 large bags with clothes inside, I might have 4 boxes (2 large 2 small), and I have 3 plastic bags with stuff I bought. Is these too much? Macam nak pindah rumah je bila fikir-fikir balik.I also might have extra beg or box, I don’t know.
I need to pack the laptop. So, I guess we’ll meet up again after I have hotspot on this laptop. Wish me luck for this final semester. May Allah guide me with better way.
Wassalam.
Tags: cuti, degil, kolej, uitm