Posted by KAY on Jan 8, 2010 in
Me and MySelf,
Teman/Sahabat
Salam.
Suatu hari, aku menonton cerita Criminal Mind. Al-kisahnya, salah seorang pekerja dia selalu bermimpi, mimpi kematian seorang budak, seorang budak yang seolah-olah menyalahkan dia kerana tidak cuba menyelamatkan budak tu. Sedih juga. Bila dalam mimpi tu, dia melihat ayahnya yang membunuh budak itu, bermati-matian dia cuba menyelidik dan mencari bukti bahawa pembunuh budak itu adalah ayahnya sendiri. Kematian budak itu, sememangnya wujud dan bukanlah mimpi kosong. Cumanya, ibu dan ayahnya tidak pernah memberitahu perkara sebenarnya, dan rupanya, dia terlalu memikirkan kisah itu sedari kecil lagi.
Apa yang aku cuba nak selitkan adalah, apabila dia cuba bertanya mengenai budak yang mati tu, ibunya kata itu adalah kawan khayalan dia. Budak itu tidak pernah wujud walaupun diakhir ceritanya memang budak itu benar-benar wujud, tetapi telah meninggal dunia dibunuh oleh penculik kanak-kanak.
Pokoknya, apakah benar wujudnya kawan khayalan dalam hidup kita? Bagaimana kita definasikan kawan khayalan itu? Adakah kita sudah gila apabila kita berkawan dengan kawan khayalan? Aku terfikir, bagaimana wujudnya kawan khayalan sebenarnya?
Dan aku terasa, rupanya aku juga punya kawan khayalan. Kawan yang sentiasa mendengar masalah aku, sentiasa mendengar kisah-kisah silam aku, yang tidak penat mendengar nasihat dan memberi nasihat, yang sentiasa bersama walau susah atau senang. Kawan khayalan adalah kawan yang sempurna, yang tidak ada cacat celanya, yang tiada kawan lain yang mampu menjadi sehebatnya, kerana dia hanyalah rekaan kita. Dia hanyalah kehendak kita, sebab itu orang kata cinta itu buta. Kerana kita terlalu berkhayal bahawa lelaki atau wanita kesayangan kita itu cukup sempurna, walaupun ianya hanya khayalan kita sahaja, walhal realitinya terlalu banyak kekurangan yang ada.
Aku ada seorang kawan khayalan, yang wujud dirinya aku tidak pasti, dan penghujung kisah hidupnya dan aku juga tidak tahu ke mana kerana dia cuma ada dalam khayalan. Tidak pernah temu, tidak pernah lihat, tidak pernah kenal, tidak pernah sua, apa yang pasti, kawan khayalan ini hanyalah kawan yang mendengar, bercerita, menasihat, mengingatkan, menenangkan, dan macam-macam lagi. Realitinya tidak kelihatan, cukuplah ia mampu membuat kita tenang dan terasa ada sesuatu yang memberi sokongan ianya sudah cukup bagus. Cukuplah ada yang sudi mendengar, sudah terasa leganya. Sudah terlepas sedikit beban, cukuplah semua itu.
Selebihnya, kita memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk menjaga diri kita, memastikan jiwa kita tidak sakit, memastikan ruh kita tidak lari jauh dari jasad, dan sentiasa memastikan hidup ini seiring dunia dan akhirat.
“Barangsiapa yang berserah diri (tawakal) kepada Allah, nescaya Dia akan memenuhi keperluannya.” (Surah At-Thalaq : 3)
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan dan permainan (sementara) dan sesungguhnya kehidupan yang hakiki adalah kehidupan akhirat, andainya mereka mengetahui.” (Surah Al-Ankabut : 64)
Moga hati ini sentiasa tunduk dengan perintah Allah. Ampuni hamba-Mu Ya Allah. Wallahualam.
Wassalam.
Tags: dreaming, kawan, penyakit
Posted by KAY on Dec 12, 2009 in
Lirik,
Muhasabah,
Teman/Sahabat
Salam.
Buat sahabat-sahabat yang diuji, jangan futur lagi! Belum masa untuk fikir putus asa dalam hidup ni. Insyaallah, tiap kita sentiasa diuji, dan beruntunglah bagi kita yang diuji. Bayangkan jika kita tak pernah diuji langsung, mana mungkin kita akan beringat, kita terlupa untuk muhasabah, kita akan terus menerus terleka, betul tak? Subhanallah, ini adalah nikmat yang tidak terhingga.
Biarlah orang kata apa, tetapi kita tetap teguh memegang tali Allah. Maka, kita sentiasa yakin dan redha pada setiap inci dugaan yang Allah turunkan pada kita, semuanya berhikmah, Insyaallah. Yakin dan pasti.
Nasyid ni aku tujukan pada sahabat-sahabat yang sedang bergelut dengan perasaan. Moga iman kita cukup tabah untuk harungi satu persatu ujian hidup. Insyaallah. Allah Maha Mendengar, Dia tahu apa yang kita fikir dan inginkan, Dia Nampak usaha kita, Dia Mengerti perasaan kita, mana mungkin kita berburuk sangka pada-Nya. Sesungguhnya Dia sedang menduga iman kita, tetapkanlah diri, tetapkanlah iman.
Usah Putus Asa – Akbar Ft Mirwana
Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah
Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu
Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti
*
Cubalah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa
Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita berdiri luka
Esok harap menjadi milik kita semula
Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi
Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah diimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti
(ulang *)
Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita
(ulang *)
Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah Diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa
Terus berusaha dan berusaha lagi. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Wallahualam.
Tags: Muhasabah, test
Posted by KAY on Dec 4, 2009 in
Me and MySelf,
My Family,
Teman/Sahabat
Salam.

Sepatutnya aku ada gambar lagi best, depan kolej aku. Tetapi, memandangkan hard disk aku berada di JB, tak bolehlah nak share dengan semua. Serius, aku rindu dengan hard disk aku cause everything inside it. Semua bahan-bahan online aku save dekat hard disk. So, hard disk tu macam nyawa aku jugalah. Sebab dalam tu, ada gambar sejak aku dekat UK lagi. Kira dah lebih dari 4 tahun bahan-bahan dalam tu. Bukan hard disk tulah, hard disk tu baru je lagi. Bahan-bahan dalam tu bertukar-tukar tempat untuk berteduh, kesian dia.
Ok. Gambar di atas adalah di hadapan Old Taste, baru je lepas lunch. Asalnya nak lunch dalam kampus je, tetapi disebabkan terlalu ramai orang ketika itu mencari makan juga, kami terpaksa cari makan diluar.
Bila? Hari terakhir di UiTM Segamat. Masa? Immediate after final paper, Transport.
Aku yang mana? Of course yang paling sopan. Hehe! Kau rasa siapa yang paling sopan? Ya! Itulah aku, terima kasih.
Dua.
Wah, memang penat nak mengemas rumah. Ni pun tak habis cuci kabinet dekat ruang tamu tu. Alahai, sempat ke ni nak kemas-kemas ya?
Barang-barang hantaran dah settle.
Ruang bermain kanak-kanak juga sudah siap dikemas. (Maksudnya ruang tv, ruang budak-budak ni main game, ruang melepak, itulah ruang kanak-kanak yang masih kecil atau sudah dewasa untuk bermain).
Hadapan rumah, masih dalam proses mengecat.
Pokok pelam, sudah ditebang dikit-dikit rantingnya agar tidak mengganggu.
Lagi apa ya?
Bilik aku sudah berkemas, ready untuk siapa-siapa menumpang tidur.
Bilik pengantin, tanda soal? Sebab tak siap apa-apa pun lagi walhal tinggal 2 hari je lagi. Hehe!
Kerepek siap dibungkus untuk diberi pada saudara mara terdekat juga orang rewang.
Ada banyak lagi macam tak settle. Tetapi, aku berdoa agar semuanya berjalan dengan baik sesuai dengan kehendak mak, as simple as possible. Ya, InsyaAllah Allah mendengarkan permintaan kita. Sesungguhnya Dia suka hamba-Nya yang besederhana.
Baru aku sedar nak pukul 3 dah. Ok. Esok abang ngah nak menikah dah. Aku pula yang berdebar nak dapat kakak ipar. Sejak jumpa kak Nurul lepas tau dia bakal isteri abang aku, tak pernah lagi berborak panjang. Tetapi, pernah borak panjang melebar-lebar sebelum abang ngah kenal dia. Macamana tu? Hehe!
Selamat pengantin baru! InsyaAllah.
Wassalam.
Tags: family, kahwin, kawan, tahniah, uitm
Posted by KAY on Dec 1, 2009 in
My Family,
Perjalanan,
Teman/Sahabat
Salam.
Oh lupa.
Adik dapat 5A dalam UPSR dia. Alhamdulillah. Walaupun seorang budak yang malas dan kaki game, tetapi usahanya hari-hari membuat latihan (walaupun tak seberapa), akhirnya membuahkan hasil. Pada hari aku bergerak ke JB untuk program Supercamp minggu lepas, tidak putus-putus aku berdoa agar keputusannya memberangsangkan. Macam tak percaya bila keputusannya sangat cemerlang.
Tahniah buat adik. SMIH call tanya dia dapat berapa A. Bangga mak menjawab panggilan tersebut. Alhamdulillah semuanya atas keizinan dan kehendak Allah. Moga adik terus berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang akan datang.
Dua.
Masa pusing-pusing di Facebook tadi, beberapa orang sahabat-sahabat dari JB yang berkenalan melalui Supercamp tempoh hari mula add aku. Adalah beberapa orang. Biasalah, mereka bersekutu di kawasan JB tu. Ramai sangat.
Mata tertancap pada nama seorang ukhti. Hehe! Lantas teringat saat-saat genting ketika salah satu aktiviti di Kem Rebutia. Jumaat malam Sabtu, checkpoint yang terakhir. Kami dikehendaki mendapatkan 7 biji bola pingpong di dalam paip yang bocor. Paip tu ada lubang di atas sekali, dan ianya sangat tinggi. Di keliling paip tu ada lubang-lubang kecil. Tugasan kami adalah menutup lubang-lubang kecil itu menggunakan jari sehingga 7 biji bola ping pong itu berjaya di naikkan oleh air di dalam paip itu.
Masa diberi hanya 10 minit. Cubaan pertama kami gagal! Ya, kami gagal kerana ada banyak lagi lubang tidak tertutup. Cubaan kedua juga gagal. Air terpancut-pancut mengenai muka aku. Aduh, sejuk dan menyakitkan mata kerana air tu betul-betul memancur ke arah mata. Barangkali salah seorang dari kami terlepas jarinya dari lubang tersebut. Alhamdulillah, kali ketiga cubaan kami berjaya. Walaupun ada beberapa lubang lagi kami tidak berjaya tutup, namun bola ping pong itu berjaya timbul.
Saat-saat yang cukup genting apabila 2 orang sahabat perlu memanjat atau memijak badan sesiapa untuk mencapai lubang paip bocor tersebut di atas sekali. Badan aku menjadi mangsa. Ya! Sahabat tersebut seorang yang tinggi, walaupun beratnya lebih kurang berat aku, tetapi cukup untuk membuat belakang badan aku sakit menanggung beban beratnya untuk beberapa minit. Derita itu untuk seketika dan saat itu aku cuba mengingat Allah supaya beban yang berat itu terasa ringan. Pada saat-saat genting seperti itu, tidak ada apa yang terlintas diminda hanya Tuhan dan kemenangan sahaja. Bukan kemenangan berlumba antara kumpulan, tetapi kemenangan melalui mehnah yang pelbagai sepanjang malam itu.
Subhanallah, akhirnya kami tamatkan aktiviti malam tersebut pada jam berapa tidak pasti. Buat pengetahuan kamu, kami hidup tanpa masa sama ada melalui telefon bimbit atau jam telah diserahkan kepada pihak penganjur. Itu adalah peraturan program. Apa yang pasti, aku tidak dapat tidur malam itu kerana kesejukan.
Sesungguhnya ujian itu hanya dikit, banyak lagi ujian-ujian lain kami terpaksa tempoh sepanjang 3 malam 2 hari di Kem Rebutia aka Kem Guantanamo.
Wassalam.
Tags: cuti, facebook, family, Muhasabah, supercamp, tahniah
Posted by KAY on Nov 11, 2009 in
Kampus,
Teman/Sahabat
Salam.
I got this picture from a friend through facebook. Hehe! MPV Waja, pernah dengar tak? Kalau tak pernah, itulah pertama kalinya.

Just imagine 8 person fixed themselves inside the Waja. 3 person seat in front and the rest at the back. Hehe! Kalau semua comel-comel tak apa. Tapi most of us comel jugalah, sebab tu boleh muat. Kelakarlah. Sebenarnya pergi makan naik dua kereta. Balik tu, sorang nak terus balik rumah. So, terpaksalah kami mengecilkan badan masing-masing.
Oh ya, aku pernah merasa jugalah duduk satu seat depan berdua. Mujurlah aku dalam kategori comel. Tak adalah rasa teruk sangat sampai sakit-sakit badan. Cuma.. MALULAH WEI! Kiri kanan kereta tengok semacam je. Sah-sah aku tutup muka awal-awal dengan anak patung dalam kereta tu. Ces.. orang-orang comel ni selalu je jadi mangsa keadaan.
Aku yang mana? Ya! Tepat! Aku yang itu.
Tags: kawan, kereta