Salam.

Sekarang ni tengah cuti. Cuti-cuti raya. Dapat cuti seminggu. UiTM kan baik hati. Dia jadi tak baik bila study week tiba, dapat cuti 4 hari je. Tak macam dulu, study week seminggu. Nama pun study WEEK kan?

Adalah sedikit semangat untuk buat kuih raya. Tapi, tiba-tiba aven merajuk dengan mak. Haha! Mak, jangan marah ya. Kesian mak. Semangat nak buat kuih raya hari ni, aven buat hal pula. Terpaksalah tak buat kuih raya. Tapi, mak kata nanti buat kuih cornflakes je, tak payah pakai aven. Oh, dan yang wajib buat setiap tahun kek batik lapis marie.

Ok, hari ni aku nak kongsi bersama anda-anda yang rajin untuk ke dapur mencuba resepi yang tak adalah baru, tapi kaedah yang berbeza. Masak kek batik ni tak memerlukan aven. Hanya perlu ada dapur untuk memasak je. Mudah bukan?

Antara bahan-bahan yang di perlukan:

- 6 biji telur
- 1 buku mentega (biasanya 250 gm)
- 1 cawan milo/koko (kalau ikut aku, apa-apa pun boleh asal ada perisa)
- 1/2 cawan horlicks/nestum/cornflakes (pastikan kalau letak cornflakes di hancurkan tau)
- 3 camca besar coco (coco ni dan koko atas lain tau. koko atas koko minum. coco ni coco khas buat kuih)
- 1 tin susu pekat
- 2 tin susu air suam
- 600 gm biskut marie

Cara-cara untuk buat kek batik lapis marie ni:

Aku terangkan mengikut step aku sendiri. Berbeza dengan buku sedikit supaya anda-anda mudah nak faham proses sebenar.

Mula-mula anda masukkan bahan-bahan yang mudah-mudah belaka. Oh ya, sediakan satu bekas ala-ala macam nak bancuh milo untuk satu keluarga.

Masukkan milo, horlicks dan koko. Kacau rata. Bahan kering je ni.

Kemudian masukkan yang basah-basah belaka. Masukkan susu pekat. Kacau bancuhan tadi.

Tin susu pekat tadi jangan di buang terus, masukkan air suam dalam tu. 2 kali ok? Jadilah 2 tin susu air suam. Kacau sampai rata bahan-bahan yang dah di campurkan. Nampak sangat pekat jugalah. Baunya sangat best. Kalau tak best tu, maknanya silap buat. (Senang macam ni mana mungkin tersilap).

Milo dah siap?

Seterusnya kita pukul 6 biji telur tadi. Pukul sampai kembang tau. Nanti tak kembang tak best pula.

Telur dah siap?

Sekarang, letakkan kuali agak-agak boleh masukkan bahan-bahan tadi beserta dengan 600 gm biskut marie ke dalamnya. Jadi, janganlah letak kuali kecil pula! Bukan nak masak sayur untuk anda sorang tau. Panaskan kuali, pasang api sederhana. Jangan besar sangat, bahaya!

Tak payah tunggu kuali panas betul, masukkan je mentega tadi. Semua tau! Kalau nak mudah, kerat-kerat bagi kecil sedikit. Lagi cepat melebur si mentega tadi.

Mentega dah cair, masukkan bahan-bahan yang telah di bancuh tadi iaitu bahan-bahan milo, horlicks, koko, susu pekat, dan air suam. Pastikan api di perlahankan sedikit. Kacau bahan-bahan tadi sehingga pekat. Sebelum tu, masukkan telur. Barulah kacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tadi menjadi rata dan pekat.

Macamana nak tahu dah pekat ke belum? Mudah saja, agak-agak dia tak berair macam yang awal-awal tu, pekatlah jadinya. Hehe!

Bila dah betul-betul pekat, masukkan biskut marie. Jangan lama-lama tau biskut marie dalam kuali. Nanti lembik tak sedap. Gaulkan hingga rata bersama coklat yang pekat tadi. Tutup api.

Sediakan satu bekas. Dua pun boleh. Tengoklah berapa banyak yang boleh di muat. Kalau aku biasanya guna 2 bekas segi empat tepat. Kadang-kadang tu tak tahu kenapa sampai berlebih-lebih kena tambah lagi satu bekas. Hehe! Pastikan bekas tu di sapu dengan minyak atau mentega supaya kek marie tersebut tidak melekat apabila sudah keras. Untuk penjimatan, gunakan semula saki-baki mentega yang melekat pada pembalutnya.

Tonggang campuran di dalam kuali ke dalam bekas-bekas tadi. Pandai-pandailah ya nak masukkan macamana. Takkan itu pun nak ajar kan?

Dah siap?

Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam. Biasanya aku simpan sepanjang malam. Malam buat, esok pagi baru makan. Sedapnya! Marvelous!

Selamat mencuba! Dan selamat menjamu selera.

Andai kata anda ada cadangan kuih atau kek tanpa memerlukan aven, beritahulah ya. Bolehlah aku mencuba alang-alang aven tak boleh guna ni. Beli kuihlah jawabnya nanti.

Wassalam.