Ayat Cinta
05/22/2008
Salam alaik.
Pertama sekali aku mengucapkan syukur kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan lagi kisah-kisah, apa-apa kisahlahkan.
Hari ini, hari yang cukup menekankan. Huhu. Tak adalah sangat. Tetapi, aku dapat juga tengok cerita Ayat-Ayat Cinta the movie sebelum sempat sedikitpun membelek novelnya terlebih dahulu. Asalnya, aku enggan melihat cerita ini, sebabnya sahabatku kata lebih baik baca novelnya sahaja. Kalau begitu, lebih baik aku baca novelnya. Itu pintas hati kecil aku. Sekali tu, banyaklah pula insan-insan menyebutkan lagi cerita ni, aku pun tertengoklah. Hehe! Mungkin aku tak boleh nak bezakan dengan novel sebab aku tak baca lagi yang novel, so aku just tengok sajalah.
Manisnya jika pelakon yang berpurdah itu benar-benar bertudung. Barangkali tidak di dalam cerita AAC ini. Jadi, aku terkilan sedikitlah. Dalam cerita ini, banyak jugalah yang buat kita terfikir - bagi mereka yang suka berfikir. Mungkin dari segi di sebalik tabir ada rasa tidak puas hatinya. Tetapi dari segi pengajarannya, masih ada.
Daripada awal cerita itu mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di Mesir (tapi tak nampak macam Mesir pun), kemudian kisah si jejaka yang diminati ramai perempuan kerana sifatnya yang mulia, ilmu pengetahuannya yang dalam, pengorbanan sang isteri, kesabaran sang suami, dan macam-macamlah. Aku pun dah tak reti nak bercerita. Sedihnya, tak adalah sedih sangat kot. Aku tak tahu kenapa orang lain rasa sedih. Sebab aku tengok dekat YouTube je kot. Adalah bab sedih. Bab yang Fahri kahwin dengan Maria tu, terharulah juga. Bagi aku, Aisya izinkan suami dia kahwin dengan Maria pun sebab nak Maria sembuh dan menjadi saksi terhadap kejadian yang menimpa suaminya, dan bawa keluar suami dia dari penjara. Itu je. Betul kata Fahri, Aisya tak ikhlas menerima Maria sebagai madu.
Ada benda yang buat aku terfikir, macamanalah si Aisya ni kahwin dengan Fahri tapi banyak kisah Fahri dia tak tahu? Dan Fahri pula tak pernah buka cerita pasal surat-surat cinta dia? Sepatutnya dah sebulan kahwin semua tu dah dikongsi bersama-sama. Barulah di katakan tempoh mengenali pasangan masing-masing. Mungkin nak mengkonflikkan cerita, betul tak?
Ada juga satu keadaan yang aku terkejut, bila Fahri jadi macam gila sekejap masa dia dekat penjara tu. Iyalah, seorang yang berilmu, warak dan mulia, tiba-tiba jadi kurang waras bila di uji sebegitu. Mungkin dekat situ nak menunjukkan pada kita bahawa setiap dugaan dan ujian Allah itu adalah peperiksaan buat keimanan kita. Mampukah kita terima, mampukah kita hadapi dan lalui? Semua tu sangat penting sebagai persediaan kita di masa akan datang, di mana Allah akan senantiasa menguji tahap keimanan kita.
Fuh…
Jadi, aku berharap pada mana-mana pihak yang telah dan ingin menonton filem ni, janganlah sekadar lihat tanpa menilai. Tetapi cuba korek di mana pengajaran yang boleh kita ambil supaya kesilapan tu kita tak lakukan dalam kehidupan seharian kita. Jangan sibuk kata nak jadi macam Fahri, tetapi nak pegang al-Quran pun punyalah payah apatah lagi nak membaca isinya beserta maknanya. Biarlah setiap keinginan kita beserta dengan kesungguhan untuk mencapainya. Bukan keinginan tanpa usaha. Semoga kalian jadikan filem tersebut sebagai satu medan untuk mempelajari apa yang tidak di ketahui sebelum ini.
Dua
Buat temanku, yang berada di JB.
Aku doakan moga kau tabah hadapi ujian Tuhan. Sebagai manusia hidup kita takkan sama dengan kehidupan orang lain. Orang lain bahagia, kau ada kebahagian akan datang. Mak kau mungkin dalam tekanan, mungkin banyak benda yang dia fikir, walaupun aku sendiri tak sangka perbuatan mak kau begitu, tetapi sekurang-kurangnya dia ada juga perasaan bimbang atas diri kau. Janganlah pula kau rasa dia mengongkong hidup kau, cukuplah kita berbaik sangka pada seorang ibu yang bersusah payah lahirkan kita.
Iya, biarpun hati kau terluka dengan kerenah dia yang tak masuk akal dan tak bertempat, namun kau perlu ingat, dia tetap IBU kau. Ingat, dia tetap mak kau. Jangan sampai kau bertukar dendam terhadap dia. Aku minta kau teruskan pujuk hati dia. Jangan putus asa. Aku tahu kau berusaha keras untuk berbaik semula dengan dia, cuma dia yang tak pernah bagi peluang, tak pernah nak menghargai usaha kau. Biarlah semua tu, biarkan. Lagi banyak ujian begini, lebih kau akan fahami ibu kau sebenar.
Sahabatku, kau jangan putus asa. Kau jangan putus harapan. Berdoalah, dan tuhan sentiasa akan bersama orang-orang yang sentiasa mohon pertolongan dari-Nya. Aku tahu, kau pandai sembunyikan keresahan kau. Kau marah, kau meluahkan, kau menyampah, semua kau katakan. Tetapi, kau tetap sayangkan ibu kau. Kau tetap ingin berbaik dengannya. Kagum aku. Ujian yang menimpa kau tak pernah sedikitpun buat kau benci pada ibu kau. Perasaan itulah yang kau harus simpan, tetapkan dan jangan lunturkan walau sesaat. Biar kasihnya kurang, tapi jangan sedikitpun kasih kau padanya berkurang.
Teman seperjuangan, teruskan berusaha. Aku sentiasa doakan untuk kau.
Berdendamkah Ibu?
Hari ini,
Aku singgah disisimu
Persinggahan sementara
Untuk tatap kasihmu
Agar dapatku hargai
Setiap dodoianmu
Sebentar pelukanmu
Sekejap cintamu.
Hari ini,
Aku hadiahi kain buatmu
Kain sutera, kecintaanmu.
Aku belikanmu sekuntum mawar,
bukan buat kekasih,
tapi buat dirimu, yang kusanjung cuma.
Aku serahkan sekeping warkah,
warkah cinta, ayat cinta, makna cinta
buatmu,
ibu.
Hari ini,
Aku cium potretmu
Aku usap kurungmu
Aku cium wangianmu
Aku tangis rinduku
Aku pinta kasihmu
dan aku memohon Tuhanku,
Diriku kau maafkan.
Tetapi, mengapa ibu?
Rinduku kau usirkan
Cintaku kau dendamkan
Kasihku kau buangkan
Sayangku kau bunuh.
Kenapa ibu?
Tangisku kau fitnahkan
Rayuku kau bencikan
Suaraku kau asingkan
Pintaku kau bengiskan
Wajahku, kau usir jauh.
Apakah dagingku sudah hilang?
Hati kau terluka
tercarik berdarah tak berbalut
Adakah dendam itu bersemadi?
Dan parut itu yang bernadi?
Aku, anak yang kau benci
sampaikan diri ini terabai,
terperangkap dalam dendam.
Dendam apakah itu?
Ibu,
satu kupinta.
Andai diri ini salah,
andai diri ini hina
Luahkan bicara
Jangan kau dendamkan
kerna itu, bukan yang Tuhan inginkan.
Andai diriku nista,
Luahkan jujurnya
Jangan kau sepahkan
kata benci pada setiap jejakmu.
Tolong ibu, jangan membenciku lagi.
KayJ
22/5/08
Wassalam.

