1

Cukuplah Allah

Posted by KAY on Jan 20, 2010 in Me and MySelf, Muhasabah, Perjalanan

Salam.

Subhanallah. Banyak yang aku lalui sepanjang tempoh tidak berupdate blog ni. Entah, perasaan untuk menulis semakin lama malap, sikit-sikit seperti kurang semangat untuk menulis. Barangkali ide tercetus begitu banyak, sehingga tidak tahu yang mana harus dipertaruhkan terlebih dahulu.

Alhamdulillah, usrah sudah ada. Bersama-sama sahabat dari UTHM berhalaqah, berbincang, dan bertukar pandangan, seronok rasanya. Apatah lagi, bahan yang dibincangkan memang wajar diberi pendapat selain daripada berkongsi pengalaman.

Baru-baru ni, aku sekali lagi bercamping atau mukhayyam di Hutan Lipur Gunung Berlumut selama 2 hari 1 malam. Walaupun sekejap, tetapi sebenarnya terasa lama melalui saat-saat yang sungguh mencabar. Kami berhadapan dengan masalah air dan api. Dewan yang disediakan tiada air dalam bilik air kerana operasi menaik tarafkan kawasan. Selain daripada itu, api juga tiada membantu.

Namun, berkat usaha sahabat-sahabat dan sesungguhnya Maha Kuasa dan kehendak Allah, kami berjaya membuat 3 uggun api. First, bertujuan untuk BBQ. Second, untuk masak yang simple, macam masak air, goreng apa-apa ke. Third, unggun api yang cukup besar untuk membantu kawasan perkhemahan kami kekal bercahaya. Maka, kami membahagikan tugas kepada setiap kumpulan untuk berjaga malam menjaga unggun api tersebut supaya tidak terpadam.

Subhanallah, subhanallah, subhanallah. Unggun api tu kekal sehingga pagi, sehingga matahari naik, bara api tersebut masih kekal dan masih setia disitu. Allah Maha Berkehendak, dan sesungguhnya pergantungan sepenuhnya kepada Allah amat perlu dalam keadaan seperti ini. Jangan hilang harapan, dan terlalu takut pada kekalahan, kerana Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang bertawakal sepenuhnya kepadanya, dengan syarat hendaklah dengan usaha.

Minggu sebelumnya, aku ke Ledang untuk program lain. Tak tahu nak cakap tajuk pengisian fokus dimana, tetapi mungkin lebih kepada keperluan usrah. Ya, mengapa pentingnya usrah. Sahabat-sahabat, usrah sangat penting untuk mengekalkan dan membantu iman kita mantain seperti sedia-kala. Usrah amat penting supaya kita dapat sentiasa muhasabah diri dan cuba memperbaiki diri. Kalau boleh, usrah dijalankan setiap minggu supaya iman kita tidak sempat jatuh sehingga zero, insyaallah.

Alhamdulillah. Banyak sebenarnya pengisian yang dapat. Aku harap boleh berkongsi, tetapi mungkin aku memerlukan masa untuk diri sendiri. Banyak benda dalam kepala, cukup serabut. Hati berperang dengan jiwa, berperang dengan perasaan, berperang dengan emosi, hanya Allah yang faham dan mengerti apa sebenarnya yang tersirat. Cukuplah Allah bagiku, cukuplah Dia yang mengerti, semoga Dia terus membantu aku teguh dan tegar di jalan Allah. Amin.

Wallahualam. Wassalam.

Tags:

 
0

SuperCamp II

Posted by KAY on Dec 19, 2009 in Me and MySelf, Muhasabah, Perjalanan

Salam.

Ok. Lately macam susah nak tidur awal. Tak tahu kenapa. Mungkin terlebih fikir tetapi tak banyak bergerak. Gerak naik tangga turun tangga, hari-harilah.

Sekarang ni tengah memikirkan ide-ide untuk dimasukkan dalam slot program KRJ next week. Alahai, lemah betul. Tapi tak apa, Mak Cu dah beri buku untuk study permainan-permainan yang boleh dibuat untuk slot yang ditugaskan. Wah, nak buat game tu pun kena fikir juga. Budak-budak ni boleh terima ke?

Pening dan pening.

Isnin sampai Rabu abah pergi JB, ada meeting kot? Mak kata nak ikut, so semua orang akan pergi kecuali aku dan abang long. Sebab? Kitorang kena tolong Mak Cu untuk program KRJ 21 sampai 22 Disember ni. Excited ke? Tak pasti lagi. Kita tengok macamana.

Hm.. I am holding my breath. To learn and accept my life. To realize.. something.

So how? Speechless. Actually ada something inside me that I couldn’t describe what. Maybe too many things I was holding in long period of time, and yet I was trying to describe in words but its useless. So how again? Keep holding my breath and hope it will not ending soon.

Dua.

Cakap pasal breathing, aku teringat masa supercamp.

Masa jungle tracking, Sabtu malam Ahad. Kami redah hutan, redah tengah-tengah malam. Lebih kurang pukul 10.30 – 11 malam macam tu baru aktiviti tracking bermula.

Ini first time tracking macam ni, macam tak percaya memang tracking habislah. Panjat bukit, jatuh, tergelongsor ke bawah, kena hati-hati dengan batang pokok yang beracun, so many things that I never felt before. Memang Subhanallah, malam tu terlalu banyak pengajaran. Yes, I admit aku takut gelap, but malam tu I kept my zikrullah, from the beginning of journey until the end. Although belakang dan depan masih ada sahabat-sahabat, tetapi terlalu banyak keindahan Tuhan yang tak pernah kita nampak.

Sepanjang perjalanan, kami disinari oleh daun-daun lampu, I don’t know the specific names, tapi Subhanallah, sangat cantik dan cukup terang dedaun tu. Bila aku terpaksa pijak dedaun tu, dalam hati aku berkata, maaflah dedaun terpaksa pijak kamu (masa tu terasa macam selalu sangat bercakap dengan tumbuhan ni dalam hati, sebab suasananya berbeza dengan siang), malam ni gelap tapi kamu menyuluhkan kami. Terima kasih. Bukan daun tu sahaja yang berlampu, banyak lagi tumbuhan lain yang berlampu malam tu, sangat jelas dan inilah pertama kali aku melihat dan rasa.

Aku takkan lupa setiap detik yang terpaksa kami harungi malam tu. Terasa panjang, dan cukup memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Terimbas, saat-saat terpaksa naik bukit yang licin dan curam, kami terpaksa naik bukit tersebut tanpa bantuan cahaya kecuali daun-daun tadi, tanpa bantuan tali, tanpa bantuan sesiapa, yang ada hanya ahli-ahli kumpulan, ya – ahli-ahli kami saja.

Dalam gelap mencari-cari akar-akar pokok yang kukuh untuk dijadikan tali supaya jasad ini boleh naik, boleh sampai ke puncaknya. Kadang-kadang terpegang duri, kadang-kadang tak tahu apa yang dipegang, sebab gelap! Hanya memohon pertolongan Allah agar kami tidak apa-apa. Masa tu, ada beberapa ahli terjatuh, ya terjatuh. Kesian mereka. Tetapi atas pertolongan Allah, kami membantu sedaya yang boleh supaya masing-masing boleh sampai ke destinasi dengan selamat.

Cuma aku nak cerita berkaitan dengan breathing, pada perhentian terakhir kami berdiri didalam sungai yang cetek. Semua orang kena berada dalam sungai, kata Pok Nik. Malam tu, memang sedih kena marah dengan Pok Nik. Tetapi, marah itu kerana sayang, marah itu atas teguran, marah itu tidak sia-sia kerana ia melekat sehingga hari ini. Apa yang penting, masa tu mengingatkan aku pada dosa-dosa pada mak dan abah. Pada kawan-kawan, pada sesiapa yang pernah aku buat salah. Sedih.

Kami dikehendaki sujud didalam sungai. Ya, sujud. Sujud dan sujud lagi sampai tiada daya. Ya, aku sujud dan sujud, sampai terasa tiada ruang lagi untuk bernafas. Air terlalu sejuk, yang amat. Nafas kepenatan, tetapi mengenangkan betapa banyaknya dosa ini, terasa hinanya diri ini, aku terus sujud dan sujud. Mujur saja gelap kerana malam, mujur saja air mata tiada kelihatan, mujur saja ada air sungai.

Dan ianya berakhir dengan keinsafan. Syukur pada Tuhan kerana diberi peluang untuk merasa nikmatnya ‘mati’ sekejap.

Wallahualam. Wassalam.

Tags:

 
0

SuperCamp I

Posted by KAY on Dec 1, 2009 in My Family, Perjalanan, Teman/Sahabat

Salam.

Oh lupa.

Adik dapat 5A dalam UPSR dia. Alhamdulillah. Walaupun seorang budak yang malas dan kaki game, tetapi usahanya hari-hari membuat latihan (walaupun tak seberapa), akhirnya membuahkan hasil. Pada hari aku bergerak ke JB untuk program Supercamp minggu lepas, tidak putus-putus aku berdoa agar keputusannya memberangsangkan. Macam tak percaya bila keputusannya sangat cemerlang.

Tahniah buat adik. SMIH call tanya dia dapat berapa A. Bangga mak menjawab panggilan tersebut. Alhamdulillah semuanya atas keizinan dan kehendak Allah. Moga adik terus berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang akan datang.

Dua.

Masa pusing-pusing di Facebook tadi, beberapa orang sahabat-sahabat dari JB yang berkenalan melalui Supercamp tempoh hari mula add aku. Adalah beberapa orang. Biasalah, mereka bersekutu di kawasan JB tu. Ramai sangat.

Mata tertancap pada nama seorang ukhti. Hehe! Lantas teringat saat-saat genting ketika salah satu aktiviti di Kem Rebutia. Jumaat malam Sabtu, checkpoint yang terakhir. Kami dikehendaki mendapatkan 7 biji bola pingpong di dalam paip yang bocor. Paip tu ada lubang di atas sekali, dan ianya sangat tinggi. Di keliling paip tu ada lubang-lubang kecil. Tugasan kami adalah menutup lubang-lubang kecil itu menggunakan jari sehingga 7 biji bola ping pong itu berjaya di naikkan oleh air di dalam paip itu.

Masa diberi hanya 10 minit. Cubaan pertama kami gagal! Ya, kami gagal kerana ada banyak lagi lubang tidak tertutup. Cubaan kedua juga gagal. Air terpancut-pancut mengenai muka aku. Aduh, sejuk dan menyakitkan mata kerana air tu betul-betul memancur ke arah mata. Barangkali salah seorang dari kami terlepas jarinya dari lubang tersebut. Alhamdulillah, kali ketiga cubaan kami berjaya. Walaupun ada beberapa lubang lagi kami tidak berjaya tutup, namun bola ping pong itu berjaya timbul.

Saat-saat yang cukup genting apabila 2 orang sahabat perlu memanjat atau memijak badan sesiapa untuk mencapai lubang paip bocor tersebut di atas sekali. Badan aku menjadi mangsa. Ya! Sahabat tersebut seorang yang tinggi, walaupun beratnya lebih kurang berat aku, tetapi cukup untuk membuat belakang badan aku sakit menanggung beban beratnya untuk beberapa minit. Derita itu untuk seketika dan saat itu aku cuba mengingat Allah supaya beban yang berat itu terasa ringan. Pada saat-saat genting seperti itu, tidak ada apa yang terlintas diminda hanya Tuhan dan kemenangan sahaja. Bukan kemenangan berlumba antara kumpulan, tetapi kemenangan melalui mehnah yang pelbagai sepanjang malam itu.

Subhanallah, akhirnya kami tamatkan aktiviti malam tersebut pada jam berapa tidak pasti. Buat pengetahuan kamu, kami hidup tanpa masa sama ada melalui telefon bimbit atau jam telah diserahkan kepada pihak penganjur. Itu adalah peraturan program. Apa yang pasti, aku tidak dapat tidur malam itu kerana kesejukan.

Sesungguhnya ujian itu hanya dikit, banyak lagi ujian-ujian lain kami terpaksa tempoh sepanjang 3 malam 2 hari di Kem Rebutia aka Kem Guantanamo.

Wassalam.

Tags: , , , , ,

 
0

Dan, Bila Esok

Posted by KAY on Nov 26, 2009 in Me and MySelf, Muhasabah, My Family, Perjalanan

Salam.

Esok puasa sunat hari Arafah, jadi aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat yang mampu. Insyaallah, ganjarannya tak ternilai disisi Allah sekiranya kita faham. Aku sebolehnya ajak semua adik-beradik aku untuk puasa bersama. Aku sedih, masa pergi supercamp haritu, muhasabah juga diri selalu. Puasa sunat jarang, adakah layak dipanggil daie jika begitu? Astaghfirullah, terlalu kerdil dan jauhnya aku dari Rahmat Allah.

puasaAku nak buat pahala bersama-sama pembaca blog aku ni, walaupun tak adalah ramai sangat pun membaca. Jom kita puasa.

Dua.

Panggilan untuk interview dah dapat, tapi dekat Masai. Abah berat nak bagi pergi, dia tak bagi jawapan boleh atau tidak, tapi yang penting dia terus suruh aku cari kerja area sini je. Aku dah agak dah. Walaupun kerja dekat Masai tu cikai-cikai je, tapi gaji boleh tahan. Maklumlah, company besar. Kalau kecil-kecil manalah nak dapat gaji ok, betul tak? So, aku tak adalah nak pergipun interview tu. Akukan ikut cakap abah dengan mak. Hehe!

InterviewSo, aku dah drop beberapa kerja yang aku apply dekat jobstreet tu. Especially area Pasir Gudang, terlalu jauh. Masaipun abah taknak bagi pergi, apatah lagi Pasir Gudang sana. So pendek cerita, cari dekat Batu Pahat je. Ok pe? Tunggu result je, barulah boleh jadi Post Graduate Diploma.

Tiga.

Raya ni balik kampung. Mak kata, makcik nak berubat. So, Insyaallah akan balik ke kampung Jumaat ni. Entahlah, tak tahu excited ke tidak. Sebab suasana kampung dulu dan sekarang berbeza, dan umur aku pun sudah berbeza. Saudara mara sebaya juga sudah tidak ada dan jarang bersama lagi. Begitulah peredaran masanya.

sp0162020kampung20houseEmpat.

Kenduri kahwin abang ngah, tak lama je lagi. Eh, bukan setakat kenduri je, tapi menikahnya pun sama. Hehe! Pok Nik kata, nak dapat anak yang soleh dan solehah, suami isteri mestilah soleh dan solehah juga. Nak dapat isteri yang solehah, suami kena soleh. Begitulah juga sebaliknya. Jika hanya salah seorang yang soleh atau solehah, makanya sukar untuk anak-anak menjadi lebih soleh atau solehah darip ibubapanya.

kenduri_kahwinGambar ni hiasan semata.

Kenduri kahwin ni, simple je. Mak tak adalah membazirpun. Serius, memang simple gila dan bajet habislah. Pokoknya, kita nak menghebahkan status ahli keluarga kita yang akan berkahwin, itu je. Selebihnya adalah urusan kita bagaimana untuk dikendali.

Insyallah, moga perbelanjaan yang sedikit akan terelak daripada berlakunya pembaziran. Rasulullah bersabda, lakukanlah kenduri walau hanya seekor kambing. Bermakna kenduri kahwin ni sangat penting, tetapi ikut kemampuan. Tak perlu berhutang untuk kenduri begini. Seadanya cukup, insyaallah. Tuhan Maha Mengetahui apa yang tersirat dihati.

Lima.

Supercamp haritu macamana? Alhamdulillah, sangat seronok kerana ditarbiyah sepenuhnya oleh alam flora dan fauna, semuanya atas keizinan dan kehendak Allah swt. Subhanallah, siang dan malam menjadi pengiring kami mengharung belantara yang sukar dijangka. Sungai mengalir menjadi saksi kami bersujud kedasarnya demi mencecah sedikit rasa ‘mati’, subhanallah. Tanah-tanah dilereng bukit merasa cengkaman-cengkaman kami demi sampai kemuncak teratas walau sukar, walau tergelincir, walau tergelongsor beberapa kali. Akar-akar pokok telah menjadi kekuatan kami lebih seimbang dalam meneroka dunia belantara ini. Selut-selut yang lapar asyik saja menjamah kekasut kami sehingga hilang imbang badan. Tidak lupa cahaya malam, jua cahaya dedaunan yang membantu kami memperlihatkan indahnya ciptaan Allah itu.

campingAlhamdulillah.

Subhanallah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Wallahualam. Wassalam.

Tags: , , , , , , , ,

 
0

Belajar tetap belajar

Posted by KAY on Oct 4, 2009 in Kampus, Perjalanan

Salam.

Ingat nak menaip malam tadi, tetapi memandangkan internet memang cari pasal, terpaksalah batalkan niat. Nak buat kerja pun tak jadi malam tadi. Nak borak dengan my senior pun tak sempat. Aduhai streamyx, tolonglah faham.

Just nak share some thought. Hari tu adik aku Uda beritahu dekat mak, dekat aku, ada sorang kawan dia ni pegang beberapa jawatan. Then, bila dapat assignment, budak ni selalu bagi alasan dia banyak lagi benda lain nak buat sebab dia pegang banyak jawatan, so dia sama ada tak buat kerja atau kerja dia nak buat tu sikit daripada orang lain.

Kalau aku jadi member budak ni, memang nak kena. Kau ingat dah pegang banyak jawatan kau boleh lari dari buat kerja? Lebih baik ko resign dari jawatan kau dan fokus dekat belajar kau. Tak layak kau pegang apa-apa jawatan kalau untuk akademik kau tak pandai nak bahagikan masa. Crap!

Janganlah sibuk-sibuk nak pegang banyak jawatan, then bila hal-hal akademik atau dalam kelas, kau lepas tangan. Tak payahlah berangan nak pegang apa-apa jawatan kalau dalam kelas pun kau tak reti nak bertanggungjawab. Tolonglah jangan nak menyusahkan orang lain disebabkan kesusahan yang kau sendiri minta. Yang group member pula, janganlah berdiam diri. Masing-masing ada mulut untuk menegur, tegurlah dengan hemah. Kalaulah dia ni kepala besar sebab konon dia hebat, kau hantar je nama dekat lecturer. Habis cerita.

Aku pun pernah juga pegang jawatan-jawatan ni, tapi Alhamdulillah semua ni tak pernah berlaku. Aku pernah alami dan lalui, dan aku tak suka orang yang pernah berjawatan ni bersikap begini. Aku rasa tak adil. Tugas kau sebagai jawatan tu, lain tempat. Tugas kau sebagai pelajar, lain dari berjawatan. So, you have to take the same responsible as other students. Jawatan kau tu, lantaklah. Kau yang nak pegang, then you deserve get extra burden on your shoulder. Tak bolehlah lepas tangan dekat satu lagi tugas, because you have extra work to do then others. It’s not dair.

Aku pernah group dengan macam-macam orang masa aku pegang jawatan. Since aku ni bercampur-campur kelas semester lepas dan 2 semester lepas. Pernah sekali, aku dipanggil meeting secara mengejut. Masa tu tengah buat group assignment. Memanglah masa tu serba salah, sebab baru je start. So, aku fikir eloklah kalau percepatkan kerja dalam group tu, then agak-agak tak boleh keluar on time, aku beritahu kelewatan untuk meeting. Tapi kadang-kadang, member group akan kata, oklah tak apa. Tadi kau dah buat kerja ni, kita dah buat sama-sama, so nanti ko present yang ni, yang tu. Ok tak? Macamtulah biasanya.

Aku jarang cancel group discussion disebabkan meeting. Pernahlah, tapi jarang. Biasa sama ada start discussion awal, atau buat selepas aku meeting. Ikutlah pada hemah group member aku. Kalau yang rapat dengan aku, tak ada masalah. Diorang faham, dan kitorang biasa tengah-tengah malam pun masih boleh celik untuk discuss. That’s different dengan kawan-kawan yang tak rapat dengan aku, dahlah blok lain-lain, usually akulah yang kena bergerak ke blok diorang.

Bila kita pegang apa-apa jawatan, jangan ubah perangai. Kekalkan sifat kita yang dulu. Sikitpun jangan berubah dan rasa bangga diri melampau-lampau. Takut nanti kau hilang kawan, hilang kepercayaan dari sahabat-sahabat, hilang keseronokan bersama diorang, hilanglah masa, hilang segala-galanya. Jangan disebabkan kau berjawatan, kau menyisihkan diri dari orang lain. Jangan macamtu, jangan sesekali berlagak dan belajar untuk bahagikan masa sehabis baik.

Yes I know, bila kau pegang jawatan, ramai orang benci pada kau. I admit that, lagi-lagi jawatan yang melibatkan kau kena handle pelajar tu sendiri. Kadang-kadang, akan terkeluar perasaan marah, geram dan macam-macam perasaan negetif berdepan dengan pelbagai jenis pelajar. Sebab tu, kau kena ingat, kawan-kawan kau tu adalah mereka yang FAHAM siapa diri kau. Bila diorang senang dengan kau dari dulu, kau kena tetap senangkan diorang. Tak bermakna kau boleh berlaku tidak adil, means kau bagi layanan istimewa dekat diorang sebab diorang kawan kau.

Bila masuk hal kerja, jangan sesekali buat macamtu. NO! Diorang sama macam pelajar lain, diorang tak berhak dapat kelebihan apa-apa, sebab itu tidak adil. Banyaklah kena belajar bila dah pegang jawatan ni. Apa-apa pun, always be humble to yourself and others. Apa yang penting, sentiasa berdoa dipermudahkan segalanya. So, kepada sesiapa yang sedang berjawatan, aku doakan yang terbaik buat kalian.

Wallahualam.

Tags: , , , , ,

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.