Optimis Sajalah

01/04/2009

Salam.

Huhu. Teruknya, esok aku ponteng kelas satu hari. Terpaksalah. Esok ada drving test. Kena buat betul-betul, tapi sebenarnya sangat takut juga kalau tak lepas. Aku dengar budak-budak ni 2 kali juga ambil test. Ish.. susah sangat ke ek? Walaupun aku terpaksa akui memang kadang-kadang masa drive kita ada buat kesilapan kecil. Biasalah tu kan? Tapi takkan sampai tak boleh lepas kot? Tu yang aku pelik sekarang ni. Paling takut naik bukit sebenarnya. Hehe. Sha kata jangan takut-takut. Over confident pun tak boleh juga. Kena buat biasa-biasa macam boleh bawalah.

Doakanlah aku lepas.

Risau juga sebenarnya tak pergi kelas. Minggu lepas semua kelas pergi tau, tak ada ponteng pun. Kelas cancel adalah. Huhu.

Minggu ni aku pergi kelas 2 hari je. Isnin dah ponteng. Selasa dan Rabu je tinggal. Khamis aku dah bertolak ke Sabah. Wah, tak bestnya banyak ponteng kelas. Nasib baik awal-awal sem je. Tapi paling tak best, Isnin dan Khamislah kelas banyak, dan hari tu jugalah aku kena ponteng. Tensi betul aku. Harapnya belajar tak banyak sangatlah kot.

Doakanlah perjalanan kami pergi dan pulang dari Sabah selamat. Kitorang pergi bukan suka-suka nak enjoy, tapi kitorang ada sedikit diskusi dan berkongsi pengalaman dengan pemimpin UMS dan UiTM Sabah.

Ok, aku nak cerita satu benda. Entri sebelum ni kan aku cakap aku tak dapat masuk kelas FIN kan? Lepas aku update, aku buka semula register online aku. Guess what? Haha! Tiba-tiba FIN kelas 1 ada kosong 1. Aku apa lagi, teruslah masuk. TAPI, clash dengan kelas HR aku. Masalah betul. Tak apa, aku biarkan dulu kelas HR aku tu. Nanti dah balik kampus aku minta KP masukkan aku dekat HR kelas 1 je. Ingatkan nak masuk kelas 2, tapi leceh pula. Alang-alang FIN kelas 1 masuk jelah HR kelas 1 juga. Rezeki aku, alhamdulillah. Maaflah kawan-kawan lain, dalam hal ni terpaksalah pentingkan diri sendiri walaupun tak ada geng. Korang jangan marah aku ek sebab aku dapat masuk kelas FIN. Aku memang taknak masuk kelas IEP.

Dua.

Tadi aku saja masuk blog pengarah kita, Prof Hj Kamil. Hehe. Kelakarlah. Entahlah, kadang aku rasa pengarah aku ni kelakar, romantik, sweet, bila dia tulis kisah hidup dia dalam blog. Aku terfikirlah juga, kalaulah abah tulis blog adakah dia akan bersifat macam tu juga? Huhu.

Kadang aku tak faham macamana pengarah UiTM Johor ni banyak masa menulis blog. Abah hanyalah Timbalan Dekan Akademik UTHM, tapi macam sibuk je. Kadang balik lewat. Tapi masihlah ada masa spend dengan anak-anak. Tapi still pelik, pelikkan? Hehe. Itu bukan soalnya yang aku cuba cerita.

Tadi aku hairan sikit ada satu entri prof dapat 25 komen. Gila banyak. Tak adalah sebelum ni aku perasaan macam belas-belas je. Takdalah cecah puluh-puluh kot. So, aku baca-baca rupanya pasal entri dia buat. Komen tu pasal entri dia buat, jadi isu. Aku pun tak faham macamana boleh jadi isu. Sebab terlalu terbuka kot. Ada sesetengah orang mungkin tak boleh terima penulisan yang terbuka ni. Hehe. Korang mesti tertanya-tanyakan? Apa bendalah yang di tulis oleh prof ni.

Aku malaslah nak buka isu, tapi aku saja nak promo je blog pengarah kesayangan pelajar-pelajar dan kakitangan UiTM Johor.

Tiga.

Optimis Sajalah - Tashiru

Setiap manusia menginginkan kebaikan
Dalam menjalankan kehidupan di dunia
Meski terkadang semua yang diinginkan
Ternyata hanyalah impian

Setiap manusia mendambakan bahagia
Bila esok hari kan menyapa dirinya
Walau kenyataannya tiadalah tergenggam
Yakinilah nanti kan datang

Reff:
Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia
Jangan berpikir untuk berputus asa
Kembalikan semua pada Yang Esa saja

Berbenah diri hadapi yang terjadi
Raihlah dengan penuh percaya diri
Tingkatkan iman dan taqwa kepada Ilahi

Moga kita terus istiqamah dan bersabar dengan setiap dugaan yang diberi. Biasalah, setiap mehnah itu pasti ada hikmahnya. Lalui dengan yakin, jangan putus asa, dan terus redah dengan seribu doa dan segugus usaha agar Tuhan nampak kehendak kita yang inginkan kebaikan. =) Yang penting, kita betulkan niat kita. Setiap niat kerana Allah taala, pasti menjadi ibadah dan pahala buat kita (kecuali perbuatan yang terang-terang dosa dan dilarang).

Sama-sama kita doakan sesama kita, sahabat seIslam.

Wassalam.

Mole People [or] Yakjuj Makjuj

12/07/2008

Salam.

Pernah dengar pasal ‘mole people’? Sebenarnya aku pun tak tahu, sampailah hari tu mak beritahu. Gambar tak jumpa. Tapi korang boleh baca dekat sini. Versi melayu punya.

Mak kata macam Yakjuj dan Makjuj. Aku curious. So, aku search lebih detail pendapat pasal Yakjuj dan Makjuj dengan mole people ni.

Aku jumpa artikel ini. Aku baca artikel ni sambil tahan sebak. Aku terfikir, andai betul itu adalah Yakjuj Makjuj, rasanya tempoh kiamat tidak lama.

Artikel tu panjang sangat, jadi aku pasted yang ada kaitan dengan mole people sahaja. Sebenarnya ada banyak pendapat, tetapi salah satu pendapat sama dengan mole people yang ditemui.

Yakjuj dan Makjuj

Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.

Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara’is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu “terpisah atau tinggal” pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.

Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng Isra’iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima’ secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima’ sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya’ Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: “Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: “Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik”. Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.

Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: “Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh.” Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.

Kesimpulan

Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain. Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.

Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.

Berita kaum Yakjuj dan Makjuj dan berita Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam kerana ianya secara jelas termaktub dalam Al-Qur’an. Kerana itu jugalah ulama Islam bukan saja telah meneliti berbagai sumber hadis, malah telah menghujahkan pendapat mereka dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang telah dilakukan sebelumnya telah dikaji semula oleh sarjana yang kemudian dengan teliti sekali. Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari zaman kegemilangan Islam lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim zaman ini dan seterusnya zaman berzaman.

Walaupun identiti Zulkarnain dan juga identiti Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah menyingkap kembali sejarah kegemilangan banyak empayar silam dan ini telah didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat saya, kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-Qur’an adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur’an itu sendiri. Ianya satu berita misteri besar yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian, secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum ditemui. Umat Islam perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat yang hebat dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas rahmat Allah Yang Maha Bijaksana.

Sumber: Megasutra (Ibnu Yusof)

Wallahualam.

Kita doakan moga diri ini sentiasa di bawah perlindungan Allah swt. Tak ada masa lagi untuk bermain-main, dan tak ada masa lagi untuk mengabaikan yang wajib. Jangan menafikan, semakin kita yakin akan kewujudannya, semakin takut kita pada kekuasaan Allah. Tidak kira bila dan bagaimana ia akan terjadi, yang penting kita perlu bersedia pada bila-bila masa.

Dua.

Tanah runtuh. Aku bersimpati. Bukankah kawasan yang ditimpa bencana itu kebanyakannya adalah kawasan mewah? Barangkali peringatan buat mereka. Bala tidak kira siapa, atau bila.

Ambillah ia sebagai satu iktibar. Banyak yang kita boleh ambil dari ujian seperti ini. Benar, ia satu fenomena alam, tanah runtuh. Punca dari bukit tertentu, dan seterusnya. Dalam masa yang sama, mungkin kita patut muhasabah diri kita.

Apakah ujian itu bertujuan menguji? Atau mengingatkan? Atau memberi amaran?

Wallahualam.

Tiga.

Semalam tengok tv, sambil dengar abang long membebel. Dia kata TV3 adalah channel paling teruk dan teruk dan teruk. Hm.. take note wahai warga TV3.

Banyak benda yang teruk dan susah untuk mendapat pujian dari keluarga kami. Kenapa?

TV3 adalah channel melalaikan umat Islam.

TV3 adalah channel bias, berat sebelah, dan tidak telus.

TV3 adalah channel model-model seksi.

TV3 adalah channel hiburan tanpa batasan.

TV3 adalah channel tanpa ilmu.

TV3 adalah channel drama mengarut dari pagi sampai malam.

TV3 adalah channel kaut untung dari iklan yang panjang sampai 10 minit (wth?)

TV3 adalah channel kaut untuk dari sms yang kau hantar.

TV3 adalah channel pelakon separuh bogel.

TV3 adalah channel taubat satu jam dalam seminggu.

TV3 adalah channel bosan kanak-kanak ditayang midnight (sama macam RTM2)

TV3 adalah channel semuanya negetif, susah nak jumpa yang positif.

Entahlah, aku pun menyampah juga kadang-kadang. Tengok pelakon pun, macam pelacur pun ada. Maaflah, aku memang menyampah. Menyampah, tapi tengok juga. Haha!

Rumah aku tak ada Astro, jadi pilihan yang ada (RTM1 tak dapat, kenapa entah) RTM2, TV3, NTV7, TV8, TV9, Okto, NewsAsia, Suria, TV8 (S’pore), apatah lagi TV Indon sesat. So, kami tengok apa yang ada je.

Aku tahu, ada yang pelik aku tak ada Astro. Masa awal-awal sampai Malaysia abah suruh pilih, Internet atau Astro? Kami pilih Internet. So, here we are. I am online 24 hours a day eventhough I was not here all the time. Sometimes cooking, watching, sleeping, eating and driving (huhu).

Its not that everyone gonna be at home kalau ada Astro pun. Adek je ada dekat rumah. At least kalau ada Internet mak still can use it, betul tak? Lagipun, my brothers hantu game computer, so they won’t bother about watching telly. Me too. I wish I can follow any drama or any English Series, but I cannot be bothered. It just too hard for me to stick myself in front of television and focus. That just not me, maybe I can be like that sometimes but usually am not. Always have somehting else to do.

Beside, Uda memanglah hantu Smallville and Prison Break. Abang long pula hantu Anime. Diorang ni kerjanya download je, simple right? Hehe. Em.. aku tak macam diorang. I don’t care about anything like that. Kalau abang long ajak tengok, then I will watch it. But I can be so addicted sometimes. That’s why I’d rather not to watch it to avoid myself from become Anime addictation like him.

Hehe. But currently, I was so in like with Tora Dora. Haha! So cute. Cuma belum lagi rasa melonjak-lonjak nak tengok. Walaupun ada niat untuk search and download, tapi sabar Kausar. Haha! Entahlah, maybe Tora Dora ni boleh reflek balik diri aku. Entahlah ek, sebab aku baru tengok beberapa kali dekat Okto. Tak best sebenarnya tengok sambung-sambung ni. Baik download, tengok dari awal sampai habis. Memang gelak besar.

Apa-apa pun aku sangat menyampah dengan TV3 sekarang ni. Walaupun ada WHI, Majalah 3, 999, 360, Bersamamu, tapi aku tak faham kenapa tak ada benda yang lebih dokumentasi, dokumentasi dunia. Bukannya aku nak tengok artis ni pergi luar negara pastu beritahu orang Malaysia yang dia tengah seronok dekat sana, memang bengang betul ar.

Cuba buat kelainan. Takkan Jejak Rasul je mampu buat waktu Ramadhan kot? Hello? You spent money to make documentary speacial on Ramadhan only ke? The rest pergi mana? Habis, hari-hari biasa tak akan tak ada slot untuk bergerak sikit minda orang melayu? Manalah otak tak lembab, hari-hari makan drama, makan Korea, makan Indonesia, makan Spanish, makan cinta, makan dunia, apalah kau ni TV3. Aku tak tahulah apa yang korang mampu jawab kat akhirat nanti.

Memang ada yang elok, tapi 1 daripada 10. Lebih baik tak payah ada. Jika peluang mudarat itu lebih besar, lebih baik jangan adakan.

Oklah. Wallahualam.

Wassalam.

BM

11/26/2008

Salam.

Sebenarnya, aku dah lama fikir macam ikhwah A. Kenapa, kenapa mesti terlalu rigid dengan mewajibkan atau mengharuskan seseorang yang berada dalam jemaah itu, berkahwin dengan dalam jemaah itu sendiri juga. Aku tak nafikan, bila kita berkahwin dengan pasangan dalam jemaah, akan lebih memudahkan kerja kita. Masing-masing telah faham tanggungjawab masing-masing.

Mungkin ada sesetengah kata, dalam jemaah itukan sudah ada pilihan yang baik-baik. Tidak boleh dinafikan. Tetapi dalam jemaah itu juga adalah manusia yang tidak maksum. Dalam jemaah itu juga ada manusia yang bernafsu, ada manusia yang pelbagai sifatnya, ada manusia yang sama saja dengan yang tidak berada dalam jemaah. Bezanya, kita ada pengalaman dan kita di beri peluang untuk bersama-sama menuntut ilmu agama. Mereka, tidak ada peluang dan tidak pernah ada peluang apatah lagi untuk tahu apa itu jemaah. Oleh sebab mereka tidak tahu, maka mereka tidak layak untuk kita yang berada dalam jemaah.

Apakah begitu pokoknya?

Takkan tidak ada peluang untuk dia belajar bersama jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang para jemaah inginkan. Takkan tidak ada peluang untuk dia tahu apa yang ada di dalam jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang jemaah inginkan. Takkan tidak ada peluang untuk dia bertaaruf dengan para jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang jemaah inginkan.

Semua orang inginkan yang terbaik. Semua orang inginkan yang cantik. Semua orang inginkan yang indah. Semua orang inginkan yang sempurna. Adakah semua yang berada di dalam jemaah itu sungguh cantik, indah, sempurna bahkan yang terbaik?

Tapi percayalah, aku tidak pernah menentang pemikiran sebegini. Ia adalah untuk kebaikan para duat diluar sana. Mungkin pemikiran aku kurang ada persamaannya. Kita adalah manusia, dan kita tersisih kerana kita sendiri yang menyisihkan diri dari orang lain sehingga orang lain tidak tahu siapa kita. Jadi, salahkan diri sendiri kerana tidak dapat menonjol atas kelebihan yang ada. Kita hanya mampu menggunakan kelebihan dikalangan orang-orang yang sama-sama mempunyai kelebihan itu.

Artikel ni aku ambil dari blog k-Daerah Petaling.

Baitul Muslim : Satu Dialog
Dialog ini tidak menggambarkan pendirian penulis.
Dialog ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana individu,
sama ada yang hidup atau yang telah pergi.
Sekadar berkongsi pandangan untuk pertimbangan pembaca.

Soalan: Boleh ke Ikhwah Kahwin Dengan Bukan Akhawat?

Ikhwah A: Ana rasa boleh je. Jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Kalau telah ditakdirkan dengan bukan akhawat, nak buat camne?

Ikhwah B: Mana boleh camtu. Betul jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Tapi di mana usaha manusia? Cukup dengan berserah saja? Memang Allah telah mentakdirkan jodoh kita, tapi manusia berikhtiar mencari jodohnya yang sesuai.

Ikhwah A: Bukan akhawat pun orang Islam jugak. Takkan tak boleh? Bukankah telah cukup syarat utama dalam hadis Nabi s.a.w. supaya pilih agama wanita tersebut untuk berkahwin?

Ikhwah B: Yang tu Islam secara umum. Islam belum tentu beriman. Iman pun tengok dulu tahap keimanan. Jika Islam sahaja, tapi imannya kurang, lebih baik pilih akhawat. InsyaAllah imannya lebih ok berbanding dengan bukan akhawat.

Ikhwah A: Kalau bukan akhawat ni kuat imannya, agamanya, ana rasa tiada masalah. Lagi senang kita ajak dia ke arah dakwah.

Ikhwah B: Enta boleh jamin ke tiada masalah? Enta yakin ia senang diajak ke arah dakwah? Ana yakin biar kuat agama sekalipun, belum tentu ia faham tugas dakwah. Berbanding dengan akhawat, ia sudah faham akan tugas dakwah. Jadi, insyaAllah, tak payah ajak ke arah dakwah. Akhawat dah memang faham tugas dakwah dan lakukan dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, sampai bila dakwah nak berjalan? Macam mana kita nak ajak bukan akhawat jadi akhawat? Bukankah kahwin dengan bukan akhawat ni salah satu usaha dakwah ke atas mereka?

Ikhwah B: Banyak lagi cara dakwah yang lain. Mengapa difokuskan kepada kahwin sahaja? Jika boleh dakwah pada isteri sekalipun, ia komponen yang kecil, hanya seorang sahaja. Kita nak dakwah ramai orang. Dakwah ni memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Isteri yang bukan akhawat, yang tak faham dakwah dah tentu komplen jika si suami yang mengorbankan masa dan tenaga kerana program dakwah. Dah tentu konflik akan berlaku.

Ikhwah A: Sebab itu persefahaman penting. Si suami perlu memahamkan si isteri yang bukan akhawat ni. Jika berbincang, insyaAllah tak berlaku konflik.

Ikhwah B: Konflik dan perbincangan itu pun dah ambil masa untuk diselesaikan. Sedangkan tugas dakwah kita makin banyak. Ini bukanlah membantu tugas dakwah si suami. Bahkan merencatkan lagi program dakwah si suami.

Ikhwah A: Dengan konflik dan perbincangan tu la yang akan mematangkan hidup dakwah si suami. Hikmah suami diperlukan dalam mendidik isteri yang bukan akhawat.

Ikhwah B: Enta ni serius ke nak buat tugas dakwah? Enta nak ke dakwah enta terjejas hanya kerana mengambil hati isteri yang bukan akhawat? Berapa ramai ikhwah yang akhirnya menyesal kerana mangambil bukan akhawat. Mulanya amat yakin untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat. Tapi, apa yang jadi? Si suami sibuk melayan karenah isteri. Bila dakwah nak berjalan apabila rumahtangga tak bahagia?

Ikhwah A: Enta boleh jamin ke berkahwin dengan akhawat akan bahagia? Tak semestinya. Kebahagiaan terletak pada kebijaksanaan si suami mengendalikan rumahtangga dan ketaatan si isteri. Jika bukan akhawat tu seorang yang taat pada perintah suami, dah tentu bahagia jugak. Si suami pun akan senang buat kerja dakwah.

Ikhwah B: Benar, berkahwin dengan akhawat belum tentu bahagia. Tapi majoriti yang berkahwin dengan akhawat, mereka bahagia dan lagi senang buat kerja dakwah sama-sama. Buat kerja dakwah sama-sama kan lebih bahagia? Cuba enta fikir, enta lebih suka yang mana satu: Akhawat yang meyokong dan membantu kerja dakwah enta atau pun bukan akhawat yang belum pasti membantu bahkan merencatkan lagi dakwah enta?

Ikhwah A: Kenapa kita “rigid” sangat? Seolah-olahnya kahwin dengan bukan akhawat tak boleh langsung. Jika si suami tu ikhlas mendidik si isteri untuk menjadi akhawat, dah tentu si isteri akan faham dakwah dengan izin Allah.

Ikhwah B: Bukan masalah “rigid”. Ia adalah fakta. Berdasarkan pengalaman ikhwah lain, kebarangkalian untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat adalah rendah. Bahkan berlaku sebaliknya apabila kebarangkalian ikhwah tu pula  meninggalkan medan dakwah adalah tinggi. Ana tak menafikan keikhlasan si ikhwah mendidik isteri yang bukan akhawat. Cuma kita perlukan pengalaman ikhwah terdahulu untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.

Ikhwah A: Ana berkeyakinan bahawa yang bukan akhawat boleh dididik ke arah dakwah selepas perkahwinan nanti, insyaAllah.

Ikhwah B: Ana tak dapat menghalang pilihan enta jika niat enta ikhlas. Ana mendoakan supaya enta diberi kekuatan untuk mendidik bukan akhawat. Cuma ana terfikir, jika ramai ikhwah berkahwin dengan bukan akhawat, siapa pula yang akan berkahwin dengan akhawat? Jika dapat suami yang bukan ikhwah, apakah nasib akhawat nanti untuk melakukan kerja dakwah?

Belum tentu akhawat dapat menjalankan kerja dakwah. Bahkan menjadi bebanan akhawat pula untuk mendidik si suami yang tak faham dakwah. Lebih teruk lagi, si suami yang bukan ikhwah ni akan menghalang tugas dakwah si akhawat ni. Na’udzu billah…

Bukankah ini menjadi satu kesalahan kepada ikhwah kerana berkahwin dengan bukan akhawat? Ikhwah membiarkan akhawat dikahwini bukan ikhwah menyebabkan tugas dakwah akhawat terhenti sedangkan dakwah tu wajib. Cuba renungkan.

Ikhwah A: Akhawat tu boleh saja menolak pinangan bukan ikhwah. Akhawat ada hak.

Ikhwah B: Bagaimana kalau bukan ikhwah tu adalah pilihan keluarga? Bukankah bapa akhawat tu wali mujbir yang boleh memaksa akhawat tu untuk berkahwin dengan bukan ikhwah?

Ikhwah A: Ia bergantung kepada kebijaksanaan akhawat untuk mengelakkannya. Sebagai bapa, sudah tentu ia menanyakan persetujuan akhawat tersebut. Tak guna bapa tu paksa jika hati anaknya tak bahagia.

Ikhwah B: Sampai bila akhawat tu nak menunggu? Tunggu ikhwah lamar, tak lamar-lamar pun. Takkan nak tunggu sampai jadi andartu? Akhawat pun seorang manusia yang inginkan sebuah rumahtangga.

Ikhwah A: Kan ramai lagi ikhwah yang akan melamar akhawat…

Ikhwah B: Jika semua ikhwah berfikiran begini, ana pasti banyak tugas dakwah & jamaah terbantut hanya kerana perkahwinan. Tugas dakwah ikhwah terbantut kerana berkahwin dengan yang bukan akhawat. Tugas dakwah akhawat pula terbantut kerana berkahwin dengan bukan ikhwah. Ini sangat membimbangkan.

Ikhwah A: Kita perlu fikir dari sudut positifnya… Ikhwah dapat berdakwah kepada isteri yang bukan akhawat. Akhawat pula dapat berdakwah pada suami yang bukan ikhwah. Jika peranan ini terjadi, ana yakin kerja dakwah & jamaah akan berjaya.

Ikhwah B: Mudahnya berbicara dengan teori sedangkan praktikalnya belum pasti begitu. Ini masalah perkongsian hidup hingga ke mati. Bukannya masalah macam bola. Boleh ditendang sana ditendang sini.

Ikhwah A: Emosi betul enta ni. Bagi ana, nak kahwin dengan akhawat ke, bukan akhawat ke, terpulang pada ikhwah. Jika seseorang tu yakin bahawa kahwin dengan bukan akhawat boleh membentuk rumah tangga Muslim, ana rasa tiada masalah. Berkahwin dengan akhawat bukan jaminan kita dapat membentuk 100% rumah tangga Muslim. Kenapa meletakkan kesalahan pada ikhwah hanya kerana tidak berkahwin dengan akhawat?

Jika akhawat berkahwin dengan bukan ikhwah, kesalahan bukan terletak pada ikhwah. Kesalahan terletak pada akhawat tu sendiri kerana terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapa dan tidak menyatakan pilihannya sebenar. Ibu bapa juga bersalah kerana tidak memilih lelaki yang beriman sebagai pasangan hidup akhawat tersebut.

Ikhwah B: Benar, ana tak jamin 100%. Tapi ana jamin 200%. Cuba lihat surah At-Taubah ayat 71. Lelaki beriman menjadi penolong kepada perempuan beriman dalam dakwah. Jika lelaki beriman tak tolong, apakah nasib perempuan beriman dalam dakwah nanti. Perkahwinan adalah salah satu pertolongan kepada akhawat untuk melancarkan kerja dakwah.

Ikhwah A: Ayat tu betul tapi tiada dalil jelas ikhwah wajib berkahwin dengan akhawat. Cuba lihat surah An-Nuur ayat 26 pulak. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Di kalangan bukan akhawat pun ada juga yang baik, punya kesedaran agama. Di kalangan bukan ikhwah pun ada yang baik dan beragama. Cuma kesedaran dakwah perlu diterapkan. Enta tak boleh nafikan ayat ini.

Ikhwah B: Nampaknya perbincangan kita dah jauh. Apa kesimpulan kita nak buat sekarang? Enta masih berpegang dengan hujah anta. Ana tetap berpegang dengan hujah ana.

Ikhwah A: Kesimpulan ana ialah… Dalam dakwah, berkahwin dengan akhawat adalah digalakkan. Takde la sampai wajib berdasarkan hujah ana. Namun, janganlah kita menafikan ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat. Jika ikhwah tersebut berkahwin dengan bukan akhawat, tetapi peranan dakwah & jamaah masih berjalan lancar, ana rasa no problem, go on. Bukan berkahwin dengan akhawat tu wajib tapi dakwah tu yang wajib.

Ikhwah B: Kesimpulan ana pula ialah… Ana merasakan berkahwin dengan akhawat tu adalah perlu untuk menjalankan dakwah bersama-sama. Lebih baik berkahwin dengan wanita yang sudah biasa dengan dakwah berbanding dengan yang belum ada pengalaman dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, apa kata ikhwah kahwin dua-dua sekali? Kahwin dengan akhawat dan bukan akhawat. Ikhwah berpoligami. Macam mana? Bagus tak idea ni?
Ikhwah B: Bagi ana, takda halangan. Lelaki ada kuota sampai empat, hehe… Tapi tengok juga pada kemampuan ikhwah tu.

Ikhwah A: Tapi akhawat rela ke?

Ikhwah B: Sebagai akhawat, mereka perlu faham dengan hukum Allah. Bukan masalah rela atau tidak. Mereka tak boleh halang poligami. Jika itu kehendak suami dan suami mampu serta masih meneruskan tugas dakwah, no problem.

Ikhwah A: Jadi enta setuju la kahwin dengan bukan akhawat? Haa… Kantoi. Tadi cakap lain.

Ikhwah B: Dari sudut poligami, ya, ana setuju. Yang penting mesti ada akhawat.

Ikhwah A: Wah, hebat enta ni! Nak kahwin dua pulak… Hehe…

Ikhwah B: Kita ni dah ke tajuk poligami ni. Dah jauh tersasar dari topik sebenar. Eh, bukan ke enta ada test esok?

Ikhwah A: Ha’ah. Tak perasan la pulak. Syukran ingatkan ana.

Ikhwah B: Itulah sibuk cerita pasal kahwin. Test pun tak ingat.

Ikhwah A: Untuk masa depan, hehe.. Enta pun apa kurangnya. Exam tak lama lagi, sibuk berhujah pasal kahwin. Mana ada dalam silibus subjek course enta?

Ikhwah B: Sama-sama la kita, untuk masa depan. Silibus ada, dalam silibus hidup :)

Wallahulam
Wassalam

Penghambaanku

11/07/2008

Salam.

Tadi, paper B-Com. Memang sedihlah. Belum masuk dewan lagi aku dah sakit perut. Angin. Sebenarnya sebelum keluar bilik memang dah sakit. Tapi dah sapu minyak panas. Ingat dah ok, tiba-tiba datang balik. Memang tak selesa langsung. Buka je soalan, Subhanallah. Mana hint korang beritahu aku ni? Tak ada keluarpun? Tu bukan hint namanya. Aku tak adalah studi hint semua, tapi takda pun yang keluar apa aku baca. Question 1 tu aku banyak ingat masa belajar Marketing dulu, pasal communication. Question 2 dah macam rumusan. Question 3, tak ada dalam manual. Lagilah bengang. Pastu ada yang macam statistik punya soalan, pasal graf. Question 4, buat surat. Lawak pula aku rasa.

Sepanjang aku jawab soalan tu, memang perit. Aku dah tak tahu nak fikir apa. Dengan perut aku memulas gila (sekarangpun sakit sikit). Aku macam tak boleh nak fikir betul sangatlah. Memang, teruklah aku rasa. Aku tengok orang lain rilek je boleh jawab. Aku macamna nak rile? Memang tak senang duduk. Kejap angkat kaki. Kejap kaki ke kanan. Kejap badan ke kiri ke kanan. Memanglah, memang susah nak kata tahap teruknya macamana. Aku tak tahu nak sakit hati dekat siapa.

Pengajaran aku dapat, janganlah makan megi sebelum exam. Dahlah badan aku ni sekarang, sensitif. Susah nak masuk semua. Masuk je macamnilah. (Sebenarnya, aku tak di galakkan makan megi. Tapi malam tadi, lapar. Balik meeting, tak makan apa-apa.)

Pengajaran kedua, aku terfikir sesuatu. Masa kita sakit sekalipun, kita dah tak ada masa untuk berehat. Tengoklah macam tadi, aku sakit tapi boleh ke aku berhenti dari berfikir? Teruk macamanapun aku, aku mesti terus berfikir, terus mencari jawapan dan penyelesaian. Kalau aku berhenti? Apa jadi? Gagal betul tak? Macamtu juga dalam hidup kita. Bila kita sakit, tak kisahlah sakit apapun, kita tak boleh berhenti disitu dalam perjuangan kita. Dalam usaha memperbaiki diri dan orang lain. Kalau ajal tiba esok? Macamana? Tak ke kita dah membawa diri kita ke arah kegagalan? Dalam sakit, perit sekalipun, kita kena usahakan sesuatu. AKU yang kena usahakan untuk diri AKU sendiri dan orang lain (aduh, payahnya.)

Pendek ceritanya, usaha sangat penting dalam mendidik diri dan orang lain, ke arah yang lebih baik. KIta mampu usahakan, tapi yang menentukannya? Allah.

Dua.

Semalam ada meeting. Sebenarnya banyak benda aku nak cerita dalam ni. Tapi, makin banyak aku taip, makin mengalir pula duit aku. Jadi, aku singkatkan jelah ya.

Semalam, aku adalah cakap something. Tapi, benda tu bukanlah lahir dari hati. Aku cakap pun sebab aku tengok akhawat semua diam je kan. Aku cakaplah sesuatu. Biarpun benda tu sepatutnya tak terkeluar pun. Tapi dah terkeluar, nak buat apa lagikan?

Semalam, buat aku terfikirlah banyak benda. Sebenarnya, aku ada terfikir tak nak pergipun meeting semalam. Sebab aku dah agak dah, lepas tu aku balik bilik duduk sorang-sorang, for sure aku akan stress sorang-sorang. Malam tadi, aku studi sekejap je. Banyak sangat fikir kot. Maksud aku stress ni, aku muhasabahlah. Benda tu bagus, cuma tak bagusnya esok tu aku nak paper. Aku tak sepatutnya fikir benda lain. Tapi tak apalah, benda tu boleh di manfaatkan sebenarnya.

Lepas meeting semalam aku, Ida, Tiqa dengan Hajar pergi merayap. Malam-malam merayapkan? Mula-mula si Hajar haus sangat, nak air sejuk. Nak air gedegang. Dia suruh Ida ambil duit syiling. Kitorang pergilah SAB, lepak meja McD. Ida ambil duit, nak beli air duit taknak masuk pula. Si Hajar tak puas hati, so kitorang pergi Zamrud pula. Lepak kat sana. Boleh pula air gedegang ni keluar. Ida belanja sorang satu, hahaha! Kitorang beli, 4 tin. Ida beli soya, Tiqa beli grape, Hajar beli 100 Plus, aku beli lemon tea. Sambil borak, minum air, ambil gambar. Tu jelah kot. Aku pun tak adalah banyak cakap sangat. Entahlah, masih berfikir kot.

Dunia ni bukan tak adil dengan kita, kita yang tak pernah adil dekat diri sendiri. Mana ada peraturan dan hukum yang di buat manusia itu adil. Tak pernah lagi ada. Hukum Tuhan je adil dan bijaksana. Sebab tu, walaupun kita adalah diri kita, kita tak pandai hargai diri kita. Kita tak pandai nak berlaku adil dengan diri sendiri. Nak adil dengan orang lain apatah lagi. Bukan tak boleh, tapi kita tak belajar untuk berlaku adil.

Tiga.

Aku dah tengok carry mark Ecomal aku. Sikit jugalah. Aku risau betul. Macamanalah nak skor. Orang kata Ecomal memang tough. Susah nak skor. Sikitlah orang boleh dapat A. Yake? Entahlah, akupun tak tahu. Sebab aku tak berapa nak minatlah belajar Ecomal ni. Tak menarik langsung cara di ajar. Tapi tak apa, aku akan cuba bersungguh-sungguh untuk belajar dengan jayanya. Insyaallah. Moga Tuhan membimbing hati ini ke arah yang betul =)

Lepastu aku dah tengok carry mark Arab. Huhu. Sangat gembira sebab carry mark boleh tahanlah. Sebab semester lepas tak banyakpun. Semester ni macam banyak pula. Mestilah suka. Alhamdulillah. Harapnya bolehlah cover paper final aku yang susah payah tu.

Empat.

Akhir kata dari aku, terimalah..

Penghambaanku - STAR FIVE

Dibanyak malam aku berdo’a
Karna diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela

Dibanyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mataku mengurai
Tak akan mampu dosa terlerai

Ya Allah hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukan cahaya
Ya Allah Engkau satu yang mampu
PertolonganMu selamatkan aku

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu

Dibanyak hari aku mencoba
Sebut nama untuk mengingatkan
Agar tak mengulang salah-salah yang sama
Salah yang slalu berakhir penyesalan

Memang Penghambaanku belumlah sempurna
Sgala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu, kembali aku

Wassalam.

Ukhuwah Fillah

10/27/2008

Salam.

Final just round the corner. Tapi sempat pergi cc melangsaikan hutang. Hehe! Hutang apa? Takda apa. Bosanlah, asyik belajar je kan? Sekali-sekala nak juga merehatkan otak dan minda (macamlah belajar tak henti).

Paper first, Rabu ni. Finance. Lepastu Arab, 4 haribulan. Then, 7 haribulan kot Business Communication. 14 haribulan Economy Malaysia dan 17 Law. Agak-agaklah kan. Aku pun tak berapa nak ingat sangat tarikh-tarikhnya.

Petang ni nak keluar. Bincang pasal usrah. Aku ikut je. Yelah, fikir-fikir balik sampai bila aku nak menyepi, betul tak? Rindu juga nak usrah. Entahlah, tak tahu macam mana nak luahkan apa yang aku rasa. Bukannya semua orang boleh faham, bukannya semua orang tahu.

Kadang-kadang, aku macam dah tak faham apa maksud ukhuwah fillah. Semua orang cakap, laung-laungkan, tulis dan taip sana sini. Tapi, aplikasikan tu ada ke? Entahlah ek? (Aku ni banyak sangat entahnya.) Yelah, kita manusia ni cakap je lebih, buatnya sebesar zarah pun belum tentu mampu. Dulu aku selalulah juga rajin pergi masjid. Tapi, aku tak rasa ada ukhuwah tu. Yelah, orang masjid dengan orang masjid je. Kadang-kadang aku sendiri segan pergi masjid. Orang kata, orang masjid itu ini itu ini. Maksudnya, sekali diorang jejak masjid dapat layanan entah apa-apa, tak ke aib namanya? Aku tak adalah terasa sangat, tapi macam perasaan tak seronok tetap ada. Orang kata, kita pergi masjid nak beribadahkan? Tapi emosi kita terganggu bukan sebab masjid tu sendiri, tetapi sebab orang-orang yang berada di masjid. Maaflah bagi pihak yang terasa.

Susah nak definisikan maksud ukhuwah fillah. Kita doa dan berharap pada sebuah ukhuwah fillah dengan sahabat-sahabat, tapi adakah doa itu berterusan atau hanya pada hari kita bertemu sahaja? Susahlahkan, susah. Kadang-kadang benda ni jadi susah sebab kita terlalu banyak berfikir, terlalu banyak mempertikaikan, terlalu banyak berburuk sangka (astaghfirullah), tak ada niat begitu. Cuma manusia tak akan sedar bila tak diingatkan. Tak seronok sebenarnya, tak seronok nak cakap benda-benda ni semua. Tapi sebab sedih, sedih punya pasal.

Ada juga, sesetengah ukhuwah fillah di cacati dengan berahsia di depan orang lain. Tak adalah, kalau agak-agak ada rahsia yang taknak di kongsi, tak payahlah diskas denpan sahabat yang tak tahu apa-apa. Tak ke kecil hati sahabat tu? Macam akulah contoh paling senang. Kadang-kadang, memanglah terasa hati. Yelah, aku dahlah tak tahu apa-apa. Tiba-tiba bincang ‘yang haritu tu kita bincang..’ Sorang lagi pun jawab ‘oh.. haha. Aahkan.’ Pastu akupun cam orang bodoh, sengih je. Padahal tak tahu apa-apapun. Sedihkan. Cuba bayangkan kita dalam keadaan tak tahu apa-apa tiba-tiba diorang cakap-cakap berselindung tapi di depan kita? Argh.. perangai siapakah ini?

Akhirnya, aku bawa diri. Macamtulah ceritanya. Bukan nak merajukpun, cuma bila fikir balik. Lebih baik korang dengan korang je. Aku dengan hidup aku. Macamtu kan lebih nampak ukhuwah fillahnya.

Em, oklah. Setakat ni dululah. Banyak lagi nak study ni. Bagi mana-mana pihak terasa, hamba hulurkan kemaafan. Setiap teguran tersebut sebenarnya, terkena batang hidung sendiri juga. Cuma, kita sama-sama muhasabah dan perbaiki diri semula. Manusiakan penuh dengan cacat celanya. Kita adalah insan yang sering lakukan kesilapan. Ok?

Dua.

Sebelum aku berundur diri, aku nak kongsi sebuah nasyid yang agak seronoklah melayan sambil belajar ni.

Kesekian Kali - Suhaimi

Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku

Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Mmenjadi penerang segala yang didepanmu

Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini

Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi

Di dalam susah dan senang, moga kita sentiasa saling ingat-mengingati. Bukan selalu kita bersama, bukan kerap kita berjumpa. Hanya sesekali, bila kita dapat berluah rasa kasih dan sayang, sama-sama yakinkan dan bantu sesama kita. Sahabat yang kita kasihi, yang kita sayangi, adalah mereka yang sentiasa mengajak kepada kebenaran, berpesan kepada kesabaran, dan tatkala kita terlihat dan teringat dia, lantas mengingatkan diri kita untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Akhir kalam, bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti, jangan tidur je. Rajin-rajinkanlah belajar. Janganlah main game je, kesian mak ayah kita, hantar suruh belajar, dia pergi kacau orang belajarlah, melepaklah, beli barang tak faedahlah. Rajin buat solat malam, solat hajat, solat istikharah, solat tahajud dan bermacam solat lagi dengan niat untuk mendapat ketenangan dunia dan akhirat.

Semoga berjaya! Chaiyok! Chaiyok!

« Previous entries