Posted by KAY on Dec 15, 2009 in
Kampus,
Lirik,
My Family
Salam.
Habis saja Nur Kasih, kita dilayarkan lagi dengan cerita Aliff Firdaus. Seperti biasa, OST lagunya mestilah terngiang-ngiang ditelinga. Haha! Macam cerita jiwang pun ada Aliff Firdaus ni.
Cinta Terakhir – Aiman
Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…
Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia…
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….
Lagu/lirik: Hafiz Hamidun
Bukan nak berjiwang. Tapi macam best je. Mula-mula aku ingat Kau Cinta Pertama tu, untuk tuhan kita, rupanya aku silap bila masuk lirik ‘kau ayu dimataku’. Wah wah, ini memang kes jiwang. Haha!
Ok. Enjoy liriknya, lagunya tak sempat lagi nak upload. Kalau nak boleh emel kay2805[at]gmail.com
Aku tak banyak benda nak menulis, sebab tak ada apa-apa sangat nak menulis. Sometimes the idea came across my mind, but then it just appear like nothing came up. So, the blog will be empty then. Waiting for my sister in law to set up her own blog, don’t know whether she already got one or not.
Hehe! Alang-alang duduk rumah tak ada buat apa, apa salahnya ceritakan sedikit apa perasaan akak selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki pendiam macam abang ngah? Haha! Rupanya dia bukan pendiam dengan isterinya, kisahnya.
Oh ya, dengarnya esok keluar result degree? Semoga berjaya buat sahabat-sahabat sekalian.
Wallahualam. Wassalam.
Tags: family, kahwin, kawan
Posted by KAY on Dec 11, 2009 in
Download Nasyid,
Kampus,
My Family,
Nasyid
Salam.
Sekadar quick update. Alhamdulillah, sesungguhnya nikmat Allah melimpah dan Dialah yang Mengetahui segala sesuatu dari yang sekecil-kecil benda sehinggalah seluas alam ini.
Selamat pengantin baru buat abang ngah dan kakak ipar, kak Nurul di atas majlis pernikahan dan walimah yang telah berlangsung minggu lepas. Sungguh indah dan semakin indah hubungan yang baru saja bermula dan semoga melahirkan keluarga yang soleh dan diberkati Allah selalu. Subhanallah. Insyaallah.

Gambar diambil dari facebook kak Nurul. Hehe! Kamera sendiri ada, tapi tak jumpa cable nak transfer gambar. Mabruk!
Dua.
Insyaallah nasyid permintaan ukhti Kamilah dahpun di masukkan dalam list Your Download. Maaf sangat-sangat atas kelewatan yang terlalu lewat.
Tashiru – Optimis Sajalah
Tashiru – Satukan Muslim Sedunia (SMS)
Lain-lain nasyid untuk diminta, silakan jangan malu dan segan boleh emel kay2805[at]gmail.com Minta maaf lagu Istana Pasir tiada dalam simpanan. Asalnya, sangat suka pada lirik lagu tersebut. Dan ceritanya juga lambang cinta seorang isteri kepada suami. Itu saja. Mungkin sukar untuk cari lagunya sebab lagu tu hanya ada dalam cerita Cinta Balqis je.
Tiga.
Result dah keluar. Alhamdulillah, ramai dapat Dean List semester ni. 4 flat pun ramai rasanya. Tidaklah rasa bangga mana, sekadar bersyukur sebab diberi peluang untuk merasa. Sebenarnya harapannya agar tiada paper yang tersangkut, tetapi Allah memberi lebih kepada kita semua, bukankah itu satu nikmat?
Aku juga berharap CGPA tak turun, itu je. Takut juga kalau turun, habislah pointer betul tak? Tahniah dan tahniah lagi sekali buat sahabat-sahabat sekalian. Syukur yang tak terhingga kita panjatkan kepada Yang Maha Memberi.
Oh, minggu depan Insyaallah result ke mana kita dapat sambung belajar akan keluar. Jadi, semoga berjaya dan jangan terlalu berharap! Bersedia untuk sesuatu yang tidak pasti.
Insyaallah setakat ni dulu.
Wassalam.
Tags: Download Nasyid, facebook, family, kahwin, part 6, tahniah, uitm
Posted by KAY on Nov 11, 2009 in
Kampus,
Teman/Sahabat
Salam.
I got this picture from a friend through facebook. Hehe! MPV Waja, pernah dengar tak? Kalau tak pernah, itulah pertama kalinya.

Just imagine 8 person fixed themselves inside the Waja. 3 person seat in front and the rest at the back. Hehe! Kalau semua comel-comel tak apa. Tapi most of us comel jugalah, sebab tu boleh muat. Kelakarlah. Sebenarnya pergi makan naik dua kereta. Balik tu, sorang nak terus balik rumah. So, terpaksalah kami mengecilkan badan masing-masing.
Oh ya, aku pernah merasa jugalah duduk satu seat depan berdua. Mujurlah aku dalam kategori comel. Tak adalah rasa teruk sangat sampai sakit-sakit badan. Cuma.. MALULAH WEI! Kiri kanan kereta tengok semacam je. Sah-sah aku tutup muka awal-awal dengan anak patung dalam kereta tu. Ces.. orang-orang comel ni selalu je jadi mangsa keadaan.
Aku yang mana? Ya! Tepat! Aku yang itu.
Tags: kawan, kereta
Posted by KAY on Nov 10, 2009 in
Kampus,
Teman/Sahabat
Salam.

Gambar ni di ambil masa birthday Milah, kanan sekali duduk. Masa tu baru je lepas kelas Transport dan aku pula baru je lepas presentation. Sebab tu aku berbaju kurung, lain-lain semua pakai casual. Saat terindah dan termanis apabila kita berada di kampus, pasti bersama kawan-kawan dan teman-teman yang sentiasa bersama. Dioranglah sahabat-sahabat aku sepanjang 2 semester ni.
Kenapa best kawan dengan diorang, masing-masing boleh terima sebarang gurauan. Gurau kasar pun tak ada masalah. Hebat tak? Mulut aku ni boleh tahanlah lepasnya, tapi diorang masih boleh tahan je dengan aku. Walaupun kadang-kadang aku sendiri ada rasa bersalah. Huhu.
Pertemuan dan perpisahan memang biasa. Saat gembira tak akan selalu bersama dengan kita. Sebab apa, kita manusia yang bernyawa dan pasti ada akhirnya. Jadi, adalah resam kehidupan melalui semua ni. Aku harap kawan-kawan bersabar dan move forward. Memang kita best, tetapi setiap perpisahan itu berhikmah agar kita sendiri boleh buka mata dan lihat kehidupan yang lain.
Apa gunanya hidup tanpa dugaan? Apa gunanya iman tanpa ujian?
Yes, be yourself. MUST.
Aku doakan kalian berjaya dunia dan akhirat.
Tags: kawan, uitm
Salam.
Ok. Hari ini adalah noktah untuk belajar, pelajar, pelajaran dan kampus. I will miss everthing, everyone and every moment. Touching gila hari ni. Sebab, hari ini hari terkahir kami bersama, selepas ini masing-masing membawa haluan sendiri. Ya, hala tuju yang berbeza.
Apa aku boleh cakap, I am still searching for a job. Semua yang aku apply di Jobstreet, kept for reference. Alahai.
Abang long offer kerja tempat dia, of course aku nak dan bersetuju. Since ini peluang terbaik untuk menonjolkan bakat (haha!). Tapi dia kata, maybe gaji tak seberapa kot. Well, it’s oklah for the time being, lagipun aku fresh graduate. What do you expect?
Mak pula tak habis-habis cakap borong Sakan tu masih mencari manager. Ya, nanti aku pergi minta kerja sana juga. Mana gaji lumayan, aku pergi ya? For the time being. Dan abang long juga offer untuk jadi agent insuran. Yes, aku setuju. Bayar pendaftaran, then aku boleh bergerak. Tunggu bila je boleh start ni.
Abang long tanya nak tanam apa kalau ada tanah. Aku kata tanam cendawan, kelakarkan? Abang long kata maybe nak tanam ubi kayu kot. Apa-apa pun kena survey market dulu before buat sesuatu. Dia dah ada tanah, tinggal nak fikir tanam apa je. Oklah tu, survey dulu.
Aku ada terfikir nak masuk tender UiTM Segamat, tapi aku tak tahu prosedur. So, batalkan dulu niat ni. Tender apa tu..
Serabut aku tengok rumah. Masuk bilik aku je, sedih. Tapi tak apalah, bertahan sampai bulan 12 ni. Hidup jelah macamana sekalipun. Rupanya kereta dekat rumah tinggal 2 biji je. Abang ngah dah bawa lari satu kereta. Melepaslah aku nak merasa kancil biru tu jadi hak milik aku. Hehe! Takpalah. Dekat rumah tinggal viva, abang long pakai pergi kerja, abah guna inova. Hehe! Tak ada dah kereta lain. Buat masa sekarang ni, janganlah fikir minta kereta walaupun terfikir. Abah banyak berbelanja untuk abang ngah kahwin ni. Sian mak dengan abah berpenat lelah.
Ada business bagus ke? Nak masuk boleh? Hehe! Alright. Wish you all the best.
Tags: belajar, family, part 6, uitm