Enam Untuk Empat

08/22/2008

Salam.

Pernah atau tidak, sesekali bila tengah menulis panjang lebar mengguna pena dan kertas, tibat-tiba SALAH. Mukaddimah dah cantik, badannya saja ada calar-calar. Bila aku sendiri lalui begitu, terasa macam nak highlight ayat-ayat yang salah, dan DELETE segera. Kemudian gantikan dengan ayat-ayat baru. Iya, seolah-olah kita sedang menggunakan microsoft word.

Begitu juga dengan hidup kita. Semasa bayi, kita tidak tahu apa-apa. Kita sempurna. Kita lalui kehidupan sebagaimana ibu bapa kita hendakkan. Meningkat kanak-kanak yang sudah mula bertatih, mula meragam. Itu tak mahu, ini tak mahu. Ibu bapa layankan saja. Kadang-kadang kena cubit, degil sangat. Buat perangai di tempat awam dan menyusahkan mereka. Sudah remaja, tunjuk bijak dan pandai. Sudah dewasa, ingin bawa haluan sendiri tidak mahu ikut kehendak ibu bapa.

Sekali-sekali dalam kehidupan kita sepanjang kita hidup, pasti ada cacat celanya yang kita tidak mahu diungkit. Pasti ada sesuatu yang kita rasa ianya tidak patut wujud dalam hidup kita. Tetapi, itu semua adalah perjalanan hidup kita, hidup yang kita telah pilih dan mustahil untuk terpadam semudah memadamkan tulisan pensel di atas kertas. Tidak semudah kekunci backspace dan delete. Apabila di tekan, maka terpadamlah ayat-ayat yang cacat itu. Jika wujudnya kemudahan begitu, maka robotlah kita jawabnya. Semudah itu jugalah perasaan manusia boleh dan mampu terkawal. Maka tidak akan adalah kejadian yang pelbagai berlaku hari ini sesama manusia. Manusia sudah tidak ada perasaan dan kehendak.

Dua.

Suatu petang, aku duduk di sini seperti biasa. Membaca, menaip dan berbual antara laptop ke laptop yang lain. Achik ingin menunaikan solat Asar. Biasanya ruang tamu di sini menjadi tempat solat Achik dan Adik. Aku memandang Achik. Dia sedang berdiri tegak membelakangkan aku dan menghadap kiblat. Aku sengaja menyentuh tangannya.

“Achik, akak terpegang tangan. Sorry. Tak sengajalah. Batal air sembahyang.”

Achik muka macam biasa. Terkejut tidak, marahpun tidak. Jadi, aku sangka dia tahu bahawa aku sedang bergurau. Rupanya lain jadinya. Dia pergi ke bilik air. Aku tanya, nak buat apa? Ambil air sembahyang ke?

“Ya, kenalah ambil air sembahyang. Akak kan perempuan. Tersentuh kulit sama kulit, batal.” Jelas dia.

Aku tergelak lucu.

“Achik! Akak gurau saja. Mana ada batal. Kitakan adik-beradik. Mana boleh batal air sembahyang. Tak payahlah ambil air sembahyang lagi. Tadi punya tak hilang lagi, masih sah.”

Achik terdiam. Dia mundar-mandir tidak berpuas hati. Aku tak kisah jika dia ingin ambil semula air sembahyangnya kerana tidak yakin, tapi dia perlu tahu kebenaran. Ya, di sebabkan aku seorang sahaja perempuan dalam adik-beradik kami, pengetahuan dia berkenaan masalah ni kurang. Aku tidak hairan. Sesuatu perkara biasanya akan sentiasa ingat dalam minda kita apabila ia pernah berlaku dan pernah di praktikkan. Jika jarang dan tak pernah, mungkin keyakinan tak ada walaupun secara teorinya kita telah di khabarkan sedari kecil lagi.

Contohnya. Di UK, aku tidak pernah solat menggunakan telekong atau kain sembahyang apabila melancong ke mana-mana. Jarang sekali aku membawa telekong. Bukan apa, bila nak melancong, pakaian perlu banyak. Untuk mengurangkan beban, tak perlu bawa telekong. Lagi-lagi jika aku menaiki bas ataupun keretapi. Jadi bila solat, solatlah sebagaimana pemakaian kita ketika itu.

Aku memegang prinsip, baju yang menutup aurat adalah baju yang boleh di gunakan untuk menunaikan solat. Jika baju tersebut menampakkan lengan kita, maka ianya belum cukup untuk menutup aurat. Jika solat kita memakai telekong, tudung yang labuh sehingga menutup lengan, mengapa di luar solat kita memakai tudung yang boleh menampakkan dada? Jadi, sempurnakah pemakaian kita dalam konteks ingin menutup aurat?

Sampingan saja. Apa yang aku nak ceritakan di sini, apabila aku tiba di Malaysia, cara begini jika aku buat di Malaysia mereka memandang pelik. Bukan aku tak pernah buat, banyak kali. Tetapi kadang-kadang, aku jadi kurang yakin apabila orang memandang semacam. Bukan apa, aku terfikir. Kain aku koyakkah sehingga solat aku di pandang pelik oleh yang lain? Tudung aku terlalu pendekkah? Stokin aku koyakkah? Apa yang mereka fikir? Bila solat di surau bersama sahabat-sahabat, waktu maghrib pasti penuh. Telekong pun tinggal satu atau dua sahaja. Jadi, aku bagi laluan sahabat-sahabat untuk menyarung. Aku akan pakai apa yang aku sedang pakai. Hendak tunggu giliran? Kalau semua solat laju tak apa. Nak pakai telekong pun ambil masa.

Jadi pokoknya, apa yang kita belajar secara teori ini memang mudah. Tetapi, untuk mengamalkannya amat sukar. Sama juga, kita sangat mudah pergi ke kelas agama, usrah, majlis ilmu, dan sebagainya, tetapi berapa peratuskah yang kita ambil dan amalkan dalam hidup kita daripada apa yang kita dapat dalam ilmu agama tersebut? Sukar untuk laksanakan bukan?

Dalam Marketing, kita belajar mengikut konsep dan teori. Tetapi, pensyarah selalu pesan. Apabila kita berada di dunia sebenar, teori ini sudah tidak boleh di pakai. Apa saja kemungkinan boleh berlaku. Ini adalah konsep marketing dan management yang boleh berubah mengikut keadaan. Ia tidak sama dengan konsep saintifik dan matematik yang tetap. Mengikut sunnatullah.

Tiga.

Anda tengok cerita Ezora? Banyaknya anak haram dalam cerita tu. Banyak-banyaklah beristighfar. Ambillah pengajaran dan jangan sekadar tengok sahaja tanpa sebarang iktibar dan pedoman untuk di jadikan dalam hidup.

Empat.

Semalam aku tengok satu cerita ni, cerita orang putih. Cerita seorang budak ni kena rasuk. Aku tak tahu nama ceritanya. Masalah RTM 2 ni, dia tayang cerita. Dia bagi tajuk masa awal-awal je. Lepas iklan, dah tak nak beritahu tajuk cerita. GERAM. Berbalik kepada cerita tadi. Cerita tu macam sangat bestlah. Nampak real. Tapi, cara kamera shot pada lakonan sangatlah tak professional. Sungguh sakit kepala dan berterabur. Macam orang pegang kamera, nak buat diari kehidupan. Bergegar-gegar.

Bukan itu aku nak cerita sebenarnya. Apa aku nak cakap dekat sini, kejadian rasuk di kalangan orang putih ni kurang agaknya. Aku tak tahu sangat pasal ni. Cuma, susahlah nak dengar. Bak kata seorang kawan, di UK susah nak jumpa hantu sebab orang-orangnya memang hantu pun. Huhu. Bukan aku yang berkata begitu, tetapi seorang sahabat. Mak aku cakap, orang putih ni spiritual mereka kurang. Tak percaya sangat. Benda-benda rasuk ni bagi mereka mengarut. Sebab tu mereka banyak PROFESSOR. Professor ini akan membuktikan bahawa tidak ada makhluk halus wujud di dalam dunia ini. Maka, cerita-cerita ada makhluk duduk di dalam tubuh manusia itu adalah karut-marut bagi mereka. Begitulah ceritanya.

Iyalah, kalau kita orang melayu, benda-benda ni macam dah selalu sangat dengar kan? Setiap hari dengar. Kadang-kadang dekat tempat kita belajar pun ada dengar. Budak-budak depan bilik aku pun selalulah kena. Alhamdulillah, kalau adapun tidaklah seteruk mana kot. Takkanlah budak-budak ni ada penyakit epileps pula. Sebabkan, mengikut cerita semalam, ada doktor-doktor ni kata, pesakit yang dia ada nampak benda bergerak tu semua adalah masalah epileps. Sejenis penyakit. Entahlah, aku tak mendalami lagi ilmu tersebut. Kesian budak yang kena rasuk tu, tak ada sesiapa pun percayakan dia. Walaupun dia mati, tetapi dia nak semua orang tahu bahawa dia sebenarnya kena rasuk, bukannya sebab berpenyakit sepertimana yang di dakwa doktor-doktor yang cuba mengubatinya.

Dekat sini, kita sama-samalah berdoa semoga makhluk-makhluk ini tidak menganggu hidup kita. Mereka ada hidup mereka, dan kita ada hidup kita. Selagi mereka tak ganggu hidup kita, janganlah pula kita mengada-ngada nak ganggu kehidupan mereka.

Lima.

Rasa berat nak balik UiTM. Sangat berat. Bila aku sampai UiTM saja, aku rasa tanggungjawab aku berat sangat. Banyak sangat nak fikir. Banyak sangat nak kena siapkan dan lalui. Banyak sangat yang nak kena hadapi. Aku rasa macam, biarlah aku duduk di rumah tetapi belajar di sana. Boleh tak?

Aku rasa duduk rumah tenang. Aku boleh menghadap laptop aku yang ada internet 24 jam. Kalau dekat UiTM, sudahlah tak ada wireless free, kena bayar! Untung Uda, UniKL ada wireless free. Sedihnya. Tetapi, ada keburukan aku duduk di rumah. Aku tidak boleh berdikari. Aku jadi seorang yang tidak berdisiplin dan tidak menepati waktu. Betul, aku akan menjadi seorang yang menunggu arahan bila berada bersama dengan mak. Mungkin sebab dah terbiasa, mak suruh itu dan ini, aku ikut. Tapi dekat tempat lain, mana ada mak, kenalah buat sendiri.

Agaknya bilalah aku nak boleh masakkan? Nak masak pun tunggu arahan mak macamana? Masanya dah tiba untuk berdikari.

Enam.

Aku chat dengan Uda. Boleh pula dia cakap pasal newton dengan aku. Ingat aku belajar fizik form 5 apa? Mentang-mentang dia sekarang jadi assistant director dan script writer, berlagak. Eh, bukan untuk TV3 tau, ni untuk kelas dia je. Hahahahaha! Katanya nak buat drama patriotik. Buatlah. Semoga berjaya.

kausar Jiwa: masuk bakul angkat sendiri.. tu baru betul peribahasa
kausar Jiwa: macamanalah jadi assistant direktor mcm ni
ashraf_jiwa: so, mcm mana nak angkat sendiri?
ashraf_jiwa: dah masuk bakul mesti lah org lain yg angkat?
kausar Jiwa: kita angkat boleh
kausar Jiwa: peganglah pemegang bakul tu
kausar Jiwa: cuba angkat
kausar Jiwa: kalau boleh, bolehlah
kausar Jiwa: kalau tak boleh, maknanya kena kurangkan berat badan
ashraf_jiwa: tipu
ashraf_jiwa: sbb tenaga force yg kita bg sama dgn mass kita
ashraf_jiwa: jd its impossible
ashraf_jiwa: sbb exert force - mass = 0
ashraf_jiwa: 0 newton net
kausar Jiwa: nothing is possible
ashraf_jiwa: jd takde pergerakan
ashraf_jiwa: so peribahasa tuh salah la
ashraf_jiwa: illogical
ashraf_jiwa: bercanggah dgn konsep fizik
ashraf_jiwa: tak kena dgn law of newton AKA newton’s law
ashraf_jiwa: kata newton, selagi force kita exert tak lebih dr mass benda yg kita nak tolak ataw tarik
ashraf_jiwa: tidak akan berlaku apa2 if there’s no differences
ashraf_jiwa: ada phm?
kausar Jiwa: tak paham
kausar Jiwa: itulah namanya peribahasa..
ashraf_jiwa: lupa lak
kausar Jiwa: kita kena faham.. masuk bakul angkat sendiri tu hanya peribahasa..
ashraf_jiwa: akak dak business
kausar Jiwa: nak menunjukkan ianya tidak logik..
kausar Jiwa: kalau dah tak logik tu.. mestilah tak boleh buat..
kausar Jiwa: hapelahhh
kausar Jiwa: budak sains ni susah betul..
ashraf_jiwa: aish
ashraf_jiwa: karang meleret sampai tgh pg dok bg ceramah pasal metafizik/fizik/kesusateraan melayu
ashraf_jiwa: org melayu je pakai peribahasa tuh
ashraf_jiwa: nak taw kenapa?
ashraf_jiwa: sbb dulu org melayu mana reti fizik2 nih
ashraf_jiwa: so diorang taktahu la logik ke tak
kausar Jiwa: abes tu.. yg kamo guna buat apa? gelakkan diri sendirilah
ashraf_jiwa: nak menunjukkan
ashraf_jiwa: betapa penting nya fizik

Jadi, itulah penutup kisah aku malam ini. Jika ada lagi hari esok, aku akan update lagi dengan cerita yang tak seberapa. (Aih, adik aku ni memang nak kena penampar agaknya. Nak berlagak pula dengan jawatan dia yang PELBAGAI dekat UniKL tu. Haish..) Dah tak sanggup aku nak berada depan laptop ni. Permisi dulu ya.

Wassalam.

Ayat Cinta

05/22/2008

Salam alaik.

Pertama sekali aku mengucapkan syukur kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan lagi kisah-kisah, apa-apa kisahlahkan.

Hari ini, hari yang cukup menekankan. Huhu. Tak adalah sangat. Tetapi, aku dapat juga tengok cerita Ayat-Ayat Cinta the movie sebelum sempat sedikitpun membelek novelnya terlebih dahulu. Asalnya, aku enggan melihat cerita ini, sebabnya sahabatku kata lebih baik baca novelnya sahaja. Kalau begitu, lebih baik aku baca novelnya. Itu pintas hati kecil aku. Sekali tu, banyaklah pula insan-insan menyebutkan lagi cerita ni, aku pun tertengoklah. Hehe! Mungkin aku tak boleh nak bezakan dengan novel sebab aku tak baca lagi yang novel, so aku just tengok sajalah.

Manisnya jika pelakon yang berpurdah itu benar-benar bertudung. Barangkali tidak di dalam cerita AAC ini. Jadi, aku terkilan sedikitlah. Dalam cerita ini, banyak jugalah yang buat kita terfikir - bagi mereka yang suka berfikir. Mungkin dari segi di sebalik tabir ada rasa tidak puas hatinya. Tetapi dari segi pengajarannya, masih ada.

Daripada awal cerita itu mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar di Mesir (tapi tak nampak macam Mesir pun), kemudian kisah si jejaka yang diminati ramai perempuan kerana sifatnya yang mulia, ilmu pengetahuannya yang dalam, pengorbanan sang isteri, kesabaran sang suami, dan macam-macamlah. Aku pun dah tak reti nak bercerita. Sedihnya, tak adalah sedih sangat kot. Aku tak tahu kenapa orang lain rasa sedih. Sebab aku tengok dekat YouTube je kot. Adalah bab sedih. Bab yang Fahri kahwin dengan Maria tu, terharulah juga. Bagi aku, Aisya izinkan suami dia kahwin dengan Maria pun sebab nak Maria sembuh dan menjadi saksi terhadap kejadian yang menimpa suaminya, dan bawa keluar suami dia dari penjara. Itu je. Betul kata Fahri, Aisya tak ikhlas menerima Maria sebagai madu.

Ada benda yang buat aku terfikir, macamanalah si Aisya ni kahwin dengan Fahri tapi banyak kisah Fahri dia tak tahu? Dan Fahri pula tak pernah buka cerita pasal surat-surat cinta dia? Sepatutnya dah sebulan kahwin semua tu dah dikongsi bersama-sama. Barulah di katakan tempoh mengenali pasangan masing-masing. Mungkin nak mengkonflikkan cerita, betul tak?

Ada juga satu keadaan yang aku terkejut, bila Fahri jadi macam gila sekejap masa dia dekat penjara tu. Iyalah, seorang yang berilmu, warak dan mulia, tiba-tiba jadi kurang waras bila di uji sebegitu. Mungkin dekat situ nak menunjukkan pada kita bahawa setiap dugaan dan ujian Allah itu adalah peperiksaan buat keimanan kita. Mampukah kita terima, mampukah kita hadapi dan lalui? Semua tu sangat penting sebagai persediaan kita di masa akan datang, di mana Allah akan senantiasa menguji tahap keimanan kita.

Fuh…

Jadi, aku berharap pada mana-mana pihak yang telah dan ingin menonton filem ni, janganlah sekadar lihat tanpa menilai. Tetapi cuba korek di mana pengajaran yang boleh kita ambil supaya kesilapan tu kita tak lakukan dalam kehidupan seharian kita. Jangan sibuk kata nak jadi macam Fahri, tetapi nak pegang al-Quran pun punyalah payah apatah lagi nak membaca isinya beserta maknanya. Biarlah setiap keinginan kita beserta dengan kesungguhan untuk mencapainya. Bukan keinginan tanpa usaha. Semoga kalian jadikan filem tersebut sebagai satu medan untuk mempelajari apa yang tidak di ketahui sebelum ini.

Dua

Buat temanku, yang berada di JB.

Aku doakan moga kau tabah hadapi ujian Tuhan. Sebagai manusia hidup kita takkan sama dengan kehidupan orang lain. Orang lain bahagia, kau ada kebahagian akan datang. Mak kau mungkin dalam tekanan, mungkin banyak benda yang dia fikir, walaupun aku sendiri tak sangka perbuatan mak kau begitu, tetapi sekurang-kurangnya dia ada juga perasaan bimbang atas diri kau. Janganlah pula kau rasa dia mengongkong hidup kau, cukuplah kita berbaik sangka pada seorang ibu yang bersusah payah lahirkan kita.

Iya, biarpun hati kau terluka dengan kerenah dia yang tak masuk akal dan tak bertempat, namun kau perlu ingat, dia tetap IBU kau. Ingat, dia tetap mak kau. Jangan sampai kau bertukar dendam terhadap dia. Aku minta kau teruskan pujuk hati dia. Jangan putus asa. Aku tahu kau berusaha keras untuk berbaik semula dengan dia, cuma dia yang tak pernah bagi peluang, tak pernah nak menghargai usaha kau. Biarlah semua tu, biarkan. Lagi banyak ujian begini, lebih kau akan fahami ibu kau sebenar.

Sahabatku, kau jangan putus asa. Kau jangan putus harapan. Berdoalah, dan tuhan sentiasa akan bersama orang-orang yang sentiasa mohon pertolongan dari-Nya. Aku tahu, kau pandai sembunyikan keresahan kau. Kau marah, kau meluahkan, kau menyampah, semua kau katakan. Tetapi, kau tetap sayangkan ibu kau. Kau tetap ingin berbaik dengannya. Kagum aku. Ujian yang menimpa kau tak pernah sedikitpun buat kau benci pada ibu kau. Perasaan itulah yang kau harus simpan, tetapkan dan jangan lunturkan walau sesaat. Biar kasihnya kurang, tapi jangan sedikitpun kasih kau padanya berkurang.

Teman seperjuangan, teruskan berusaha. Aku sentiasa doakan untuk kau.


Berdendamkah Ibu?

Hari ini,
Aku singgah disisimu
Persinggahan sementara
Untuk tatap kasihmu
Agar dapatku hargai
Setiap dodoianmu
Sebentar pelukanmu
Sekejap cintamu.

Hari ini,
Aku hadiahi kain buatmu
Kain sutera, kecintaanmu.
Aku belikanmu sekuntum mawar,
bukan buat kekasih,
tapi buat dirimu, yang kusanjung cuma.
Aku serahkan sekeping warkah,
warkah cinta, ayat cinta, makna cinta
buatmu,
ibu.

Hari ini,
Aku cium potretmu
Aku usap kurungmu
Aku cium wangianmu
Aku tangis rinduku
Aku pinta kasihmu
dan aku memohon Tuhanku,
Diriku kau maafkan.

Tetapi, mengapa ibu?
Rinduku kau usirkan
Cintaku kau dendamkan
Kasihku kau buangkan
Sayangku kau bunuh.

Kenapa ibu?
Tangisku kau fitnahkan
Rayuku kau bencikan
Suaraku kau asingkan
Pintaku kau bengiskan
Wajahku, kau usir jauh.

Apakah dagingku sudah hilang?
Hati kau terluka
tercarik berdarah tak berbalut
Adakah dendam itu bersemadi?
Dan parut itu yang bernadi?
Aku, anak yang kau benci
sampaikan diri ini terabai,
terperangkap dalam dendam.
Dendam apakah itu?

Ibu,
satu kupinta.
Andai diri ini salah,
andai diri ini hina
Luahkan bicara
Jangan kau dendamkan
kerna itu, bukan yang Tuhan inginkan.
Andai diriku nista,
Luahkan jujurnya
Jangan kau sepahkan
kata benci pada setiap jejakmu.

Tolong ibu, jangan membenciku lagi.

KayJ
22/5/08

Wassalam.