Posted by KAY on Dec 23, 2009 in
Diary KBM,
Me and MySelf,
Muhasabah
Salam.
Sunyi sangat rumah ni, sunyi sangat-sangat. Macam duduk dekat kampus masa cuti. Kadang-kadang, bila kita dah biasa dengan huru-hara dan bising-bising dalam rumah, kita akan rasa mudah sayu rindukan suasana tersebut. Ambil masa untuk menyesuaikan diri semula. Tapi, lama-kelamaan sunyi tu dah boleh diatasi bila kita dah lalui suasana yang sunyi hari demi hari. Apa yang penting, dekat kampus kalau sunyi boleh pergi rumah member, borak. Tapi dekat rumah ni, nak pergi mana ya?
Pening sangat.
Petang tadi baru habis program ESF, program remaja dengan adik-adik yang masih berjinak untuk berubah menjadi lebih baik di Masjid Jamek Pekan Yong Peng. Entah kenapa, beberapa kali juga perut bermasalah sepanjang program selama lebih kurang 28 jam disana. Tapi alhamdulillah, semua tu sakit yang sementara, supaya aku sentiasa mengingat Tuhan Yang Maha Kuasa, memberi sakit dan menyembuhkannya.
Program bermula dengan aktiviti ice-breaking yang diketuai oleh KAKAK Kausar, hehe! Oklah, ingat akan ambil masa yang sekejap, rupanya it takes time untuk main game si buta, si bisu dan si normal. Alhamdulillah, adik-adik ni sendiri dah boleh rationalize apa yang terkandung di sebalik aktiviti yang ringkas tu. Sebenarnya aku tak tahan tengok, asyik nak tergelak je tengok macamana si bisu berusaha menyampaikan maklumat daripada kertas kepada si normal. Manakala si normal pula dengan mudah menyampaikan pada si buta. Namun, kepayahan buat si buta untuk menulis maklumat yang cuba disampaikan. Tahniah dan tahniah.
Seterusnya pengisian diberi oleh Pak Cu bertajuk kenali pencipta. Aku tak ada dalam bilik perbincangan semasa aktiviti ni, tetapi Insyaallah pengisiannya lebih kepada teori bahawa untuk mengenali pencipta ni terlalu banyak, cuma kita sahaja yang tak pernah nak menghayati dan melihat ciptaan-ciptaan tersebut.
Tengahari selepas solat Zohor, slot Kau Idolaku di bawa oleh KAKAK Kausar lagi sekali. Disebabkan aku tak tahu tahap diorang mengenai Rasulullah SAW, aku buat kuiz soalan yang senang-senang dan mudah-mudah je. Susah juga ya, buat soalan senang – bosan. Buat soalan susah – kerut dahi. Sudah? Haha! Memang senang gila. Tapi lepas tu, aku minta diorang bincangkan sifat-sifat Rasulullah SAW dan kaitkan dengan contoh-contohnya sekali. Alhamdulillah, banyak diorang dapat dan ingat. Last sekali, Mak Cu ambil alih. Mak Cu minta adik-adik ni bincangkan kenapa sekarang ni terlalu ramai remaja memuja artis, tukang masak, pelakon, yang mereka rasakan itulah idola yang harus diikuti, walaupun seksi, moral down, bermasalah, sosial, tetapi remaja kita masih menjadikan mereka sebagai idola, itulah realitinya.
Selepas solat Asar, slot Kitab Ajaib. Lebih kepada explorace bawah masjid, hehe! Walaupun simple, tetapi memang berkesan dan terkesan especially adik-adik ni. Aktiviti ni ada 5 check point. Chek point Kitab Ajaib, Orbit, Laut, Gunung dan Hujan. Kami cuba relatekan orbit, laut, gunung dan hujan sebagai tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Kuasa. Kemudian, mereka terpaksa pula cari ayat-ayat yang berkaitan didalam al-Quran supaya mereka sedar fenomena dan kejadian saintifik ini sebenarnya telahpun dinyatakan didalam Kitab Ajaib kita iaitu al-Quran 1400 tahun yang lalu. Subhanallah, mereka tak pernah tahupun ada dalam al-Quran.
Sebagai contoh, aku menjaga chek point Laut. Mereka terpaksa pecahkan telur ayam dan masukkan telur tersebut ke dalam sebuah bekas. Kelihatan telur kuning dan putih elok sahaja bentuknya. Kemudian aku suruh diorang gaulkan, campurkan kedua-duanya. Sebatilah. Kemudian aku suruh pula mereka pisahkan semula. Semua garu kepala. Haha! Kelakar. Macam-macam cubaan yang diorang buat, Subhanallah satu usaha yang baik sebagai menyahut cabaran. Then, tanyalah diorang apa yang diorang boleh kaitkan dengan kejadian laut. Ada yang dapat tu Alhamdulillah. Tetapi, ada juga yang tidak tahu walaupun diberi klu demi klu supaya boleh tahu. Hehe! Mungkin pengetahuan mereka tidak sampai ke tahap untuk tahu hal-hal begitu. Pokoknya, ianya bergaitan bagaimana air laut dan air sungai boleh bertemu tetapi tidak pula bercampur keduanya. Diantara keduanya ada pemisah, pemisah tersebut hanya dengan kuasa Allah dan Dia Maha Kuasa dan Tahu apa yang diciptakan. Kita hanyalah insan lemah, sedangkan telur kuning dan putih itu boleh bercampur-campur, bagaimana air laut dan air sungai itu tidak pula bercampur macam telur tadi?
Orbit, Hujan dan Gunung ada permainan diorang yang tersendiri. Aktiviti begini memang seronok kerana banyak benda dari pelbagai aspek yang boleh dipelajari dari permainan-permainan seperti ini. Insyaallah.
Malam selepas Isyak, aktiviti muhasabah diri dilakukan yang dikendalikan oleh Mak Cu. Malam tu aku tak menangis, sebab aku tak menghayati. Kalau aku duduk bertafakur macam orang lain, dengan alunan suara Mak Cu dan zikrullah yang terlalu sedih, mungkin aku boleh menangis mengenangkan dosa-dosa yang dah pernah aku buat. Apatah lagi, adik-adik ni terpaksa menghitamkan hati mereka menggunakan arang sebanyak mana dosa-dosa yang telah mereka lakukan sepanjang hidup. Kalaulah kita buka sejarah lama, rasanya terlalu hitam hati ini. Hitam yang amat, adakah hati ini boleh dibersihkan semula? Insyaallah, bertaubatlah kepada Allah.
Tapi, ada seketika ni aku terfikir. Terfikir sesuatu. Pada saat ini, aku boleh bercakap, aku boleh merasa penat, lapar, mengantuk, boleh pula aku merasa sunyi, tetapi aku tidak tahu apakah yang dilalui orang lain, aku cuma tahu apa yang aku lalui, apa yang aku rasa, apa yang aku sedang buat, hanya aku yang tahu, aku seorang tanpa ada mana-mana manusia lain yang tahu apa yang aku buat. Dan suatu hari nanti, selepas aku mati, apa yang akan berlaku? Apa yang akan aku rasa pula? Apa yang akan aku fikir ketika itu? Bagaimana keadaan aku masa tu? Aku pasti, aku bersendirian tanpa sesiapa. Aku pasti, aku seorang diri. Tetapi, apa yang akan terjadi? Bagaimana keadaannya selepas kita mati, penyiksaan sepanjang kematian sehingga kiamat. Bagaimana penyeksaan itu, banyaknya dosa kita, sudah pasti penyiksaan juga berat - jawapannya (nauzubillah). Takut rasanya bila difikirkan, tetapi seharusnya kita bersedia mulai detik ini. Kita tak tahu, perbuatan baik kita selama ini telah dinodai oleh riaknya hati. Siapa tahu? Sebab itu, sentiasa memperbaiki niat.
Itu je. Hari ini, cuma aktiviti didalam bilik. Slot terakhir dibawa oleh Mak Uda, aku duduk situ sekejap je. Sebab aku sakit perut. Then fikir nak drive balik, so aku tidurlah sekejap merehatkan diri. Malam tadi tidur tak lena, sangat tak lena. Aku ni memang susah sikit nak lena dekat tempat baru especially hari pertama. Semuanya habis selepas solat Zohor berjemaah dengan jemaah lain dimasjid. Alhamdulillah, selesai sudah. Sedih rasanya terpaksa berpisah dengan adik-adik yang nakal-nakal itu. Hehe!
Dari BP ke Yong Peng semalam, drive kereta sendirian. Sambil dengar IKIM, sambil bawa kereta melalui jalan sunyi. Haha! Tak banyak kereta masa tu. Aku bawa slow pon boleh sampai dalam 30 minit je. Semuanya selamat dan smooth, atas kehendak Allah. Dan hari ini aku pulang dengan memenuhkan setiap ruang kerusi dalam kereta tu. Hehe! Mula-mula hantar adik-adik dekat Ayer Hitam, kemudian drive jauh sikit ke Sri Gading pula. Last sekali hantar sahabat aku di Parit Raja. Nak balik rumah tak boleh, abang long pegang kunci. Dia ada meeting dekat bandar BP pula. Alahai, terpaksa tunggu. 4.30 petang barulah dia sampai dekat ofis. Ambil kunci, then balik rumah. Asalnya aku nak suruh sahabat aku drive balik, tetapi bila terdengar dia kata dia penat dan mengantuk, tak apalah. Kenapa nak menyusahkan orang lain ya? Alhamdulillah, segalanya selesai dengan setiap seorang adik-adik dihadiahi sebuah Maathurat. Moga dimanfaatkan.
Selepas ini, Mukhayyam di Mersing pula. Wah, ini Mukhayyam kedua selepas di JB (Super Camp) beberapa minggu yang lalu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah aku pergi.
Wassalam.
Tags: balik, kereta, kerja, Muhasabah, test
Posted by KAY on Jun 24, 2009 in
Diary KBM,
Me and MySelf
Salam.
Baru lepas lipat baju kurung. Masa susun-susun tadi, I just realized that I have too many baju kurung in blue colour. Am I really into blue colour? Well, I love chocolate colour for my closet. But, I love green as a neutral colour. Green look calm, relax and smooth. Blue, hm.. what made you choose blue colour? I don’t know, it just blue. Most of people love blue. Well, blue is fine. The coolest colour would be black. Well, I used to love black back then, but mum always teasing me for choosing the black for anything I wore. I think I changed now (a bit).
Ok, my room is still a mess. Eventhough, my parents already bought plastic wardrobe for me. Well, I asked them to, that’s why. Bukan aku taknak almari sempurna yang guna kayu tu, tapi aku fikir mungkin aku tak perlu nak demand sangat, since they’ve spent so much things for me. Aku rasa setakat almari plastik ni, Insyaallah boleh tahan lama juga kot. Lagipun I don’t really need better wardrobe. Yang dah ada ni pun ok apa. RM50 je spent. Untuk baju. BAJU sahaja. For me spending for things like this, is not necessary. You still can keep your cloth in the boxes. Money, better spend for something more useful. For example, hard disk aku tu. Haha!
Sebab tu, aku bukan seorang perempuan yang gemar bershopping. My friends know this. Kalau pergi dengan aku, diorang berbondot-bondot pun, belum tentu aku ada sesuatu ditangan. Melainkan kau bawa aku pergi supermarket. Sure macam-macam aku beli. Kita perlukan makanan untuk hidup right? Itu necessety good. Kita perlukan baju, tetapi tak perlu beli seminggu sampai berkali-kali. Aku boleh kira berapa kali aku beli baju setahun. Less than 5 times.
Dulu, bila aku nak beli baju, mesti mak kata. “Betul kamu nak baju ni? Nanti dah beli tak nak pakai.” So, I always remind myself, make sure anything I bought is worth for me to use it. Jangan simpan dalam almari je, tak guna pun. I am so choosy about cloth. Kalau beli tudung, make sure tak jarang. Pernah sekali aku komen dekat tokei kedai, tudung ni jaranglah kak. Labuh macamana pun jarang, macamana nak pakai. Dia kata tak jarang kalau lipat dua. Bengang pula aku, macamlah aku main cakap je. Of courselah aku dah try. Sekarang ni, banyak sangat tudung terlalu jarang. Pakai pun, masih nampak leher. My girlfriends out there, be careful. Pakai tudung jarang samalah macam tak pakai tudung.
Dua.
Kampus aku buka semula dalam tempoh 9 hari lagi. Minggu depan ada KBM lagi. Aku rasa macam nak pergi, tapi aku nak balik kampus. Maybe aku minta makcu untuk pergi pagi tu je. Army Yell bersama-sama peserta. Tengahari lepas Zohor aku bertolak balik ke kampus. Huhu. Oklah tu kan. Aku ingat nak balik 5 Julai. Tetapi memandangkan registeration aku 4 Julai, kenalah balik on time. Boleh kot nak balik lambat, tapi risau nanti bilik aku bermasalah. Semester depan aku gerenti akan ada banyak masalah bilik seperti semester sebelumnya. Apa yang paling menarik, kolej Nilam akan ditutup. Jadi, bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan. Ahli-ahli kolej Nilam barangkali akan berpindah ke sektor B. Mungkin tidak, sekadar andaian kosong.
Baru-baru ni KBM berlangsung di SMK Dato’ Onn, Batu Pahat. Sebenarnya aku dah lama sangat tak pergi KBM. Peserta yang berdaftar almost 200 pupils. Fasi yang ada sebenarnya tak mencukupi, lagi-lagi perempuan. Memang sikitlah nak handle peserta perempuan seramai 120 orang. Sebelah pagi fasi hanya ada 4 orang termasuk seorang mak cik tolong. Kemudian datang lagi 2 orang fasi kembar, dan seorang lagi mak cik. Jadi, jumlah kami ada 7 orang. Hm.. macamanakan? 120 orang dengan 7 orang. Hehe! Kelakar pula.
Kumpulan dibahagikan. Ada 13 kumpulan. Jadi seorang kena pegang 2 kumpulan. Tak boleh nak fokus sangat. Biasanya, aku akan buat perkenalan ringkas antara ahli. Aku akan bercerita sikit dan memperkenalkan diri. Tetapi, memandangkan aku cuba membantu kedua-dua kumpulan, ditambah pula banyak soalan-soalan diorang, aku kena akui bahawa masa untuk berborak walaupun sekejap tak ada. Jadi, perkenalan ringkas yang amat antara kami hanyalah nama sahaja.
Seperti biasa, army yell berlangsung dengan jayanya. Hebat-hebat adik-adik dari SMK Dato’ Onn. Walaupun nampak macam kelakar, tetapi idea mereka sangat bernas. Siap ada yang berlagak jadi bowling lagi. Comel betul. Kawad pun ada. Oklah, overall army yell memang ok. Nasib baik kumpulan Ben 10 tak ketinggalan. Patutlah aku macam pelik, kenapa nama kumpulan ni tak dipanggil pun, walhal Fadli kata dah habis. Huhu. Aku ingat sebab aku yang kutip nama-nama pasukan untuk peserta Kasih. Mujurlah adik-adik Kasih kita jujur dengan kawan-kawan.
Petang tu macam biasa, slot In-Team mengambil tempat. Mak Uda mengendalikan slot ini. Aku perasan, peserta kasih macam banyak betul bercakap. Haha! Peserta Sayang pula yang berdisiplin. Mungkin sebab kelas-kelas pandai ni, perempuannya memang petah berkata-kata. Tapi Alhamdulillah, adik-adik Kasih dan Sayang dapat memberi tumpuan yang baik. Paling mengejutkan, mereka cukup sporting untuk berkongsi perasaan. Berebut-rebut semua nak cakap. Eloklah tu, sebagai manusia kita kena berani tampil ke hadapan untuk bersuara.
Petang tu kami ada riadah. Kekok juga dengan mereka. Apatah lagi, ramai sangat nak handle. Game yang Kak Fifi cadangkan sebenarnya aku ingat-ingat lupa. Aku pernah dengar, tapi tak pernah handle game tu. Jadi, aku ambil jalan untuk tidak campur. Tetapi, memandangkan keadaan agak kabut, aku ambil juga microphone untuk membantu kak Fifi. Sebenarnya aku tak berapa setuju untuk buat saringan, sebab nanti ada peserta yang dah selesai, kena duduk dan lihat kawan-kawan bermain. Diorang tak buat apa-apa. Tetapi, memandangkan ruang yang ada tidak cukup besar, jadi aku setuju. Tak apalah, kita merancang. Kesimpulannya masih dapat dipelajari oleh adik-adik. Kejar masa. Jadi, cakap pun nak berkejar-kejaran. Alhamdulillah, moga adik-adik faham untuk 1) ikut arahan 2) ikut peraturan 3) sentiasa bekerjasama selepas ini.
Maghrib berjemaah. Masa tazkirah, ramai yang berbual. Kami tak larat nak handle. Ramai yang berlegar di luar, di kantin. Yang paling tak best, cikgu mereka siap boleh berborak lagi. Ini melambatkan student untuk selesaikan diri mereka di kantin. Apa salahnya cikgu tersebut membantu kami. Aku berdoa agar mereka yang setia mendengar tazkirah dari Prof Zainal mendapat manfaatnya.
Malam aku mengantuk. Haha! Nak tidur tapi tak boleh. Tapi terlelap juga. Lelap-lelap ayam. Hehe! Slot malam bersama Mak Cu dan Meniti Angin Malam juga berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Ada seorang pelajar bermasalah masa MAM. Tak tahu, sebab aku jaga bahagian belakang jadi tak tahu apa yang berlaku. Lain-lain semuanya OK.
Esoknya slot dengan ibu bapa, sangat syahdu rasanya. Aku memang tak boleh betul slot ni. Gerenti tangkap leleh punya. Haha! Tak bolehlah tengok anak-anak dengan mak bapa diorang nangis-nangis. Nanti aku sekali menangis. Huhu. Sedihlah, sedih. Bukan apa, mengenangkan aku juga bukan anak yang sempurna, mengenangkan banyaknya dosa aku pada mak dan abah, mestilah sedih. Siapa-siapa pun akan sedih bila berada disitu terutamanya perempuan. Berapa kalilah aku kesat air mata aku, asyik jatuh je. Slot sebelum-sebelum ni aku tak menangis pun, bajet takkan nangeslah masa slot mak bapa, tengok-tengok gugur juga aku. Aduh. Tak apalah, biarlah air mata kita jatuh kerana menyesali perbuatan dan dosa kita. Itu lebih baik.
So, itu sahaja untuk KBM di SMK Dato’ Onn. Gambar ada, tapi malas nak upload. Kalau anda teringin sangat nak tahu apa itu KBM, nak organize untuk pekerja-pekerja anda, ataupun pelajar-pelajar anda yang bermasalah, jangan risau, Insyaallah KBM akan turun membantu. Bukan di Johor sahaja, tetapi diserata Malaysia. Boleh lawat blog KBM disini untuk maklumat lanjut.
Itu sahaja untuk hari ini.
Wassalam.