BM

11/26/2008

Salam.

Sebenarnya, aku dah lama fikir macam ikhwah A. Kenapa, kenapa mesti terlalu rigid dengan mewajibkan atau mengharuskan seseorang yang berada dalam jemaah itu, berkahwin dengan dalam jemaah itu sendiri juga. Aku tak nafikan, bila kita berkahwin dengan pasangan dalam jemaah, akan lebih memudahkan kerja kita. Masing-masing telah faham tanggungjawab masing-masing.

Mungkin ada sesetengah kata, dalam jemaah itukan sudah ada pilihan yang baik-baik. Tidak boleh dinafikan. Tetapi dalam jemaah itu juga adalah manusia yang tidak maksum. Dalam jemaah itu juga ada manusia yang bernafsu, ada manusia yang pelbagai sifatnya, ada manusia yang sama saja dengan yang tidak berada dalam jemaah. Bezanya, kita ada pengalaman dan kita di beri peluang untuk bersama-sama menuntut ilmu agama. Mereka, tidak ada peluang dan tidak pernah ada peluang apatah lagi untuk tahu apa itu jemaah. Oleh sebab mereka tidak tahu, maka mereka tidak layak untuk kita yang berada dalam jemaah.

Apakah begitu pokoknya?

Takkan tidak ada peluang untuk dia belajar bersama jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang para jemaah inginkan. Takkan tidak ada peluang untuk dia tahu apa yang ada di dalam jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang jemaah inginkan. Takkan tidak ada peluang untuk dia bertaaruf dengan para jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang jemaah inginkan.

Semua orang inginkan yang terbaik. Semua orang inginkan yang cantik. Semua orang inginkan yang indah. Semua orang inginkan yang sempurna. Adakah semua yang berada di dalam jemaah itu sungguh cantik, indah, sempurna bahkan yang terbaik?

Tapi percayalah, aku tidak pernah menentang pemikiran sebegini. Ia adalah untuk kebaikan para duat diluar sana. Mungkin pemikiran aku kurang ada persamaannya. Kita adalah manusia, dan kita tersisih kerana kita sendiri yang menyisihkan diri dari orang lain sehingga orang lain tidak tahu siapa kita. Jadi, salahkan diri sendiri kerana tidak dapat menonjol atas kelebihan yang ada. Kita hanya mampu menggunakan kelebihan dikalangan orang-orang yang sama-sama mempunyai kelebihan itu.

Artikel ni aku ambil dari blog k-Daerah Petaling.

Baitul Muslim : Satu Dialog
Dialog ini tidak menggambarkan pendirian penulis.
Dialog ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana individu,
sama ada yang hidup atau yang telah pergi.
Sekadar berkongsi pandangan untuk pertimbangan pembaca.

Soalan: Boleh ke Ikhwah Kahwin Dengan Bukan Akhawat?

Ikhwah A: Ana rasa boleh je. Jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Kalau telah ditakdirkan dengan bukan akhawat, nak buat camne?

Ikhwah B: Mana boleh camtu. Betul jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Tapi di mana usaha manusia? Cukup dengan berserah saja? Memang Allah telah mentakdirkan jodoh kita, tapi manusia berikhtiar mencari jodohnya yang sesuai.

Ikhwah A: Bukan akhawat pun orang Islam jugak. Takkan tak boleh? Bukankah telah cukup syarat utama dalam hadis Nabi s.a.w. supaya pilih agama wanita tersebut untuk berkahwin?

Ikhwah B: Yang tu Islam secara umum. Islam belum tentu beriman. Iman pun tengok dulu tahap keimanan. Jika Islam sahaja, tapi imannya kurang, lebih baik pilih akhawat. InsyaAllah imannya lebih ok berbanding dengan bukan akhawat.

Ikhwah A: Kalau bukan akhawat ni kuat imannya, agamanya, ana rasa tiada masalah. Lagi senang kita ajak dia ke arah dakwah.

Ikhwah B: Enta boleh jamin ke tiada masalah? Enta yakin ia senang diajak ke arah dakwah? Ana yakin biar kuat agama sekalipun, belum tentu ia faham tugas dakwah. Berbanding dengan akhawat, ia sudah faham akan tugas dakwah. Jadi, insyaAllah, tak payah ajak ke arah dakwah. Akhawat dah memang faham tugas dakwah dan lakukan dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, sampai bila dakwah nak berjalan? Macam mana kita nak ajak bukan akhawat jadi akhawat? Bukankah kahwin dengan bukan akhawat ni salah satu usaha dakwah ke atas mereka?

Ikhwah B: Banyak lagi cara dakwah yang lain. Mengapa difokuskan kepada kahwin sahaja? Jika boleh dakwah pada isteri sekalipun, ia komponen yang kecil, hanya seorang sahaja. Kita nak dakwah ramai orang. Dakwah ni memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Isteri yang bukan akhawat, yang tak faham dakwah dah tentu komplen jika si suami yang mengorbankan masa dan tenaga kerana program dakwah. Dah tentu konflik akan berlaku.

Ikhwah A: Sebab itu persefahaman penting. Si suami perlu memahamkan si isteri yang bukan akhawat ni. Jika berbincang, insyaAllah tak berlaku konflik.

Ikhwah B: Konflik dan perbincangan itu pun dah ambil masa untuk diselesaikan. Sedangkan tugas dakwah kita makin banyak. Ini bukanlah membantu tugas dakwah si suami. Bahkan merencatkan lagi program dakwah si suami.

Ikhwah A: Dengan konflik dan perbincangan tu la yang akan mematangkan hidup dakwah si suami. Hikmah suami diperlukan dalam mendidik isteri yang bukan akhawat.

Ikhwah B: Enta ni serius ke nak buat tugas dakwah? Enta nak ke dakwah enta terjejas hanya kerana mengambil hati isteri yang bukan akhawat? Berapa ramai ikhwah yang akhirnya menyesal kerana mangambil bukan akhawat. Mulanya amat yakin untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat. Tapi, apa yang jadi? Si suami sibuk melayan karenah isteri. Bila dakwah nak berjalan apabila rumahtangga tak bahagia?

Ikhwah A: Enta boleh jamin ke berkahwin dengan akhawat akan bahagia? Tak semestinya. Kebahagiaan terletak pada kebijaksanaan si suami mengendalikan rumahtangga dan ketaatan si isteri. Jika bukan akhawat tu seorang yang taat pada perintah suami, dah tentu bahagia jugak. Si suami pun akan senang buat kerja dakwah.

Ikhwah B: Benar, berkahwin dengan akhawat belum tentu bahagia. Tapi majoriti yang berkahwin dengan akhawat, mereka bahagia dan lagi senang buat kerja dakwah sama-sama. Buat kerja dakwah sama-sama kan lebih bahagia? Cuba enta fikir, enta lebih suka yang mana satu: Akhawat yang meyokong dan membantu kerja dakwah enta atau pun bukan akhawat yang belum pasti membantu bahkan merencatkan lagi dakwah enta?

Ikhwah A: Kenapa kita “rigid” sangat? Seolah-olahnya kahwin dengan bukan akhawat tak boleh langsung. Jika si suami tu ikhlas mendidik si isteri untuk menjadi akhawat, dah tentu si isteri akan faham dakwah dengan izin Allah.

Ikhwah B: Bukan masalah “rigid”. Ia adalah fakta. Berdasarkan pengalaman ikhwah lain, kebarangkalian untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat adalah rendah. Bahkan berlaku sebaliknya apabila kebarangkalian ikhwah tu pula  meninggalkan medan dakwah adalah tinggi. Ana tak menafikan keikhlasan si ikhwah mendidik isteri yang bukan akhawat. Cuma kita perlukan pengalaman ikhwah terdahulu untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.

Ikhwah A: Ana berkeyakinan bahawa yang bukan akhawat boleh dididik ke arah dakwah selepas perkahwinan nanti, insyaAllah.

Ikhwah B: Ana tak dapat menghalang pilihan enta jika niat enta ikhlas. Ana mendoakan supaya enta diberi kekuatan untuk mendidik bukan akhawat. Cuma ana terfikir, jika ramai ikhwah berkahwin dengan bukan akhawat, siapa pula yang akan berkahwin dengan akhawat? Jika dapat suami yang bukan ikhwah, apakah nasib akhawat nanti untuk melakukan kerja dakwah?

Belum tentu akhawat dapat menjalankan kerja dakwah. Bahkan menjadi bebanan akhawat pula untuk mendidik si suami yang tak faham dakwah. Lebih teruk lagi, si suami yang bukan ikhwah ni akan menghalang tugas dakwah si akhawat ni. Na’udzu billah…

Bukankah ini menjadi satu kesalahan kepada ikhwah kerana berkahwin dengan bukan akhawat? Ikhwah membiarkan akhawat dikahwini bukan ikhwah menyebabkan tugas dakwah akhawat terhenti sedangkan dakwah tu wajib. Cuba renungkan.

Ikhwah A: Akhawat tu boleh saja menolak pinangan bukan ikhwah. Akhawat ada hak.

Ikhwah B: Bagaimana kalau bukan ikhwah tu adalah pilihan keluarga? Bukankah bapa akhawat tu wali mujbir yang boleh memaksa akhawat tu untuk berkahwin dengan bukan ikhwah?

Ikhwah A: Ia bergantung kepada kebijaksanaan akhawat untuk mengelakkannya. Sebagai bapa, sudah tentu ia menanyakan persetujuan akhawat tersebut. Tak guna bapa tu paksa jika hati anaknya tak bahagia.

Ikhwah B: Sampai bila akhawat tu nak menunggu? Tunggu ikhwah lamar, tak lamar-lamar pun. Takkan nak tunggu sampai jadi andartu? Akhawat pun seorang manusia yang inginkan sebuah rumahtangga.

Ikhwah A: Kan ramai lagi ikhwah yang akan melamar akhawat…

Ikhwah B: Jika semua ikhwah berfikiran begini, ana pasti banyak tugas dakwah & jamaah terbantut hanya kerana perkahwinan. Tugas dakwah ikhwah terbantut kerana berkahwin dengan yang bukan akhawat. Tugas dakwah akhawat pula terbantut kerana berkahwin dengan bukan ikhwah. Ini sangat membimbangkan.

Ikhwah A: Kita perlu fikir dari sudut positifnya… Ikhwah dapat berdakwah kepada isteri yang bukan akhawat. Akhawat pula dapat berdakwah pada suami yang bukan ikhwah. Jika peranan ini terjadi, ana yakin kerja dakwah & jamaah akan berjaya.

Ikhwah B: Mudahnya berbicara dengan teori sedangkan praktikalnya belum pasti begitu. Ini masalah perkongsian hidup hingga ke mati. Bukannya masalah macam bola. Boleh ditendang sana ditendang sini.

Ikhwah A: Emosi betul enta ni. Bagi ana, nak kahwin dengan akhawat ke, bukan akhawat ke, terpulang pada ikhwah. Jika seseorang tu yakin bahawa kahwin dengan bukan akhawat boleh membentuk rumah tangga Muslim, ana rasa tiada masalah. Berkahwin dengan akhawat bukan jaminan kita dapat membentuk 100% rumah tangga Muslim. Kenapa meletakkan kesalahan pada ikhwah hanya kerana tidak berkahwin dengan akhawat?

Jika akhawat berkahwin dengan bukan ikhwah, kesalahan bukan terletak pada ikhwah. Kesalahan terletak pada akhawat tu sendiri kerana terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapa dan tidak menyatakan pilihannya sebenar. Ibu bapa juga bersalah kerana tidak memilih lelaki yang beriman sebagai pasangan hidup akhawat tersebut.

Ikhwah B: Benar, ana tak jamin 100%. Tapi ana jamin 200%. Cuba lihat surah At-Taubah ayat 71. Lelaki beriman menjadi penolong kepada perempuan beriman dalam dakwah. Jika lelaki beriman tak tolong, apakah nasib perempuan beriman dalam dakwah nanti. Perkahwinan adalah salah satu pertolongan kepada akhawat untuk melancarkan kerja dakwah.

Ikhwah A: Ayat tu betul tapi tiada dalil jelas ikhwah wajib berkahwin dengan akhawat. Cuba lihat surah An-Nuur ayat 26 pulak. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Di kalangan bukan akhawat pun ada juga yang baik, punya kesedaran agama. Di kalangan bukan ikhwah pun ada yang baik dan beragama. Cuma kesedaran dakwah perlu diterapkan. Enta tak boleh nafikan ayat ini.

Ikhwah B: Nampaknya perbincangan kita dah jauh. Apa kesimpulan kita nak buat sekarang? Enta masih berpegang dengan hujah anta. Ana tetap berpegang dengan hujah ana.

Ikhwah A: Kesimpulan ana ialah… Dalam dakwah, berkahwin dengan akhawat adalah digalakkan. Takde la sampai wajib berdasarkan hujah ana. Namun, janganlah kita menafikan ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat. Jika ikhwah tersebut berkahwin dengan bukan akhawat, tetapi peranan dakwah & jamaah masih berjalan lancar, ana rasa no problem, go on. Bukan berkahwin dengan akhawat tu wajib tapi dakwah tu yang wajib.

Ikhwah B: Kesimpulan ana pula ialah… Ana merasakan berkahwin dengan akhawat tu adalah perlu untuk menjalankan dakwah bersama-sama. Lebih baik berkahwin dengan wanita yang sudah biasa dengan dakwah berbanding dengan yang belum ada pengalaman dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, apa kata ikhwah kahwin dua-dua sekali? Kahwin dengan akhawat dan bukan akhawat. Ikhwah berpoligami. Macam mana? Bagus tak idea ni?
Ikhwah B: Bagi ana, takda halangan. Lelaki ada kuota sampai empat, hehe… Tapi tengok juga pada kemampuan ikhwah tu.

Ikhwah A: Tapi akhawat rela ke?

Ikhwah B: Sebagai akhawat, mereka perlu faham dengan hukum Allah. Bukan masalah rela atau tidak. Mereka tak boleh halang poligami. Jika itu kehendak suami dan suami mampu serta masih meneruskan tugas dakwah, no problem.

Ikhwah A: Jadi enta setuju la kahwin dengan bukan akhawat? Haa… Kantoi. Tadi cakap lain.

Ikhwah B: Dari sudut poligami, ya, ana setuju. Yang penting mesti ada akhawat.

Ikhwah A: Wah, hebat enta ni! Nak kahwin dua pulak… Hehe…

Ikhwah B: Kita ni dah ke tajuk poligami ni. Dah jauh tersasar dari topik sebenar. Eh, bukan ke enta ada test esok?

Ikhwah A: Ha’ah. Tak perasan la pulak. Syukran ingatkan ana.

Ikhwah B: Itulah sibuk cerita pasal kahwin. Test pun tak ingat.

Ikhwah A: Untuk masa depan, hehe.. Enta pun apa kurangnya. Exam tak lama lagi, sibuk berhujah pasal kahwin. Mana ada dalam silibus subjek course enta?

Ikhwah B: Sama-sama la kita, untuk masa depan. Silibus ada, dalam silibus hidup :)

Wallahulam
Wassalam

Enaknya Hotel 5 Bintang

06/21/2008

Salam alaik.Petikan dibawah aku dapat melalui emel oleh Cekedess. Jadi, aku terasa ianya sesuatu yang perlu diketahui oleh anda diluar sana. Jangan tertipu dengan keselesaan Hotel 5 Bintang.

Pengakuan 2 Chef Hotel 5*

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina…. tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan…). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkanArakketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis “PORK” pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis “NON-PORK”. Tapi dia amat kecut perut… bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu… Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana … sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya….

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik “Encik, makanan ni tidak halal…”. Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D’Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam…

Benarkah kisah di atas? Wallahualam. Moga kita sentiasa jaga permakanan kita. Mujurlah abah dan mak memang jenis berhati-hati. Jarang kami makan di restoran hotel jika menginap disana. Barangkali mak dan abah tidak mahu hadapi risiko seperti di atas.

Cerita di atas benar-benar mengingatkan aku pada situasi di UK dahulu. Beginilah keadaannya. Jangan disangka ikan yang dimasak tidak menggunakan arak. Biasanya orang-orang bukan Islam ini suka masak menggunakan arak, bukan minyak seperti kita. Jadi, berhati-hatilah. Antara syarat untuk dapat taraf hotel 5 bintang adalah perlunya hidangan arak. Tahukah anda?

Wallahualam.