Posted by KAY on Jun 19, 2009 in
Bloggers,
Lirik,
Me and MySelf,
Muhasabah,
Nasyid
Salam.
Walaupun agak kelewatan, aku ingin mengucapkan takziah pada kak Jaja, selaku staf bahagian unit pentadbiran di UiTM Segamat atas kehilangan suami tercinta. Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh Insyaallah.
Alangkah syahdunya seorang anak yang akan membesar tanpa ayahnya disisi. Aku selalu terfikir, bagaimanakah perasaannya hilang orang yang kita sayang buat selama-lamanya. Selalu juga aku fikir usia mak dan abah yang semakin lanjut. Walaupun aku mengharapkan masa berlalu dengan segera, tetapi semakin masa dikejar, semakin dekat kita kepada kematian. Apakah nasib aku nanti tanpa mak dan abah disisi.
Bila difikir-fikirkan semula, mungkin aku tidak akan jadi setabah anak kak Jaja jika aku berada di tempatnya, sebab itu Allah menguji seorang hamba sesuai dengan kemampuannya. Sungguh hidup ini banyak pengajaran dan pelajarannya.
Aku pernah bermimpi kehilangan satu keluarga aku. Mereka mati dalam keadaan yang sungguh sadis (nauzubillah, hanya sekadar mainan syaitan). Aku meraung. Aku bangun dari tidur dalam keadaan berpeluh. Syukur hanya sekadar mimpi. Aku memang ingat lagi mimpi tu kerana ia adalah mimpi yang paling ngeri dalam hidup ni. Sangat ngeri kerana mereka semua mati dalam sebuah peperangan besar. Mayat bergelimpangan. Mereka mati ditembak benar-benar didepan mata aku (nauzubillah).
Aku selalu tengok cerita-cerita yang kejam. Bukanlah bermaksud aku sukakan pembunuhan. Aku cuma terfikir, bagaimana direktor cerita boleh berfikir sampai ke tahap itu? Tak mustahil, cerita-cerita begini mampu mempengaruhi jiwa manusia. Cerita-cerita beginilah yang ‘mendidik’ manusia menjadi pembunuh. Aku selalu fikir, apa rasanya bila diperlakukan begitu? (nauzubillah). Pastinya seksa dan menyakitkan.
Ya, setiap kehidupan pasti ada kematian. Tetapi, adilkah bagi seorang manusia mati dalam keadaan badannya dicerai beraikan oleh manusia yang kejam? Wajarkah seorang manusia mati seperti haiwan buruan? Sekarang ni terlalu banyak pembunuhan, terlalu banyak kekejaman, tak perlu lihat jauh diluar negara kerana Malaysia sudah menjadi negara yang tiada tamadun. Semuanya ada, seperti negara kafir. Tidak perlu lagi susah-susah memandang hina negara kafir, kerana kita lebih teruk dari mereka. Sudahlah mengaku Islam, tetapi perbuatan mengalahkan si kafir.
Kenapa berlaku semua ni?
Aku cuma berharap, biarlah kematian kita dalam keadaan tenang dan tidak mengaibkan. Semoga mak dan abah panjang umur untuk meluangkan lebih masa bersama kami anak-anak mereka, dan dalam masa yang sama meneruskan misi dakwah mereka bersama jemaah yang lain.
Semoga kak Jaja terus tabah meneruskan kehidupan bersama Danish. Setiap kesedihan pasti ada hikmahnya dan sabarlah menerima takdir Tuhan. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
Aku suka lagu ni. Jadi, aku hadiahkan buat kak Jaja agar terus mengorak langkah maju ke hadapan.
Segenggam Tabah (In-Team)
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Wassalam.
Posted by KAY on Jun 14, 2009 in
Bloggers,
Me and MySelf
Salam.
Lama tak menulis. Tak tahu nak tulis apa. Result dah keluar. CGPA turun. GPA sama macam semester lepas. As I was expected. Sedihlah juga, sedih sebab semua orang lagi tere dari aku. Hehe! Tapi at the same time, aku happy dan bersyukur.
First, sebab subjek yang aku takut gagal akhirnya membuahkan hasil walaupun fahamkan segalanya 2 hari sebelum paper. Second, macam Miza kata, mungkin kita tak ada kelebihan untuk dapat result yang power, tetapi sekurang-kurangnya kita ada kelebihan dalam kepimpinan. Kita boleh seimbangkan, belajar dan bekerja. Walaupun tak cemerlang, tetapi masih ditahap ok. Aku faham.
Lepas tengok result, tatap result, dan fahamkan result, aku dah buat keputusan untuk tak sambung belajar. Aku pernah tekad, kalau OM aku dapat A aku akan sambung belajar, sebab aku memang minat dengan Operation Management. Tetapi, memandangkan my target did not achieve, so I think I have made a decision. Mak dan abah pun nampak macam tak membantah.
One more semester to go, then I will guide my direction. To all my friends yang akan sambung degree semester depan, good luck!
Tips untuk korang – kalau dapat UiTM not your choice, before registeration date makesure you call or go to the office (HEA) which branch you’d like to go (eg UiTM Perak), tell them that you want to further degree at the campus branch. Then, settle. Tak payahlah susah-susah nak buat surat lagi, kalau taknak awal-awal lagi better korang tukar. Ambil masa minta tukar-tukar ni and diorang takkan bagi tukar ramai-ramai sekali. Lagi satu, kes tukar-tukar ni pernah jadi isu, so akan membahayakan pihak atasan juga.
Dua.
Esok pergi JB. As I said before, laptop aku tak boleh nak masukkan RAM baru. So, aku nak cari hard disk. Dekat sini tak banyak choice. Alang-alang abang long nak hantar Achik balik SMIH, akupun menumpanglah nak cari hard disk dekat sana.
Ingat nak cari sistem refill ink untuk printer tu, tapi takkan nak minta duit lagi. Hari tu dah minta duit untuk hard disk. Entahlah, tengoklah macamana. Esok mak dan abah pun turun JB, tapi pagi. Aku pergi petang.
Harapnya aku jumpalah hard disk yang sesuai. Aku nak kemaskan laptop aku bersih-bersih. Tak ada dah sampah sarap yang mengarut. Selagi tak ada hard disk, aku malas nak buka laptop aku. Sebab tu sekarang aku jarang online. Aku malas nak buka laptop. Tambah lagi bilik aku tu panas, malaslah duduk lama-lama.
Tiga.
Lately, banyak sangat orang cakap pasal kahwin dengan aku. Haha!
Tadi Miza cerita pasal pengalaman, Puan Norzea. Sangat menarik. Mungkin Puan Norzea boleh cerita sendiri dekat blog dia. Kadang-kadang aku suka dengar pengalaman orang yang baru kahwin ni. Yelah, kita boleh belajar.
Oklah, setakat ni dulu. Mungkin esok atau lusa aku blogging lagi. Later.
Wassalam.
Posted by KAY on May 20, 2009 in
Bloggers,
Me and MySelf
Salam.
Aku pantang pada blog yang..
Automatic song - Aku tak kisah kalau lagu/nasyid yang sedap didengar, tapi aku pantang nasyid jiwang. Jadi, aku akan scroll sampai bawah untuk tengok tajuk setiap entry sahaja. My advice, give a choice to reader what song they want to hear.
Too much widget - Sorry, it can slow down my lappy. My advice is, just place the most important thing. Don’t just put it because other blog did. Be yourselves.
Striking colour - Seriously, it is not convinience. Unless, your entry is marvelous to read.
Too much words - Mine also like that. Reader love to read the simple entry and understandable.
SMS languages - Guna bahasa yang sempurna. Please. I am not sure I like the way of some blogger used such as, aku pny psl ar nk tls camne. WTH? Respect your language. Better use your own diary or log book.
Too much video place on sidebar - Hello? What are you trying to do? Replace the youtube? Why don’t you just ask reader to go to the URL given.
Too much bling-bling – I am reader, not the pari-pari.
Small writing - Why don’t you strict the entrance to the blog? Daripada orang sakit hati baca, betul tak?
Kedekut - Some blogger love to see their blog tiny. Small space for entry, small writing, small sidebar, small pictures, everything small. Then make it small than virus. No one will complain.
I know, why do I care so much about what people think. Then ask yourselves, why do you have blog? Just for yourselves? Or for reader to read your thought? If you don’t care, ignore my opinion. If you do care, do something to comfort your followers or readers. Blog means sharing. If you think it’s your blog, you will do whatever you like, then shut it down.
Some people said, ni blog aku, suka hati akulah nak cakap apa. Yes, that’s correct. But deep inside, they will think again and again. Beside, you only will loose some of reader for the rudeness inside your entry, but the looks of your blog is the first impression for the next judgement.
So blogger, good luck.
Wassalam.
Posted by KAY on May 7, 2009 in
Bloggers,
Me and MySelf
Salam.
The illness was attacked.
Mata merah, hidung merah, mulutpun murah. Sakit betul. Sakit kepala. Aku rasa selsema aku ni macam effect kat muka aku. Mata aku dah start merah-merah. Tak ada mood langsung nak belajar. Aku beli nescafe semata-mata nak pastikan malam ni aku mampu bertahan. Sebenarnya aku nak beli 100 plus sebab nak tahan sakit, tapi tak tahu mana nak dapat. Si Naz boleh suruh aku beli ubat dekat Guardian, macamanalah aku nak keluar waktu-waktu macamni. Kau ni pun, suggestion tak boleh pakai.
Tadi call mak, nak tanya pasal betul ke abah nak top up sampai RM50. Hehe. Pastu telefon termati. Mak call balik. Mak cakap aku kurang tidur kot. Pastu dia suruh aku makan vitamin, nanti dia belikan dari HPA. Huhu. Sakit betul. Tak tahan rasanya, tapi tak boleh nak buat apa-apa. Minum air banyak-banyak jelah. Doa sajalah.
Dua.
Sekarang ni jam menunjukkan 4.35 pagi. Sebenarnya baru saja usai menelaah PR. Hehe. Sudy lambat, sebab tengok cerita dulu tadi. Teruk betulkan? Hari ni je dah khatam 3 movie. Aduhai. Bila dah hujung-hujung macamni rasa malas gila nak belajar. Fokus pun dah hilang ke mana. Yang fikir masa ni, balik rumah. Cepatlah habis paper, cepatlah masa berlalu. Walaupun hakikatnya, belajar pun tak habis lagi ni. Banyak gila nak baca dan hafal. Akupun dah tak tahu nak cakap apa. Soalan every semester macam berbeza sangat, so agak susah nak buat analisis kot. Tapi tak apalah, akupun baca ikut past semester sahaja. Kalau combined semua, sebenarnya tetap baca satu buku. Best tak?
Bab-bab belajar ni, kita serahkan pada yang pakarlah. Yang rajin gila belajar. Hehe. Aku bukan kategori tu. Semalam habis paper FIN, tak belajarpun terus. Macam malas pula nak belajar, konon nak start harini. Memanglah dah startpun, dari petang tadi. Hari ni petang tak tidur, impress! Tapi sakit ni Tuhan saja yang tahu. Bertahan Kausar, sikit je lagi. Kalaulah Penawar tu boleh bagi ubat yang berkesan, best juga.
Tiga.
Hehe. Semalam sebenarnya aku berniat nak menulis dalam ni, tapi aku teruja sekejap sebab aku jumpa banyak gila blog budak UiTM. Sampaikan budak-budak wing aku pun ada. Haha! Disebabkan keterujaan aku ni, terbantutlah proses untuk update blog sendiri. Aku membaca, dan terus membaca. Senyum, sengih dan sebagainya. Tapi adalah juga aku masuk blog bukan budak UiTM. Macam-macamlah diorang ni. Aku tak kenalpun siapa punya blog tu, walaupun dia budak UiTM. Tapi aku saja nak baca.
Oh ya, ada satu blog ni aku minat gila penulisan dia sebab berkias. Haha! I like it. Setiap isi tersirat itu sebenarnya penuh makna bilamana orang seni sahaja mampu menafsirkannya. Ya ke? Agaknyalah. Kadang-kadang empunya badan saja yang faham apa yang cuba disampaikan. Tapi tak apalah, yang penting sendiri boleh belajar sesuatu juga, dan advantage untuk mereka yang boleh belajar dari penulisan yang tersirat itu. Semoga berjaya. Blog tu dimana? Entahlah, aku terlupa nak save. Bukan setakat itu je, aku lupa mana aku jumpa blog dia dan aku tak ingat langsung URLnya. Apa yang aku tahu, blogroll sahaja.
Macam-macam gaya penulisan aku jumpa semalam. Ada yang skema, ada yang speaking, ada yang meluahkan perasaan, ada yang tulis kerat-kerat tapi penuh makna. Best! Masing-masing creative dan innovative. Inilah pelajar UiTM yang dibanggakan. Hehe! Bukan tu je, dah pandai buat BLOG. Tapi, kawan-kawan aku ramai lagi tak kenal APA ITU BLOG? Ada juga yang tanya aku, ‘macamana nak buat blog?’. Well, when time past by, most everyone will have their own blog. Not for promotion, it just too fun to have ‘imaginary’ members around the world via online. Isn’t that?
Believe me, I have been through that moment ages ago, and now I moved on, get real, and live as a life one. Sometimes, you will be so addictive and cannot leave your blog even for secs. Haha! I have experienced it, now it’s your turn my friends. Don’t be so addicted with it. One day you MUST leave it for sometimes for some reason, but DON’T leave forever or too long. Once you have followers, then you’ll be expected to update your blog sometimes. Well, I know how sad to lose this ‘imaginary’ friends. I’ve lost it once, then i realized I don’t need it anymore now, since I have my own life, the real one. My life is just getting better, and I hope for the best later on.
Nak update blog tak susah, apa yang susah cari idea untuk tulis dalam blog. Setiap orang ada cara tersendiri untuk blog. Ada orang hanya tulis begini saja untuk entri hari itu..
Hujan turun,
renyai. Rindu menebal.
Tak pasti siapa, dimana?
Itu contoh. Ada orang berkias, sungguh mendalam. Nak bagi contoh tak boleh, jiwa aku bukan untuk bermadah malam ini. Cuma omong kosong dan bercerita.
For the readers, don’t expect too much on the character of the bloggers base on the writing. The writing cannot prove the real character of each person. So, beware! Don’t be so naive. Don’t get fooled by them. I am a blogger for almost 6 years now. I am not saying that I am good in interpreting, but somehow you’ll get to know so many things about BLOG from time to time.
Dulu, blogging tak meluas seperti sekarang. Something that rarely found for Malaysian to have blog. Ada, tapi kau pusing-pusing link akan pergi ke blog yang sama juga akhirnya. Tapi sekarang, teknologi semakin pesat. Orang sudah mengenali apa itu blog, dan ramai sudah mula belajar bagaimana untuk berblog, ada juga mengambil peluang berniaga melalui blog. Menarik bukan? Itulah kehebatan dunia teknologi yang canggih ini. Sekarang ni nak cari blog ’senior’ susah sangat. Haha! Entahlah, aku yang tak jumpa ataupun aku terlepas pandang. Apa yang aku pasti, blog semakin BANYAK GILA sekarang ni. Haha! Sebab tulah aku TERUJA.
For newby, WELCOME to the club!
Empat.
Dulu cara aku blog berbeza dengan sekarang, I have mention this few times now. Dulu aku kasar, keras, sarcastic, honest, tajam dan kejam. Apa yang penting, siapa saja kau, pasti tertusuk. Aku cakap direct, memang pedas. Aku tak ada cover-cover, aku akan luah segala ketidakpuasan hati. Yes, that’s me long time ago. I am not so into GIRL stuff, but I am not Pengkid, or whatever you call it. I have a female soul, sensitivity as a girl or daughter, but I also remain as a tough girl like a male. Haha. Masuk bakul angkat sendiri. I have my own EGO. I admit. I don’t like to be judged as a weak person, and also I am NOT anak manja like most of people said JUST because I am the only girl in my sibling. You can ask my mum, she knows me best. I am a lasak person. You can call me MANJA but you MUST call my siblings MANJA too cause mum treat us equally. No extra treatment given for different gender or age.
Ok, I reveal about me then. Aku UBAH sebab ramai kenal aku dalam blog. Too much. I cannot handle it. Everyone will criticize me, betul tak? They know me as a good person outside, but I am different in the blog. Isn’t that hypocrite? Well, you can put it this way, this is just part of me that some people didn’t see in real life. Mungkin orang fikir, kita ni diajar didikan yang baik-baik, kenapa nak kutuk dan mengata orang. Aku manusia, kau sempurna ke tak mengata orang dekat belakang? Orang yang tak kenal aku, akan kritiklah macam-macam.
Kadang-kadang aku susah nak terima hidup orang yang terlalu rigid. Itu tak boleh, ini tak boleh. Bagi diorang, keseronokan bukan begitu, ada tahap dan tempatnya. Aku bukanlah cerewet, aku boleh terima siapa je yang muncul dalam hidup aku. Tapi jangan anggap aku akan percaya dekat semua orang. Orang yang aku percaya adalah orang yang boleh terima aku, yang faham apa yang aku lalui. Orang yang aku percaya inilah yang akan jadi pendengar dan penyelesai masalah aku. Tapi siapa yang pernah hidup dengan aku dekat kampus ni bersama-sama dengan aku, diorang tahu aku macamana. I am not trying to be hypocrite to act differently in front of different people, but sometimes you have to protect your dignity. You don’t want people misunderstand about you. It just complicated.
Aku dah biasa kena kritik dalam blog. Dulu, blog aku ramai orang komen. Sebab aku ni jari bercabang, taip laju tak fikir benda lain, ikut suka hati aku je. Sebab tu aku buat bodoh je kalau orang nak cakap apa dekat sini. Aku dah tak hairan sangat, tak ada komen pun aku tak kisah dah. Sebab penulisan akupun tak ada apa sangat compare dengan dulu. Kalau kau rasa cara aku salah, then kau betulkan dengan cara kau. Bukan melarikan diri atau bersembunyi, tapi get the solution. This is my way to bring the solution, its nothing for you but its something for me.
Malaysia ni, TOO MUCH entertainment sebenarnya. Aku tak suka hidup suasana macamni. Aku selalu fikir, baiklah aku duduk di UK je kalau macamni. Tapi orang selalu cakap, kenapa nak lari? Bukan nak lari, tapi takut diri dilarikan je. Hehe.
I am OFF. Wassalam.
Posted by KAY on Sep 20, 2008 in
Bloggers,
Lirik,
Me and MySelf,
My Family
Salam.
Tadi aku saja meninjau blog Yana (teringat dekat dia bila tadi dia mesej suruh berehat!). Pastu teringat blog Puan Norzea. Baca-baca, usha pula blog Encik Syahrul. Rupanya dia dah sambung PhD di Ausie. Seronoknya. Gambar-gambar yang diletakkan dalam blog, mengimbas kenangan lama. Walaupun tempat berbeza, tetapi sekitarnya dan gambarannya lebih kurang sama. Rindunya UK! Encik Syahrul ni pensyarah akaun aku masa semester pertama di UiTM. Orangnya baik tapi tegas! Bila dia marah, MARAH SUNGGUH! Aku ingat lagi, dia pernah kata, test awak ni buang saja dalam tong sampah. Yang saya nak tengok final awak mesti lebih baik. Masa tu, yang lulus test hanya 8 orang saja. Manalah dia tak bengangkan?
Ramai lagi pensyarah masa part 1 yang aku ingat sehingga sekarang. Mereka inilah yang tegas di dalam kelas yang memaksa aku untuk belajar lebih tekun. Makin lama di UiTM, rasanya makin ramai pensyarah baru jadinya semakin ramai pensyarah BARU yang membosankan. Er, ada sesetengah yang lama juga BOSAN. Bukan tak suka pada pensyarah, tetapi tidak berapa gemar kaedah pengajaran yang di guna pakaikan di dalam kelas. PENING! Kita bukan hendakkan jalan mudah, tetapi kita minta petunjuk sikitpun susah. Macamana tak sesat?
Dua.
Sakit aku, alhamdulillah kurang sikit. Tapi masih gatal. Tiap malam sehingga pagi, tidur tak lena. Asyik tergaru-garu. Tak boleh nak buat apa dah. Badan macam biasalah, cepat sangat lemah dan penat. Sekejap saja dah rasa letih. Doa sajalah. Doakan ya kawan-kawan.
Tiga.
Ada satu malam ni, aku sedih sangat. Banyak benda yang aku sedihkan. Sedih lama-lamapun tak guna juga. Penyelesaian tak ada. Aku cuma harap, dari hari ke sehari, hidup aku akan bertambah baik. Tiada lagi kesedihan dan kekacauan yang sama berulang kembali. Kita tak pinta semua tu, tetapi bukankah Allah suka menguji dan mendidik hamba-Nya?
SEPI PERANTAU – Brothers
Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman – teman
Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan
Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta
Kegembiraan
kuKesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi
Masa muda dilalui
Hanya sekali
Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari
Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati
Aku tak tahu apa akan jadi esok. Minta maaf dan teruskan perjuangan. Aku boleh tegar Insyaallah. Tapi dalam keadaan aku sendiri kurang sihat, tak ada yang faham, tak ada yang memberikan semangat, apatah lagi yang sudi membenihkan mutiara hikmah, aku rasa keadaan aku agak kritikal. Orang kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bila kita sibuk, memang bermacam alasan. Tetapi, bila kita tidak sibuk, kita tertanya-tanya sesuatu yang boleh menyibukkan diri kita. Apa yang penting sekarang, teruskan berdoa agar sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah swt. Dalam bulan yang mulia ini, rebutlah sebanyak mana peluang yang ada untuk menambahkan pahala berlipat ganda. Insyaallah.
Empat.
Nak beli baju raya, tapi tadi tak jumpa. Mak kata nak pergi Batu Pahat esok. Cari di sana saja.
Adik tanya, kenapa ramai sangat orang di bazar? Mak kata, biasalah tu orang berbelanja barang-barang nak raya. Adik jawab, diorang tak pergi solat terawih ke? Aku jawab, kan dah habis. Adik jawab lagi, takkanlah kejap je habis-habis terus buka kedai ke? Usnuzhon. Gilir-gilir kot. Buat sendiri ke. Adik-adik. Dapat sepasang sandle raya. Mahal-mahal beli kasut di UK, bawa balik Malaysia tak pakai pun. Panas katanya.
Nak pakai kasit dekat Malaysia, kena biasakan diri. Bila dah terbiasa, panas bukan penghalang lagi. Macam aku. Kasut aku pakai sekarang, dah cecah 4 tahun pakai, tak pernah tukar lagi. Tak percaya? Itulah satu-satunya kasut yang mak belikan di UK. Masa tu tengah sale. Ada lagi kasut lain, tapi jaranglah pakai sebab sport shoes.
Oklah nampaknya beberapa anggota badan aku sudah minta direhatkan. Sampai sini saja tulisan untuk hari ini. Oh ya, aku berada di rumah. Berehat. Terima kasih ya Yana sebab suka sangat mengingatkan aku untuk berehat. JPK-JPK lain juga jangan lupa rehat ya.
Wassalam.