1

Jamban Hello Kitty

Posted by KAY on Jun 26, 2009 in AQS, Me and MySelf, Muhasabah

Salam.

Kalaulah aku ada jamban sendiri yang macam ini, mungkin semangat nak pergi toilet setiap masa tu ada.

Pantang betul. Jamban kongsi. Tetapi, suka berlagak macam sorang-sorang punya. Dah buang air tu, pandai-pandailah flash. Payah sangat ke? Ni tidak, biar je. Lepastu, air k—–g tu bercampur dengan air k—–g orang lain. Hancing!

Tak gemar langsung. Bila masuk toilet, tak kiralah untuk apa sekalipun, benda pertama aku akan periksa adalah jamban (dekat rumahlah, kalau dekat tempat awam takkan nak periksa semua jamban). Adik-adik aku ni, jenuhlah nak cakap.

Mungkin lelaki memang ada sifat malas untuk flash k—–g sendiri. Walaupun air yang diorang buang tu tak besar, tetapi jika dibiarkan akan menyebabkan bau yang tak diingini. Apatah lagi bila dicampur-campurkan. Lagilah busuk jadinya.

Bagi pembaca sekalian, silalah jaga kebersihan juga. Tak kira dimana kita berada, dirumah sendiri atau ditempat awam, kalau tak boleh flash sekalipun, tolonglah jirus. Jangan tinggalkan begitu sahaja. Walaupun orang tak tahu siapa punya kerja, tetapi Tuhan Maha Melihat. Islam sentiasa menitikberatkan tentang kebersihan kepada umatnya.

Menjaga kebersihan itukan sebahagian daripada iman.

Suci itu sebahagian daripada iman. (Riwayat Muslim)

Suci yang dimaksudkan adalah kebersihan diri dan persekitaran. Walaupun kebersihan dianggap perkara remeh, tetapi percayalah, sekecil-kecil amalan inilah yang akan membanyakkan ganjaran buat  kita disisi Allah.

Wallahualam. Wassalam.

 
9

Wali Allah

Posted by KAY on May 24, 2009 in AQS, Muhasabah

Salam.

Lazimnya apabila kita menyebut wali Allah, banyak antara kita membayangkan sifat manusia yang luar biasa. Kelebihan yang sukar diterima akal (tidak logik), tetapi itulah keistimewaan yang mereka terima sebagai wali Allah. Ini adalah gambaran bagi kebanyakan daripada kita terhadap wali Allah.

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang- orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (QS. Yunus : 62-63).

Ayat di atas mengandung pengertian bahwa wali Allah (waliyullah) ialah orang yang beriman dan bertakwa. (lihat Tafsir Ibnu Katsir juz 2 hal 422).

(Wali-wali Allah) ialah orang yang beriman kepada hal yang gaib, mendirikan salat, menafkahkan sebahagian rezeki yang telah Allah anugerahkan kepadanya. Mereka juga beriman kepada kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Qur’an dan yang diturunkan kepada nabi- nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, serta mereka meyakini adanya hari kiamat. Mereka (wali-wali Allah) itu adalah golongan yang mengikuti Nabi Muhammad SAW (lihat Tafsir Tanwiirul Miqbas, hal 4).

Sebahagian mereka (wali-wali Allah) terkadang tampak akan karamahnya ketika ianya diperlukan seperti karamah Maryam ketika ia mendapatkan rezeki berupa makanan di rumahnya. (lihat Firqah an Naajiyah Bab 31).

Maka Dia (Allah) menerimanya dengan penerimaan yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik, dan menyerahkan pemeliharaannya kepada Zakaria. Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (kamar khusus ibadah), dia dapati makanan disisinya. Dia berkata, “Wahai Maryam! Dari mana ini engkau perolehi?” Dia (Maryam) menjawab, “Itu dari Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan. (QS. Al-Imran : 37)

Maka wilayah (kewalian) memang ada. Tetapi ia tidak terjadi kecuali pada hamba yang mukmin, taat dan mengesakan Allah. Walaubagaimanapun, memiliki karamah tidak menjadi syarat untuk seseorang itu disebut sebagai wali Allah, kerana syarat sedemikian tidak pula disebutkan dalam Al Qur’an.

Tingkat kewalian yang terdapat dalam diri seseorang mukmin sesuai dengan tingkat keimanannya. Para wali Allah yang paling tinggi tingkat kewaliannya adalah para nabi, dan diantara para nabi yang paling tinggi tingkat kewaliannya adalah para rasul, dan diantara para rasul yang paling tinggi tingkat kewaliannya adalah rasul ulul azmi, dan diantara rasul ulul azmi yang paling tinggi tingkat kewaliannya adalah Rasulullah Muhammad SAW.

Maka barangsiapa yang mengaku mencintai Allah dan dekat dengan-Nya (mengaku sebagai wali Allah), tetapi ia tidak mengikuti sunah Rasulullah Muhammad SAW, maka sebenarnya ia bukanlah wali Allah tetapi musuh Allah dan wali syaitan.

“…..Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mewahyukan kepada wali-wali mereka untuk membantahmu, jika kamu mentaati mereka, sesungguhnya kamu menjadi orang-orang musyrikin”. (QS. Al An’aam : 121)

Terdapat 2 peringkat/golongan wali, iaitu:

1. Assaabiquun Almuqarrabuun (barisan paling hadapan dari orang-orang yang dekat dengan Allah)
Mereka ini melakukan hal-hal yang Sunnah (sepertinya wajib bagi mereka), dan melaksanakan perkara-perkara wajib serta menjauhi hal-hal yang haram, makruh atau syubhah.

2. Ashaabulyamiin (golongan kanan)
Mereka hanya cukup dengan melaksanakan hal-hal yang wajib sahaja serta menjauhi hal-hal yang diharamkan, tanpa melakukan hal-hal yang sunnah atau menjauhi hal-hal yang makruh.

“Jika dia (orang yang mati) itu termasuk yang didekatkan (kepada Allah), maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga (yang penuh) kenikmatan. Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, maka keselamatan bagimu dari golongan kanan (disambut Malaikat)”. (QS. Al Waaqi’ah : 88-91)

Imam Syafi’i berkata:
“Bila kamu melihat seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka ukurlah amalannya dengan Sunnah”.

Ini bermaksud bahawa sekiranya tingkah-laku orang tersebut sesuai dengan dengan Al Qur’an dan As Sunah, maka dia adalah seorang wali Allah, tetapi jika sifatnya bertentangan atau tidak menepati, maka dia adalah seorang wali syaitan.

Antara ciri-ciri seorang wali telah dinyatakan didalam al-Quran dengan firman Allah bermaksud,

“Ketahuilah! Sesungguhnya para Wali Allah itu, mereka tiada takut dan tiada berdukacita. Iaitu mereka yang beriman dan juga bertaqwa kepada Allah. Mereka diberikan kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat.” (QS. Yunus : 62-64)

Antara SALAH FAHAM yang sering berlaku dalam masyarakat kita adalah,

1. Menganggap bahawa seorang wali itu maksum.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Setiap anak Adam adalah pasti bersalah , dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang ingin bertaubat”. (HR. AtTirmidzy no. 2499).

2. Menganggap bahawa seorang wali itu mempunyai karamah (kekuatan luar biasa).

Abu ‘Ali Al-Jurjaany berpesan:

“Jadilah engkau penuntut istiqamah bukan penuntut karamah, sesungguhnya dirimu lebih condong untuk mencari karamah , padahal Tuhanmu menuntut darimu istiqamah”.

3. Menganggap bahawa seorang wali mengetahui perkara-perkara ghaib.

Firman Allah yang bermaksud,

“Di sisiNya (Allah) segala kunci-kunci yang ghaib , tiada yang dapat mengetahuinya kecuali Dia (Allah)” (QS. Al-An’aam :59).

“Katakanlah, tiada seorang pun di langit maupun di bumi yang dapat mengetahui hal yang ghaib kecuali Allah” (QS. An Naml : 65).

Tulisan ini sekadar ringkasan. Aku teringat nak tulis pasal ni sebab hari tu ada sedikit pandangan yang berbeza dari seorang kawan. Jadi, kami berdua bersetuju untuk buat research sedikit dan fahamkan makna wali sebenar. Sangat banyak mengenai wali sebagai seorang yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Seolah-seolah itu adalah sifat yang HARUS ada dalam diri seorang wali.

Dan sekarang aku sudah faham. Karamah itu atas kehendak Allah pada siapa yang Dia ingin berikan, tetapi tidak bermakna jika dia ada kelebihan itu dia adalah wali Allah sedangkan amalannya tidak cukup sempurna dengan ciri-ciri seorang wali iaitu beriman dan bertaqwa. Biasanya, seorang wali tidak akan mengaku mereka wali kerana seorang wali itu adalah tinggi tahap iman dan taqwanya. Sedangkan, iman dan taqwa adalah sukar untuk diukur, melainkan Allah yang mengetahui tahap sebenar.

Sebarang kesilapan harap dapat diperbetulkan. Mana yang baik dari Allah, mana yang kurang baik atas kelemahan diri sendiri.

Source:
http://www.dudung.net/artikel-islami/wali-allah-siapakah-mereka-.html
http://www.alhujjah.com/index.php/aqidah/7-alhujjah07-ix
http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk/25842-senarai-ajaran-sesat-di-malaysia.html

Wallahualam.
Wassalam.

 
2

Gula-gula mana?

Posted by KAY on May 22, 2009 in AQS, Muhasabah

Salam.

Once upon a time..

I was studying for my final exam, my roomate look herself in the mirror. Actually, she just finished her dinner. She told me that her tummy goes bigger. I told her she looks fine, not that fat and not that thin. She don’t have to worry very much. She is tall, so I guess the height can cover the width (Hoho!), guessing.

Then she told me that there was one time her boyfriend saw a picture of her with some friends and said, “eh perut awak buncitlah dalam gambar ni, nampak pula tu”. I just laughing. I cannot hide my feeling. Well, maybe the picture was taken right after her lunch or dinner. So, I just told her maybe she needs to wear the loose blouse next time, so your tummy will not shows up when you take a picture. Hehe!

I am not joking. Sometimes people think that she looks beautiful with the tight shirt, tight jeans and the short scarf. I don’t care about your fashion, about your appearance, and why should I care? BUT please, don’t complaint too much. You show off your body, and then you complaint? Is it fair?

Sarcastic..

Kau pakai baju ketat, lelaki usha, kau marah.

Kau pakai seluar ketat, nampak punggung, lelaki tengok, kau bengang.

Kau pakai skirt pendek, lelaki pandang bawah, kau tengking. Kau pakai tudung selempang, nampak bukit, lelaku pandanag, kau naik angin.

Cuba cerita dekat aku, kenapa kau pakai begini kalau bukan untuk tunjukkan pada semua orang? Kau ingat lelaki yang berdiam tak usik kau tu tak ada nafsu? Kau silap, mereka simpan dendam nafsu untuk dipuaskan pada ‘benda’ lain. Kau suka tengok lelaki begitu?

Kalau kau bersopan pun, kau tetap cantik, sebab kau adalah perempuan, perhiasan duniawi.

Kalau kau menutup aurat pun, kau tetap anggun, kerana kau adalah hawa, rebutan adam.

Kalau kau menjaga aurat pun, kau tetap indah, kerana kau adalah wanita, sifat dalaman kau yang menyerlah.

Kalau kau melabuhkan pakaian pun, kau tetap gadis yang menawan, kerana malu kau adalah inspirasi setiap jejaka memilih isteri.

Moga kita sama-sama fikir dan renungkan, apakah keuntungan kita perolehi dengan bertayang-tayangkan kecantikan yang Allah berikan kepada SEMUA lelaki tanpa sedikitpun tertinggal keaslian kecantikan tersebut?

Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. (an-Nur: 31)

Gula-gula yang elok berbungkus akan lebih mendapat perhatian berbanding gula-gula yang sudah terbuka pembungkusannya. Sebagai manusia yang waras, gula-gula yang masih elok berbungkus adalah lebih berkualiti dalam dan luarannya berbanding gula-gula yang sudah terbuka bungkusannya kerana kualitinya sudah pudar dan tidak yakin dengan keasliannya lagi.

Wahai gadis-gadis yang kurang menjaga aurat, benarkah hatimu lebih tulus dari mereka yang menutup aurat? Jika benar, buktikan kepada Tuhanmu dimana ketulusan kamu.

Wallahualam.

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.