About
Ditengah-tengah gurun yang gersang, aku terjumpa sebuah jambatan usang. Aku tidak mengerti tujuan ia dicipta, sedang tiada perairan bakal ditempuhi. Hati yang bongkak, berkata titian ini penuh pendustaan. Lalu, aku menuruni gurun tanpa rasa gentar. Lantas, pepasir yang lapar cuba menelan kaki ini. Dan aku sedar, jambatan itu tidak dicipta hanya bersuka-suka, tetapi bersebab. Manusia juga dicipta bersebab - renungilah.
Aku adalah Aku.
Nama panjang Kausar bt Jiwa.
Nama pendek Kausar.
Nama glamour Kay.
Nama timangan A….. (hanya yang layak dibenarkan).
Berumah tangga di Batu Pahat, Johor.
Sedang bekerja.
Di UiTM Segamat.
Sudah lebih setahun.
Sebagai pelajar sepenuh masa.
Di lahirkan pada malam 30 Ramadhan, dan pagi 1 Syawal.
Berumur tahun 87.
Gemar warna tumbuh-tumbuhan.
Gemar pada aksara, laptop/pc.
Gemar berconteng, menconteng, diconteng.
Gemar mengketik-ketik.
Gemar bersosial (sila positifkan minda anda).
Pemalu.
Biasa. (dan Luar Biasa)
Positive thinker.
Pendiam.
Senyum.
Lasak. (dan lemah lembut)
Banyak kekurangan.
Beliau boleh dihubungi melalui talian Yahoo Messenger dengan harga yang murah sahaja perminit. Sebarang masalah yang ingin dikongsi bersama, bolehlah mengutarakannya kepada kausar87 bila-bila masa sahaja selagi dia masih hidup. Semoga perkenalan yang ditentukan Tuhan itu tidak akan berakhir sehingga jinjing pelamin kerana beliau masih kementah-mentahan. Harap maklum.
Aku & Personality Plus.
Aku: Peaceful phlegmatic
Desire: avoid conflicts, keep peace.
Emotional needs: sense of respect, feeling of worth, understanding, emotional support.
Key strength: balance, even disposition, dry sense of humor, pleasing personality
Key weaknesses: lack of decisiveness, enthusiasm, & energy; hidden will of iron
Get depressed when: life is full of conflict, they have to face a personal confrontation, no one wants to help, buck stops with ‘em
Are afraid of: having to deal with major personal problems, making major changes, being left holding the bag
Like people who: will make decisions for them, will recognize their strengths, will not ignore them, will give them respect.
Dislike people who: are too pushy, too loud, and expect too much of ‘em
Are valuable in work for: mediate between contentious ppl,
Could improve if they: willing to do more, and move faster than expected, could face their own problems as well as they handle those of others.
As leaders they: keep calm, cool and collected, not make impulsive decisions, are well-liked, don’t often come up with new brilliant ideas.
Tend to marry: Powerful Choleric who are strong and decisive, but whom they soon tire of being pushed around and looked up down.
Reaction to stress: hide from it, watch TV, eat, tune out life.
Recognized by their: calm approach, relaxed posture (sitting or leaning when possible)
(if u are powerful choleric, do tell me) - hehe! kiddinglah!
InsyaAllah, aku masih lagi bermusafir mencari sesuatu walaupun ada yang menyangka aku sudah jumpa apa yang aku cari. Sebenarnya, hidup aku masih lagi dalam pencarian. Ya Allah, izinkan aku terus mencari dan jangan sesekali kaburkan hatiku lagi. Jangan lagi Kau tarik nikmat hati yang tidak tahu menilai baik dan buruk, sedang akal mengerti punca dan hasilnya. Aku akan terus cuba mencari.

