Sekolah kami
Salam.
Selamat tahun baru, selepas 3 hari meninggalkan 2009. Rupanya, sudah tahun 2010. Angka yang cukup unik, selepas keunikan 1999 berganti kepada 2000, dan kali ini genaplah 10 tahun selepas keunikan yang sebelum itu.
Pada tahun 2000 adalah permulaan hidup baru ke dunia berasrama, sama seperti adik pada hari ini. 3 tahun aku menuntut di STA, aku berhijrah ke UK – 4 tahun menetap disana, cukup 7 tahun dari tingkatan 1. 3 tahun aku menghabiskan masa di kampus, berapa tempoh belajar aku jika termasuk 6 tahun di alam rendah, juga 2 tahun sebelum persekolahan? Keseluruhannya adalah 18 tahun aku menuntut ilmu disekolah.
Cuba kita fikir, betapa malang dan ruginya anak-anak muda zaman ini menuntut di sekolah bertahun-tahun tetapi perangai seperti tidak pernah ke sekolah. Alangkah sedihnya remaja kita, menghabiskan duit mak dan abah untuk menuntut ilmu di sekolah, akhirnya memilih jalan untuk merosakkan diri. Bukankah lebih baik merosakkan diri dari awal lagi tanpa menyusahkan mak dan abah sendiri?
Apa yang paling dahsyat, betapa TERUKnya sistem sekolah yang tidak dapat membentuk anak-anak yang telah membayar yuran sekolah untuk menjadi golongan yang baik-baik, berakhlak mulia, dan taat pada ibu dan bapa. Betapa ruginya, ruginya sekolah kita kerana tidak memanfaatkan peluang untuk mendidik itu bagi membentuk anak-anak yang lebih bermoral. Dimana kurangnya?
Ya, pendidikan aqidah yang tidak dititik beratkan oleh sekolah. Jadi, wahai guru-guru sekalian, mainkan peranan anda sebagai ‘khalifah’ kepada anak-anak itu. Bukan penghukum, bukan pencantas, bukan perosak, tetapi pembimbing mereka.
Berapa ramai guru diluar sana mengajar kerana gaji?
Berapa ramai guru diluar sana yang dibenci pelajar?
Berapa ramai guru diluar sana yang tidak layak dijadikan role model?
Berapa ramai guru yang begitu dan begini, terlalu banyak!
Mungkin guru-guru bukan sahaja perlu diberikan kursus berkenaan subjek semata-mata, lebih kepada memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Kita mengajar, biar seiring untuk belajar memperbaiki diri juga. Guru, tidak semestinya tidak boleh di pelajarkan.
Wallahualam.


