Rindu Adik-Adik

Posted by KAY on Jan 2, 2010 in Me and MySelf, My Family |

Salam.

Lamanya tidak menaip. Barangkali ide sudah kering. Kering seperti tuannya yang buntu dan kering juga. Hari-hari aku begini, tidak ada yang begitu. Tidak juga ada masa untuk ber-itu dan ber-ini.

Hari-hari nonton TV. TV hari-hari di nontoin aku. Begitulah seterusnya.

Achik sudah pulang ke SMIH Selasa yang lepas.

Adik pula akan mula kisah hidup barunya di SMIH mulai esok.

Uda akan pulang ke MICET hari Ahad depan.

Tinggalnya aku, abang long, mak dan abah di rumah. Sunyi. Sepi.

Mungkin mak akan menemani aku menjaga pokok anggur yang tidak pernah wujud untuk tempoh masa tertentu, sehingga pokok anggur itu wujud. Selagi tidak wujud, selagi itu aku akan berangan kosong, hidup tanpa pendapatan, hidup tanpa apa-apa. Kosong.

Esok UiTM dah boleh masuk. Ramai kawan-kawan akan berdaftar ke UiTM masing-masing. Ada yang ke Shah Alam, ada yang ke Melaka, ada yang kekal di Segamat, ada yang ke Arau, oh buat masa ini 4 lokasi ini saja yang aku tahu. Lain-lain mngkin ada, cuma aku tak tahu siapa. Kalau aku berdaftar, barangkali aku akan ke Shah Alam, ataupun Dungun sebab 2 tempat ni saja yang ada subjek pilihan aku, Operation Management. Tetapi, itu hanya JIKA. Cuma ia belum berlaku, atau TIDAK AKAN berlaku, atau SUATU MASA nanti. Bak kata sahabatku “Siapa yang nak bagi sponsor belajar, ada orang memerlukannya..”

Hanyasaja aku ini anak orang kaya seperti F4 dari Boys Over Flower, mungkin aku sedang bersenang lenang tanpa memikirkan hutang-hutang yang bakal ditanggung. Bak kata Uda “Sekarang terlalu banyak kes dendam, sebab hutang.”

Mungkin kalau aku dapat kerja di Great Eastern Life Assurance, aku ingin bertanya sama ada aku boleh meminta scholarship dari mereka atau tidak. Mana tahu, kelebihan diberi kepada pekerjanya? Oh, kalau dia kata sponsor untuk belajar di luar negara, tanpa segan silu aku akan memberi pilihan negara UK sebagai arah tujunya. Angan-angan ini aku baru saja pasang hari ini, ya hari ini selepas ‘berita baik’ yang sementara di JobsStreet terpapar.

Ada lagi satu berita baik tapi tak tahu sama ada cukup baik. Aku tersenyum lagi sekali bila jawatan HR Executive juga telah memberi peluang, tetapi di JB. Oh, belum cukup baik. Bagaiamana ya? Kita tunggu. Itu cuma angan-angan peringat 1, belum masuk peringkat 2.

Mak kata, kalau ada duit semuapun menjadi. Sekarang ni, dalam bank aku hanya ada RM60++ cukup untuk apa ya? Duit dalam tu tak bersentuh daripada awal cuti. Sebab TAK PERNAH keluar tanpa sebab, hanya untuk program-program tertentu. Makanya, yuran dibayar oleh abah. Hebatkan abah? Kalau nak pergi program, cakaplah berapa bayarannya pun, abah dan mak takkan bising. Kalau SHOPPING, pantang! Sebab tu nak shopping, atau beli barang luxury, aku telah menutup nafsu aku sehabis mungkin supaya tidak mudah tergoda.

Tak percaya? Kawan-kawan aku yang hidup dengan aku selama 3 tahun di kampus, lebih faham. Mungkin roomate aku juga, TELAH faham.

Oh, aku ingin pusing BP esok, nak cari kerja. Doakan.

Wassalam.

Tags: , , , ,

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.