Lagi-lagi Adik

Posted by KAY on Jan 7, 2010 in My Family |

Salam.

Bila sunyi dirumah, terasa rindu pada si dia. Dia yang selalunya di tatap berhari-hari. Nakal macamanapun seseorang tu, bila hilangnya dia dari pandangan mata kita, rindu tetap terasa. Rindu untuk membelai rambutnya. Rindu untuk mengusiknya. Rindu untuk menatap wajah dia walaupun dia tak suka. Haha! Comel.

Kalau duduk di kampus, tak terasa sangat. Tetapi, bila berada di rumah, seolah-olah dia juga berada dirumah. Di hadapan komputer. Di depan tv. Sedang bermain Nintendo DS. Main rubiks cube. Tetapi sejak belakangan ini, Nintendo DS tidak bersentuh, masih berada di tempat yang sama seperti kali terakhir dia bermain. Rubiks cube juga masih berterabur warnanya, sebab si dia saja yang pandai dan rajin menyusunnya semula.

Rindu nak picit pipi dia, picit kuat-kuat sampai dia marah. Haha! Lepastu menyempit duduk satu kerusi dengan dia walaupun dia rimas. Rindu melayan kerenahnya yang banyak bertanya dan bersoal jawab, macam seorang PEGUAM! Ada saja benda yang NAK tahu, padahal bukan penting pun. Itulah Adik, si Adik yang comel dan manja. Kisahnya, lagatnya, senyumnya, boleh buat satu keluarga tersenyum.

Pemergiannya ke asrama, merupakan satu episod baru untuk dirinya. Mungkin aku risau sedikit, memandangkan dia ni rajin dibuli semasa disekolah. Sangat risau. Badannya yang kecil, sangat mudah menjadi bahan gurauan sahabat-sahabat yang lebih besar saiznya. Risau, malam-malam dia ketakutan sebab gelap (ya! dia takut gelap). Kami selalu berharap Achik dapat tengok-tengokkan Adik, dia sajalah satu-satunya Adik yang dimanjakan oleh keluarga. Mungkin, paling diberi perhatian oleh semua orang.

Adik, belajar rajin-rajin ok? Walaupun Adik selalu kata tak sayang akak, tapi akak tahu Adik tetap sayang akak sebab kalau tak ada akak, Adik nak buli siapa lagikan? Haha! Adik jadi peguam syariah ya besar nanti? Tak adalah semua orang jadi engineer dalam keluarga ni. Achik pula, jadi ustaz doktor ya? Boleh rawat mak dan abah bila sakit nanti.

P1080090

Kenangan: Cordoba, Spain. Adik dan Achik semasa muda. Nak letak gambar latest, tapi lambat pula internet ni.

Wassalam.

Tags:

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.