Lirik – Rintihanku

Posted by KAY on Dec 9, 2009 in Lirik, Muhasabah, Nasyid |

RINTIHANKU (AsSaufee)

Jauh Perjalanan Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
KuKan Dijemput Ke Sana
Bimbang LangkahKu Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengingati Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua Jadi Kenangan

Keranamu KanKu Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar KuTebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernahku Terasa Hebatnya CintaMu
Sesungguhnya Engkau Mengerti
Apa Tersirat Didalam Diri
Kupohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Diri Ini
MenyintaiMu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan KasihMu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

[Mode: Sedih sangat dengar nasyid ni ulang-ulang. ]

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.