ESF – Follow Up KBM
Salam.
Sunyi sangat rumah ni, sunyi sangat-sangat. Macam duduk dekat kampus masa cuti. Kadang-kadang, bila kita dah biasa dengan huru-hara dan bising-bising dalam rumah, kita akan rasa mudah sayu rindukan suasana tersebut. Ambil masa untuk menyesuaikan diri semula. Tapi, lama-kelamaan sunyi tu dah boleh diatasi bila kita dah lalui suasana yang sunyi hari demi hari. Apa yang penting, dekat kampus kalau sunyi boleh pergi rumah member, borak. Tapi dekat rumah ni, nak pergi mana ya?
Pening sangat.
Petang tadi baru habis program ESF, program remaja dengan adik-adik yang masih berjinak untuk berubah menjadi lebih baik di Masjid Jamek Pekan Yong Peng. Entah kenapa, beberapa kali juga perut bermasalah sepanjang program selama lebih kurang 28 jam disana. Tapi alhamdulillah, semua tu sakit yang sementara, supaya aku sentiasa mengingat Tuhan Yang Maha Kuasa, memberi sakit dan menyembuhkannya.
Program bermula dengan aktiviti ice-breaking yang diketuai oleh KAKAK Kausar, hehe! Oklah, ingat akan ambil masa yang sekejap, rupanya it takes time untuk main game si buta, si bisu dan si normal. Alhamdulillah, adik-adik ni sendiri dah boleh rationalize apa yang terkandung di sebalik aktiviti yang ringkas tu. Sebenarnya aku tak tahan tengok, asyik nak tergelak je tengok macamana si bisu berusaha menyampaikan maklumat daripada kertas kepada si normal. Manakala si normal pula dengan mudah menyampaikan pada si buta. Namun, kepayahan buat si buta untuk menulis maklumat yang cuba disampaikan. Tahniah dan tahniah.
Seterusnya pengisian diberi oleh Pak Cu bertajuk kenali pencipta. Aku tak ada dalam bilik perbincangan semasa aktiviti ni, tetapi Insyaallah pengisiannya lebih kepada teori bahawa untuk mengenali pencipta ni terlalu banyak, cuma kita sahaja yang tak pernah nak menghayati dan melihat ciptaan-ciptaan tersebut.
Tengahari selepas solat Zohor, slot Kau Idolaku di bawa oleh KAKAK Kausar lagi sekali. Disebabkan aku tak tahu tahap diorang mengenai Rasulullah SAW, aku buat kuiz soalan yang senang-senang dan mudah-mudah je. Susah juga ya, buat soalan senang – bosan. Buat soalan susah – kerut dahi. Sudah? Haha! Memang senang gila. Tapi lepas tu, aku minta diorang bincangkan sifat-sifat Rasulullah SAW dan kaitkan dengan contoh-contohnya sekali. Alhamdulillah, banyak diorang dapat dan ingat. Last sekali, Mak Cu ambil alih. Mak Cu minta adik-adik ni bincangkan kenapa sekarang ni terlalu ramai remaja memuja artis, tukang masak, pelakon, yang mereka rasakan itulah idola yang harus diikuti, walaupun seksi, moral down, bermasalah, sosial, tetapi remaja kita masih menjadikan mereka sebagai idola, itulah realitinya.
Selepas solat Asar, slot Kitab Ajaib. Lebih kepada explorace bawah masjid, hehe! Walaupun simple, tetapi memang berkesan dan terkesan especially adik-adik ni. Aktiviti ni ada 5 check point. Chek point Kitab Ajaib, Orbit, Laut, Gunung dan Hujan. Kami cuba relatekan orbit, laut, gunung dan hujan sebagai tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Kuasa. Kemudian, mereka terpaksa pula cari ayat-ayat yang berkaitan didalam al-Quran supaya mereka sedar fenomena dan kejadian saintifik ini sebenarnya telahpun dinyatakan didalam Kitab Ajaib kita iaitu al-Quran 1400 tahun yang lalu. Subhanallah, mereka tak pernah tahupun ada dalam al-Quran.
Sebagai contoh, aku menjaga chek point Laut. Mereka terpaksa pecahkan telur ayam dan masukkan telur tersebut ke dalam sebuah bekas. Kelihatan telur kuning dan putih elok sahaja bentuknya. Kemudian aku suruh diorang gaulkan, campurkan kedua-duanya. Sebatilah. Kemudian aku suruh pula mereka pisahkan semula. Semua garu kepala. Haha! Kelakar. Macam-macam cubaan yang diorang buat, Subhanallah satu usaha yang baik sebagai menyahut cabaran. Then, tanyalah diorang apa yang diorang boleh kaitkan dengan kejadian laut. Ada yang dapat tu Alhamdulillah. Tetapi, ada juga yang tidak tahu walaupun diberi klu demi klu supaya boleh tahu. Hehe! Mungkin pengetahuan mereka tidak sampai ke tahap untuk tahu hal-hal begitu. Pokoknya, ianya bergaitan bagaimana air laut dan air sungai boleh bertemu tetapi tidak pula bercampur keduanya. Diantara keduanya ada pemisah, pemisah tersebut hanya dengan kuasa Allah dan Dia Maha Kuasa dan Tahu apa yang diciptakan. Kita hanyalah insan lemah, sedangkan telur kuning dan putih itu boleh bercampur-campur, bagaimana air laut dan air sungai itu tidak pula bercampur macam telur tadi?
Orbit, Hujan dan Gunung ada permainan diorang yang tersendiri. Aktiviti begini memang seronok kerana banyak benda dari pelbagai aspek yang boleh dipelajari dari permainan-permainan seperti ini. Insyaallah.
Malam selepas Isyak, aktiviti muhasabah diri dilakukan yang dikendalikan oleh Mak Cu. Malam tu aku tak menangis, sebab aku tak menghayati. Kalau aku duduk bertafakur macam orang lain, dengan alunan suara Mak Cu dan zikrullah yang terlalu sedih, mungkin aku boleh menangis mengenangkan dosa-dosa yang dah pernah aku buat. Apatah lagi, adik-adik ni terpaksa menghitamkan hati mereka menggunakan arang sebanyak mana dosa-dosa yang telah mereka lakukan sepanjang hidup. Kalaulah kita buka sejarah lama, rasanya terlalu hitam hati ini. Hitam yang amat, adakah hati ini boleh dibersihkan semula? Insyaallah, bertaubatlah kepada Allah.
Tapi, ada seketika ni aku terfikir. Terfikir sesuatu. Pada saat ini, aku boleh bercakap, aku boleh merasa penat, lapar, mengantuk, boleh pula aku merasa sunyi, tetapi aku tidak tahu apakah yang dilalui orang lain, aku cuma tahu apa yang aku lalui, apa yang aku rasa, apa yang aku sedang buat, hanya aku yang tahu, aku seorang tanpa ada mana-mana manusia lain yang tahu apa yang aku buat. Dan suatu hari nanti, selepas aku mati, apa yang akan berlaku? Apa yang akan aku rasa pula? Apa yang akan aku fikir ketika itu? Bagaimana keadaan aku masa tu? Aku pasti, aku bersendirian tanpa sesiapa. Aku pasti, aku seorang diri. Tetapi, apa yang akan terjadi? Bagaimana keadaannya selepas kita mati, penyiksaan sepanjang kematian sehingga kiamat. Bagaimana penyeksaan itu, banyaknya dosa kita, sudah pasti penyiksaan juga berat - jawapannya (nauzubillah). Takut rasanya bila difikirkan, tetapi seharusnya kita bersedia mulai detik ini. Kita tak tahu, perbuatan baik kita selama ini telah dinodai oleh riaknya hati. Siapa tahu? Sebab itu, sentiasa memperbaiki niat.
Itu je. Hari ini, cuma aktiviti didalam bilik. Slot terakhir dibawa oleh Mak Uda, aku duduk situ sekejap je. Sebab aku sakit perut. Then fikir nak drive balik, so aku tidurlah sekejap merehatkan diri. Malam tadi tidur tak lena, sangat tak lena. Aku ni memang susah sikit nak lena dekat tempat baru especially hari pertama. Semuanya habis selepas solat Zohor berjemaah dengan jemaah lain dimasjid. Alhamdulillah, selesai sudah. Sedih rasanya terpaksa berpisah dengan adik-adik yang nakal-nakal itu. Hehe!
Dari BP ke Yong Peng semalam, drive kereta sendirian. Sambil dengar IKIM, sambil bawa kereta melalui jalan sunyi. Haha! Tak banyak kereta masa tu. Aku bawa slow pon boleh sampai dalam 30 minit je. Semuanya selamat dan smooth, atas kehendak Allah. Dan hari ini aku pulang dengan memenuhkan setiap ruang kerusi dalam kereta tu. Hehe! Mula-mula hantar adik-adik dekat Ayer Hitam, kemudian drive jauh sikit ke Sri Gading pula. Last sekali hantar sahabat aku di Parit Raja. Nak balik rumah tak boleh, abang long pegang kunci. Dia ada meeting dekat bandar BP pula. Alahai, terpaksa tunggu. 4.30 petang barulah dia sampai dekat ofis. Ambil kunci, then balik rumah. Asalnya aku nak suruh sahabat aku drive balik, tetapi bila terdengar dia kata dia penat dan mengantuk, tak apalah. Kenapa nak menyusahkan orang lain ya? Alhamdulillah, segalanya selesai dengan setiap seorang adik-adik dihadiahi sebuah Maathurat. Moga dimanfaatkan.
Selepas ini, Mukhayyam di Mersing pula. Wah, ini Mukhayyam kedua selepas di JB (Super Camp) beberapa minggu yang lalu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah aku pergi.
Wassalam.


