No More Space

Posted by KAY on Nov 11, 2009 in Me and MySelf, My Family |

Salam.

Ya, I miss you guys too! Badly!

Dua.

Alhamdulillah, bilik aku dah OK berbanding dulu. Sikitlah. Tak adalah masuk bilik tu macam store je. Sekarang masuk bilik tu macam bilik tidur yang dimiliki oleh seorang anak perempuan. Hehe! Jenuh juga nak mengemas. Hari tu balik dari UiTM, berkotak-kotak. So, unpack semua barang-barang tu. Tak adalah banyak sangat. Tapi bila dah gabung dengan barang-barang yang sedia ada, nampaklah banyak gila.

Kad jemputan masih dalam proses. Abah masih mencari nama-nama yang sepatutnya dijemput. Rumah masih begini, tak ada improvement lagi. Insyaallah, lepas settle bilik aku, aku akan kemas-kemaskan sikit barang dekat ruang tamu ni. Sumbat jelah mana-manapun. Tak adalah semak sangat dekat luar ni.

Uda dah balik. Barang dia bawa tak adalah banyak sangat. Baru aku teringat, dia duduk rumah sewa start semester ni, so barang-barang boleh tinggalkan je dekat rumah sewa. Dia bawa balik PC. Rumah ni memang dah tak ada tempat nak letak PC. Dia mencari-cari ruang yang ada. Hehe! Ada pula nak marah aku kata tempat laptop aku tu sepatutnya tempat PC dia. Banyak cantik nak pasang PC dekat bilik aku. Mengganggu privacy.

Disebabkan rumah ni akan diadakan majlis kahwin bulan depan, PC tak bolehlah nak letak rata-rata dekat ruang tamu macam biasa. So, Uda bawa PC dia naik loteng. Dia tanya tak ada meja Jepun ke. Aku suruh dia pergi beli sendiri kat borong sakan. Loteng ada apa je. Meja ada, meja kayu. Tapi leceh, kena bawa kerusi pula. Lagi satu meja budak-budak, lagi kelakar. Kesimpulannya pakai meja Jepun je, dudukpun atas lantai. Settle.

Tiga.

Alangkah indah dan mudahnya jika aku mengerti kehendak hati sendiri tanpa memikirkan hati orang lain. Sukar, kerana tidak nampak kepentingan diri kepada orang lain. Begitulah seadanya..

Tags: , , ,

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.