K.A.U siapa?
Salam.
Tinta ini ditulis pada 12 November 2009, 12.19 am. Modem streamyx buat hal, jadi internet terganggu sebentar. Akan bertolak ke KL sekejap lagi (sekejap tu tak tahulah berapa jam lagi) ke rumah abang ngah. Tapi gaya semua masih tenang macam tak nak bergerak pun lagi.
00.19 am
12/11/09
(And u hope, someone beside to care about u.. hope and hope, until when?)
Setiap hari aku masuk bilik, terduduk atas katil. Aku selalu fikir, apa agaknya perasaan ada kakak atau adik perempuan. Seronok? Bahagia? Tak kering gusi bercerita? Atau tak ada sedikitpun beban menyimpan kisah-kisah peribadi. Ya, anak perempuan sorang macam aku barangkali sering terfikirkan perihal itu.

(The picture remind me, my life as a foreighner at UK)
Bilik berkongsi, pakaianpun masih boleh dikongsi, banyak sangat benda yang boleh dibuat bersama. Macam aku, semuapun sendiri. Tak banyak benda boleh dikongsi dan diceritakan. Sunyi. Sepi. Tak terluah apa yang nak diluah. Banyak sangat benda yang takkan dapat dilakukan. Apatah lagi sekarang dah tak berteman, duduk rumah. Kalau dulu, selalu juga bercerita dan bergosip. Haha! Bukan elok, cuma bila kita bercerita, beban terasa kurang. Tak banyak fikir bukan-bukan, dan tak banyak berfikir kot.
Aku tidaklah mengeluh, cuma perasaan ingin tahu tu ada. Tak semua orang faham apa aku rasa, dan orang-orang yang faham mungkin takkan memahami sepenuhnya apa yang aku rasa. Hanya aku sahaja yang tahu apa perasaan ini dan Tuhan saja yang mengerti perasaan apakah ini. Sebab kadang-kadang, aku sendiripun tak faham apakah semua ini? Kenapa begini? Kenapa tidak begini? Kenapa jalan ceritanya macam sebuah novel? Realitikah ini? Hehe! Mestilah real, kalau tak real takkanlah aku sedang mengigau sekarang ni.
Jadi, hidup sunyi dan sendiri rasanya sudah sebati. Masa dulu (sekolah menengah), kuat sangat bersendiri. Buat hal sendiri, duduk sendiri, belajar sendiri (ceh, macamlah aku belajar dulu-dulu), pendek kata semua benda aku buat sendiri. Sebab apa? Most of the time I spent with myself inside the locked room. Aku keluar untuk makan, that’s all. Masa kecil sekolah rendah, aku sangat agressive. Ya, sebab taman perumahan aku duduk sangat ramai budak-budak. Yang paling best, kawasan cukup luas. Haha! Dulu duduk dalam UTHM bolehlah. Abah jadi fellow. Meningkat remaja, kita berubah.
Entahlah. Bila duduk dirumah, aku rasa tak ada life. Tak ada tempat nak borak, nak bergurau, nak bercerita or bergosip, nak berkongsi dan sebagainya. Mak dan abah ada, sentiasa ada, tapi cerita yang akan keluar takkan sama dengan cerita dengan kawan-kawan. Dengan adik-beradik? Siapa nak dengar? Abang aku? Adik aku? Tak payahlah berangan. Tak ada siapa nak dengar aku bebel, lelaki mana suka dengar perempuan bercerita. Lelaki yang syok dekat perempuan tu je dia sanggup dengar cerita perempuan dari awal sampai habis. Perempuan ni sekali dia buka mulut, memanglah panjang lebar semua benda dia nak cerita, sebab tu aku percaya kaum lelaki ni malas nak dengar kisah mengarut orang perempuan tu kalau dia tak ada apa-apa hal dengan perempuan tu. Melainkan dia rasa terpaksa, dengar jelah. Sekali tu jerlah dia dengar. Lepastu, cabut bila nampak perempuan tu lagi.
Well, aku bersyukurlah apa-apapun. Banyak kelebihan dan kekurangannya sebab Tuhan menjadikan kita sesuai dengan kemampuan dan kebolehan kita. Dan Dia mahu kita belajar dan sentiasa menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan. Ya, begitulah hebatnya kuasa Tuhan mengenal kita lebih dari kita kenal diri kita. Andai kau tidak kenal Tuhan, maka kau jangan harap untuk kenal siapa diri kau sebenarnya.
Wassalam.



welll.. if it helps.. i can hear u nag.. provided dat u’d be online.. ;D
saja nak kongsi, Alhamdulilah kita dilahirkan dlm keluarga yang besar..org ada abg, kita ada abg.. org ada kakak, kita ada kakak.. n org ada adik lelaki n perempuan.. kita ada semuanye…masa kecik2 dulu mcm marah je dkt mak sbb nape ramai sgt adik badik.. tup2 bila dah besar.. baru rasa betapa bersyukurnya lahir dlm keluarga nih… pilih je dgn siapa nak berkongsi rahsia, cerita, n gosip(blh ker?..hehe)..
insyaAllah bila dh bersuami nnt, kausar akan dpt melepaskan kesunyian ini sebaik2nya.. kita doakan kausar akan dpt suamu yg betul2 memahami n menemani kausar sepenuhnya.. Moga Allah perkenankan doaku ini..Amin.
akhirkata, Wallahualam.
haha . dtg ipo . lepak ngn ayin . ayin pon skang jd ank pompuan tggul gak . sume ley kongsi . baju je la xley(phm2 la . haha ) . haha . ko msty plek an tibe2 aku bkk blog ko . haha . sje je . bosan doe pas spm . haha .
dr kazen yg hensem serta kebosanan . XP