Akhirnya..
Salam.
Mungkin ini bukan entri terakhir sebelum bertolak ke Segamat. Walaupun berat rasa nak meninggalkan rumah, tetapi hati tetap tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat-sahabat bertanya khabar dan bercerita pengalaman masing-masing.
Apa yang aku paling tidak sabar, adalah memulakan ‘gerakan’ aku setelah menyepi lebih dari 6 bulan lamanya. Walaupun aku diam membawa diri, tetapi hati aku masih ada tetap rasa bersalah kerana mengabaikan semuanya. Sekarang ni, keadaan sedang kritikal.
Kalaulah aku ada masa yang lebih lama di Segamat, aku harap aku boleh perbetulkan silap aku. Tetapi, aku hanya ada kurang dari 5 bulan sahaja. Angan-angan aku adalah untuk teruskan memantau adik-adik di Segamat andaikata aku bekerja di Batu Pahat. Mungkin tidak ada masalah untuk turun ke Segamat sekali-sekala. Tapi itu angan-angan tanpa janji.
Hampir selesai, tetapi masih belum selesai.
Akhirnya aku dapat juga berkomunikasi dengan Una setelah sekian lama cuba menghubunginya. Akhirnya dapat juga maklumat mengenai adik-adik usrahnya yang akan ditinggalkan di Segamat sedangkan dia akan berpindah ke Seri Iskandar. Akhirnya kami sudah ada kata putus untuk menyerahkan adik-adik usrah pada siapa. Akhirnya, Una juga sudah tahu siapa untuk dihubungi dan siapa yang akan dihubungi. Alhamdulillah, semuanya atas kehendak Allah permudahkan urusan.
Akhirnya aku berterus terang pada pengganti Una niat hati kami. Penggantinya terkejut dan rasa satu tanggungjawab yang besar terpaksa dipikul. Aku cuba mengingatkannya, ini bukanlah tanggungjawab semata-mata, tetapi ini adalah amanah yang perlu dipikul oleh seluruh manusia diatas muka bumi ini. Andai rasa belum bersedia kerana kurang ilmu, belajarlah sambil memberi. Apa yang pasti, aku tidak akan meninggalkan dia berseorang selagi aku belum yakin dia sudah bersedia sepenuhnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik sekali lagi dna moga Allah permudahkan lagi urusan kami yang dikit ini.
Akhirnya aku mendapat persetujuan daripada Ameerah K-UTHM untuk memperkenalkan adik-adik di Segamat kepada tampuk sahabat seperjuangan di Batu Pahat dalam masa 2 minggu lagi. Tentatif dan sebagainya sudah ditanya tetapi belum ada perbincangan penuh dengan Ameer K-Segamat. Jadi, aku minta untuk bincang dengan sahabat-sahabat lain sebelum memberi kata putus. Esok, aku akan minta pandangan Mak Cu, harap Mak Cu ada di KBM esok. Really need her. Sebabnya, kami bercadang untuk beri peluang pada adik-adik yang sudah mengikuti KBM ni untuk menjadi Fasi.
Akhirnya, aku ketahui juga bilik aku esok. Alhamdulillah, bilik yang sama seperti 5 semester yang sudah. Tetapi, rumet aku berubah. Budak baru, kata YDP Kolej. Alhamdulillah, moga tambah lagi kenalan. Rumet yang lama dengarnya berpindah ke bilik bawah, aras bawah. No wonder, sebab sudah 2 semester dapat Dekan. Jadi, she deserve it.
Akhirnya, aku perlu pulang ke kampus juga selepas sebulan menghitung hari. Sedihnya.
Wassalam.


