Nur

Posted by KAY on Jun 29, 2009 in Lirik, Muhasabah |

Salam.

Aku terlepas drama bersiri Nur Kasih. Hari Jumaat lepas, usai Maghrib kami terus berangkat ke Pejabat JIM yang baru. Ada Majlis Ilmu berlangsung selama sejam lebih. Jadi, niat untuk menonton drama tersebut tidak tercapai. Tak apa, mungkin boleh tengok catch up tv, tak susahkan?

Walaupun penulis cerita ini sendiri memberitahu bahawa drama ini bukan drama dakwah, tetapi Alhamdulillah, setakat ni aku rasa mesej tetap ada. Moga usaha yang kecil ini dapat dimanfaatkan oleh penonton. Indah sangat pemandangan dalam drama ni.

Apa yang penting, yang baik itu kita ambil sebagai panduan dan yang kurang baik itu kita jadikan pedoman, moga kita dapat perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.

Lama tak dengar suara Yasin. Aku cuba juga cari lagu Nur Kasih ni, tetapi yang dapat hanya lagu versi drama. Lirik lagu pun aku dapat, tetapi lagunya tak ada. Disini aku kongsikan pada rakan-rakan liriknya. Siapa yang ada bolehlah passing ke sini.

Nur Kasih – Yasin & Eena Houzyana

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Tak sangka, rupanya Nur menaruh minat pada Adam bertahun-tahun lamanya. Tetapi Adam, tidak mengerti. Lelaki, bukankah memang itu sifat mereka?

Bila hayati lirik ni, rasa sedih pula. Bagaimana mereka bakal harung kehidupan yang penuh kepura-puraan? Seorang isteri pula, cuba menjadi isteri sedangkan lelaki tidak rela langsung diperlakukan begitu. Menarik.

Setakat ni dulu.

Wassalam.

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.