Jamban Hello Kitty

Posted by KAY on Jun 26, 2009 in AQS, Me and MySelf, Muhasabah |

Salam.

Kalaulah aku ada jamban sendiri yang macam ini, mungkin semangat nak pergi toilet setiap masa tu ada.

Pantang betul. Jamban kongsi. Tetapi, suka berlagak macam sorang-sorang punya. Dah buang air tu, pandai-pandailah flash. Payah sangat ke? Ni tidak, biar je. Lepastu, air k—–g tu bercampur dengan air k—–g orang lain. Hancing!

Tak gemar langsung. Bila masuk toilet, tak kiralah untuk apa sekalipun, benda pertama aku akan periksa adalah jamban (dekat rumahlah, kalau dekat tempat awam takkan nak periksa semua jamban). Adik-adik aku ni, jenuhlah nak cakap.

Mungkin lelaki memang ada sifat malas untuk flash k—–g sendiri. Walaupun air yang diorang buang tu tak besar, tetapi jika dibiarkan akan menyebabkan bau yang tak diingini. Apatah lagi bila dicampur-campurkan. Lagilah busuk jadinya.

Bagi pembaca sekalian, silalah jaga kebersihan juga. Tak kira dimana kita berada, dirumah sendiri atau ditempat awam, kalau tak boleh flash sekalipun, tolonglah jirus. Jangan tinggalkan begitu sahaja. Walaupun orang tak tahu siapa punya kerja, tetapi Tuhan Maha Melihat. Islam sentiasa menitikberatkan tentang kebersihan kepada umatnya.

Menjaga kebersihan itukan sebahagian daripada iman.

Suci itu sebahagian daripada iman. (Riwayat Muslim)

Suci yang dimaksudkan adalah kebersihan diri dan persekitaran. Walaupun kebersihan dianggap perkara remeh, tetapi percayalah, sekecil-kecil amalan inilah yang akan membanyakkan ganjaran buat  kita disisi Allah.

Wallahualam. Wassalam.

1 Comment

isya
Jun 26, 2009 at 2:28 am

hahaha… betul2.

kalu ade jamban kiut mesti smangat sket.


 

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.