Islam The Champion..
Salam.
Kenapa kita masih mengajak manusia kepada kebenaran, dan kenapa kita masih nak kembangkan Islam, membangunkan Islam dan menegakkan Islam.
Sedangkan, Islam memang akan menang. Itu janji Allah.
Tetapi, cuba tanya diri sendiri. Adakah kita juga akan menang andai Islam itu menang? Adakah kita terkecuali dari seksa api neraka ketika Islam menang?
Islam menang atas agama, tetapi kita menang atas usaha. Apakah Islam akan menang tanpa usaha kita? Ya, Islam tetap akan menang tanpa usaha kita kerana itu janji Allah. Tetapi, Allah menjanjikan syurga pada mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan meninggalkan larangan-Nya. Adakah tanpa amalan tersebut, kita akan terlepas dari siksa api neraka ketika Islam sedang menang?
Jadi sahabat-sahabat sekalian..
Marilah kita berusaha membangunkan Islam walaupun hanya sekadar memboikot barangan-barangan yang membantu Israel.
Marilah berusaha walaupun hanya dengan selemah-lemah iman, membenci perkara-perkara mungkar.
Marilah kita berusaha walau hanya dengan ungkapan basmallah dan syukur.
Sekecil-kecil amalan ini tetap bernilai dipandangan Allah, walau hanya sedetik niat sekalipun.
Dua.
Saban hari aku renung langit, berbintangkah malam ini? Apakah sinar akan muncul? Malam kelihatan pudar dan kusam, tiada maya tanpa kelipan bintang. Seiring dengan suara hati yang bermandi sepi dalam diri. Jenuh mencari bicara, jenuh mencari senda. Tetapi, ruang-ruang itu tertutup rapi. Mungkin hanya ada takungan mimpi, yang tak diimpikan untuk pecah. Cuma harapnya, tetap disitu jangan berubah.
Siapa sangka, hati yang girang ini tidak lagi ceria menuai senyuman. Mimpi yang bertakung semakin berat, dan masanya sudah mampir. Pecah, pecah berderai. Maafkan aku mimpi, kerana kau tidak mampu aku nyatakan dalam duniaku. Aku putus asa, bukan kerana mimpi. Tetapi, kerana jiwa yang acap kali menuduh mimpi. Maafkan aku mimpi, sekali lagi aku memohon. Aku berjanji, tiada lagi mimpi buat hati. Mimpi hanyalah harapan palsu. Bukan itu yang kau mahu bukan?
Maafkan aku. Malam akan kembali cerah, secerah kerdipan bintang, seiring dengan senyuman. Aku disini, masih disini, menadah doa. Hanya Dia yang akan terus mendengar bicara hati, walau jiwa sudah futur dari niatnya.
Wassalam.



Salam ziarah. Blog yang menarik.
View Profile: Rantong™