Cukup Setiakah Kita?
Salam.
Bolehkah kita setia? Bilamana, kita mempunyai banyak pilihan. Pilihan yang ada semuanya elok-elok belaka. Sedangkan, kita ingin setia kepada sesuatu yang biasa. Walaupun, bagi kita ianya luar biasa. Mampukah kita setia? Hanya kerana ketika itu, kita suka. Walhal, esok lusa kita bakal berjumpa dengan sesuatu yang lebih baik. Saat itu baru kita sedar, setiakah kita?
Dua.
Ada kawan aku ni, asyik mengomel je. Sebab CGPA dia tak cecah 3 pointer, dia takut tak dapat sambung belajar. Dia nak sambung belajar education lepas habis diploma ni. Mengomel dan terus mengomel. Akupun, melayan dan terus melayan. Yelah, kalau kau nak sangat 3 pointer, kau ambil saja result aku. Aku kan taknak sambung belajar, boleh tak? Kita tukar result.
Usahalah lebih untuk semester akan datang ni. Moga-moga hajat untuk dapat 3 pointer tu tercapai. Semester ni agak tough, tapi aku rasa commitment yang baik Insyaallah mampu bawa result kita lebih cemerlang. Akan datang kami akan melalui lebih banyak interview sana dan sini. Research sana dan sini. Keluar sana dan sini. Jumpa orang sana dan sini. Telefon sana dan sini. Presentation sana dan sini. Ah! Banyak sangatlah.
Dipendekkan cerita, aku lebih suka layan encik google dengan bantuan musang berapi menggunakan ‘bantal peluk’ yang putih lagi suci ini.
Tiga.
3 hari, 3 hari saja lagi. Barang makanan (tak banyakpun), barang mandi (pun tak banyak), barang dapur (lagi tak ada), barang alatulis (langsung tak ada), sudahpun dibeli tadi. Walaupun, terasa masih ada kurang tapi tak apalah. Nanti boleh cari sendiri.
Masa di Pacific tadi, seperti biasa aku, abah dan mak akan berjalan seiring mencari barang. Setiap lorong, abah dan mak akan bertanya sama ada aku perlukan atau tidak. Jadi, aku akan usha barang-barangnya.
Mula-mula tadi, aku nak beli softener. Biasa aku pakai jenama Softlan, mak kata tak boleh pakai. Boikot. Aku pun akur. Beli Good Maid.
Nak beli Listerin. Before this aku pakai jenama lain, sebab Listerin pun kena boikot. Tapi, ada jenama tu je. Hehe! Terpaksalah ambil. Sebab kami sangat memerlukannya untuk membuang germs didalam mulut.
Kemudian, jumpa coklat spread. Aku ambil Lady’s Choice, konon-kononnya macam paling murah. Mak kata boikot. Aku letak balik. Tapi yang lain semuanya kacang, taknaklah kacang. Pusing-pusing, jumpalah jenama German. Hehe! Ambil je, ada tanda halal. Baca ingredient tak ada masalah.
Seterusnya, bahagian minuman berbancuh. Tanya mak, Nescaffe boikot tak mak? Ya, boikot! Jawab mak ringkas. Aku pun tak jadi nak beli Nescaffe 3 in 1. Hehe!
Nampaknya, aku kena bawa list jenama yang diboikot. Selalu lupa. Sekurang-kurangnya dengan cara begini, aku boleh cuba tutup nafsu aku untuk barang-barang yang tidak perlu. Semoga usaha yang sedikit ini dapat mengurangkan kesengsaraan sahabat kita disana (walaupun tidak), namun hanya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.
Wassalam.


