Aku Ingin Menjadi..
Salam.
Tadi aku menggunakan tetikus laptop yang tak macam tikus ni, untuk mengetik pautan yang berbunyi begini, Saya Sayang Islam. Saja. Bosan-bosan nak juga tengok apa yang best dalam tu. Semua orang perkatakannya, Saya Sayang Islam. Subhanallah, seronoknya bila dapat menyebut Saya Sayangkan Islam. Terasa macam, sedang bercinta dengan Islam pula. Hehe.
Mata tertancap pada tajuk yang lebih kurang begini bunyinya, lirik lagu bahaya. Hehe! Daripada awal ceritanya, sampai ke pangkal aku baca. Haha! Dahsyat betul aku ni. Aku dah pencen berforum, dah tak aktif mana-mana forum, sebab aku malas untuk menjadi orang baru. Hehe! Tetapi, hati mungkin akan rasa lebih memahami manusia hanya dengan kerenah forumer disitu. Aku hanya cuba untuk memastikan diri aku masih mampu berforum macam dulu.Nampaknya tak ada masalah. Esok lusa belum tentu aku kembali. Haha!
Ok, berbalik kepada topik tadi, ada banyak rupanya lirik-lirik yang merbahaya ni. Anda boleh baca disitu. Lebih-lebih lagu lagu English ni. Aku ni kurang sikit layan lagu western, sudah pastilah aku pun tak tahu lagu-lagu yang diorang perkatakan. Jadi, aku cuma mampu mengangguk tanpa dilihat oleh sesiapa tanda setuju. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah lebih ke arah kepercayaan, mengagungkan kepercayaan mereka iaitu Kristian.
Jika penyanyi Marshanda yang tidak bertudung tu pun boleh membuat lagu berbentuk ketuhanan, sudah tentu orang Krsitian juga boleh berbuat demikian walaupun mereka berpakaian separuh bogel. Jadi, adakah itu salah mereka? Salahnya pada kita kerana tidak bijak, bukan pada mereka.
Banyak lagi lirik-lirik jiwang yang disentuh. Contohnya lagu ini, Dealova.
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi
dan sepi
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada
Sebenarnya forumer ni pertikaikan juga pasal penulis lagu ni adalah Opick. Hehe! Opick ni dulukan penyanyi biasa. Sebelum dia mengeluarkan album nasyid, dia mempunyai banyak album rock yang kurang mendapat sambutan. Sebab itu dia tidak dikenali sehingga di Malaysia.
Pokoknya disini, ada sebahagian ayatnya seolah-olah mengagungkan seseorang. Macam orang bercinta, “hidupku tidak bererti tanpa kamu”. Sedangkan kita hidup kerana Allah, bukan kerana manusia. Samalah juga macam menduakan Allah.
Aku bersetuju. Tetapi, aku pasti sebagai manusia waras apa yang cuba disampaikan tidaklah menjangkau dari cinta kepada Allah. Ianya sekadar menunjukkan cinta itu lebih daripada manusia yang lain. (Aku bukan menggalakkan).
Aku bukan nak menyokong lirik-lirik macam ni. Kalau kita menghukum lirik-lirik ni pun, bukannya kita mampu musnahkan lirik-lirik ni dari dunia kita yang nyata ni. Sebab benda ni dah wujud, dah tak boleh nak buat apa-apa melainkan memberi pandangan kita je. Orang tetap ada pilihan untuk mendengar.
Salahnya apabila mendengar lagu ni, apabila kita terlalu memuja seseorang sehingga melalaikan. Sama juga macam nasyid, jika ianya melalaikan jatuhlah haram untuk didengari. Dan juga blog aku, kalaulah kerana blog aku tertinggal/terlewat solat fardhu, maka jatuhlah haram untuk aku mendekati blog aku. Nauzubillah, Alhamdulillah setakat ini belum sampai ke tahap itu. (Tadi lambat solat Asar bukan sebab laptop ok, tapi sebab terkejar-kejar tolong mak masak laksa).
Bagi kita seorang daie, eloklah kita dengar lagu-lagu atau nasyid-nasyid berbentuk jihad/perjuangan dan pembakar semangat, tak kira dalam bahasa apa sekalipun.
Mari aku kongsi sebuah video aku buat 4 tahun yang lalu. Ketika jasad masih lagi bergelut dengan cuaca UK. Mempersembahkan.. Dealova.
Wallahualam.
Wassalam.



salam, ehh kak kausar, laksa tu pn bleh jatuh haram aar..hahaha kidding la.
neway klo ikutkan bnyk sgt lirik merbahaya ni
contoh
1) siti nurhaliza-biarlah rahsia
“..semakin aku hidup, dalam cinta, TIADA KUASA MAMPU menghalangnya..”
uiii over.
2) lirik lagu spider. xtau tajuk “..yang TERtinggi, kau yang TERatas..”
alih2 dgr “kau perempuan…” errrrr~~