Sedih itu Indah [?]
Salam.
Aku dah pun berada di UiTM. Seronoknya! (dengan nada terpaksa).
Aku terkilanlah, terpaksa balik awal. Awal sangat, pukul 8 pagi dah keluar. Ikutkan hati awal lagi nak keluar, tapi mengenangkan mak dan abah yang terkejut anak dia kena balik pagi, aku lambatkan sikit. Mak macam tak puas hatilah kenapa AKU yang kena pergi. Kenapa aku seorang je yang kena balik dan kenapa aku sahaja yang pergi meeting. Entahlah mak, terpaksalah.
Malam tadi satu malam aku menangis. Mungkin aku sedih sangat. Pressure sangat. Aku terlalu risaukan meeting hari ini. Aku sangat-sangat risau, sebab meeting ni melibatkan TPHEP. Sekejap-sekejap air mata aku jatuh. Sambil-sambil tu aku fikir apa benda lagi yang tertinggal untuk meeting esok. Banyak benda ada pada Yana. Banyak sangat.
Kadang aku risau, risau terlalu pentingkan kerja kolej. Aku pun tak suka sebenarnya, tapi nak buat macamana. Mak mungkin sedih juga, anak perempuan dia seorang ni balik rumah dahlah hari Sabtu petang, lambat dari orang lain tapi balik ke UiTM cepat, lebih awal dari orang lain. Tak apalah mak, satu sem je tinggal. Lepasni dah tak pegang apa-apa jawatan.
Meeting tadi aku datang lewat, sangat lewat. Aku minta maaf sangat-sangat pada semua. Kalau aku tahu hari Selasa lagi, hari Rabu aku dah boleh balik. Tapi aku tahu hari Rabu tengahari, masa tu aku baru je balik daripada menguruskan sesuatu, dan ketua projek suruh balik petang tu juga. Ya Allah. Mustahil aku boleh balik petang tu. Banyak benda tak terurus lagi. Tolonglah faham.
Aku try juga contact siapa-siapa. At the end, aku juga kena pergi. Aku rushinglah pagi tadi. Aku tertinggal bas sebenarnya, tapi abah bawa kereta laju kejar bas tu. Aku tahan je sebak, aku dah susahkan abah. Abah tahu aku kena pergi meeting tu, dan dia tahu memang takkan sempat sampai sebelum pukul 10. Tapi aku cakap, kena juga pergi, kena ada wakil pelajar. Bila dah lepas bas tu, abah berhentikan aku dekat bus stop. Abah tahankan bas. Naik bas je aku nangis lagi. Aku pun tak tahu kenapa semalam dengan hari ini aku cepat sangat rasa sebak, rasa nak menangis.
Walaupun aku bukanlah anak emas dalam keluarga, aku bukanlah anak yang dapat layanan istimewa dalam keluarga, tapi aku rasa aku ada tanggungjawab dekat mak dengan abah. Walaupun aku sedar aku bukanlah membantu sangat dekat rumah tu, tapi sekurang-kurangnya aku gembira dapat berada disamping mak dan abah. Aku dapat tengok keadaan diorang, sihat ke sakit ke. Itupun dah memadai.
Tapi.. bila dah balik UiTM aku jarang dapat balik ke rumah. Sangat jarang. Sebab tu masa cuti panjang adalah masa yang paling seronok dapat habiskan dengan family. Weekend sangat susah, dan sangat pendek waktunya.
Hari tu kitorang pergi BBQ dekat Labis. Dekat air panas tu, apa entah namanya. Seronok sangat. Aktiviti keluarga yang selalu kitorang buat adalah BBQ. Tak sangka cuti ni dapat rasa resepi yang abah buat sendiri. Sangat sedap ayam panggang, dan ikan bakar abah buat. Mak kata sengaja suruh abah yang perap, sebab nanti dia bersungguh pergi BBQ. Paling kelakar, arang kitorang tak keluar bara pun. Teruk betul. Dekat sejam kitorang cuba hidupkan api, apinya membesar tapi taknak bakar arangnya. Pelik betul. Tapi alhamdulillah, akhirnya berkat tungkus lumus kami, berjaya juga bakar arang tu. Seronok!
Oklah. Malam ni aku kena jumpa penasihat, dan nak jumpa Ijah untuk sedikit gosip. Haha! Takdalah, nak pulangkan pendrive je.
Oh ya, printer aku problem. Mak suruh beli printer baru dekat Segamat. Manalah aku nak carikan? Tengoklah macamana.
Aku stop sampai sini dulu. Siapa yang masih cuti, still have time untuk menikmatinya dangan tenang. So, enjoy your holiday while u can.
Wassalam.



salam
biasalah…mula-mula kenalah bersusah-susah dahulu…
apabila dah melangkah ke alam kerjaya nanti, lagi banyak cabaran yang menunggu. jadikan pengalaman semasa zaman belajar ni sebagai persediaan masa hadapan.
assalamualaikum..
Salam ziarah ke sini dik..
Akak juga bekas pelajar uitm segamat dan juga pernah menjadi YDP kolej di uitm segamat suatu ketika dahulu, adik kolej mana?..akak faham perasaan adik ni, macam2 perasaan bila berhadapan situasi begini..banyak perkara yang perlu dikorbankan terutama sekali korbankan masa tidur, meeting sampai lewat malam..cuma pesan akak, jangan terlalu leka dan sibuk dgn aktiviti sehingga terabai pelajaran…tumpuan di kelas sangat penting…biasalah bila dah meeting lewat malam, tidur tidak cukup…:)
Dan yang paling penting..buatlah sesuatu ikhlas hanya kerana Allah…dahulukan apa yang utama,dan jgn lupa tujuan asal kita adalah untuk menuntut ilmu…setiap kejayaan pasti disusuli dengan cabaran dan hanya orang yang sabar yang bakal tempuhi cabaran dengan jayanya…setiap pengalaman yang adik kutip itu sangat berguna terutama di alam pekerjaan…kutiplah pengalaman itu semoga menjadi bekal untuk menempuh hari esok..insyaAllah..berusaha, berdoa dan bertawakal…Allah Ma’ana..insyaAlah….
Salam ukhwah drpd akak..:)