The Missed
Salam.
Aku dah pulang ke rumah. Home sweet home. Ramai tegur. Diorang kata, baru seminggu belajar dah balik? Aku balik semua orang nampak, masa aku tak balik, tak ada orang pula nak perasan. Hehe.
Aku dah balik kampus 19 Disember 2008 dan pulang ke rumah hari ini 2 Januari 2009. Adalah dekat 2 minggu tak balik. Sekejap je sebenarnya tempoh 2 minggu tu. Tapi pengalamannya seolah-olah berada di UiTM tu dah sebulan lebih. Sangat banyak pengalaman yang tak terduga semester ni.
Bermula dengan kursus JPK. Tak ada apa sangat, semuanya ceramah. Tapi, last sekali sangat best. Kitorang buat macam simulasi. Konon-kononnya ada majlis pertemuan antara JPK dan pelajar kolej. Kira, MT (Majlis Tertinggi) akan berlakon sebagai JPK, dan yang lain-lainnya akan memegang watak pelajar yang berbagai. Lawak betul. Tak menang tangan JPK nak handle pelajar.
Seterusnya kursus PM (Pembantu Mahasiswa). Masa ni lah macam-macam berlaku. Benda-benda emosi terganggu. Huhu. Kadang-kadang aku rasa sektor B macam tersisih. Puncanya, kami semua perempuan. Kami selalu berikan yang terbaik. Jadi, benda ni kadang-kadang menjadi ketidakpuasan hati dikalangan orang-orang tertentu. Orang kata, tak senang tengok pihak sebelah lebih bagus dari pihaknya.
Kalau anda dari UiTM Johor, harap benda tidak diperbesarkan. Aku cerita tanda kecewa terhadap pihak tertentu dan diharapnya anda sendiri ambil pengajaran.
Kursus PM berlangsung 3 hari sejurus selepas tamatnya hari terakhir kursus JPK. Hari pertama kursus PM, petang tu aku, Yana dan Nabila terpaksa ‘ponteng’ kerana urusan dengan pihak Helwa. Benda ni jadi isu. PPP kami mungkin terlupa nak inform, tapi ada yang dah tahu dan secara langsung terlibat dalam program seterusnya. Kami bertiga skip 2 aktiviti, tengahari dan petang. Malam tu kami inform pada encik B. Dia kata ok, dan suruh ambil kedatangan dari Imam Besar.
Esoknya. Lepas riadhah. Inilah peristiwa aku rasa ketidak adilan berlaku. Aku bukan nak melagakan kedua belah kolej atau sektor, tetapi benda ni harus dipandang serius. Lepas habis game, pelajar-pelajar sektor A kebanyakan sudah berlalu pergi meninggalkan padang. Yang tinggal kebanyakannya pelajar sektor B masih terhegeh-hegeh mengemas barang-barang mereka. Kebetulan aku satu grup dengan budak-budak sektor A ni, jadi aku siap cepatlah sama macam diorang. Dalam masa yang sama aku tunggu kawan-kawan dari sektor B juga. Masa tulah aku dengar salah seorang PPP mengulang-ulangkan ayatnya “sektor B, sektor B, malam ni turun solat. Mana sektor B? Pastikan anda bersama-sama di masjid.”
Entah kenapa, aku rasa berapi jugalah dengar. Kenapa sektor B je? Kenapa tak dua-dua sektor dia sebut? Aku musykil. Jadi aku kaitkan dengan kelewatan aku malam sebelum tu. Kitorang sampai UiTM dekat maghrib. Lepas siap-siap terus ke masjid. Tapi tak sempat nak ambil attendance, jadi kami dikira tidak hadir. Lepas tulah baru kami bagitahu encik B.
Aku pun meluru ke PPP ni dan beritahu yang kami lewat, bukan tak datang langsung. Dia marah. Dia kata, kitorang tak berhak keluar dari kursus PM tanpa kebenaran atau suka-suka. Entahlah, aku rasa makin panas. Ikutkan hati memang nak menjawab, tapi aku tengok si Yana dengan Nabila cool je, nanti jadi lain pula kalau aku mengarut. Adalah dia kata, dia nak buat tapisan untuk pemilihan PM nanti dan kitorang mungkin takkan terpilih. Aku tak tahulah adakah itu satu ugutan?
Malam tu memang aku geram gila. Aku tak kisah dia nak marah pasal aku, Yana dan Nabila keluar jumpa Helwa tu, tapi aku tak puas hati bila dia panggil sektor B tu, seolah-olah kami tak pernah pergi masjid? Geramlah sangat. Dia patut sedar, sektor A tu ada 3 orang siswa yang tak pernah turun Subuh. Dia sedar tak benda tu? Dia patut sedar, walaupun kami duduk sektor B, Zohor dan Asar kami pergi solat di Masjid juga. Dia patut sedar, waktu Qiyam kami sektor B yang datang lebih awal dari sektor A yang dekat dengan masjid tu, tu pun berapa ketul je yang datang untuk Qiyam. Dia patut sedar semua tu. Aku tak kisah kalau dia ADIL, tapi adalah nampak ADIL macamni?
Sedihlah juga. Sepatutnya kita bersatu. Sepatutnya tak ada berat sebelah. Sepatutnya teguran ke atas dua belah pihak, bukan sebelah sahaja. Takkan itu pun nak kena ajar? Betul tak? Lama jugala aku emosi. Satu hari tu memang aku angin jugalah. Semua benda tak kena. Walaupun senyum dan gelak, tapi dalam hati memang panas. Sekejap jelah. Esok tu dah ok dah. Tapi sebenarnya sampai sekarang aku tak puas hati, kenapa masih ada sikap begitu?
3 hari berkursus, tanpa rehat yang cukup, esoknya pendaftaran pelajar baru bermula. Seterusnya Minggu Mesra Siswa berlangsung. 4 hari MMS rasanya macam seminggu. Lama sebenarnya. Aku rasa penat sangat. Yelah, lepas kursus JPK 3 hari, sambung terus kursus PM 3 hari, sambung terus MMS 4 hari, sambung terus kelas 3 hari. Alhamdulillah, sempat juga aku kemas bilik aku yang tak sempat-sempat nak kemas sejak kursus lagi. Baju pun bertimbun-timbun malam tadi baru sempat nak basuh.
Sekarang ni masalah subjek aku pula. Tension betul. Kelas FIN dah penuh. Kelas FIN dibuka 2 kelas sahaja. Aku angin betul. Dahlah aku pergi kursus, tak sempat nak daftar, boleh pula dia buka 2 kelas je? Berapi betul aku. Alasannya lecturer tak cukup. Apa ni? Eii, aku geram betul. Lepasni yang tak dapat masuk kelas FIN kena masuk IEP. Aku taknak kelas IEP. Kredit hour dahlah 2 je. Lagi satu, aku takut jadi macam CTU. Over confident sampai kerja senangpun jadi susah. Lecehnya! Sekarang ni aku tak daftar pun lagi FIN ke IEP ke. Menyampahnya. Aku dah tak tahu dah nak buat macamana lagi ni. Kalau dah tak ada solution lain terpaksalah kot ambil IEP juga. Paksa rela kot. Menyampah menyampah. Apesalah naik sem aku ni ada je masalah UiTM ni. Eii, menyampah.
Lepastu printer aku pula rosak. Rosak dan rosak. Arghhhhhh.. geram betul. Aku yang silap sebenarnya. Hm.. aku cakap dengan abah, nanti bawa baliklah printer tu minta abang long tolong cucikan dalam printer tu. Kerja macam tak kerja je aku tengok abang aku tu. So, aku bagi dia kerja tanpa gaji. Ok juga.
Kesihatan aku, tak berapa nak sihat. Selesema dan batuk. Huhu. Ada satu hari ni tak boleh tidur malam, batuk je memanjang. Pukul berapa entah baru boleh tidur. Sekarang pun tak baik lagi. Tak apalah, moga ada hikmahnya.
So, itulah cerita aku sepanjang aku tak update blog lagi. Kelas dah mula. Aku masuk kelas 4 tapi macam tak ada orang. Aku pun pelik. Tak apalah.
Later.
Wassalam.


