Posted by KAY on Jan 29, 2009 in
Me and MySelf,
My Family
Salam.
Aku dah pun berada di UiTM. Seronoknya! (dengan nada terpaksa).
Aku terkilanlah, terpaksa balik awal. Awal sangat, pukul 8 pagi dah keluar. Ikutkan hati awal lagi nak keluar, tapi mengenangkan mak dan abah yang terkejut anak dia kena balik pagi, aku lambatkan sikit. Mak macam tak puas hatilah kenapa AKU yang kena pergi. Kenapa aku seorang je yang kena balik dan kenapa aku sahaja yang pergi meeting. Entahlah mak, terpaksalah.
Malam tadi satu malam aku menangis. Mungkin aku sedih sangat. Pressure sangat. Aku terlalu risaukan meeting hari ini. Aku sangat-sangat risau, sebab meeting ni melibatkan TPHEP. Sekejap-sekejap air mata aku jatuh. Sambil-sambil tu aku fikir apa benda lagi yang tertinggal untuk meeting esok. Banyak benda ada pada Yana. Banyak sangat.
Kadang aku risau, risau terlalu pentingkan kerja kolej. Aku pun tak suka sebenarnya, tapi nak buat macamana. Mak mungkin sedih juga, anak perempuan dia seorang ni balik rumah dahlah hari Sabtu petang, lambat dari orang lain tapi balik ke UiTM cepat, lebih awal dari orang lain. Tak apalah mak, satu sem je tinggal. Lepasni dah tak pegang apa-apa jawatan.
Meeting tadi aku datang lewat, sangat lewat. Aku minta maaf sangat-sangat pada semua. Kalau aku tahu hari Selasa lagi, hari Rabu aku dah boleh balik. Tapi aku tahu hari Rabu tengahari, masa tu aku baru je balik daripada menguruskan sesuatu, dan ketua projek suruh balik petang tu juga. Ya Allah. Mustahil aku boleh balik petang tu. Banyak benda tak terurus lagi. Tolonglah faham.
Aku try juga contact siapa-siapa. At the end, aku juga kena pergi. Aku rushinglah pagi tadi. Aku tertinggal bas sebenarnya, tapi abah bawa kereta laju kejar bas tu. Aku tahan je sebak, aku dah susahkan abah. Abah tahu aku kena pergi meeting tu, dan dia tahu memang takkan sempat sampai sebelum pukul 10. Tapi aku cakap, kena juga pergi, kena ada wakil pelajar. Bila dah lepas bas tu, abah berhentikan aku dekat bus stop. Abah tahankan bas. Naik bas je aku nangis lagi. Aku pun tak tahu kenapa semalam dengan hari ini aku cepat sangat rasa sebak, rasa nak menangis.
Walaupun aku bukanlah anak emas dalam keluarga, aku bukanlah anak yang dapat layanan istimewa dalam keluarga, tapi aku rasa aku ada tanggungjawab dekat mak dengan abah. Walaupun aku sedar aku bukanlah membantu sangat dekat rumah tu, tapi sekurang-kurangnya aku gembira dapat berada disamping mak dan abah. Aku dapat tengok keadaan diorang, sihat ke sakit ke. Itupun dah memadai.
Tapi.. bila dah balik UiTM aku jarang dapat balik ke rumah. Sangat jarang. Sebab tu masa cuti panjang adalah masa yang paling seronok dapat habiskan dengan family. Weekend sangat susah, dan sangat pendek waktunya.
Hari tu kitorang pergi BBQ dekat Labis. Dekat air panas tu, apa entah namanya. Seronok sangat. Aktiviti keluarga yang selalu kitorang buat adalah BBQ. Tak sangka cuti ni dapat rasa resepi yang abah buat sendiri. Sangat sedap ayam panggang, dan ikan bakar abah buat. Mak kata sengaja suruh abah yang perap, sebab nanti dia bersungguh pergi BBQ. Paling kelakar, arang kitorang tak keluar bara pun. Teruk betul. Dekat sejam kitorang cuba hidupkan api, apinya membesar tapi taknak bakar arangnya. Pelik betul. Tapi alhamdulillah, akhirnya berkat tungkus lumus kami, berjaya juga bakar arang tu. Seronok!
Oklah. Malam ni aku kena jumpa penasihat, dan nak jumpa Ijah untuk sedikit gosip. Haha! Takdalah, nak pulangkan pendrive je.
Oh ya, printer aku problem. Mak suruh beli printer baru dekat Segamat. Manalah aku nak carikan? Tengoklah macamana.
Aku stop sampai sini dulu. Siapa yang masih cuti, still have time untuk menikmatinya dangan tenang. So, enjoy your holiday while u can.
Wassalam.
Posted by KAY on Jan 27, 2009 in
Muhasabah,
Perjalanan
Salam.
Alhamdulillah. Aku cuba untuk menaip hari ini. Sebenarnya, bila dah lama sangat tak update kita rasa buntu nak kongsikan apa bersama pembaca. Serius, aku sangat buntu. Bila jauh dari pandangan blog, terasa banyak pula idea tercurah-curah ingin disampaikan. Tetapi, terkubur tatkala hati bertaut semula dengan diari online ini.

Dari masa ke semasa, isu paling besar berlaku dipersada dunia adalah isu Palestin yang tidak pernah habis dan lenyap selagi bangsa terkutuk itu terus menerus menindas saudara kita di Palestin. Alasan demi alasan dipanjang-panjangkan sebagai batu loncatan untuk menyerang Palestin sekali gus merampas tanah itu. Pemimpin Islam hanya membatu. Takut dan bacul pada pemimpin Israel dan US. Kenapa mesti takut pada kebenaran?
Banyak sudah demo kita saksikan diserata Malaysia. Bahkan di seluruh dunia sama ada negara orang Islam atau bukan Islam juga terlalu banyak demo dilakukan bagi membantah tindakan rejim zionis terhadap umat Islam di Palestin. Penduduk bukan Islam juga mengerti apa itu kasihan sesama manusia. Tidakkah buta bagi bangsa terlaknat itu akan kekejaman yang mereka sedang lakukan? Sungguh, jika hati itu sudah tertutup dari kebaikan, maka tertutuplah ia pada segala kasih dan sayang terutama kepada bangsa-bangsa lain.
Di UiTM Johor juga tak terkecuali dari mengadakan bantahan terhadap perbuatan rejim zionis yang telah menindas saudara kita di Palestin. Ramai siswa dan siswi turun bagi menyokong bantahan tersebut. Seronok tengok mahasiswa UiTM Johor sungguh bersemangat dengan sepanduk yang pelbagai, kreatif serta inovatif. Alhamdulillah, rupanya mahasiswa kita juga cukup sensitif dengan isu-isu terhadap saudara seIslam di Palestin. Walaupun jumlah yang turun adalah agak mengecewakan, tetapi hati aku berdoa moga yang tidak turun memberi sokongan itu tetap memberi sokongan dengan memboikot barangan-barangan yang banyak menyalurkan bantuan kepada Yahudi.
Isu Palestin bukanlah isu baru. Ianya isu lama yang sepatutnya tidak harus berhenti apabila serangan yang berlaku tidak sehebat kini. Isu Palestin terhenti. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku. Sehinggalah Gaza diserang teruk. Penduduk yang syahid dan sakit semakin meningkat. Barulah kita tersedar dari tidur. Barulah kita ingin bangkit menyokong. Barulah kita rasa bersalah tidak memboikot barangan Israel daripada dulu. Segalanya-galanya BARU sedangkan isu Palestin adalah LAMA diperkatakan.

Kawan-kawan, buktikanlah bahawa kita sensitif dengan isu Palestin. Buktikanlah bahawa kita benar-benar sedang membantu mujahid disana. Buktikanlah bahawa kita benar-benar sedar akan keadaan Palestin. Buktikanlah bahawa kita bersyukur negara kita masih BELUM diserang seperti mereka. BUKTIKAN dengan memboikot barangan yang membantu negara Israel.
Mungkin ada orang fikir, kita berbelanja di Malaysia untuk ekonomi negara, untuk rakyat Malaysia, untuk orang-orang Islam di Malaysia. Cuba kita fikir, rakyat Malaysia tak ada kerja, boleh cari kerja. Rakyat kita tak ada duit boleh cari duit. Tapi di Palestin, duit yang kita salurkan secara tidak langsung kepada Israel, digunakan untuk meragut nyawa kanak-kanak di Palestin, apakah mereka boleh hidup semula? Mungkin mereka lebih rela mati syahid daripada hidup menjadi manusia seperti kita. Sanggup mengeluarkan seringgit untuk makanan yang sedap, tetapi takut menggunakan satu sen untuk makanan yang murah. Beginilah fenomena rakyat kita apabila terlalu bermewah, takut pada kemiskinan. Sedikit kesusahan sudah mengeluh panjang. Sedangkan rakyat Palestin sudah bertahun-tahun menanggung derita masih mampu bersyukur dengan sedikit nikmat yang ada, walaupun hanya nikmat hidup.

Aku sedih. Tetapi, aku tidak mahu sedih yang tak mampu buat apa-apa.
Sekali-sekala dibilik, aku bercerita dengan kawan-kawan. Apa sebenarnya yang berlaku di Palestin. Aku beritahu mereka sejarah Israel yang hanyalah penduduk buangan tidak ada tempat di atas muka bumi ini. Hanya merempat di tanah Palestin. Sudahlah merempat, lepastu dengan muka temboknya suka-suka nanak moyang dia saja nak rampas tanah yang lain. Memang bangsa tak kenang budi. Aku bercerita, kita adalah manusia yang bertuah. Kita adalah umat Islam yang masih ada keharmonian antara kaum. Kita adalah penduduk yang aman dan damai.
Kawan aku bersuara, tapi mungkin generasi kita akan melalui peperangan macam di Palestin suatu hari nanti. Pergh.. jauh gila dia fikir. Benda tu sangat menakutkan jika terjadi. Yang penting, aqidah kita kena kuat. Jangan mudah terjual aqidah kerana lemahnya iman kita. Baru digertak sikit terasa nyawa sudah melayang pergi, walhal kita sepatutnya bersedia untuk mati kerana Allah demi menegakkan aqidah yang benar. Tetapi, di Malaysia semakin hari aqidah remaja kita semakin lupus. Semakin hari kerajaan semakin leka dalam mengawasi ilmu agama Islam terhadap remaja dan kanak-kanak. Bahkan hiburan yang terlampau sangat memualkan sekaligus membawa mereka ini jauh dari agama Islam. Mana peranan kerajaan?
Kalau beginilah sikap pemimpin kita, tidak mustahil suatu hari nanti pemimpin kita adalah dikalangan yang tidak mementingkan ilmu agama Islam. Nauzubillah.
Sahabat yang budiman, pembaca sekalian, teruslan memboikot barang-barang Israel. Apalah salahnya kita berlapar dengan makanan-makanan begitu. Apalah salahnya kita bersihkan darah daging kita supaya tidak dilaknat malaikat kelak. Apalah salahnya kita bersihkan diri kita dengan cara begini, sedangkan banyak lagi dosa lain yang tidak tertanggung. Selamatkan diri kita, selamatkan daging kita, supaya tidak tercampur dengan dosa-dosa zionis.
Semoga usaha kita sama-sama memberi impak yang sangat mendalam kepada Israel.

Ya Allah, kami mohon pada-Mu. Kau tunjukkanlah jalan-Mu kepada umat Islam. Kau berikanlah hidayah kepada mereka yang mengasihi agama-Mu. Ya Allah, kami bermohon pada-Mu. Janganlah Kau matikan semangat juang dalam diri hamba-hamba-Mu. Janganlah Kau biarkan penduduk Palestin memperjuangkan agama-Mu sendirian. Janganlah Kau beri laluan mudah kepada musuh-Mu, si laknat Yahudi. Ya Allah, kami bermohon. Tunjukkanlah kuasa-Mu agar musnah bangsa Yahudi dari muka bumi ini. Tunjukkanlah kuasa umat Islam dengan izin-Mu mampu menandingi musuh-musuh Islam. Tunjukkan bahawa kekejaman musuh-musuh-Mu itu hanyalah kecil dan mampu umat Islam atasi dengan izin-Mu, Ya Allah. Sesungguhnya Ya Allah, Kau Maha Adil, Maha Mengasihi, Maha Bijaksana dalam melaksanakan rancangan hari ini. Perkenankan doa ini, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat.
Wassalam.
Posted by KAY on Jan 21, 2009 in
Me and MySelf
Salam.
Hari ini aku dapat bagi masa untuk diri sendiri. Kelas ada sebelah pagi saja. 8-10 pagi dan 10-12 tengahari. Balik tu, aku makan dan berehat. Badan aku letih sangat. Kadang-kadang bila badan kita tak cukup rehat, dia jadi malas. Tapi di sebabkan aku ada kerja nak kena siapkan iaitu buat layout untuk Dataran Segamat bagi Karnival Gemilang Kasih anjuran sektor B, aku bawa laptop tidur dengan aku atas katil. Hehe. At least bangun tidur je nanti terus teringat nak buat kerja. Sekarang ni dah siap, tinggal nak top up mana-mana yang perlu sahaja.
Cerita sebelum ni aku sambung.
Aku balik Sabah, roomate aku tanya, aku tahu tak cerita pasal kelas OM tu? Aku tahu. Aku tahu before dia tahu. Sebab masa aku tahu malam tu, dia dan beberapa sahabat yang lain tengah menjaja jual sosej. One of them minta maaf dekat aku sebab mengata aku dan buruk sangka dekat aku. Yes, itulah kawan aku. Dekat sini kita dah nampak, siapa kawan dan siapa lawan. Sebab tu aku tak suka terlalu kamcing dengan orang. Anything they can talk about me, they can judge me wrongly. Up to them. Aku tak ambil hati sangat since I know the truth earlier than them.
Masa ni lah kawan-kawan aku cerita kelas 2 fitnah besar dekat aku. Salahkan aku 100%. Ikut cerita macam tulah. Entahlah, aku sakit hatilah bila dengar. Budak-budak kelas 2 tu semua pernah sekelas dengan aku. Aku kenal diorang. Aku bukan nak cakap apalah, sekarang diorang nak pandang slack dekat aku eventhough dah tahu bukan salah aku, itu masalah dioranglah. Yes, diorang pandai-pandai, rajin belajar, rajin bertanya dan sebagainya, tapi kalau terus nak bersikap macam budak-budak, then serve yourselves. I really don’t mind. Kita dah besar dan matang. Fikir macam pelajar universitilahkan. Takkan nak fikir kebudak-budakan lagi. Aku biasa je. Aku memang jenis lantaklah orang nak fikir apa, yang penting kita di pihak yang benar.
Lepas aku telefon puan, barulah fitnah tu reda. Esoknya kalau tak silap puan cerita dekat budak kelas 2 kot. Entahlah, aku tak tahulah.
Tapi ada satu bendalah paling aku sakit hati, budak yang pandai-pandai pergi jumpa KP kata kelas 4 taknak kelas hari Sabtu, tapi puan nak juga buat. Puan mestilah bengang bila KP telefon dia dan marah. Aku bengang betul dengan budak tu. Dahlah aku memang tahap bengang dengan dia jahanamkan telefon aku, lepastu cari pasal dengan kelas OM pula. Aku memang kesian dekat puan, mesej-mesej yang dia bagi dekat puan semua aku dah baca dan kalau aku berada di tempat puan, aku akan jadi manusia paling menyampah dekat dia. Tolonglah jangan buat cerita bohong. Dengan puan cerita lain, dengan kitorang cerita lain. Janganlah jadi talam dua muka. Aku sekarang memang menyampah dengan dia. Aku bukan benci tau, tapi perangai dia sangat menjengkelkan.
Dulu, aku boleh terima dia. Orang cerita macam-macam pasal dia. Ada aku ambil kisah? Tak ada. Aku pekakkan telinga je. Aku anggap semua tu tak betul. Bila dah jadi dekat aku, barulah aku sedar memang perangai dia macamtu. Tapi nak buat macamanakan. Manusia ni memang ada macam-macam topeng. Hari ni mungkin pakai topeng lain, esok mungkin lain. Kita tak boleh jangka sikap manusia ni. Pandai-pandailah dia buat cerita bohong. Nampak perangai diam je, macam baiklah, tapi hati.. wallahualam. Mungkin Tuhan sahaja yang tahu apa yang terbuku dalam hati dia dan niat dia sebenar.
Aku dah tak ingat apa lagi yang jadi lepas tu. Aku harap kawan-kawan boleh ambil pengajaran. Seeloknya kita bersangka baik dengan orang. Jangan terus buruk-burukkan orang lain tanpa tahu cerita sebenar. Tanpa selidik perkara sebenar. Bayangkan bila kita berada di tempat orang tersebut, mungkin kita dapat rasa betapa sakitnya difitnah begitu.
Ok. I am on duty today. Must do an announcement. So, got to go. Later.
Wassalam.
Posted by KAY on Jan 19, 2009 in
Me and MySelf
Assalamualaikum wbr
Hehe. Encik N jangan marah ek, tulis blog dalam kelas. Sambil-sambil dengar apa yang diajar. Banyak bagi contoh je, bendanya dah belajar minggu lepas. Kononnya nak tengok praktikal melalui internet. Tapi line gila lembab. Aku buka page dia suruh sampai sekarang tak habis loading lagi.
Sebenarnya aku sangat sibuk lepas naik semester haritu. Memang tak sempat nak update apa-apa pun.
Cerita pertama aku nak beritahu sepatutnya awal-awal lagi pasal driving test aku. Alhamdulillah, dah lepas dah. Terima kasih atas doa kalian. Sekali ambil je dah lepas. Mak kata mungkin rezeki aku, banding dengan adik aku yang lagi confident bawa kereta kena ambil dua kali pula.
Driving test hari Isnin, jadi banyak kelas aku ponteng. Adalah dalam 3 kelas. Tapi, ada kelas yang tak belajar lagi dan ada kelas yang ulang semula pengajaran minggu sebelum tu sebab ramai tak hadir. Mujur lagi sebab subjek tu aku dah cover minggu sebelum tu.
Malam tu, sampai UiTM terus pergi DST sebab ada perjumpaan PPP. Terkejut besar semua JPK pakai baju pink. Alahai, siap kena perli baju tak ikut tema. Sabar sajalah diorang ni. Bukan sengaja, tapi tak tahu. Esoknya ada lagi perjumpaan PPP untuk blok Intan dan SAB pula. Kali ni aku ikut tema, baju purple.
Tak sempat rehat, Rabu malam tu bertolak ke LCCT. Sebenarnya aku tak tahupun waktu bertolak jam 10 malam. Serius aku tak tahu. Baju tak kemas, memang tak siap apa-apa lagi. Pukul 8 malam barulah aku pack baju. Kebetulan masa tu ada masalah dengan kelas OM. Ya Allah, memang dugaan untuk aku tak henti-henti.
Kisahnya begini, aku mesej puan beritahu yang aku kena pergi Sabah weekend nanti, jadi aku terkilanlah tak dapat pergi kelas ganti dia. Kelas ganti tu Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sabtu ada kuiz. Setiap satu hari tu kejap-kejap je dia buat. Tapi puan tak reply. So, hari Rabu pagi tu aku jumpa dia lagi, aku cakap aku yang kena pergi Sabah tu. Dia kata bukan 3 hari, Sabtu je. Aku minta dia ganti minggu hadapan tu, sebab aku taknak miss kelas dia. Bincang punya bincang, puan tetap nak buat kelas hari Sabtu. Jadi, aku redha jelah. Buat kuiz waktu lain.
Dan malam aku tengah berkemas tu, aku pergi bilik Imal. Nak pinjam baju, dan tanya pasal bruj dan gelang. Tak pasal-pasal je aku dengar si Imal marah-marah. Ada Aja dan Zira sekali. Aku dah peliklah. Aku nak cepat sebenarnya. Tapi, memandangkan aku terkejut bila diorang kata kelas cancel (walaupun dalam hati aku bersyukur sebab awalnya tak tahupun sebab apa cancel), jadi aku duduk sekejap dengar.
Rupanya, puan beritahu kelas 2 yang ada seorang pelajar telah berjumpa KP mengadu yang puan buat kelas bukan atas kehendak student. Kira macam paksa relalah. Sedih betul. Cerita punya cerita, ramai ingat pelajar tersebut adalah aku. Fitnah. Aku memang sedih siapa yang tuduh aku. Memang sedih gila aku dengar terutama kawan-kawan dekat kelas 2. They should know me better sebab most of them dah sekelas dengan aku setahun dan ada sebahagian daripada diorang baik dengan aku. Cuma aku terima kasih dekat Sha, sebab dia seorang je percaya pelajar itu bukan aku. Sha kenal aku. Thanks Sha.
Masa kemas-kemas barang, aku sedih. Sedih sebab rasa bersalah. Aku tak tenang. Aku rasa macam puan dah blacklist aku. Aku cakap betul, memang aku tak tenang. Menitis juga air mata aku sebabkan semua ni. Tapi aku cuba avoid sebab tak ada masa nak fikir banyak masa tu. Yang penting barang nak bawa pergi Sabah je.
Lepas siap-siap semua benda, aku turun. Ramai-ramai pergi bangunan admin. Aku nak telefon puan, tapi masa tu tak sesuai lagi. Bila bas dah sampai, semua orang dah naik, barulah aku telefon puan. Aku turun bas (sebab dalam bas bising gila), dan buat panggilan. Aku jelaskan pada puan keadaan sebenar. Aku jelaskan apa yang berlaku, dan aku jelaskan bukan aku yang buat semua tu. Aku jelaskan segala-galanya. Masa tu aku tahan juga diri aku daripada menangis. Puan pun bercerita apa sebenarnya yang telah berlaku. Mujur kami sama-sama faham. Thanks puan.
Lepas balik Sabah, macam-macam aku dengar. 4 hari aku tak ada di UiTM terlalu banyak cerita aku ketinggalan.
Kelas dah nak tamat, aku stop sampai sini dulu dan sambung kemudian. Insyaallah.
Wassalam.
Posted by KAY on Jan 4, 2009 in
Kampus,
Lirik,
Me and MySelf,
Muhasabah
Salam.

Huhu. Teruknya, esok aku ponteng kelas satu hari. Terpaksalah. Esok ada drving test. Kena buat betul-betul, tapi sebenarnya sangat takut juga kalau tak lepas. Aku dengar budak-budak ni 2 kali juga ambil test. Ish.. susah sangat ke ek? Walaupun aku terpaksa akui memang kadang-kadang masa drive kita ada buat kesilapan kecil. Biasalah tu kan? Tapi takkan sampai tak boleh lepas kot? Tu yang aku pelik sekarang ni. Paling takut naik bukit sebenarnya. Hehe. Sha kata jangan takut-takut. Over confident pun tak boleh juga. Kena buat biasa-biasa macam boleh bawalah.
Doakanlah aku lepas.
Risau juga sebenarnya tak pergi kelas. Minggu lepas semua kelas pergi tau, tak ada ponteng pun. Kelas cancel adalah. Huhu.
Minggu ni aku pergi kelas 2 hari je. Isnin dah ponteng. Selasa dan Rabu je tinggal. Khamis aku dah bertolak ke Sabah. Wah, tak bestnya banyak ponteng kelas. Nasib baik awal-awal sem je. Tapi paling tak best, Isnin dan Khamislah kelas banyak, dan hari tu jugalah aku kena ponteng. Tensi betul aku. Harapnya belajar tak banyak sangatlah kot.
Doakanlah perjalanan kami pergi dan pulang dari Sabah selamat. Kitorang pergi bukan suka-suka nak enjoy, tapi kitorang ada sedikit diskusi dan berkongsi pengalaman dengan pemimpin UMS dan UiTM Sabah.
Ok, aku nak cerita satu benda. Entri sebelum ni kan aku cakap aku tak dapat masuk kelas FIN kan? Lepas aku update, aku buka semula register online aku. Guess what? Haha! Tiba-tiba FIN kelas 1 ada kosong 1. Aku apa lagi, teruslah masuk. TAPI, clash dengan kelas HR aku. Masalah betul. Tak apa, aku biarkan dulu kelas HR aku tu. Nanti dah balik kampus aku minta KP masukkan aku dekat HR kelas 1 je. Ingatkan nak masuk kelas 2, tapi leceh pula. Alang-alang FIN kelas 1 masuk jelah HR kelas 1 juga. Rezeki aku, alhamdulillah. Maaflah kawan-kawan lain, dalam hal ni terpaksalah pentingkan diri sendiri walaupun tak ada geng. Korang jangan marah aku ek sebab aku dapat masuk kelas FIN. Aku memang taknak masuk kelas IEP.
Dua.

Tadi aku saja masuk blog pengarah kita, Prof Hj Kamil. Hehe. Kelakarlah. Entahlah, kadang aku rasa pengarah aku ni kelakar, romantik, sweet, bila dia tulis kisah hidup dia dalam blog. Aku terfikirlah juga, kalaulah abah tulis blog adakah dia akan bersifat macam tu juga? Huhu.
Kadang aku tak faham macamana pengarah UiTM Johor ni banyak masa menulis blog. Abah hanyalah Timbalan Dekan Akademik UTHM, tapi macam sibuk je. Kadang balik lewat. Tapi masihlah ada masa spend dengan anak-anak. Tapi still pelik, pelikkan? Hehe. Itu bukan soalnya yang aku cuba cerita.
Tadi aku hairan sikit ada satu entri prof dapat 25 komen. Gila banyak. Tak adalah sebelum ni aku perasaan macam belas-belas je. Takdalah cecah puluh-puluh kot. So, aku baca-baca rupanya pasal entri dia buat. Komen tu pasal entri dia buat, jadi isu. Aku pun tak faham macamana boleh jadi isu. Sebab terlalu terbuka kot. Ada sesetengah orang mungkin tak boleh terima penulisan yang terbuka ni. Hehe. Korang mesti tertanya-tanyakan? Apa bendalah yang di tulis oleh prof ni.
Aku malaslah nak buka isu, tapi aku saja nak promo je blog pengarah kesayangan pelajar-pelajar dan kakitangan UiTM Johor.
Tiga.
Optimis Sajalah – Tashiru
Setiap manusia menginginkan kebaikan
Dalam menjalankan kehidupan di dunia
Meski terkadang semua yang diinginkan
Ternyata hanyalah impian
Setiap manusia mendambakan bahagia
Bila esok hari kan menyapa dirinya
Walau kenyataannya tiadalah tergenggam
Yakinilah nanti kan datang
Reff:
Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia
Jangan berpikir untuk berputus asa
Kembalikan semua pada Yang Esa saja
Berbenah diri hadapi yang terjadi
Raihlah dengan penuh percaya diri
Tingkatkan iman dan taqwa kepada Ilahi
Moga kita terus istiqamah dan bersabar dengan setiap dugaan yang diberi. Biasalah, setiap mehnah itu pasti ada hikmahnya. Lalui dengan yakin, jangan putus asa, dan terus redah dengan seribu doa dan segugus usaha agar Tuhan nampak kehendak kita yang inginkan kebaikan. =) Yang penting, kita betulkan niat kita. Setiap niat kerana Allah taala, pasti menjadi ibadah dan pahala buat kita (kecuali perbuatan yang terang-terang dosa dan dilarang).
Sama-sama kita doakan sesama kita, sahabat seIslam.
Wassalam.