Mole People [or] Yakjuj Makjuj
Salam.
Pernah dengar pasal ‘mole people’? Sebenarnya aku pun tak tahu, sampailah hari tu mak beritahu. Gambar tak jumpa. Tapi korang boleh baca dekat sini. Versi melayu punya.
Mak kata macam Yakjuj dan Makjuj. Aku curious. So, aku search lebih detail pendapat pasal Yakjuj dan Makjuj dengan mole people ni.
Aku jumpa artikel ini. Aku baca artikel ni sambil tahan sebak. Aku terfikir, andai betul itu adalah Yakjuj Makjuj, rasanya tempoh kiamat tidak lama.
Artikel tu panjang sangat, jadi aku pasted yang ada kaitan dengan mole people sahaja. Sebenarnya ada banyak pendapat, tetapi salah satu pendapat sama dengan mole people yang ditemui.
Yakjuj dan Makjuj
Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.
Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih, dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara’is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh, dan Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan Asyar. Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu “terpisah atau tinggal” pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.
Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan menyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng Isra’iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan Makjuj tidak digambarkan sewenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ibnu Jarir ada meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih secara terperinci mengenai kisah Zulkarnain dan pembinaan tembok, tetapi tidak menyentuh mengenai sifat-sifat Yakjuj dan Makjuj. Para pengkaji berpendapat bahawa hadis-hadis ganjil berkaitan sifat Yakjuj dan Makjuj ini tidak sah dari segi sanadnya. Secara umumnya kini para pengkaji berpegang pada prinsip bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah manusia, anak-anak Adam, dari keturunan Yafith bin Nuh a.s. Sheikh Abdul Karim Khatib menyatakan bahawa tidaklah diketahui sama ada Yakjuj dan Makjuj punya perbezaan ketara dari sudut tubuh, mungkin ada kelainan dari segi warna kulit, akhlak dan adat, tapi mungkin dari sudut kekuatan dan membentuk kerajaan.
Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima’ secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima’ sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.
Berapa ramaikah bilangan Yakjuj dan Makjuj? Ada yang berpendapat bahawa jika dirujuk pada Surah Al-Anbiya’ Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam: “Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat. Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar: “Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik”. Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai.
Apakah jenis kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj? Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. Al-Kalbi berpendapat: “Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh.” Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.
Kesimpulan
Pada hemat saya kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi yang tinggi (mungkin yang diwarisi dari kaum yang telah musnah ketika taufan Nuh a.s.) dan masih membangunkan teknologinya hingga saat ini. Mengenai siapakah mereka ini sebenarnya, sama ada Mongol atau Tartar atau dari keturunan Yahudi adalah pendapat-pendapat yang hingga kini belum dapat disahkan. Mengenai di manakah Yakjuj dan Makjuj sekarang ini, saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung di bawah bumi, bukan di atas bumi dan bukan pula di dimensi yang lain. Bolehlah diputuskan bahawa mereka ini adalah anak-anak Adam dan ciri-ciri mereka adalah sebagaimana manusia di atas muka bumi juga. Para sarjana Islam telah menolak kemungkinan bahawa mereka ini berupa seperti binatang atau berbentuk ganjil dan hodoh.
Satu perkara yang elok dicatat ialah ada sarjana berpendapat bahawa pada akhir zaman nanti kaum Yakjuj dan Makjuj ini keluar dari banyak tempat, bukan hanya dari Tembok Zulkarnain yang telah ditebuk. Keadaan mereka keluar itu ialah secara pantas, berpusu-pusu atau berlumba-lumba, iaitu suatu keadaan keluar dari tempat yang sempit. Saya berpendapat bahawa pada akhir zaman mereka ini akan meluru keluar dari tempat yang tinggi mungkin bermaksud bahawa mereka keluar dari kawasan pergunungan, bukan saja dari pergunungan Caucasus (Tembok Zulkarnain) tapi kawasan-kawasan tinggi yang lain seperti Himalaya. Kemungkinan mereka juga menebuk bekas kawah gunung berapi yang telah mati juga tidak mustahil. Apa pun, ini hanyalah pendapat saya yang serba tidak tahu. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan Yakjuj Makjuj kini dan ketika ia keluar nanti.
Berita kaum Yakjuj dan Makjuj dan berita Zulkarnain wajib dipercayai oleh seluruh umat Islam kerana ianya secara jelas termaktub dalam Al-Qur’an. Kerana itu jugalah ulama Islam bukan saja telah meneliti berbagai sumber hadis, malah telah menghujahkan pendapat mereka dengan panjang lebar. Kajian demi kajian yang telah dilakukan sebelumnya telah dikaji semula oleh sarjana yang kemudian dengan teliti sekali. Begitulah sikap pengkaji Muslim sejak dari zaman kegemilangan Islam lagi. Sepatutnya sikap ini dapat diteruskan oleh sarjana Muslim zaman ini dan seterusnya zaman berzaman.
Walaupun identiti Zulkarnain dan juga identiti Yakjuj dan Makjuj belum lagi bertemu kata putus, sebenarnya usaha-usaha para pengkaji mempunyai hikmah yang amat besar. Mereka telah menyingkap kembali sejarah kegemilangan banyak empayar silam dan ini telah didokumenkan untuk tatapan generasi kemudian. Pada hemat saya, kisah Yakjuj Makjuj dan Zulkarnain dalam Al-Qur’an adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur’an itu sendiri. Ianya satu berita misteri besar yang mendorong banyak pengkaji untuk melakukan kajian demi kajian, secara berterusan zaman-berzaman selagi jawapan yang pasti belum ditemui. Umat Islam perlu memperhatikan, menyelidik dan mengkaji untuk menjadi umat yang hebat dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Dan jangan lupa, itu semua pun adalah atas rahmat Allah Yang Maha Bijaksana.
Sumber: Megasutra (Ibnu Yusof)
Wallahualam.
Kita doakan moga diri ini sentiasa di bawah perlindungan Allah swt. Tak ada masa lagi untuk bermain-main, dan tak ada masa lagi untuk mengabaikan yang wajib. Jangan menafikan, semakin kita yakin akan kewujudannya, semakin takut kita pada kekuasaan Allah. Tidak kira bila dan bagaimana ia akan terjadi, yang penting kita perlu bersedia pada bila-bila masa.
Dua.
Tanah runtuh. Aku bersimpati. Bukankah kawasan yang ditimpa bencana itu kebanyakannya adalah kawasan mewah? Barangkali peringatan buat mereka. Bala tidak kira siapa, atau bila.
Ambillah ia sebagai satu iktibar. Banyak yang kita boleh ambil dari ujian seperti ini. Benar, ia satu fenomena alam, tanah runtuh. Punca dari bukit tertentu, dan seterusnya. Dalam masa yang sama, mungkin kita patut muhasabah diri kita.
Apakah ujian itu bertujuan menguji? Atau mengingatkan? Atau memberi amaran?
Wallahualam.
Tiga.
Semalam tengok tv, sambil dengar abang long membebel. Dia kata TV3 adalah channel paling teruk dan teruk dan teruk. Hm.. take note wahai warga TV3.
Banyak benda yang teruk dan susah untuk mendapat pujian dari keluarga kami. Kenapa?
TV3 adalah channel melalaikan umat Islam.
TV3 adalah channel bias, berat sebelah, dan tidak telus.
TV3 adalah channel model-model seksi.
TV3 adalah channel hiburan tanpa batasan.
TV3 adalah channel tanpa ilmu.
TV3 adalah channel drama mengarut dari pagi sampai malam.
TV3 adalah channel kaut untung dari iklan yang panjang sampai 10 minit (wth?)
TV3 adalah channel kaut untuk dari sms yang kau hantar.
TV3 adalah channel pelakon separuh bogel.
TV3 adalah channel taubat satu jam dalam seminggu.
TV3 adalah channel bosan kanak-kanak ditayang midnight (sama macam RTM2)
TV3 adalah channel semuanya negetif, susah nak jumpa yang positif.
Entahlah, aku pun menyampah juga kadang-kadang. Tengok pelakon pun, macam pelacur pun ada. Maaflah, aku memang menyampah. Menyampah, tapi tengok juga. Haha!
Rumah aku tak ada Astro, jadi pilihan yang ada (RTM1 tak dapat, kenapa entah) RTM2, TV3, NTV7, TV8, TV9, Okto, NewsAsia, Suria, TV8 (S’pore), apatah lagi TV Indon sesat. So, kami tengok apa yang ada je.
Aku tahu, ada yang pelik aku tak ada Astro. Masa awal-awal sampai Malaysia abah suruh pilih, Internet atau Astro? Kami pilih Internet. So, here we are. I am online 24 hours a day eventhough I was not here all the time. Sometimes cooking, watching, sleeping, eating and driving (huhu).
Its not that everyone gonna be at home kalau ada Astro pun. Adek je ada dekat rumah. At least kalau ada Internet mak still can use it, betul tak? Lagipun, my brothers hantu game computer, so they won’t bother about watching telly. Me too. I wish I can follow any drama or any English Series, but I cannot be bothered. It just too hard for me to stick myself in front of television and focus. That just not me, maybe I can be like that sometimes but usually am not. Always have somehting else to do.
Beside, Uda memanglah hantu Smallville and Prison Break. Abang long pula hantu Anime. Diorang ni kerjanya download je, simple right? Hehe. Em.. aku tak macam diorang. I don’t care about anything like that. Kalau abang long ajak tengok, then I will watch it. But I can be so addicted sometimes. That’s why I’d rather not to watch it to avoid myself from become Anime addictation like him.
Hehe. But currently, I was so in like with Tora Dora. Haha! So cute. Cuma belum lagi rasa melonjak-lonjak nak tengok. Walaupun ada niat untuk search and download, tapi sabar Kausar. Haha! Entahlah, maybe Tora Dora ni boleh reflek balik diri aku. Entahlah ek, sebab aku baru tengok beberapa kali dekat Okto. Tak best sebenarnya tengok sambung-sambung ni. Baik download, tengok dari awal sampai habis. Memang gelak besar.
Apa-apa pun aku sangat menyampah dengan TV3 sekarang ni. Walaupun ada WHI, Majalah 3, 999, 360, Bersamamu, tapi aku tak faham kenapa tak ada benda yang lebih dokumentasi, dokumentasi dunia. Bukannya aku nak tengok artis ni pergi luar negara pastu beritahu orang Malaysia yang dia tengah seronok dekat sana, memang bengang betul ar.
Cuba buat kelainan. Takkan Jejak Rasul je mampu buat waktu Ramadhan kot? Hello? You spent money to make documentary speacial on Ramadhan only ke? The rest pergi mana? Habis, hari-hari biasa tak akan tak ada slot untuk bergerak sikit minda orang melayu? Manalah otak tak lembab, hari-hari makan drama, makan Korea, makan Indonesia, makan Spanish, makan cinta, makan dunia, apalah kau ni TV3. Aku tak tahulah apa yang korang mampu jawab kat akhirat nanti.
Memang ada yang elok, tapi 1 daripada 10. Lebih baik tak payah ada. Jika peluang mudarat itu lebih besar, lebih baik jangan adakan.
Oklah. Wallahualam.
Wassalam.



Tora Dora tu anime yg melalaikan… hehehehe gurau je.
G-kin..
memang melalaikan pun. thats why i learnt not to be addicted. thanks for reminding anyway =)
ASSALAMUALAIKUM?? HYE.. APA KABAR?? TERIMA KASIH ATAS MENINGATKAN PERKARA DIATAS..*AMAT MEYERAMKAN* SAYA TAKUT SANGAT APA YANG DIKATAKAN DALAM ARTIKEL.. EMM.. I DID A BIG MISTAKES..THAT S ONLY, I WANT TO WRITE.. TERIMA KASIH FOR REMINDING
saya xrase mole people tu yakjut dan makjut…sbb yakjut makjut tu kluar bila hari kiamat…tapi………….mungkin,mungkin jgklah mole people to yakjut dan makjut sebab memang hari kiamat mereka kluar, tapi dalam artikel tu pn xsebut pn yang mole people tu kluar ke muka bumi,just orang2 NASA je yang mask ke dalam bumi….maknanya yakjut makjut(mmng betullah mereka mole people saya rasa) belum sedia untuk kluar lagi…mereka akn keluar bila sampai masa…jika betullah,saya mendoakan kita semua umt Islam terselamat dari menjadi mangsa kekejaman yakjut makjut ini….
nauzubillah..