The Ro0m

Posted by KAY on Oct 8, 2008 in Me and MySelf |
Salam.

Benci betul aku perpustakaan ni. Haha! Aku sebenarnya nak muat turunkan youtube downloader. Nak guna untuk download youtube. Video yang aku dapat dekat youtube tu nak digunakan untuk presentation minggu depan. Sebab tulah penting. Kononnya aku nak download dekat sini sebab lajulah. Hampeh betul! Dia block rupanya. Semua video dia block. Habistu aku nak buat apa ni?

Tak apalah, aku pergi cc je nanti. Tak boleh duduk lama-lama dekat sini, sebab tak ada benda yang boleh di buat melainkan celoteh di sini.

Alhamdulillah, malam tadi rezeki aku tiba-tiba je datang. Aku tolong adik aku jual top up sebenarnya. Bila dah hujung-hujung macamni, semua orang dah malas nak jual top up. Macam tulah ceritanya. Jadi, akulah penyelamat dunia kiranya. Haha! Semua datang cari aku, orang yang aku kenal jelah. Maklumat pasal aku jual top up tersebar sedikit demi sedikit. Tak pasal-pasal je.

Aku taknak bercerita panjang lebar. Lets the picture tells the story.

The position of laptop, EVERYDAY

The position of laptop, EVERYDAY

 

The cables, the charger, the wires.

The cables, the charger, the wires.

 

Ada orang tanya, kenapa kau letak selotep tu? Entahlah. Aku tak suka sangat wayar-wayar semua ni tergantung macamtu. Berserabut kepala otak aku. Jadi, untuk mengemaskan meja aku yang memang bersemak ni, aku letaklah selotep. Bagi dia tak terjuntai je. Nanti tertarik ke apa ke, susah pula aku.

The printer, 3 in 1.

The printer, 3 in 1.

The board.

The board.

The kitchen.

The kitchen.

 

 

The shelf.

The shelf.

Drink! Drink!

Drink! Drink!

 

Semua orang pesan begitu. Jadi, setiap setengah jam aku akan teguk air ini. Malam tadi entah berapa kali pergi ke tandas. Asyik minum je. Kismis di sebelah tu, aku makan bila terasa nak makan je. Sebenarnya kena makan setiap kali selepas solat subuh, dan setiap kali sebelum tidur. Tapi, susah nak amalkan. Manis sangat. Aku kurang tahan manis-manis ni.

The project.

The project.

 

The business.

The business.

 

The assignment.

The assignment.

 

Gambar ni di ambil malam tadi. Masa tengah bosan-bosan siapkan assignment dan presentation untuk economi Malaysia. Di sebabkan aku adalah pengumpul segala macam maklumat, maka akulah yang perlu menyiapkan segala macam benda untuk di satukan. Huhu! Seronok kerja pakai laptop sendiri.

Itu je daripada aku buat masa ni.

Wassalam.

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.