Salam.

Assignment banyak sangat. Memang tak ada masa nak berehat. Walaubagaimanapun, malam tadi adalah hari-hari di mana aku sepatutnya boleh mencari kerja yang tertangguh-tangguh sejak lama. Hehe!

Bukan setakat assignment, test pun sibuk nak mengisi ruang-ruang yang kosong. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnyalahkan, bolehlah kira study untuk final. Final pun tak lama je lagi ni. Just round the corner. Aku belok je terus masuk DST.

Malam tadi sebenarnya, aku banyak termenung dengan layan lagu-lagu nasyid. Aku rasa macam, sunyi sangat hidup ni. Mungkin betul kata kak Oyin, aku fikirkan mak dan abah kot. Tak tahulah. Tak adalah fikir sangat. Sebelum kesunyian mengganggu malam aku, aku sempat bercakap dengan HAKIM! Haha! Seronoknya. HAKIM ni anak kepada abang saudara aku. Abang saudara aku ni abang kepada kak Aida. Jadi, Hakim tu anak saudara kak Aida. Wah!

Haha! kak Aida kena belanja orang makan, sebab dah 2 kali promosi blog dia. Dia sibuk tau. Dia single lagi. Siapa yang nak berkenalan dengan dia bolehlah. Tapikan, dia kerja programmer tau. Selalu balik tengah-tengah malam. Kalaulah korang ni dapat jadi laki dia , nasihat-nasihatkanlah dia supaya jangan balik malam-malam. Tak elok tau perempuan balik malam-malam ni. Dah jadi bini orang, baru dia faham kot. Dia ni dah tua dah, kena kahwin! Hehe! kak Aida jangan marah eh.

Dua.

Semalam, member datang bilik.

“Wah, banyak betul bisnes kau? Printer ada 3 in 1. Top up lagi. Bagus betul.”

Barangkali ini adalah compliment.

Aku berbisnes, bukan atas dasar nak banyak duit. Tapi, aku suka dan berminat. Cuma, aku tak tahu kenapa aku tak minat dengan ekonomi. Rasa macam tak best pula, nak buka bisnes besaran tetapi tak mahu tahu pasal ekonomi. Mana boleh macamtu kan?

Dalam dunia ni, kita kena pandai gali duit. Duit takkan mencari kita. Tapi, barangkali itu bukan objektif utama. Boleh jadi salah satu objektif dalam berpuluh-puluh objektif yang tersenarai dalam bisnes plan, tetapi yang utamanya bukan profit semata-mata. Siapa taknak kaya? Betul? Tetapi, kita gerakkan bisnes atas niat yang satu, atas tujuan yang paling utama sebagaimana yang telah di nyatakan dalam al-Quran tujuan kita sebagai manusia di atas muka bumi ini. Jadi, aplikasikannya sebagai medan dalam mewujudkan bisnes di alam cyber yang canggih-manggih ni.

Rasulullah juga berniaga, dengan cara yang halal dan di redhai Allah. Kita sebagai umat Islam, seharusnya mengikut jejak langkah baginda. Dengan berniaga, kita boleh tentukan apa sahaja. Kita sebagai bos, dan kita adalah penggerak kepada anak-anak buah.

Kenapa aku suka nak jadi bos? Sebab ada hari bos?

Kenapa ya? Anda boleh fikir kot?

Melatih diri untuk menjadi bos, adalah dengan melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin. Buat masa ni, aku rasa aku gagal dalam membentu kepimpinan yang baik dalam diri.

Semoga, bukan hari ini atau esok sahaja aku berbisnes, tetapi pada hari-hari mendatang juga.

Tiga.

Malam tadi, sebab aku tak ada mood, aku telah menyalin segala macam mesej dalam telefon bimbit aku ke atas kertas comel. Aku ingat nak scan lepastu letak dalam ni, tapi tak sempatlah. Banyak sangat benda nak fikir. Sampai pagi tadi, tak boleh tidur. Asyik batuk je. Macam demam nak serang aku balik. Aku rasa  antibody badan aku semakin lemah. Tak pasti kenapa. Aku minum air tau!

Sebelum aku permisi dulu, izinkan aku berkongsi salah satu sms yang aku dapat daripada seorang sahabat. Nama dia Jue, Juriah. Mesej di hantar pada 31 Ogos 2008 pada jam 10.22 pagi.

Janji Allah tidaklah janji kosong di mana tidak ada apa-apa ganjaran di dalamnya. Namun tidaklah ia janji percuma sehingga boleh di dapati tanpa berbuat apa-apa. Maka, cari keberkatan di bulan mulia ini. SALAM RAMADHAN.

Kemudian satu mesej yang aku terima pagi tadi. Malam tadikan aku tengah bersedih-sedih, sebab rasa sunyi sangat. Jadi, aku mesej cik Alizah, pensyarah LAW aku. Aku tanya dia, macamana nak istiqamah dalam perlaksanaan istikharah setiap hari. Sebab, dia suka nasihatkan kami anak-anak murid dia supaya rajin melakukan istikharah setiap hari, macam dia buat.

Selamat pagi, saya harap pagi ni awak dah ok. Sorilah malam tadi saya pengsan. Penat sangat. Pasal sembahyang tu, biasalah. Benda baru mula-mula nak mula memang susah. Tapi bila dah jadi sebahagian daripada wajib dan kita dah nampak kesan positifnya, mesti kita lebih bersemangat nak buat. Takpa, buat slow-slow, jaga kesihatan, banyak minum air o, jangan tidur lewa. Jaha diri ya =)

Terima kasih cik Alizah.

Sekadar berkongsi.

Wassalam.