|[ L i f e . 4 . A I M ]|

Salam Ramadhan - Jom KBM

Salam.

Sabtu lepas ada test Fin. Study last minit. Agak minit terakhir jugalah. Sempat belajar selama satu hari tak cukup 24 jam. Alhamdulillah, walaupun tak dapat nak buat latihan yang banyak tapi soalannya boleh tahan kurang menyusahkan. Tapi, wallahualam. Aku ada sedikit kurang yakin. Tapi tak apa, tawakal dan doa itu penting.

Aku ingin mengucapkan selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca sama ada yang setia ataupun yang singgah suka-suka tanpa sebab. Aku mohon seribu kemaafan andai kata-kata yang tercalit di dalam diari maya ini tersinggung perasaan mana-mana pihak yang terlibat. Semoga Ramadhan kali ini memberi kita peluang untuk memperbaiki amalan-amalan yang kurang dan dalam masa yang sama menambahkan lagi pahala yang kurang selama kita hidup ini. Sepanjang 12 bulan untuk setahun kita hidup, hanya bulan ini sahaja bulan yang mudah untuk kita tingkatkan lagi amalan kebaikan dan pahala. Syaitan-syaitan sudah terkunci, yang tinggal hanya nafsu kita. Maka, berjihadlah dengan melawan nafsu kita agar tidak menguasai amal kejahatan kita. Rugi rasanya jika kita biarkan nafsu menguasai diri kita di dalam bulan yang mulia ini.

Semalam, aku tertonton siaran berita dari Indonesia. Pelajar-pelajar universiti di satu tempat dekat Indonesia tu buat aman demostrasi atau bantahan supaya pusat-pusat hiburan di tutup untuk sebulan, bukan 4 hari sahaja. Alhamdulillah, satu usaha yang cukup mantap. Pelajar-pelajar yang turun sungguh ramai dan sokongan dari pelbagai pihak juga memberangsangkan. Aku terfikir, apakah ada pelajar-pelajar begini di kalangan pelajar universiti di Malaysia? Kalau UIA mungkin tak mustahil. Kalau universiti lain?

Dua.

PERHATIAN!

JIKA ANDA MERUPAKAN PELAJAR UITM JOHOR CAWANGAN SEGAMAT, PADA 12-14 HB SEPTEMBER 2008, AKAN DI ADAKAN KEINDAHAN BERSAMA MU (KBM) ANJURAN PERSIHA BERSAMA KBM EXCELLENCE. BERTEMPAT DI KEM TEBING TINGGI DAN BAYARAN ADALAH RM30, TERMASUK PENGINAPAN 2 MALAM, BERBUKA PUASA SEKALI, SAHUR 2 KALI DAN MOREH 2 KALI DAN TAK LUPA JUGA DEWAN.

JOM RAMAI-RAMAI MERIAHKAN KBM KALI INI.

BUAT PENGETAHUAN SEMUA, KBM TELAH DI ADAKAN 2 SEMESTER BERTURUT DI UITM JOHOR CAWANGAN SEGAMAT DAN TELAH MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERKEPIMPINAN SERTA MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG PELAJAR, ANAK, DAN HAMBA ALLAH. INSYAALLAH.

JADI, APA TUNGGU LAGI. SILALAH HUBUNGI MANA-MANA AJK PERSIHA YANG TERLIBAT. INSYAALLAH, IKLAN AKAN DI NAIKKAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT. SEKIAN!

Tiga

Baru-baru ni aku mendapat satu tekanan. Sakit betul hati. Kadang-kadang rasa geram sampai orang lain jadi mangsa sebab tak dapat berfikir lebih panjang dan lebih matang. Minta maaf andai ada yang terkena.

Kadang-kadang bila kita di uji dengan pelbagai, kita rasakan bahawa hidup ini tak adil, sama macam kita menyalahkan takdir. Tetapi sebenarnya, Tuhan telah memberi kita pilihan cuma silapnya adalah pilihan yang telah kita buat sebelumnya. Jika pilihan tersebut baik, makan baiklah kesudahannya. Jika tidak, maka tidak baiklah kesudahan, di sebab itulah kita mula menyalahkan orang lain.

Aku kecil hati dan sedih terhadap orang yang tak habis-habis mengata keburukan aku. Iya, mungkin aku terlalu jahat di mata seseorang. Tetapi, aku tidak harapkan benda tu di ulang-ulang bagai diri aku hina yang tersangat amat. Aku tanya seorang kakak yang agak rapat tentang telahan seseorang yang agak negetif terhadap aku. Betul ke aku ni seorang yang pentingkan diri (walaupun aku rasakan YA), tetapi jawapan yang aku dapat sangat mengharukan. Mengalir air mata aku. Katanya siapa yang cakap begitu? Aku bukan nak cakap aku ni baik, sebagai manusia kadang-kadang kita tak sedar kelemahan kita. Kita tak sedar yang sebenarnya terlalu banyak kekurangan yang orang lain nampak.

Kalau aku tak suka sikap atau perbuatan seseorang, aku lebih suka diamkan je. Bukan bermakna aku suka dia bersikap tidak baik berterusan dan selamanya, cumanya ada cara untuk mendidik seseorang sedar akan kesilapan dia. Bagi yang rapat dengan aku, mungkin aku terlalu berterus-terang tentang sesuatu. Aku boleh terima walau sebesar mana kesilapan dia, aku boleh terima. Aku bukan seorang yang berkira. Konsepnya mudah saja, jangan terlalu berharap kepada kesempurnaan seseorang andai diri kita belum cukup sempurna untuk memenuhi kehendak orang lain. Aku tak pernah minta seseorang berubah untuk aku, apa yang aku minta buat sesuatu untuk kebaikan diri yang tidak akan membawa diri dia ke arah kegelapan. Salahkah cara begitu? Adakah cara begitu sama macam memintanya berubah untuk aku? Tak perlu berubah andai tidak mahu, dan aku harap jangan di bangkitkan isu tu lagi atau mengungkit untuk mempertahankan diri. Aku bukan seorang yang suka mengungkit, jadi aku tidak suka sikap yang mengungkit-ungkit. Yang sudah itu sudah, sebab itu aku tidak kisah dia dulu jahat, tapi hari ini baik. Yang penting dia sudah berubah, salahkah dia ingin menjadi baik? General thought. Tidak menuding sesiapa di sini.

Aku harap, moga Tuhan sentiasa membersihkan hati kita yang selalu bersangka buruk terhadap orang lain. Moga Tuhan sentiasa membantu kita menunjukkan jalan yang lurus, jalan yang sentiasa mendapat keredhaannya. Moga Tuhan sentiasa memberi kemudahan pada setiap amalan yang kita lakukan. Moga Tuhan sentiasa bersama orang-orang yang inginkan perubahan terhadap diri.

Empat.

Sekali lagi, moga Ramadhan kali ini memberi kita barakah dan kekuatan untuk teruskan kehidupan. Fikirlah segalanya positif agar diri kita tidak mudah di kuasai nafsu.

Aku yang kena banyak bersabar. Rasa macam ingin diam menyepi membawa diri. Andai aku biarkan diri aku begitu, apa akan berlaku seterusnya?

Wallahualam.

Leave a Comment