Ramadhan Mulia

Posted by KAY on Sep 7, 2008 in Kampus, Me and MySelf, My Family |

Salam.

Apa khabar Iman? Subhanallah, Maha Suci Allah masih sempat berada disini. Tadi mak mesej, tanya sama ada adik boleh duduk bersama-sama dengan aku atau tidak. Sebenarnya aku hanya bergurau untuk adik tinggal bersama aku disini. Mana mungkin adik nak. Sudahlah bosan, semua perempuan. Apa dia boleh buat? Tak apalah. Aku pun tolong mak fikirkan tempat-tempat yang boleh diminta tolong.

Semoga semuanya berjalan lancar. Adik tu bukan susah nak jaga, senang je.

Sebenarnya lepas raya mak dan abah tak ada. Jadi, adik perlu ditinggalkan kepada seseorang. Siapa seseorang itu? Masih dalam persoalan.

Dua.

Badan aku kurang sihat. Sudah seminggu. Hari pertama berada di UiTM, aku dah menggigil kesejukan. Sejuk sangat. Rasanya tak tidur semalaman sebab tahan sejuk. Esoknya ok alhamdulillah. Tetapi, ok tu sekejap saja. Esok dan esok, badan aku semakin panas dan lemah. Tak tahan, terpaksa pergi klinik. Dapatlah ubat. Alhamdulillah, sedikit-sedikit bertambah baik. Cuma, hari ini makin tak berapa baik semula. Malam tadi saja tak dapat tidur. Batuk yang teruk sampai terganggu waktu tidur selama 2 jam setengah. Jadi, malam tadi cuma bersahurkan 2 biji pil beserta air suam yang banyak.

Keadaan yang kurang sihat ni, mengekang aku untuk menunaikan terawih di masjid. Tetapi, aku selalu ingatkan diri aku bahawa itu cuma solat sunat. Kenapa perlu bersusah payah nak menunaikan solat sunat di masjid kalau sedang sakit, sedangkan solat fardhu tidak pula bersusah payah menunaikannya di masjid secara berjemaah? Oh ya, jarak masjid agak mengambil masa dari tempat kediaman.

Dah baik nanti, aku buka di masjid sehingga selesai terawih, insyaallah. Jika Allah permudahkan moga semuanya berjalan dengan baik.

Tiga.

Alhamdulillah, puasa disini tidak kurang meriahnya. Ada ikan pari bakar, ayam golek, kuih-muih dan pelbagai lauk dan juadah. Tetapi, bazar Ramadhan tu option terakhir. Kalau duit di kafe ada lagi, tidaklah pula berniat untuk melabur duit di gerai-gerai berkaitan. Tapi hari tu, pergi juga. Sebab kawan-kawan ajak. Aku pun pergi dengan menghabiskan RM8. Sayangnya. Cuma beli lauk sotong dan sayur kangkung. Nasi putih sebungkus dan RM2 sandwich.

Malam tu memang banyak sangat makanan. Kawan belanja ikan pari bakar. Suka sangat. Akulah tukang yang menghabiskannya. Seronoklah dapat buka ramai-ramai.

Tapikan, hari pertama berbuka di UiTM, terus rindukan masakan mak. Terus rindu nak berbuka ramai-ramai macam haritu. Ya Allah, harapnya sempat juga nak berbuka macam tu lagi kemudian hari.

Empat.

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ni rasanya rezeki sungguh murah mendatang. Syukur pada Tuhan yang memberi.

Oklah, sampai sini saja. Nak sambung rehat. =)

Wassalam.

Reply

Copyright © 2010 |[ L i f e . 4 . A I M ]| All rights reserved. Theme by Laptop Geek.