Minggu Penat

12/27/2008

Salam.

Jam: 3.30 ptg.
Lokasi: SL, UiTM

Sekarang ni dekat SL. Sebenarnya tak ada kerja, tapi aku saja jalan-jalan dekat SL. Bukan buat apa-apa pun. Jadi, aku ambil peluang ni untuk update.

Semester ni pelajar baru sangat sedikit. Lebih sedikit daripada jumlah semasa pangambilan batch aku walaupun sama je second intake. Tapi tak apalah, lebih mudah segala urusannya. Bukan tu je, tak adalah banyak sangat kerja (kot).

Minggu ni memang sangat penat. Aku baru je berjaya cuci baju dengan menggunakan measin basuh selepas beberapa hari tidak berjaya mencucinya akibat kekangan waktu. Dari pagi sampai malam kalaupun dapat beristirehat di bilik, belum tentu terasa hilang segala penatnya. Cukup penat.

Alhamdulillah, kursus haritu aku dapat maklumat bahawa semester lepas UiTM Johor menerima anugerah Mesra apa entah. Haha! Dan reputasi kami sebagai PM sangat membanggakan pada semester lepas. Apatah lagi, ada pensyarah menganggap bahawa reputasi pelajar baru (semester 1) semester sebagai Dean List yang cukup membanggakan itu bermula dari PM sendiri. Lebih 3 kali ganda daripada semester sebelumnya.

Tak ada apa sangatlah nak cakap.

Pasal keputusan periksa aku, alhamdulillah semuanya lulus walaupun kurang cemerlang. Insyaallah, semester 5 ini akan cuba sedaya yang mungkin lagi.

Bulan Januari sangat pack. Jadi, tak berapa pasti bila pula boleh update blog. Yang pasti sekarang ni, badan aku cukup lemah. Rasa tak berdaya dah. Waduh.

Sistem pendaftaran semester ini sangat berbeza dari sebelumnya. Jadi, sangat banyak kekalutan telah berlaku.

Aku undur diri dulu. Dah 5 minit berlalu. Rasa macam tak best nak menaip di tengah-tengah pelajar baru yang sedang sibuk melayari internet. Apa-apa pun selamat memulakan pengajian kepada semua pelajar universiti terutama UiTM di seluruh negara. 30hb adalah tarikh yang rasanya bagai mimpi sekelip mata sahaja sudah bermula semester baru.

Wassalam.

End oF semesTer breaK

12/17/2008

Salam.

Pagi ni hati cukup tak seronok. Banyak sebab. Esok result keluar, jadi aku tak berapa nak tenang. Takut, gementar, gelabah dan sebagainya. Kemudian, hari ini adalah hari terakhir aku berada di rumah. Aku sedih. Bila lagi aku dapat berada di rumah lagi. Bila lagi boleh online? Bila dan bila?

Esok kami sekeluarga akan ke Melaka. Abah ada kerja lagi, macam selalu. Pergi JB kata nak shopping. Pergi KL kata nak shopping. Pergi Melaka pun kata nak shopping. So far, JB dan KL masih belum berjaya untuk shopping sebab abah sibuk. Jadi, aku tak pasti adakah di Melaka akan merealisasikan impian kami adik-beradik untuk shopping juga? Kita tunggu. Berada di Melaka sehingga Jumaat ni 19 Disember 2008. Then, abah hantar aku terus balik Segamat.

Masing-masing excited, sebab bukan senang abah nak belanja pergi shopping. Betul tak? Tapi, aku punya beg kena pakai duit sendiri juga, sebab dah janji dengan mak. Melainkan abah kata, takpalah tak payah bayar balik. Aku nantikan jawapan itu. Hehe.

Sebenarnya, tak best betul perasaan sekarang ni.

Dua.

Betul ke, kita takkan mudah menilai orang melalui kata-katanya sahaja? Aku terfikir juga. Adakah akan ada orang menilai aku ni macamana orangnya melalui penulisan dalam blog? Entahlahkan. Mungkin boleh, mungkin tidak. Aku mungkin suka juga menilai seseorang melalui penulisan blog, tapi kadang-kadang aku rimas sikit nak masuk blog dengan bermacam-macam widget dan lagu yang merimaskan aku untuk kekal lama dalam blog tu. Melainkan aku tengah tahap sabar masa tu, tak ada masalah untuk aku baca penulisan blog tersebut.

Kadang-kadang penulisan dalam blog tidak sama dengan realitinya. Mungkin ada orang yang jujur dan berterus-terang, tetapi ada juga yang kita nampak sahaja dia berterus-terang, tetapi di sebalik hatinya masih ada lagi cerita lara yang tidak dikongsikan. Iyalah, tak semua benda kita boleh kongsikan secara terbuka bukan? Ada orang cuba sembunyikan identitinya, dan ada orang tidak kisah jika diketahui. Ada orang kalau boleh ingin menjadi seseorang yang lain daripada dunia realitinya. Iyalah, macam-macam orang ada didunia ini dan kehidupan seorang blogger itu tidak berbatas. Seorang manusia boleh menyamar menjadi 10 blogger. Percaya?

Jangan terkejut kalau seorang blogger hanya menulis mengikut khayalannya semata-mata. Bukan dunia sebenarnya. Seolah-olah dia sedang menjadi seorang yang lain. Hehe. Kenapa aku kata begini? Sebab aku pernah jadikan sebuah blog yang direka nama penulisnya dan wataknya sebagai medan personaliti yang lain. Kalau aku boleh buat, mungkin ramai lagi diluar sana yang telah buat. Siapa tahu? Hehe. Tapi jangan risau, hari ini aku tak ada masa untuk melayan personaliti yang berbagai. Cukuplah aku jadi Kausar yang satu ini.

Akupun tak tahu kenapa aku tulis macamni tiba-tiba. Mungkin cuba sembunyikan perasaan takut.

Tiga.

Sahabat sekalian, semoga berjaya. Sama-sama doakan kejayaan masing-masing.

Wallahualam.

Wassalam.

Serabut

12/16/2008

Salam.

Ahad Yana called. Nak turun BP. Aku cakap ok jelah. So, malam dia sampai, pukul 10.30 malam kami start discussion pasal karnival. Its very big event. Takut pula tengok.

Yana explained to me in detail about carnival since I have no idea what so ever whats the event about and going to be. Then, she told me what she needs to do and what WE need to discuss.

Oklah. Perbincangan kami berakhir jam 2.30 pagi. Tu je bincang pasal layout dataran, dan tugas setiap AJK. Banyak sangat.

On 7th - 9th February 2009, we will have an event outside UiTM Segamat which the venue will be at Dataran Segamat. The event called Karnival Gemilang Kasih. Eventually, it is only to bring joys for OKU and anak-anak yatim around Segamat and a little fundraising from public to them.

Sampai sekarang aku terfikir, betul ke kita nak buat ni? I kept asking Yana. Yana pula asyik fikir, berjaya atau tidak program ni. Dia ketua projek, pastinya dialah paling gelabah sekali.

Program ni melibatkan masyarakat setempat di sekitar Segamat. Semua orang di jemput. Tapi, yang penting mestilah OKU, anak-anak yatim dan kanak-kanak sekolah. Dekat situ akan ada pameran oleh UiTM dan beberapa pihak lain. Lepastu akan ada jualan dan aktiviti menarik. Aktiviti ni macam-macamlah ada, kanak-kanak ada, oku ada, mak bapa punya aktiviti pun ada. So, banyaklah.

Nampak besarkan? Aku terfikir, mampu ke? Memang kerja last minit macamni aku rasa satu cabaran. Nampak macam lama lagi, sebulan lagi. Tapi sebulan tu masa yang cukup singkat sebenarnya. Masing-masing masih belajar. Pejam celik, sebulan akan habis macam tu je. Sebelum 7hb Febuari tu pun sebenarnya ada banyak event lain lagi. Weekend pertama naik UiTM dah start event. Memang penatlah. Sebelum karnival ni, kitorang ada program seminggu dekat Sabah. Tak ingat tarikhnya.

Lepas karnival ni je, akan ada Mitek (Minggu Terbuka Kolej). Semput macamni. Bila entah aku nak balik rumah belajar driving. Huhu.

Aku macam serabut jugalah. JPK lain tak tahu lagi tugas masing-masing, tapi aku dah tahu sebab tulah aku dah start serabut awal. Aku buat batch dengan tag nama je. Tapi tu pun satu cabaran juga. Haha! Dah aku ni memang lama tak sentuh benda-benda design menatang ni semua. Tapi tak apalah, aku try je. Lepastu aku offer Yana buat video untuk perjumpaan PPP nanti. Yelah, banyak kerja dia. Akupun cakap jelah boleh try je. Perjumpaan PPP aku rasa minggu pertama atau kedua selepas UiTM buka.

Entahlah, macam banyak je.

Dalam kepala aku, nak contact Kak Saudah. Tapi asyik terlupa je nak contact sekarang. Nak tanya dia pakai silibus apa usrah nanti. Tak tertanya lagi. Sebab dah sibuk dengan driving dan karnival ni terus aku lupa semua benda.

Sekarang ni PKN pun jadi masalah. Yana bagitahu aku 27 Disember pendaftaran. Aku dah pening dah. Sepatutnya 25 dan 26 Disember, sebab biasanya Khamis dan Jumaat. Tapi ni Yana kata 27 dan 28 Disember. Peliklah juga. Maybe sekarang dah buat perubahan kot. So, Radzi dah tanya duit boleh dapat balik ke. Seriously, aku tak tahu langsung. I have to ask organiser first. Dahlah kitorang memang tak ada duit. Kalau burn memang sia-sia jelah.

Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus. Ya Allah, permudahkan segala kesukaran. Ya Allah, berkatilah sedikit usahaku. Ya Allah, mohon setiap kesukaran ini Kau ganti dengan kebahagiaan. Ya Allah, sentiasa bimbing hati ini agar terus istiqamah. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Kau pemilik hati dan jiwa ini, tetapkanlah iman ini.

Wallahualam. Wassalam.

Calling U - OL

12/13/2008

Salam.

Haritu abang long bercerita pasal kumpulan Outlandish. Hehe. Tiba-tiba jadi kangen sama lagu-lagunya. Jadi, akupun dengarlah semula lagu-lagu Outlandish. Ngetop!

Gabungan Outlandish dan Sami Yusuf dalam lagu I’ve Seen, dan lagu popular mereka dikalangan orang-orang Islam Look Into My Eyes, mengenalkan grup tu kepada kebanyakan Muslim. Tak ramai yang kenal grup ni sebab mereka popular di Denmark. Tapi lagu diorang sangat bermakna. Aku suka. Tapi slang English diorang lebih kepada British. Bukan American. So, korang akan rasa sukar sikit untuk memahami word diorang. Tapi kalau siapa yang pernah duduk UK, mungkin boleh faham InsyaAllah.

Antara lagu yang buat aku sedih, tajuk Walou. Agak sedih. Sebab lagu tu cerita pasal seorang kanak-kanak. Kalau tengok video klip dia lagilah aku sedih. Sebenarnya ada banyak lagi lagu yang aku suka. Memang lagu mereka ala-ala rap, tapi aku lebih suka hayati lirik lagunya. Memang best. Aku cakap dekat abang long, its all about life. Life as a Muslim.

Em.. tapi one of the grup members Catholic. So, ada satu lagu ni untuk satu perenggan yang dinyanyikan oleh this person (non-muslim), dia sebut Father and Son and Holy Spririt. Jadi, janganlah ada salah faham bahawa grup ni menyeleweng ke dan sebagainya.

This is one of my favourite song by Outlandish.

Calling You

I’m callin’ U
With all my goals, my very soul
Ain’t fallin’ through
I’m in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don’t doubt my love

I’m callin’ U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin’a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don’t need nobody
& I don’t feel nobody
I don’t call nobody but U
My One & Only

I don’t need nobody
& I don’t feel nobody
I don’t call nobody but U
all I need in my life

I’m callin’ U
When all my joy
And all my love is feelin’ good
Cuz it’s due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it’s alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I’m callin’ U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I’m thankin’ U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don’t need nobody
& I don’t feel nobody
I don’t call nobody but U
My One & Only

I don’t need nobody
& I don’t feel nobody
I don’t call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
‘Cause when I lie to myself it ain’t hidden from U
I guess I’m thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I’ve failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I’m shouting silently, callin’ you, I’m listening to you, I’m tryin’
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I’m forgettin’ you, I’m callin’ you, I’m feelin’ you

Oh, no, no
I don’t need nobody
& I don’t fear nobody
I don’t call nobody but U
My One & Only

I don’t need nobody
& I don’t feel nobody
I don’t call nobody but U…

Outlandish.

Dua.

Mak dan abah sudah bertolak ke KL. Sedih juga tak dapat pergi sama. Aku tak tahu nak salahkan kursus JPK atau tidak.

Awal-awal cuti semester aku dah beritahu mak, nanti ada program dekat Sepang dan kena pulang awal pada tarikh itu dan ini. Mak macam tak puas hati. Tapi nak buat macamana, tanggungjawab.

Sampailah abah confirm kena pergi KL dan Melaka. Tarikh ke KL 12-15 Disember. Sepatutnya pendaftaran kursus pada 14 Disember. Sebelum ni sebenarnya abah kena pergi KL 11-14 Disember. Jadi,aku rancang untuk ikut abah ke KL, abah boleh hantar aku terus ke Segamat masa balik. Entahlah, semua tak ada confirmation macam susah.

Mak dan abah dah bising tanya bila UiTM nak hantar surat confirmation pasal kursus aku. Aku diam jelah. Dah tak tahu nak jawab apa. Sampailah hari aku pergi shopping (shopping awal sebab ingat balik 13hb), Yana mesej kata tunda 19 Disember. Sebenarnya aku bengang jugalah.

Sebabnya, Uda ada test driving 15 Disember, jadi dia taknak ikut abah pergi KL. Akupun cakap taknak ikut abah pergi KL sebab aku nak balik 13 atau 14 Disember nanti. Mak suruh abang long tinggal untuk hantar aku pulang ke Segamat.

Aku ingat nak ikut abah pergi KL je. Malas duduk dekat rumah, mestilah bosan. Tapi ikut planning aku kena duduk rumahpun, lagipun nanti akulah masak untuk makan-makan Uda dengan abang long. Menyampahnya. Abah pergi Melaka 17-19 Disember. So, abah balik 15 Disember tu ke rumah, 17 Disember bertolak dari rumah untuk ke Melaka pula dan aku nak ikut juga. Huhu. Nanti abah boleh hantar terus balik ke Segamat Jumaat tu. Tak kisahlah lambat ke tidak, lantaklah. Aku nak berjalan juga.

Redha jelah.

Tiga.

Tadi Yana cakap macam nak datang BP esok. Nampaknya parent dia tak bagi. Sedih pula aku dengar. Yelah, tujuan dia nak datang BP nak discuss dengan aku pasal layout dataran Segamat. Kesian pula aku. Yelah, semua dia kena buat sorang. Sepatutnya dia buat dengan Yan, tapi budak tu tak dapat dihubungi sepanjang cuti ni. Jadi, terpaksalah dia buat sorang-sorang dengan Cik Maz. Chaiyok-chaiyok Cik Maz dan Yana.

Nantilah aku tanya si Yana benda lain yang boleh aku tolong. Dia kata pasal sponsor, tak boleh nak dapatkan sponsor lagi sebab masalah dengan surat VC. Aduhai. Banyak kerenah pula dah. Huhu. Tak apalah, mana tahu nanti lebih dipermudahkan. Macam haritu, nak minta sponsor untuk sewa dataran Segamat, tup tap dapat free of charge. Tak ke hikmah semuanya? Alhamdulillah.

Aku terfikir macamana cara nak tolong budak ni. Huhu. Dah takde idea. Dia pun tengah berserabut je. Aku pula yang risau. Yelah, kalau chatting ni susah sikit nak discuss. Lagi senang kalau boleh bercakap mulut ke mulut. Balik Segamat awal kot, lepak rumah dia untuk bincang sikit. Entahlah. Aku takut mak tak bagi je. Takpalah, nantilah dulu bincang pasal ni dengan mak.

Empat.

Aku risau result. Sangat risau. Aku tak yakin langsung dengan result aku semester ini. Takut sangat. Tapi, takut macamana sekalipun aku, hari tersebut akan tiba juga.

Makin aku takut result keluar, makin aku yakin aku taknak sambung Degree lepas habis Diploma. Huhu. Malasnya, malasnya nak fikir, tapi aku suka fikir juga. Hehe! Dulu aku pernah cakap, lepas Diploma aku nak buat bisnes, kan?

Tapi, sekarang ni aku dah plan benda lain pula. Aku nak apply jadi cikgu sekolah rendah. Yelah, bila fikir balik takkanlah aku nak buat bisnes tanpa modalkan? Aku ada alternatif lain, pinjam Mara je nak buat bisnes. Tapi susah juga, kalau nak pinjam, kena ada lot. Mana nak dapat duit nak sewa atau beli lot? Memanglah aku ada duit, tapi kalau mak beriya ajak aku pergi umrah dalam 2 tahun lagi, habislah duit tu. Hehe.

Entahlah, cikgu sekarangpun dah banyakkan? Ala, kerja sementara je. Nanti aku apply kerja lain juga. Cuma aku memang teringinlah nak jadi cikgu. Aku ada misi aku tersendiri bila dah berjaya jadi cikgu sekolah rendah ni. Bila kita nak jadi sesuatu, kalau boleh taknaklah jadi sesuatu yang biasa, tapi biar luar biasa walaupun benda tu cikai-cikai je. Apalah sangat misi dan visi yang nak di letakkan sebagai seorang cikgu di sekolah rendah? Kalau cikgu-cikgu tu tak ada, aku ada. Ya, aku ada visi dan misi aku. Mana boleh cerita dalam ni, tak bestlah tak surprise. Lagipun ni baru angan-angan.

Em.. nak jadi cikgupun kena pergi kursuskan? So nak jadi cikgupun makan masa. Jadi, aku akan fikir bisnes yang sempoi-sempoilah, yang tak payah nak register, daftar company semua tu tak perlu. Jual beli secara online sudahlahkan? Mak aku punya barang tu tak terjual, baik aku tolong jualkan nanti. Sayang je, lawa-lawa barang tu. Rugi simpan dekat rumah. Barang tu dibuat daripada kayu. Kayu apa tak tahulah. Mak aku je tahu. Ada tabunglah, tempat lampu ada, apa entah lagi. Ada banyak jugalah.

Tengoklah nanti aku fikir.

Kak O cadangkan, aku kerja cikgu lepastu minta sambung belajar Degree. Minta sponsor. Cadangan baik sebenarnya, oklah juga nak sambung Degree ni. Tiba-tiba aku fikir macam malas je nak sambung. Kadang-kadang kita ni manusia berubah fikirankan? So, mungkin sekarang aku malas, nanti nak sambung pula. Tak tahu lagi macamana. Kalau dah malas belajar tu, malas jugalah.

Kawan aku pernah tanya, betul ke kau taknak belajar dah? Aku tengok kau belajar ok je. Kenapa nak berhenti (lepas Diploma)? Entahlah, aku tak minat belajar. Senang je aku cakap. Cukuplah setakat Diploma. Lagipun dalam adik-beradik aku abang ngah pun tengah buat Master. Abang long dah pernah buat Degree. So, aku setakat Diploma oklah tu. Aku seorang je perempuan. Aku nak kejar impian aku, tetapi melalui laluan yang berbeza dengan diorang.

Sekarang ni adik-beradik aku semua dah ada cita-cita. Jadi, better masing-masing kejar cita-cita masing-masing. Betul tak? Sekarang bukan masa nak fikir apa yang mak dan abah nak, tapi fikir apa yang kita nak dan dapatkan restu mak dan abah. Dulu aku ikut mak dan abah. Aku tak pernah fikir pasal bisnes pun sebelum ni. Memanglah kecil-kecil dulu aku suka main jual beli olok-olok. Suka kira duit. Suka buat duit pakai daun. Suka lukis duit. Suka ambil duit saidina buat main jual beli. Kelakar tak kelakar tu semua cerita kanak-kanak. Masa dekat UK tak banyak choice ada, mak dan abah suruh ambil bisnes je walaupun tak pernah terfikirpun. Allah adalah perancang yang terbaik.

Oklah, stop sampai sini dulu.

Wassalam.

Layan

12/09/2008

Salam.

Hari ni kita layan nasyid dan video. =) Rindu sangat nak buat video pakai nasyid. Dah lama tak buat. Enjoy.

Muhasabah Cinta

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Edcoustic

Oh, tengah explore youtube tadi terjumpa pula video ni. Hehe. Menariknya video ni.

« Previous entries