Agaklah

11/27/2008

Salam.

Hehe. Kak Asma’ dah hantar mesej pasal PKN harini. Aku baru baca semalam dekat emel. Belum sempat nak tanya lain-lain macamana. Maybe aku try tanya ustaz Suhaimi kalau-kalau boleh pinjam kenderaan untuk ke sana, itupun kalau ada yang boleh drive, since kak Raudhah pun akak berhijrah ke UiTM lain.

Insyaallah aku pergi. Semester lepas tak pergikan, semester ni kenalah pergi.

27 Disember PKN

26 Disember Pendaftaran

20-24 Disember MMS

18-19 Disember Kursus PM

14-16 Disember Kursus JPK

3-5 Disember Bengkel (kalau jadilah)

2 Disember Plan nak turun KL.

Kena ajak Uda, sebab reunion kawan-kawan UK. 2hb eh korang. Ramai duduk KL. Terpaksalah jumpa di KL sahaja. Aku dah mesej kak Ya, beritahu plan ni. Lagipun memang dah lama nak jumpa kak Ya. So, alang-alang nak turun KL, biar jumpa kak Ya sekali. Lantaklah kalau dia sibukpun. Kacau juga. Hehe. So, must have permission from parents first.

I will need space and time for myself after these dates. Percayalah, awal bulan satu aku akan sibuk semula. This is also known as nightmare of fifth semester.

Must remind myself to contact kak Saudah for the usrah immediate after registeration. Tapi, tapi, aku kena bincang dengan yang lain-lain dulu. Sesuaikan dengan timetable masing-masing. Oh, oh, Kausar jangan lupa. Tolong jangan lupa benda penting ni. Aku betul-betul risau kalau aku lupa. Daripada haritu, aku ingatkan diri aku.

Dua.

Haritu masa borak-borak dengan Isya, aku beritahulah yang aku bila dah masuk UiTM je memang sibuk. Biasanya akan sibuklah. Dia tanya, sibuk program ke?

Huhu. Sayang sekali, bukan sibuk program. Aku tak tahulah, tak tahu kenapa sekarang macam susah nak dapat maklumat pasal program. Biasa program banyak buat dekat JB. Tak tahu siapa yang menyampaikan maklumat dan siapa yang akan mendapat maklumat. So, pendek ceritanya memang tak ada program kita pergi. Kadang-kadang ada juga terfikir, mana nak tahu. Mana nak tanya. Hehe. Kalau program dekat KL memanglah banyak.

Masa aku semester 1 dan 2, banyak juga program luar aku pergi. Naik semester 3, dah tak dengar sangat. Macam samar-samar. Naik semester 4, langsunglah. Tak tahu apa cerita pun. Mungkin aku yang tak ambil tahu kot. Semester akan datang ni kena semangat semula. Insyaallah.

Tiga.

Sebenarnya, aku tak berapa gemar untuk jadi naqibah. Sebab tu, aku tak pernah mengaku dengan makcik pakcik yang aku ada bawa usrah. Memang ada tapi tak ada sangat. Tapi, disebabkan diri aku sendiri tak bersungguh ke arah memperbaiki diri dan orang lain, rasanya belum masanya kot. Aku ada cuba, tapi aku belum mampu.

Pegang ameerah jauh sekali. Sebab tu sebolehnya aku nak elak dari pegang jawatan yang tinggi macamtu. Aku rasa macam berat. Apatah lagi, aku ni jenis tak ada sokongan aku susah nak gerak. Tak ada orang di sebelah, aku rasa macam tak mampu. Pendek kata, selagi aku rasa aku berseorangan and not on safe side, aku tak akan yakin untuk semua-semua ni.

Sekadar wakil, aku tak kisah. Aku boleh tolong. Sebenarnya aku rasa ada orang lebih baik, tu je. Aku bukan yang terbaik di kalangan yang baik-baik. Kadang-kadang pendirian dan pemikiran aku tak sama, jadi aku takut nak suarakan. Kadang-kadang, pemikiran aku complicated. Aku terpaksa mengaku. Bila benda complicated ni kita sampaikan, orang akan jadi pening. Jadi, untuk elakkan kekeliruan, lebih baik diamkan. Kawan aku pernah cakap, benda simple pun aku boleh susah-susah fikir jalan payah. Entah, bukan sengaja.

Maaflah, blog ni jadi mangsa.

Empat.

Manusia ni, susah nak bersyukur dengan apa yang dia adakan? Akupun kadang-kadang fikir aku macamtu juga. Kadang-kadang, aku judge diri aku. Adakah aku jenis yang ambil mudah bila berada di zon selamat? Tapi, kadang-kadang dekat zon bahaya pun aku ambil mudah juga. Haha! Maybe kena tahap bahaya betul-betul kot. Huhu.

Masa aku menyepi semester lepas, aku dengar macam-macam cerita pasal adik-adik. Ada yang stress, telan ubat, merepek, nangis dan macam-macam. Bukan aku tak fikir. Ada manusia ni, jenis tak serius. Buat kerja main-main. Bila dapat kerja serius, barulah rasa stress. Macamtulah kot. Tapi sebenarnya, bukanlah jalan terbaik melepaskan tekanan dengan cara macamtu. Kitakan ada panduan, dan kita ada tempat mengadu.

Masa aku menyepi, aku banyak duduk sorang-sorang. Tak elok sebenarnya. Bila kita berseorangan, syaitan akan datang menganggu kita juga sebenarnya. Kadang-kadang kita terlupa, terlupa asal tujuan kita dihidupkan. Kita terlupa nak perbaiki diri dan orang lain. Sebab apa? Sebab terlalu melayan perasaan. Perasaan sedih je, kita nak menangis. Perasaan marah je, kita nak marah. Perasaan tekanan je, kita buat benda mengarut. Macam aku, terlalu simpan perasaan, bila rasa terganggu, aku lebih suka menyepi. Kadang-kadang aku terfikir, siapa yang aku boleh percaya sebagai tempat meluah perasaan? Ada kawan pernah cakap, aku bukan tak percayakan orang, tapi aku tak percayakan diri sendiri.

Kadang-kadang kita seronok berkawan dengan seseorang yang boleh baca diri kita. Yang boleh nilai diri kita, dan dalam masa yang sama tegur sikap-sikap yang kurang baik kita. Tapi, susahkan nak jumpa kawan yang macamni.

Oklah, maybe kena berhenti setakat ni dulu.

Wassalam.

BM

11/26/2008

Salam.

Sebenarnya, aku dah lama fikir macam ikhwah A. Kenapa, kenapa mesti terlalu rigid dengan mewajibkan atau mengharuskan seseorang yang berada dalam jemaah itu, berkahwin dengan dalam jemaah itu sendiri juga. Aku tak nafikan, bila kita berkahwin dengan pasangan dalam jemaah, akan lebih memudahkan kerja kita. Masing-masing telah faham tanggungjawab masing-masing.

Mungkin ada sesetengah kata, dalam jemaah itukan sudah ada pilihan yang baik-baik. Tidak boleh dinafikan. Tetapi dalam jemaah itu juga adalah manusia yang tidak maksum. Dalam jemaah itu juga ada manusia yang bernafsu, ada manusia yang pelbagai sifatnya, ada manusia yang sama saja dengan yang tidak berada dalam jemaah. Bezanya, kita ada pengalaman dan kita di beri peluang untuk bersama-sama menuntut ilmu agama. Mereka, tidak ada peluang dan tidak pernah ada peluang apatah lagi untuk tahu apa itu jemaah. Oleh sebab mereka tidak tahu, maka mereka tidak layak untuk kita yang berada dalam jemaah.

Apakah begitu pokoknya?

Takkan tidak ada peluang untuk dia belajar bersama jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang para jemaah inginkan. Takkan tidak ada peluang untuk dia tahu apa yang ada di dalam jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang jemaah inginkan. Takkan tidak ada peluang untuk dia bertaaruf dengan para jemaah sebelum berkahwin? Kalau itu yang jemaah inginkan.

Semua orang inginkan yang terbaik. Semua orang inginkan yang cantik. Semua orang inginkan yang indah. Semua orang inginkan yang sempurna. Adakah semua yang berada di dalam jemaah itu sungguh cantik, indah, sempurna bahkan yang terbaik?

Tapi percayalah, aku tidak pernah menentang pemikiran sebegini. Ia adalah untuk kebaikan para duat diluar sana. Mungkin pemikiran aku kurang ada persamaannya. Kita adalah manusia, dan kita tersisih kerana kita sendiri yang menyisihkan diri dari orang lain sehingga orang lain tidak tahu siapa kita. Jadi, salahkan diri sendiri kerana tidak dapat menonjol atas kelebihan yang ada. Kita hanya mampu menggunakan kelebihan dikalangan orang-orang yang sama-sama mempunyai kelebihan itu.

Artikel ni aku ambil dari blog k-Daerah Petaling.

Baitul Muslim : Satu Dialog
Dialog ini tidak menggambarkan pendirian penulis.
Dialog ini juga tidak berkaitan dengan mana-mana individu,
sama ada yang hidup atau yang telah pergi.
Sekadar berkongsi pandangan untuk pertimbangan pembaca.

Soalan: Boleh ke Ikhwah Kahwin Dengan Bukan Akhawat?

Ikhwah A: Ana rasa boleh je. Jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Kalau telah ditakdirkan dengan bukan akhawat, nak buat camne?

Ikhwah B: Mana boleh camtu. Betul jodoh pertemuan telah ditentukan Allah. Tapi di mana usaha manusia? Cukup dengan berserah saja? Memang Allah telah mentakdirkan jodoh kita, tapi manusia berikhtiar mencari jodohnya yang sesuai.

Ikhwah A: Bukan akhawat pun orang Islam jugak. Takkan tak boleh? Bukankah telah cukup syarat utama dalam hadis Nabi s.a.w. supaya pilih agama wanita tersebut untuk berkahwin?

Ikhwah B: Yang tu Islam secara umum. Islam belum tentu beriman. Iman pun tengok dulu tahap keimanan. Jika Islam sahaja, tapi imannya kurang, lebih baik pilih akhawat. InsyaAllah imannya lebih ok berbanding dengan bukan akhawat.

Ikhwah A: Kalau bukan akhawat ni kuat imannya, agamanya, ana rasa tiada masalah. Lagi senang kita ajak dia ke arah dakwah.

Ikhwah B: Enta boleh jamin ke tiada masalah? Enta yakin ia senang diajak ke arah dakwah? Ana yakin biar kuat agama sekalipun, belum tentu ia faham tugas dakwah. Berbanding dengan akhawat, ia sudah faham akan tugas dakwah. Jadi, insyaAllah, tak payah ajak ke arah dakwah. Akhawat dah memang faham tugas dakwah dan lakukan dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, sampai bila dakwah nak berjalan? Macam mana kita nak ajak bukan akhawat jadi akhawat? Bukankah kahwin dengan bukan akhawat ni salah satu usaha dakwah ke atas mereka?

Ikhwah B: Banyak lagi cara dakwah yang lain. Mengapa difokuskan kepada kahwin sahaja? Jika boleh dakwah pada isteri sekalipun, ia komponen yang kecil, hanya seorang sahaja. Kita nak dakwah ramai orang. Dakwah ni memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Isteri yang bukan akhawat, yang tak faham dakwah dah tentu komplen jika si suami yang mengorbankan masa dan tenaga kerana program dakwah. Dah tentu konflik akan berlaku.

Ikhwah A: Sebab itu persefahaman penting. Si suami perlu memahamkan si isteri yang bukan akhawat ni. Jika berbincang, insyaAllah tak berlaku konflik.

Ikhwah B: Konflik dan perbincangan itu pun dah ambil masa untuk diselesaikan. Sedangkan tugas dakwah kita makin banyak. Ini bukanlah membantu tugas dakwah si suami. Bahkan merencatkan lagi program dakwah si suami.

Ikhwah A: Dengan konflik dan perbincangan tu la yang akan mematangkan hidup dakwah si suami. Hikmah suami diperlukan dalam mendidik isteri yang bukan akhawat.

Ikhwah B: Enta ni serius ke nak buat tugas dakwah? Enta nak ke dakwah enta terjejas hanya kerana mengambil hati isteri yang bukan akhawat? Berapa ramai ikhwah yang akhirnya menyesal kerana mangambil bukan akhawat. Mulanya amat yakin untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat. Tapi, apa yang jadi? Si suami sibuk melayan karenah isteri. Bila dakwah nak berjalan apabila rumahtangga tak bahagia?

Ikhwah A: Enta boleh jamin ke berkahwin dengan akhawat akan bahagia? Tak semestinya. Kebahagiaan terletak pada kebijaksanaan si suami mengendalikan rumahtangga dan ketaatan si isteri. Jika bukan akhawat tu seorang yang taat pada perintah suami, dah tentu bahagia jugak. Si suami pun akan senang buat kerja dakwah.

Ikhwah B: Benar, berkahwin dengan akhawat belum tentu bahagia. Tapi majoriti yang berkahwin dengan akhawat, mereka bahagia dan lagi senang buat kerja dakwah sama-sama. Buat kerja dakwah sama-sama kan lebih bahagia? Cuba enta fikir, enta lebih suka yang mana satu: Akhawat yang meyokong dan membantu kerja dakwah enta atau pun bukan akhawat yang belum pasti membantu bahkan merencatkan lagi dakwah enta?

Ikhwah A: Kenapa kita “rigid” sangat? Seolah-olahnya kahwin dengan bukan akhawat tak boleh langsung. Jika si suami tu ikhlas mendidik si isteri untuk menjadi akhawat, dah tentu si isteri akan faham dakwah dengan izin Allah.

Ikhwah B: Bukan masalah “rigid”. Ia adalah fakta. Berdasarkan pengalaman ikhwah lain, kebarangkalian untuk “mengakhawatkan” isteri yang bukan akhawat adalah rendah. Bahkan berlaku sebaliknya apabila kebarangkalian ikhwah tu pula  meninggalkan medan dakwah adalah tinggi. Ana tak menafikan keikhlasan si ikhwah mendidik isteri yang bukan akhawat. Cuma kita perlukan pengalaman ikhwah terdahulu untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.

Ikhwah A: Ana berkeyakinan bahawa yang bukan akhawat boleh dididik ke arah dakwah selepas perkahwinan nanti, insyaAllah.

Ikhwah B: Ana tak dapat menghalang pilihan enta jika niat enta ikhlas. Ana mendoakan supaya enta diberi kekuatan untuk mendidik bukan akhawat. Cuma ana terfikir, jika ramai ikhwah berkahwin dengan bukan akhawat, siapa pula yang akan berkahwin dengan akhawat? Jika dapat suami yang bukan ikhwah, apakah nasib akhawat nanti untuk melakukan kerja dakwah?

Belum tentu akhawat dapat menjalankan kerja dakwah. Bahkan menjadi bebanan akhawat pula untuk mendidik si suami yang tak faham dakwah. Lebih teruk lagi, si suami yang bukan ikhwah ni akan menghalang tugas dakwah si akhawat ni. Na’udzu billah…

Bukankah ini menjadi satu kesalahan kepada ikhwah kerana berkahwin dengan bukan akhawat? Ikhwah membiarkan akhawat dikahwini bukan ikhwah menyebabkan tugas dakwah akhawat terhenti sedangkan dakwah tu wajib. Cuba renungkan.

Ikhwah A: Akhawat tu boleh saja menolak pinangan bukan ikhwah. Akhawat ada hak.

Ikhwah B: Bagaimana kalau bukan ikhwah tu adalah pilihan keluarga? Bukankah bapa akhawat tu wali mujbir yang boleh memaksa akhawat tu untuk berkahwin dengan bukan ikhwah?

Ikhwah A: Ia bergantung kepada kebijaksanaan akhawat untuk mengelakkannya. Sebagai bapa, sudah tentu ia menanyakan persetujuan akhawat tersebut. Tak guna bapa tu paksa jika hati anaknya tak bahagia.

Ikhwah B: Sampai bila akhawat tu nak menunggu? Tunggu ikhwah lamar, tak lamar-lamar pun. Takkan nak tunggu sampai jadi andartu? Akhawat pun seorang manusia yang inginkan sebuah rumahtangga.

Ikhwah A: Kan ramai lagi ikhwah yang akan melamar akhawat…

Ikhwah B: Jika semua ikhwah berfikiran begini, ana pasti banyak tugas dakwah & jamaah terbantut hanya kerana perkahwinan. Tugas dakwah ikhwah terbantut kerana berkahwin dengan yang bukan akhawat. Tugas dakwah akhawat pula terbantut kerana berkahwin dengan bukan ikhwah. Ini sangat membimbangkan.

Ikhwah A: Kita perlu fikir dari sudut positifnya… Ikhwah dapat berdakwah kepada isteri yang bukan akhawat. Akhawat pula dapat berdakwah pada suami yang bukan ikhwah. Jika peranan ini terjadi, ana yakin kerja dakwah & jamaah akan berjaya.

Ikhwah B: Mudahnya berbicara dengan teori sedangkan praktikalnya belum pasti begitu. Ini masalah perkongsian hidup hingga ke mati. Bukannya masalah macam bola. Boleh ditendang sana ditendang sini.

Ikhwah A: Emosi betul enta ni. Bagi ana, nak kahwin dengan akhawat ke, bukan akhawat ke, terpulang pada ikhwah. Jika seseorang tu yakin bahawa kahwin dengan bukan akhawat boleh membentuk rumah tangga Muslim, ana rasa tiada masalah. Berkahwin dengan akhawat bukan jaminan kita dapat membentuk 100% rumah tangga Muslim. Kenapa meletakkan kesalahan pada ikhwah hanya kerana tidak berkahwin dengan akhawat?

Jika akhawat berkahwin dengan bukan ikhwah, kesalahan bukan terletak pada ikhwah. Kesalahan terletak pada akhawat tu sendiri kerana terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapa dan tidak menyatakan pilihannya sebenar. Ibu bapa juga bersalah kerana tidak memilih lelaki yang beriman sebagai pasangan hidup akhawat tersebut.

Ikhwah B: Benar, ana tak jamin 100%. Tapi ana jamin 200%. Cuba lihat surah At-Taubah ayat 71. Lelaki beriman menjadi penolong kepada perempuan beriman dalam dakwah. Jika lelaki beriman tak tolong, apakah nasib perempuan beriman dalam dakwah nanti. Perkahwinan adalah salah satu pertolongan kepada akhawat untuk melancarkan kerja dakwah.

Ikhwah A: Ayat tu betul tapi tiada dalil jelas ikhwah wajib berkahwin dengan akhawat. Cuba lihat surah An-Nuur ayat 26 pulak. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Di kalangan bukan akhawat pun ada juga yang baik, punya kesedaran agama. Di kalangan bukan ikhwah pun ada yang baik dan beragama. Cuma kesedaran dakwah perlu diterapkan. Enta tak boleh nafikan ayat ini.

Ikhwah B: Nampaknya perbincangan kita dah jauh. Apa kesimpulan kita nak buat sekarang? Enta masih berpegang dengan hujah anta. Ana tetap berpegang dengan hujah ana.

Ikhwah A: Kesimpulan ana ialah… Dalam dakwah, berkahwin dengan akhawat adalah digalakkan. Takde la sampai wajib berdasarkan hujah ana. Namun, janganlah kita menafikan ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat. Jika ikhwah tersebut berkahwin dengan bukan akhawat, tetapi peranan dakwah & jamaah masih berjalan lancar, ana rasa no problem, go on. Bukan berkahwin dengan akhawat tu wajib tapi dakwah tu yang wajib.

Ikhwah B: Kesimpulan ana pula ialah… Ana merasakan berkahwin dengan akhawat tu adalah perlu untuk menjalankan dakwah bersama-sama. Lebih baik berkahwin dengan wanita yang sudah biasa dengan dakwah berbanding dengan yang belum ada pengalaman dakwah.

Ikhwah A: Kalau macam tu, apa kata ikhwah kahwin dua-dua sekali? Kahwin dengan akhawat dan bukan akhawat. Ikhwah berpoligami. Macam mana? Bagus tak idea ni?
Ikhwah B: Bagi ana, takda halangan. Lelaki ada kuota sampai empat, hehe… Tapi tengok juga pada kemampuan ikhwah tu.

Ikhwah A: Tapi akhawat rela ke?

Ikhwah B: Sebagai akhawat, mereka perlu faham dengan hukum Allah. Bukan masalah rela atau tidak. Mereka tak boleh halang poligami. Jika itu kehendak suami dan suami mampu serta masih meneruskan tugas dakwah, no problem.

Ikhwah A: Jadi enta setuju la kahwin dengan bukan akhawat? Haa… Kantoi. Tadi cakap lain.

Ikhwah B: Dari sudut poligami, ya, ana setuju. Yang penting mesti ada akhawat.

Ikhwah A: Wah, hebat enta ni! Nak kahwin dua pulak… Hehe…

Ikhwah B: Kita ni dah ke tajuk poligami ni. Dah jauh tersasar dari topik sebenar. Eh, bukan ke enta ada test esok?

Ikhwah A: Ha’ah. Tak perasan la pulak. Syukran ingatkan ana.

Ikhwah B: Itulah sibuk cerita pasal kahwin. Test pun tak ingat.

Ikhwah A: Untuk masa depan, hehe.. Enta pun apa kurangnya. Exam tak lama lagi, sibuk berhujah pasal kahwin. Mana ada dalam silibus subjek course enta?

Ikhwah B: Sama-sama la kita, untuk masa depan. Silibus ada, dalam silibus hidup :)

Wallahulam
Wassalam

Asyik-asyik Bisnes (?)

11/25/2008

Salam.

Sampai dari JB tadi dalam pukul 4.30 petang. Ala, bukan jauh sangatpun. Dah selalu sangat ulang-alik sebenarnya. Tapi sebab kali ni pergi konon-konon holiday tapi bukan holiday, jadi kitorang stay dekat hotel yang telah di bayar oleh UTHM. Banyak masa lepak dalam bilik je. Tak ada dah nak shopping-shopping ni. Aku pula, hari first je dah kesejukan. Mak kata aku dengan Uda sama je, tak boleh sejuk sikit. Entahlah. Dulu aku tak macam ni. Sekarang je badan aku tak berapa nak sihat sangat.

Hari pertama dekat sana, aku mandi dekat swimming pool. Haha! Nak bangga kejap. Sebab aku dah lama tak mandi dekat swimming pool. Sebabkan dah lama tak menyelam, dah lama tak berenang, memang sakitlah. Sikit-sikit termasuk air dalam hidung. Sikit-sikit tertelan. Manalah tak sakit malam tu. Memang tak laratlah. Tapi puas hati walaupun sekali je aku masuk sepanjang dekat sana. Adik-beradik yang lain, memang pergi hari-hari. Diorang senanglah, lelaki. Aku ni lecehlah. Perempuan, malu sikitkan. Dulu kecil-kecil tak apa lagi. Ni dah besar, macam segan sikit.

Dua.

Isya mesej tadi. Kata dah dekat BP, tengah cari hotel. Hehe! Welcome to Johor ye cik Isya. Mak ada beritahu, pak cik Burn nak datang. Asalnya aku takdelah expect anak-anak dia datang kot. Well, if they were probably only the youngest. Tak tahulah what she meant by ’satu family’ datang tu including Baem or not. Haha! I just don’t think he would be. Well, we’ll see tomorrow. Mak kata diorang singgah esok, Insyaallah.

2 days before, Adi message asked about the reunion. Sigh. I just don’t think that i really wanted to think about it right then. Entahlah. Aku boleh join, tapi tolong jangan minta aku uruskan. Percayalah, bahawa aku bukan seorang yang boleh dipercayai. Hehe.

Kalau ke Sepang jadi, maybe aku turun 2hb Disember, lepak dengan kak Ya. Itupun kalau kak Ya free. Kalau tak, lepak rumah member lainlah kot. Kalau takde juga, aku bertolak 3hb Disember je. Balik tu, ingat nak jumpa kawan-kawan lama. Kalau diorang ada, atau berkelapangan. Akupun bukan selalu pergi KL suka-suka nak enjoy. Kalau aku dekat sana, biasanya bersebab.

Sepang.. Sepang.. Fida.. Fida.. Selagi tak confirm, selagi tu tarikh tersebut tak boleh di sentuh. Bestkan? Sebenarnya aku tak adalah suka nak fikir benda yang memang tak berapa pasti lagi, tup tap plan tak terkena. Betul tak? Kesimpulannya, tak payah susah-susah fikir. Cuma kadang-kadang, kita perempuan ni terurus. Betul tak? Kalau jadi, takkan nak plan last minute. Betul tak? Kiranya, ada rancangan satu, rancangan dua, rancangan tiga. Ketiga-tiga tu macam alternatif. Lebih kuranglah.

Tiga.

Oh ya, pakcik aku ada dekat rumah ni. Esok pagi baru pulang ke Perak. Dia ambil barang anak dia. Anak dia belajar dekat UTHM. Anak dia tu sepupu akulah kiranya. Dia dah habis belajar, so nak ambil bawa balik barang-barang dia.

Eiii.. abang Atan dapat anak lagi bulan 1 nanti. Eiii.. geramnya. Mesti comel-comel macam maknya. Pandai-pandai pula tu. Hahaha! Tak bestnya makin ramai budak-budak ni panggil aku makcik nanti. Eiii.. tak kahwin lagi dah dapat gelaran AUNTY.

Empat.

Apa pendapat korang, kalau aku buat bisnes sewa baju?

Aku plan dengan Ash, nak sewakan baju. Aku akan uruskan penyewaan tu, dan dia akan uruskan bahagian modal. Maknanya, semua baju dia akan sediakan. Dia yang akan beli, dan dia yang akan order. Dia yang akan uruskan bahagian dealing dengan third party. Aku, duduk di bilik dan sewakan baju. Hehe. Mudahkan? Nampak macam mudah, sebenarnya tak mudahpun.

Baju yang kitorang plan, baju yang menutup aurat dan sopan. Contohnya, baju kurung moden ke, pasak gantung ke, jubah ke dan sebagainya. Dan baju-baju yang sesuai. Sesuai tu, aku kena tunggu Ash order baru aku tahu baju apa yang sesuai sangat tu.

Bisnes broadband tu, aku tak tahulah macamana. Nak beli pun tak dapat-dapat lagi. Nak buat bisnes? Susah juga. Tak apalah, itu aku fikir kemudian. Banyak sangat dah bilik aku jadi port berniaga semester depan. Habislah. Maaf ya, aku minat bisnes. Macamnilah jadinya. Bukan sebab aku obses dengan duit, tapi aku suka. Hehe! Mana tau, nanti aku dengan Ash boleh buka butik dekat UiTM Segamat ke. Iyalah, jangan terkejut. Aku hantar kertas kerja ke. Mana tahu, pengarah kita yang baik hati terus bersetuju. Hehe!

Oklah, aku nak mengundur diri dulu.

Selamat beristirehat Kausar. Selamat malam, siang, pagi buat pembaca sekalian. =)

Wassalam

Short Holiday

11/21/2008

Salam.

So here I am. Currently enjoying the days of break semester less than a month. Very annoying.

Next week, ada ISK dekat JB kot. Entahlah, cakap pasal ISK je aku rasa macam dah bosan dengar. Entah berapa puluh kali aku dah attend pengisian yang sama dari macam-macam jenis presenter. Bilalah nak IPK pula. Kadang aku rasa macam budak sekolah menengah sedang belajar dalam kelas sekolah rendah. Bukan nak berlagak pandai, cuma mengharapkan sesuatu yang lebih. Betul, kita lupa dan perlu diingatkan. Tapi kalau asyik ulang benda yang sama je, sampai bila otak aku nak berkembang. Betul tak? Lagi baik aku pergi program lain, yang aku takda pengisiannya lagi. Aku rasa lagi baik bagi peluang dekat orang yang tak pernah dengar apa itu ISK.

Kadang aku pelik. Dalam masa seminggu, ada banyak program. Yang sepatutnya ikut ISK (sebab tak pernah ikut), tak ada pula nak ikutkan? Lepastu pergi program lain yang entah berapa kali dia join. Pelik tapi itulah hakikatnya. Adakah manusia ni terlalu obses dengan satu program sahaja?

Aku tanya mak, asyik ISK je, tak boring ke? Mak diam je. Maybe dia faham, aku dah attend dari umur 16/17 tahun. Sekarang dah 21 tahun. Biarlah. Aku pun tak tahu nak pergi ke tak. Katanya 4 hari, macam menarik. Tapi masa first time pergi ISK pun 3 - 4 hari juga. So, tak hairanlah ambil masa sebanyak tu. ISK dulu pun ada 2 sesi. Well, we’ll see next week macam mana. Aku bukan jemu nak mencari dan menuntut ilmu, aku harap ada yang faham.

Dua.

3,4,5 Disember ada bengkel kat Sepang. Tak tahulah jadi ke tak.

14,15,16 Disember ada kursus JPK. Entah dekat mana akupun tak tahu. Berapa kali kena pergi pun aku tak faham. Cuti semester yang pendek ni pun kena pergi kursus lagi.

17,18 Disember kursus PM. Eiiiiii.. fikir balik macam malas betul.

20 Disember student baru masuk.

20,21,22,23,24 Disember Minggu MMS. Eiiiiiii.. ni lah minggu yang paling memenatkan dan mencabar emosi, fizikal dan segala macam dugaan.

25,26 Disember pendaftaran.

Aku cuti? Hari tu start cuti 18 November, balik nanti 13 Disember. Wah, lamanya cuti. Macam dekat setahun je rasanya.

Tiga.

Kalau lesen memandu aku settle, settlelah segala masalah aku. Arghhh!! Tapi tak settle lagi. Semuanya salah aku. (Hehe!)

Hari ni nak pergi JB. Mak beritahu, abah ada bengkel. Mula-mula aku ingat dekat Melaka, yelah biasa kursus abah semua dekat Melaka. Rupanya dekat JB je. Dalam Johor juga. Aduh. Tapi tak apa. Boleh shopping. Mak kata nak bawa kitorang shopping. Yeay!

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai. Kalau dekat sana ada wireless, bolehlah aku update ya. Laptop aku ni tak boleh tinggal. Tidur malampun kena buat peluk. =)

Oklah. Sampai sini dulu.

Wassalam.

Penangan Rombakan

11/17/2008

Salam.

Sepatutnya balik rumah hari ni. Tapi penat sangat. Malas nak balik lagi. Jadi, lepaklah dekat bilik semalaman. Esok petang Sha minta tolong boyfriend dia hantarkan aku ke bus stand. Iyalah, bas takda esok. Terpaksa. Aku tak ada niat nak tulispun, tapi aku tulis sikit jelah ek.

Pasal rombakan bilik tu, ramai sangat sedih. Ada yang menangislah. Dahsyat jugalah penangannya. Tak adalah, mungkin aku tak dapat nak rasa apa yang diorang rasa. Wing kamceng dan sebagainya. Entahlah. Maybe sebab aku ni jenis berkawan dengan semua orang kot. Kamceng tak kamceng, biasa jelah. Memanglah sedih, nanti mesti boring tak dapat borak macam dulu. Tapi, tak apalah. Nanti maybe jumpa kawan-kawan baru yang lebih memahami ke (ada ke?). Huhu.

Aku cuma haraplah, jangan terlalu tension sebab rombakan bilik ni. Jangan semester hadapan salahkan kedudukan bilik ni bertukar sebab tu kita berubah jadi malas dan sebagainya. Jadi diri sendiri. Kalau nak belajar dengan kawan-kawan, pergilah belajar sama-sama. Tak semestinya kena duduk satu wingkan? Nak buat assignment ke dan sebagainya. Kalau kita rasa mudah satu grup assignment dengan kawan-kawan satu wing, kita tak tak tahu semester ni ada kawan-kawan yang grup assignment jauh-jauh. Kita appreciate kelebihan tu. Sekali-sekala semester ni kita cuba rasa apa yang kawan-kawan kita rasa.

Dari segi kamceng, semua tu masih boleh di jaga. Janganlah bermasam muka sebab di asingkan ikut pointer je. Manis-maniskan muka masing-masing. Bukan salah kawan-kawan kita benda macamni nak berlaku. Semua ni ada banyak hikmahnya. Mungkin lepasni kita dapat study lebih tekun sebab nak dapatkan 2 pointer ke. Atau kita dapat kenal orang lain yang lebih baik, atau lebih ngam. Mana tahu. Semua tu atas ketentuan dan kehendak Allah. Andai negetif yang kita terima (nauzubillah), mungkin itu ujian. Jangan anggap sebagai malang. Jadi diri kita sudahlah. Tak payah nak jadi orang lain bila jumpa orang baru. Orang lain pon macam tu juga.

Mungkin sebab kita kurang bersosial dengan orang ramai. Kita kawan dengan orang yang sama je. Alhamdulillahlah, aku tengok kebanyak JPK positif thinking. Especially Ijah. Kalau boleh dia taknak duduk satu wing dengan orang dia kenal, dan taknak duduk sebilik dengan orang yang dia kenal. Haha! Aku sebenarnya nak buat macam tu juga. Tapi aku fikir, dah 3 semester aku tak pernah dapat rumet yang kamceng. Masa part 1 je. Itu yang aku nak ambil kesempatan cari rumet sendiri. Maaflah sahabat-sahabat, ini kelebihan JPK. Semester depan minta jadi JPK ye. Insyaallah aku boleh sokongkan.

Itu jelah. Banyakkan bersabar kawan-kawan.

Wassalam.

« Previous entries