2R

09/29/2008

Ramadhan 2 Zaman - The Zikr

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

Salam.

Jumpa lagi. Hari ni kita nak berceloteh pasal Ramadhan dan Aidilfitri. Mana lagi meriah? Mestilah ramai kata raya lagi seronok. Betul? Bagi kanak-kanak, rayalah masa untuk mengumpul duit yang banyak. Raya pertama pagi-pagi saja dah ada kanak-kanak datang rumah. Jamah makan sikit je. Beriyalah beraya macam kenal, tapi tak kenalpun. Yang penting, duit dapat. Hehe! Seronok ya begitu?

Malam 1 Syawal, masa tu makcik pakcik nenek atuk semua sibuk menghias rumah. Wah, nak raya esok. Langsir tukar. Cadar tukar. Alas meja tukar. Lampu-lampu kelip nak di pasang. Pelita kena ada. Memang meriahlah pendek ceritakan?

Tetapi, ramai tak tahu. Malam itulah sebenarnya malam yang sangat beruntung jika kita memperbanyakkan amalan ibadah kita. Kenapa? Malam tersebut adalah malam di mana semua langit terbuka. Masa nilah segala macam doa dan taubat kita mudah untuk sampai terus ke langit paling atas. Tak perlu nak melalui malaikat di setiap langit. Lagi seronokkan? Tak nampak sekarang, kesannya akan datang InsyaAllah. Jadi kakak abang semua, marilah kita mempersiapkan doa dan amalan ibadah kita pada malam 1 Syawal tersebut. Sepatutnya, kerja siap-menyiap tukar langsir tu di buat sebelum Ramadhan. Segala yang baru biarlah di sambut bersama-sama dengan Ramadhan. Kita sunat memakai baju baru semasa hari raya, tetapi sunatkah menukar semua benda baru? Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya membazir.

Takbir raya kita juga sangat mengantuk. Perasan? Sangat sedih kalau dengar, bukan? Cuba pasang mana-mana takbir raya di Malaysia, memang sedih. Tak ada tanda-tanda kemenangan langsung. Bukan apa, kadang-kadang generasi kita tidak di ajar apa gunanya takbir raya di pagi hari tu? Saja suka-suka sebab nak sembahyang raya? Sebenarnya, takbir tu tanda kemenangan selepas mengharung sebulan Ramadhan. Tanda kesyukuran. Bukankah di sebut, Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Seronokkan dapat bertakbir dengan penuh semangat? Takbir raya di UK, lain tau!

Bila tiba raya, aku teringat saat-saat 4 tahun beraya di UK. Sangat meriah. Walaupun tak ada rancangan televisyen berkaitan dengan raya, tetapi ikatan sesama saudara seIslam sangat rapat. Kalau di Malaysia, kita di suapkan dengan rancangan televisyen yang pelbagai. Anak-anak tak nak layan tetamu. Nak tengok tv. Begitukah etika yang patut kita pamerkan pada tetamu? Apakah yang telah dididik oleh media terhadap anak-anak zaman sekarang? Nak keluar beraya menziarah saudara-mara pun susah. Kenapa? Nak tengok cerita REMPIT. Patutkah? Bila tetamu datang, televisyen menjadi sajian utama agaknya. Bosannya beraya macam ni! Kita datang nak berbual sebab sebelum ni tak pernah ada masa untuk berjumpa. Dah jumpa, kau hidangkan aku dengan cerita mengarut ni? Wah, mewahnya televisyen rumah kau.

Mungkin di UK fenomena ni terbawa-bawa oleh orang melayu. Bila kami datang beraya je, adalah video cerita melayu di tayangkan. Kadang-kadang memang meriah jugalah. Tetapi, kadang-kadang tu tak seronok juga. Adik-adik kita beriya taknak balik sebab nak tengok cerita tu sampai habis. Mana boleh! Kita kan nak beraya rumah orang lain lagi? Apalah salahnya masa kawan-kawan datang berziarah buat sesuatu yang boleh memeriahkan suasana.

Kalau di UK, kanak-kanak tak dapat duit, tapi dia dapat MAINAN! Wah, mana best? Mainan ke duit? Mestilah mainan. Hehe! Kalau dekat UK dapat duit pun berapalah sangat kan? Currency terlalu tinggi, jadinya sayang nak bagi duit. Mainan ni biasanya di beri oleh orang-orang seperti Arab atau Pakistan. Kalau Pak Melayu ni, bagi makanan jelah. Bawa balik ya? Oklah tu, kadang-kadang dapat jajan. Ok pe? Hehe!

Macamana ya nak merasa semula kemeriahan raya di UK di bawa ke Malaysia? Sukar rasanya. Kita Malaysia, beraya bagai nak gila. Di UK beraya secara sederhana. Bukan sebab kita ada mat salleh di sana, tetapi sebab adatnya memang begitu. Di UK, kemeriahan adalah semasa Ramadhan. Kalau nak rasa meriah di bulan Ramadhan, bertemulah dengan makcik-makcik Arab atau Pakistan. Kalau Melayu, mungkin kurang sikit kot. Kenapa? Sebab memang begitu adatnya.

Oklah, semoga amalan kita melimpah ruah di dalam bulan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi ni. Ramadhan kali ini, lebih baikkah daripada Ramadhan lepas? Anda saja yang boleh menjawab. Di harapnya umur kita masih panjang untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang supaya dapat memperbaiki malam-malam dan siang-siangnya lebih baik dan lebih indah.

Segala kesalahan tersalah kata dan ayat, maafkan penulis. Penulis hanya insan biasa yang barangkali terlajak emosi atau tersalah makna yang tersirat dari apa yang cuba di sampaikan. Sempena hari yang mulia ini, moga amalan kita di bulan Ramadhan ini di terima Allah dan teruskan mencari ruang beramal pada malam-malam Ramadhan yang tinggal sedikit sahaja ini.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wassalam.

Sedapnya KEK

Salam.

Sekarang ni tengah cuti. Cuti-cuti raya. Dapat cuti seminggu. UiTM kan baik hati. Dia jadi tak baik bila study week tiba, dapat cuti 4 hari je. Tak macam dulu, study week seminggu. Nama pun study WEEK kan?

Adalah sedikit semangat untuk buat kuih raya. Tapi, tiba-tiba aven merajuk dengan mak. Haha! Mak, jangan marah ya. Kesian mak. Semangat nak buat kuih raya hari ni, aven buat hal pula. Terpaksalah tak buat kuih raya. Tapi, mak kata nanti buat kuih cornflakes je, tak payah pakai aven. Oh, dan yang wajib buat setiap tahun kek batik lapis marie.

Ok, hari ni aku nak kongsi bersama anda-anda yang rajin untuk ke dapur mencuba resepi yang tak adalah baru, tapi kaedah yang berbeza. Masak kek batik ni tak memerlukan aven. Hanya perlu ada dapur untuk memasak je. Mudah bukan?

Antara bahan-bahan yang di perlukan:

- 6 biji telur
- 1 buku mentega (biasanya 250 gm)
- 1 cawan milo/koko (kalau ikut aku, apa-apa pun boleh asal ada perisa)
- 1/2 cawan horlicks/nestum/cornflakes (pastikan kalau letak cornflakes di hancurkan tau)
- 3 camca besar coco (coco ni dan koko atas lain tau. koko atas koko minum. coco ni coco khas buat kuih)
- 1 tin susu pekat
- 2 tin susu air suam
- 600 gm biskut marie

Cara-cara untuk buat kek batik lapis marie ni:

Aku terangkan mengikut step aku sendiri. Berbeza dengan buku sedikit supaya anda-anda mudah nak faham proses sebenar.

Mula-mula anda masukkan bahan-bahan yang mudah-mudah belaka. Oh ya, sediakan satu bekas ala-ala macam nak bancuh milo untuk satu keluarga.

Masukkan milo, horlicks dan koko. Kacau rata. Bahan kering je ni.

Kemudian masukkan yang basah-basah belaka. Masukkan susu pekat. Kacau bancuhan tadi.

Tin susu pekat tadi jangan di buang terus, masukkan air suam dalam tu. 2 kali ok? Jadilah 2 tin susu air suam. Kacau sampai rata bahan-bahan yang dah di campurkan. Nampak sangat pekat jugalah. Baunya sangat best. Kalau tak best tu, maknanya silap buat. (Senang macam ni mana mungkin tersilap).

Milo dah siap?

Seterusnya kita pukul 6 biji telur tadi. Pukul sampai kembang tau. Nanti tak kembang tak best pula.

Telur dah siap?

Sekarang, letakkan kuali agak-agak boleh masukkan bahan-bahan tadi beserta dengan 600 gm biskut marie ke dalamnya. Jadi, janganlah letak kuali kecil pula! Bukan nak masak sayur untuk anda sorang tau. Panaskan kuali, pasang api sederhana. Jangan besar sangat, bahaya!

Tak payah tunggu kuali panas betul, masukkan je mentega tadi. Semua tau! Kalau nak mudah, kerat-kerat bagi kecil sedikit. Lagi cepat melebur si mentega tadi.

Mentega dah cair, masukkan bahan-bahan yang telah di bancuh tadi iaitu bahan-bahan milo, horlicks, koko, susu pekat, dan air suam. Pastikan api di perlahankan sedikit. Kacau bahan-bahan tadi sehingga pekat. Sebelum tu, masukkan telur. Barulah kacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tadi menjadi rata dan pekat.

Macamana nak tahu dah pekat ke belum? Mudah saja, agak-agak dia tak berair macam yang awal-awal tu, pekatlah jadinya. Hehe!

Bila dah betul-betul pekat, masukkan biskut marie. Jangan lama-lama tau biskut marie dalam kuali. Nanti lembik tak sedap. Gaulkan hingga rata bersama coklat yang pekat tadi. Tutup api.

Sediakan satu bekas. Dua pun boleh. Tengoklah berapa banyak yang boleh di muat. Kalau aku biasanya guna 2 bekas segi empat tepat. Kadang-kadang tu tak tahu kenapa sampai berlebih-lebih kena tambah lagi satu bekas. Hehe! Pastikan bekas tu di sapu dengan minyak atau mentega supaya kek marie tersebut tidak melekat apabila sudah keras. Untuk penjimatan, gunakan semula saki-baki mentega yang melekat pada pembalutnya.

Tonggang campuran di dalam kuali ke dalam bekas-bekas tadi. Pandai-pandailah ya nak masukkan macamana. Takkan itu pun nak ajar kan?

Dah siap?

Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam. Biasanya aku simpan sepanjang malam. Malam buat, esok pagi baru makan. Sedapnya! Marvelous!

Selamat mencuba! Dan selamat menjamu selera.

Andai kata anda ada cadangan kuih atau kek tanpa memerlukan aven, beritahulah ya. Bolehlah aku mencuba alang-alang aven tak boleh guna ni. Beli kuihlah jawabnya nanti.

Wassalam.

Cinta Pupus

09/28/2008

PUPUS - Firdaus (ft Faizal Tahir)

pertemuan yang ku idam
masih belum bersua
perpisahan yang ku takutkan
hadir sudah tiada ku pinta
harapan pudar mati tuk mencari lagi
bagai lilin yang menerangi
lalu padam jua

apalah yang mampu ku beri
agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
tak mampu ku mendusta hati ini lagi

cinta yang tersulam tulus
ku rasakan pupus
hingga ada terluka
pada setiap bicara ku
kasih yang mengukir mesra
hilang dalam tawa
namun ingin ku semula
merasai nikmatnya

mampukah rayuanku ini
membuatkan ia kembali
setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci
hadirkanlah sekali lagi cuma
agar bernyawa cinta semula
maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini

Andai kuTahu

09/21/2008

Salam.

Andaiku Tahu - Ungu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Terasa malasnya nak balik ke UiTM. Semangat tak ada. Tapi kenalah balik juga. Esok ada presentation. Khamis pun ada Insyaallah. Aduhai, banyaknya benda. Malas sangat-sangat.

Raya pun sekejap je. Mak dan abah nak pergi Mesir. Sedihlah raya macamni. Maybe aku balik UiTM awal kot nanti. Sebab taknak semua orang balik sekali arung. Biar hari ni aku balik, esok Achik balik, lusa Uda pula balik. Barulah tak berserabut nanti Abang Long. Harapnya semua berjalan lancar sepanjang mak dan abah pergi Mesir.

Aku ada perancangan baru untuk masa depan. Cewah. Yelah, bila hidup dah berubah, kita kena cepat-cepat fikir apa perancangan nak buat lepasni. Sebelum ni plan aku berbeza sedikit, tetapi aku dah tukar fikiran atas sebab-sebab tertentu yang menimpa aku.

Lepas Diploma aku plan nak jadi cikgu saja. Jadi cikgu senang sikit. Bolehlah aku buat business plan petang-petang atau malam. Jadi cikgu tak payah kerja sepanjang hari, betul tak? Maybe, nak tolong mak buka restoran. Dulu, kak Rin pernah cakap, mak dulu selalu masak macam banyak-banyak sekali. Nak turunkan pada anak-anak dia, tapi anak dia pula malas memasak, akulah tu. Jadi, mungkin ini jasa yang aku boleh buat untuk gembirakan mak aku. Lagipun aku memang suka ala-ala business ni.

Sambung degree? Entahlah. Aku tak fikir lagi untuk sambung. Bukan aku dah bosan menuntut ilmu, dalam dunia ni ada macam-macam ilmu boleh belajar selain daripada berada di dalam universiti. Duduk terperuk dalam universiti pun, general knowledge tak berkembang, buat apa? Bukannya ada LI. Tak seronok dan tak ada adventure. Sekadar membaca buku, exam dan sebagainya. Rasa tak best pula. Cukuplah kot. Tapi, masing-masing ada pendapat sendirikan?

Oklah, aku cuma ada satu cita-cita. Segan pula nak cakap. Yang penting sekarang, kejar apa yang kita inginkan. Selalu fikir apa yang kita nak capai. Biar berangan seiring dengan usaha. Bukan angan-angan kosong tapi usaha tak nak. Ok? Doakan kesihatan aku bertambah baik. Buat masa ni, aku masih gatal sikit-sikit. Batuk tiba-tiba datang balik. Tu jerlah. Semoga sahabat sekalian berjaya dunia dan akhirat. =)

Wassalam.

Rungkai Terbuku

Salam.

Jika hari ini aku menangis, akan adakah tangisan hari esok? Jika aku berduka hari ini, adakah kanterubat di esok hari? Andai dunia ini tidak adil, adakah 2 sifat bertentangan itu wujud?

Mengenang kisah silam, merungkai yang terpendam di jiwa, sangat payah. Menyulam janji-janji manis, mencamtun suara-suara merdu, agar terbentuk lukisan benar, nyata, idaman setiap manusia. Tetapi, semua itu lamunan kosong. Tak bisa jika tiada usahanya, tak rela tanpa redha-Nya. Susunan kehidupan begitu nyata pada takdir-Nya. Cuma sekalung doa belum berubat ke alam realiti sebenar-benarnya. Manusia tiada sabar, tiada sabar mendamba yang hakiki, menyakini cinta Ilahi seiring cinta duniawi.

Diam-diam hati tercarik luka. Meragut setiap kesempurnaan yang tersedia indah. Kini, yang indah sudah pudar. Sirna memukau kehidupan di dunia. Benarkah ini teorinya? Benarkah ini yang di harapkan? Egois tidak mengenal tuannya, egois tidak mengharap balasannya, egois hanya penuh pada kebencian dan kesesalan kemudian. Sungguh, puncanya tiada hujung dengan egois.

Hari ini, sesak bermandi nanah yang berluka parah hampir bermaharajalela. Sudah lama tertikam dek kata-kata manis, tiada masam atau cukanya. Tiap yang terukir pada bibir itu hanya susunan yang di atur rapi, kemudian hilang berterabur membawa diri. Tiada janji, tiada saji dan tiada kaji. Semuanya bagai air mengalir lurus tiada arah cumanya mengikut teka-teki tebing bermain di setiap perjalanan. Ada hujungnya, maka disitulah penamatnya. Tiada hujungnya, bergeraklah sehingga tiada lelah terasa melengkap diri.

Sudah cukupkah bersyukur? Atau tiada syukur langsung terniat pada sang hati? Kesempurnaan itu tiada, maka bagaimana ingin bersyukur? Perlukah mengecapi sempurna baru mengerti apa itu syukur? Atau kesyukuran itu hanya layak pada yang sempurna segalanya? Sungguh bersyukur, sungguh sempurna. Sempurna tanpa syukur apa layaknya? Syukur tanpa sempurna benar ikhlasnya.

Palingkan kata di hadapan cermin, dan aku terasa silauannya mencecah mata. Sedih tak sedih, sepi tak sepi, hidup harus di teruskan selagi bernyawa. Cinta tak cinta, rindu tak rindu, semuanya hanya milik Allah kehendak-Nya. Doa dan tawakal, minta dan meminta, selagi terdaya aku membawa diri.

Subhanallah, Alhamdulillah. Tuhan Maha Mengetahui yang terbuku.

Wassalam.

« Previous entries