Secerah Peluang

08/24/2008

Salam.

KnL ziarah hari ini, sekali lagi di tangguhkan. Moga selepas ini, perjumpaan akan berjalan dengan lebih baik, insyaallah.

Hari ini aku pulang dalam keadaan hendak tak hendak. Asalnya aku taknak balik hari ini, alang-alang KnL ziarah ke Batu Pahat. Tetapi, lewat malam tadi dapat mesej mengenai perubahan jadual. Dalam hati aku, subhanallah. Maha Suci Engkau yang penuh dengan ujian. Pagi tadi aku khabar pada mak perubahan jadual. Mak kata, balik Ahad saja. Tergesa-gesa balik hari ini.

Hujan di luar lebat. Aku risau. Telefon cepat ekspress, tiket habis. Risau lagi. Takut nak naik bas sambung-sambung. Selalu bas Yoe Hoe ni, buruk. Dahlah buruk, tingkap bocor. Aduhai. Hati aku terasa berat. Namun, aku fikir inilah peluang aku untuk bertemu adik-adik baru. Inilah peluang aku untuk sampaikan apa saja ilmu yang pernah kita perolehi. Inilah satu-satunya peluang untuk bersama dengan mereka, merapatkan diri dengan mereka. Jangan lepaskan!

Sebenarnya, aku berharap untuk bersama-sama menjayakan sukan JIM bahagian selatan. Tapi, apakan daya. Mungkin bukan tahun ini.

Dua.

Teman aku, seorang naqib bertanya. Siapa ahli Persiha pergi demo? Nak kena basuh dengan ana. Maaflah, aku tak suka statement begini. Kenapa dengan demo? Sebab pro-kerajaan? Biar apa orang fikir, biar apa orang tanggap, biar apa orang kata kita di permainkan dan di perbodohkan. Daripada kita berdiam diri, ada peluang kita bangun. Masa hadapan, kita ada bukti bahawa UiTM pernah mengadakan demo. Jadi, masa hadapan tidak ada alasan untuk kata TIDAK BOLEH kepada demostrasi pelajar-pelajar UiTM.

Fikirlah jauh. Fikirlah panjang. Fikirlah peluang.

Tiga.

Presiden kata, ana rasa sudah masanya kita perkenalkan KARISMA pada pengarah. Aku setuju. Aku akan emel pada pengarah. Aku akan minta tolong Mia, boleh? Kalau boleh nak rujuk kertas kerja yang akhawat dan ikhwah dulu-dulu pernah usulkan tetapi tidak mendapat sambutan.

Untuk perancangan KBM akan datang, kami akan adakan sedikit kelainan. Kami akan menjemput orang-orang besar untuk hadir. Biar mereka buka mata dan lihat, apa itu KBM sebenarnya. Jadi, nantikan kehadiran mereka. (Uih, kertas kerja tak hantar lagi dah cakap beriya-iya. Hehe! Insyaallah, doakan segalanya di permudahkan.)

Empat.

Rindu berada di rumah. Teringin nak makan ikan keli bakar perisa tanduri lagi. Sedap mak masak.

Sekian. Wallahualam.

Enam Untuk Empat

08/22/2008

Salam.

Pernah atau tidak, sesekali bila tengah menulis panjang lebar mengguna pena dan kertas, tibat-tiba SALAH. Mukaddimah dah cantik, badannya saja ada calar-calar. Bila aku sendiri lalui begitu, terasa macam nak highlight ayat-ayat yang salah, dan DELETE segera. Kemudian gantikan dengan ayat-ayat baru. Iya, seolah-olah kita sedang menggunakan microsoft word.

Begitu juga dengan hidup kita. Semasa bayi, kita tidak tahu apa-apa. Kita sempurna. Kita lalui kehidupan sebagaimana ibu bapa kita hendakkan. Meningkat kanak-kanak yang sudah mula bertatih, mula meragam. Itu tak mahu, ini tak mahu. Ibu bapa layankan saja. Kadang-kadang kena cubit, degil sangat. Buat perangai di tempat awam dan menyusahkan mereka. Sudah remaja, tunjuk bijak dan pandai. Sudah dewasa, ingin bawa haluan sendiri tidak mahu ikut kehendak ibu bapa.

Sekali-sekali dalam kehidupan kita sepanjang kita hidup, pasti ada cacat celanya yang kita tidak mahu diungkit. Pasti ada sesuatu yang kita rasa ianya tidak patut wujud dalam hidup kita. Tetapi, itu semua adalah perjalanan hidup kita, hidup yang kita telah pilih dan mustahil untuk terpadam semudah memadamkan tulisan pensel di atas kertas. Tidak semudah kekunci backspace dan delete. Apabila di tekan, maka terpadamlah ayat-ayat yang cacat itu. Jika wujudnya kemudahan begitu, maka robotlah kita jawabnya. Semudah itu jugalah perasaan manusia boleh dan mampu terkawal. Maka tidak akan adalah kejadian yang pelbagai berlaku hari ini sesama manusia. Manusia sudah tidak ada perasaan dan kehendak.

Dua.

Suatu petang, aku duduk di sini seperti biasa. Membaca, menaip dan berbual antara laptop ke laptop yang lain. Achik ingin menunaikan solat Asar. Biasanya ruang tamu di sini menjadi tempat solat Achik dan Adik. Aku memandang Achik. Dia sedang berdiri tegak membelakangkan aku dan menghadap kiblat. Aku sengaja menyentuh tangannya.

“Achik, akak terpegang tangan. Sorry. Tak sengajalah. Batal air sembahyang.”

Achik muka macam biasa. Terkejut tidak, marahpun tidak. Jadi, aku sangka dia tahu bahawa aku sedang bergurau. Rupanya lain jadinya. Dia pergi ke bilik air. Aku tanya, nak buat apa? Ambil air sembahyang ke?

“Ya, kenalah ambil air sembahyang. Akak kan perempuan. Tersentuh kulit sama kulit, batal.” Jelas dia.

Aku tergelak lucu.

“Achik! Akak gurau saja. Mana ada batal. Kitakan adik-beradik. Mana boleh batal air sembahyang. Tak payahlah ambil air sembahyang lagi. Tadi punya tak hilang lagi, masih sah.”

Achik terdiam. Dia mundar-mandir tidak berpuas hati. Aku tak kisah jika dia ingin ambil semula air sembahyangnya kerana tidak yakin, tapi dia perlu tahu kebenaran. Ya, di sebabkan aku seorang sahaja perempuan dalam adik-beradik kami, pengetahuan dia berkenaan masalah ni kurang. Aku tidak hairan. Sesuatu perkara biasanya akan sentiasa ingat dalam minda kita apabila ia pernah berlaku dan pernah di praktikkan. Jika jarang dan tak pernah, mungkin keyakinan tak ada walaupun secara teorinya kita telah di khabarkan sedari kecil lagi.

Contohnya. Di UK, aku tidak pernah solat menggunakan telekong atau kain sembahyang apabila melancong ke mana-mana. Jarang sekali aku membawa telekong. Bukan apa, bila nak melancong, pakaian perlu banyak. Untuk mengurangkan beban, tak perlu bawa telekong. Lagi-lagi jika aku menaiki bas ataupun keretapi. Jadi bila solat, solatlah sebagaimana pemakaian kita ketika itu.

Aku memegang prinsip, baju yang menutup aurat adalah baju yang boleh di gunakan untuk menunaikan solat. Jika baju tersebut menampakkan lengan kita, maka ianya belum cukup untuk menutup aurat. Jika solat kita memakai telekong, tudung yang labuh sehingga menutup lengan, mengapa di luar solat kita memakai tudung yang boleh menampakkan dada? Jadi, sempurnakah pemakaian kita dalam konteks ingin menutup aurat?

Sampingan saja. Apa yang aku nak ceritakan di sini, apabila aku tiba di Malaysia, cara begini jika aku buat di Malaysia mereka memandang pelik. Bukan aku tak pernah buat, banyak kali. Tetapi kadang-kadang, aku jadi kurang yakin apabila orang memandang semacam. Bukan apa, aku terfikir. Kain aku koyakkah sehingga solat aku di pandang pelik oleh yang lain? Tudung aku terlalu pendekkah? Stokin aku koyakkah? Apa yang mereka fikir? Bila solat di surau bersama sahabat-sahabat, waktu maghrib pasti penuh. Telekong pun tinggal satu atau dua sahaja. Jadi, aku bagi laluan sahabat-sahabat untuk menyarung. Aku akan pakai apa yang aku sedang pakai. Hendak tunggu giliran? Kalau semua solat laju tak apa. Nak pakai telekong pun ambil masa.

Jadi pokoknya, apa yang kita belajar secara teori ini memang mudah. Tetapi, untuk mengamalkannya amat sukar. Sama juga, kita sangat mudah pergi ke kelas agama, usrah, majlis ilmu, dan sebagainya, tetapi berapa peratuskah yang kita ambil dan amalkan dalam hidup kita daripada apa yang kita dapat dalam ilmu agama tersebut? Sukar untuk laksanakan bukan?

Dalam Marketing, kita belajar mengikut konsep dan teori. Tetapi, pensyarah selalu pesan. Apabila kita berada di dunia sebenar, teori ini sudah tidak boleh di pakai. Apa saja kemungkinan boleh berlaku. Ini adalah konsep marketing dan management yang boleh berubah mengikut keadaan. Ia tidak sama dengan konsep saintifik dan matematik yang tetap. Mengikut sunnatullah.

Tiga.

Anda tengok cerita Ezora? Banyaknya anak haram dalam cerita tu. Banyak-banyaklah beristighfar. Ambillah pengajaran dan jangan sekadar tengok sahaja tanpa sebarang iktibar dan pedoman untuk di jadikan dalam hidup.

Empat.

Semalam aku tengok satu cerita ni, cerita orang putih. Cerita seorang budak ni kena rasuk. Aku tak tahu nama ceritanya. Masalah RTM 2 ni, dia tayang cerita. Dia bagi tajuk masa awal-awal je. Lepas iklan, dah tak nak beritahu tajuk cerita. GERAM. Berbalik kepada cerita tadi. Cerita tu macam sangat bestlah. Nampak real. Tapi, cara kamera shot pada lakonan sangatlah tak professional. Sungguh sakit kepala dan berterabur. Macam orang pegang kamera, nak buat diari kehidupan. Bergegar-gegar.

Bukan itu aku nak cerita sebenarnya. Apa aku nak cakap dekat sini, kejadian rasuk di kalangan orang putih ni kurang agaknya. Aku tak tahu sangat pasal ni. Cuma, susahlah nak dengar. Bak kata seorang kawan, di UK susah nak jumpa hantu sebab orang-orangnya memang hantu pun. Huhu. Bukan aku yang berkata begitu, tetapi seorang sahabat. Mak aku cakap, orang putih ni spiritual mereka kurang. Tak percaya sangat. Benda-benda rasuk ni bagi mereka mengarut. Sebab tu mereka banyak PROFESSOR. Professor ini akan membuktikan bahawa tidak ada makhluk halus wujud di dalam dunia ini. Maka, cerita-cerita ada makhluk duduk di dalam tubuh manusia itu adalah karut-marut bagi mereka. Begitulah ceritanya.

Iyalah, kalau kita orang melayu, benda-benda ni macam dah selalu sangat dengar kan? Setiap hari dengar. Kadang-kadang dekat tempat kita belajar pun ada dengar. Budak-budak depan bilik aku pun selalulah kena. Alhamdulillah, kalau adapun tidaklah seteruk mana kot. Takkanlah budak-budak ni ada penyakit epileps pula. Sebabkan, mengikut cerita semalam, ada doktor-doktor ni kata, pesakit yang dia ada nampak benda bergerak tu semua adalah masalah epileps. Sejenis penyakit. Entahlah, aku tak mendalami lagi ilmu tersebut. Kesian budak yang kena rasuk tu, tak ada sesiapa pun percayakan dia. Walaupun dia mati, tetapi dia nak semua orang tahu bahawa dia sebenarnya kena rasuk, bukannya sebab berpenyakit sepertimana yang di dakwa doktor-doktor yang cuba mengubatinya.

Dekat sini, kita sama-samalah berdoa semoga makhluk-makhluk ini tidak menganggu hidup kita. Mereka ada hidup mereka, dan kita ada hidup kita. Selagi mereka tak ganggu hidup kita, janganlah pula kita mengada-ngada nak ganggu kehidupan mereka.

Lima.

Rasa berat nak balik UiTM. Sangat berat. Bila aku sampai UiTM saja, aku rasa tanggungjawab aku berat sangat. Banyak sangat nak fikir. Banyak sangat nak kena siapkan dan lalui. Banyak sangat yang nak kena hadapi. Aku rasa macam, biarlah aku duduk di rumah tetapi belajar di sana. Boleh tak?

Aku rasa duduk rumah tenang. Aku boleh menghadap laptop aku yang ada internet 24 jam. Kalau dekat UiTM, sudahlah tak ada wireless free, kena bayar! Untung Uda, UniKL ada wireless free. Sedihnya. Tetapi, ada keburukan aku duduk di rumah. Aku tidak boleh berdikari. Aku jadi seorang yang tidak berdisiplin dan tidak menepati waktu. Betul, aku akan menjadi seorang yang menunggu arahan bila berada bersama dengan mak. Mungkin sebab dah terbiasa, mak suruh itu dan ini, aku ikut. Tapi dekat tempat lain, mana ada mak, kenalah buat sendiri.

Agaknya bilalah aku nak boleh masakkan? Nak masak pun tunggu arahan mak macamana? Masanya dah tiba untuk berdikari.

Enam.

Aku chat dengan Uda. Boleh pula dia cakap pasal newton dengan aku. Ingat aku belajar fizik form 5 apa? Mentang-mentang dia sekarang jadi assistant director dan script writer, berlagak. Eh, bukan untuk TV3 tau, ni untuk kelas dia je. Hahahahaha! Katanya nak buat drama patriotik. Buatlah. Semoga berjaya.

kausar Jiwa: masuk bakul angkat sendiri.. tu baru betul peribahasa
kausar Jiwa: macamanalah jadi assistant direktor mcm ni
ashraf_jiwa: so, mcm mana nak angkat sendiri?
ashraf_jiwa: dah masuk bakul mesti lah org lain yg angkat?
kausar Jiwa: kita angkat boleh
kausar Jiwa: peganglah pemegang bakul tu
kausar Jiwa: cuba angkat
kausar Jiwa: kalau boleh, bolehlah
kausar Jiwa: kalau tak boleh, maknanya kena kurangkan berat badan
ashraf_jiwa: tipu
ashraf_jiwa: sbb tenaga force yg kita bg sama dgn mass kita
ashraf_jiwa: jd its impossible
ashraf_jiwa: sbb exert force - mass = 0
ashraf_jiwa: 0 newton net
kausar Jiwa: nothing is possible
ashraf_jiwa: jd takde pergerakan
ashraf_jiwa: so peribahasa tuh salah la
ashraf_jiwa: illogical
ashraf_jiwa: bercanggah dgn konsep fizik
ashraf_jiwa: tak kena dgn law of newton AKA newton’s law
ashraf_jiwa: kata newton, selagi force kita exert tak lebih dr mass benda yg kita nak tolak ataw tarik
ashraf_jiwa: tidak akan berlaku apa2 if there’s no differences
ashraf_jiwa: ada phm?
kausar Jiwa: tak paham
kausar Jiwa: itulah namanya peribahasa..
ashraf_jiwa: lupa lak
kausar Jiwa: kita kena faham.. masuk bakul angkat sendiri tu hanya peribahasa..
ashraf_jiwa: akak dak business
kausar Jiwa: nak menunjukkan ianya tidak logik..
kausar Jiwa: kalau dah tak logik tu.. mestilah tak boleh buat..
kausar Jiwa: hapelahhh
kausar Jiwa: budak sains ni susah betul..
ashraf_jiwa: aish
ashraf_jiwa: karang meleret sampai tgh pg dok bg ceramah pasal metafizik/fizik/kesusateraan melayu
ashraf_jiwa: org melayu je pakai peribahasa tuh
ashraf_jiwa: nak taw kenapa?
ashraf_jiwa: sbb dulu org melayu mana reti fizik2 nih
ashraf_jiwa: so diorang taktahu la logik ke tak
kausar Jiwa: abes tu.. yg kamo guna buat apa? gelakkan diri sendirilah
ashraf_jiwa: nak menunjukkan
ashraf_jiwa: betapa penting nya fizik

Jadi, itulah penutup kisah aku malam ini. Jika ada lagi hari esok, aku akan update lagi dengan cerita yang tak seberapa. (Aih, adik aku ni memang nak kena penampar agaknya. Nak berlagak pula dengan jawatan dia yang PELBAGAI dekat UniKL tu. Haish..) Dah tak sanggup aku nak berada depan laptop ni. Permisi dulu ya.

Wassalam.

Dear Gulcin,

08/18/2008

Salam.

First of all, I would like to congrats Gulcin for the award and achievement she got through year 12 and 13 for the past 2 years. I am proud to hear that my old friend and belove friend had been nominated as a best student for post 16 student at Burleigh Community College. Believe me Gulcin, I have never imagine that you are the person who will stand on stage and speak for the award and trophy you achieved for the college.

Congratulation for your excellent result in A Level and an offer from Nottingham University to further your degrees in Business International. I hope that you will apply to continue your final year in Malaysia as I hope to meet you wherever we can and whenever we able.

Last but not least, I am missing all the memories in UK and all my friends in college. Although, we have become a friend not so long but the relation we have built and the time we have spent, had joint us to become a good friend. Any misunderstood between us will never stop our friendship. Also, even though the belief that we believe each other are almost different but I hope you will learn the truth and the truth will guide you live as a life you had seek for many years ago.

Thank you Gulcin. Send my regard to others.

Dua.

Hari ini, abah bertolak ke Jawa Indonesia. Sedih rasanya. Setiap kali pulang bercuti, mesti abah tak ada. Katanya ke Indonesia sehingga Khamis ni. Tempoh masa yang agak lama. Mak kata, Sabtu nanti kena pulang sendiri naik bas. =(

Minggu depan abah pergi Singapura untuk konvokesyen.

Bulan 10 abah akan ke Mesir untuk pembentangan thesis/konvensyen.

Bila abah ada dekat rumah ni? Huhu.. teringat masa awal semester ni, pengarah pernah bercerita tentang rasa terkilannya beliau kerana tidak dapat menghantar anak beliau untuk kemasukan ke UiTM Melaka. Kenapa tak dapat hantar? Sebab masa tu dia tengah berucap di hadapan 500 orang pelajar baru di UiTM Johor. Beliau sanggup korbankan masa untuk anaknya, bagi memberi ruang masa untuk ‘anak-anak’ beliau yang baru. Tidakkah kita terharu dengan pengorbanan besar itu? Tak ingat apa lagi dia cerita, tapi sedihlah dengar beliau bercerita.

Aku dan abah, bukannya rapat. Tapi kadang-kadang seronok bila abah melayan kita. Abah memang rajin melayan anak-anak dia. Kadang-kadang buat lawak entah apa-apa. Kadang-kadang buat cerita ‘oncong’ dan mengarut. Seronok. Tapi, tika dia banyak berfikir, kita berceritalah bagai nak rak, tup tap dia tanya balik, ni pasal apa ni? Takpelah abah, tak ingat dah nak cerita apa. Huhu..

Tiga.

Sebenarnya aku tak berharap untuk adanya cuti mid-term yang sekarang ni aku tengah lalui dan hadapi. Kenapa?Di sebabkan adanya mid-term, study week di pendekkan. Jujurnya study weeklah satu-satunya masa aku habiskan untuk study. Tetapi, bila dia ambil cuti study week masuk ke cuti mid-term aku rasa sangatlah tak berbaloi. Cuti mid-term bukan buat apa-apa pun. Nak study? Memanglah study boleh, tetapi bagi mereka yang ada test jelah study. Yang tak ada apa-apa? Nak study ke mereka ni? Kalau dulu, mid-term tak ada untuk semester yang pendek. Aku tak kisah kalau cuti mid-term tak ada. Apa ada dengan cuti? Bukanlah nak kata aku tak suka balik rumah dan sebagainya, tetapi aku fikirkan masa aku nak belajar. Aku boleh balik weekend, orang lain boleh balik weekend. Tak ada masalah.

Pokoknya, bila berada di rumah, buku memang tak terbuka langsung.

Empat.

Pernah tak rasa macam banyak sangat benda yang nak di fikirkan. Banyak benda yang mengganggu fikiran. Tapi, secara tiba-tiba terasa kosong pula. Tak ada apa-apa bermain dalam fikiran dah, walhal masalah belum selesai lagi. Kadang-kadang kita punyalah fikir apa benda yang tak selesai lagi ni, tapi tak kunjung tiba juga masalah-masalah yang bermain sebelum ni. Subhanallah. Itulah kerja Allah. Mungkin terlalu sarat dengan masalah di dalam kotak fikiran juga boleh bawa kepada kegilaan.

Pada 16 Ogos 2008, aku menghadiri bengkel penulisan Islamika. Sebelah pagi tu perkongsian daripada kak Hanim, penulis skrip cerita Jelatang. Banyaklah benda yang boleh belajar. Memang seronok sangat kalau dapat tulis skrip cerita ni. Entahlah, aku rasa sangat minat untuk bermain dengan watak yang kita cipta sendiri. Bak kata kak Hanim, penulis skrip ni kadang-kadang  bercakap seorang diri, untuk menjiwai watak yang dia cipta. Iyalah, dalam satu cerita itukan ada banyak watak, bukan seorang dua sahaja, tapi sangat banyak.

Apa yang sedihnya, orang-orang yang salah gunakan kebolehan dia menulis skrip ni adalah tak nak bergaul dengan orang ramai. Bila tak mesra alam dengan orang lain, maka benda ni memberi kesan kepada si penulis skrip tadi. Iyalah, watak yang telah di cipta tu kadang-kadang terbawa-bawa dalam dirinya dan tak cuba atau tak ambil masa untuk keluarkan semula watak tersebut daripada dirinya. Macam serius je kan? Mungkin ada sesetengah orang tak percaya, tapi aku percaya. Bila kak Hanim cerita pasal watak ni, kadang-kadang aku terfikir jugalah. Betul ke kalau kita bercakap seorang diri, maksudnya kita jadi 2 orang dalam satu masa yang sama, bermakna kita sedang menjiwai watak tersebut?

Hehe! Aku tak naklah cakap orang macam tu gila, sebab benda macam ni memang aku sendiri pernah lalui dan aku tak gila. Aku bukan penulis skrip, tapi aku suka bermain dengan macam-macam watak. Biasanya benda ni terjadi bila aku ada masalah. Korang pernah tak tengok seseorang bercakap depan cermin? Seolah-olah si cermin tu jahat, diri kita baik. Macam tulah lebih kurang bila kita bercakap sendiri. Sebab tu aku tak rasa apa kak Hanim cerita tu satu lawak jenaka atau cerita rekaan semata. Aku tak tahu jika benda ni berterusan boleh menyebabkan gila atau tidak. Lagi satu, mungkin ini boleh menyebabkan kita hanyut dalam dunia khayalan, itu yang tak baiknya.

Aku pernah terbawa-bawa 2 watak sampai aku menangis sendiri. Aku tak ingat sebab apa. Aku bukan pelakon. Biasanya, bila aku ada masalah aku akan cuba nasihatkan diri aku sendiri. Kalau korang rasa aku gila, tak pastilahkan. Memang, kadang-kadang aku akan peluk tubuh aku sambil cakap sendiri. Tetapi, aku tahu kenapa aku jadi macam ni. Aku bukan jenis bercerita masalah pada orang. Aku bukan jenis banyak berkongsi masalah peribadi. Dalam dunia ni, untuk dengar masalah aku betul-betul, aku pernah cerita dekat 2 orang sahaja. Itu dulu. Sekarang susah. Mungkin ada, tapi aku rasa tak selesa kalau aku bercerita masalah aku, tapi orang tu taknak cerita masalah dia. Memang aku tak boleh. Sebab tu, aku cerita masalah aku dekat aku. Aku yang ada masalah, dan aku yang dengar. Sebab tu aku suka bersendiri.

Walaupun aku bersendiri, aku tidak hidup berseorangan. Aku masih boleh di percayai untuk menjadi seorang pemimpin. Aku belum gila walaupun banyak tekanan dan masalah dalaman kolej. Aku masih boleh menutur harapan dan doa kepada yang Esa. Lagi satu, kalau korang nak cerita masalah, ceritalah semasa menadah tangan selepas solat malam, atau Isyak ke Maghrib ke, ceritalah masalah korang sekuat hati. Biar mengalir air mata, biar pipi di basahi air mata insaf, ceritalah segalanya. Percayalah, lepastu korang akan tenang. Sebenarnya, masalah tu cuma hendak di zahirkan pada sesuatu sahaja, tidak mahu menjadi gumpalan masalah yang berpusing pada hati semata. Akhirnya memakan jiwa sendiri.

Adik-adik di UiTM kenal aku sebagai kakak yang suka senyum atau kakak baik. Tetapi, aku tak pasti senior-senior dan rakan-rakan yang lain menganggap aku bagaimana. Bukan aku tak pernah marah, bila aku marah memang hati aku tengah sakit gila. Kalau dalam bilik, aku pernah rasa serba salah. Sebab tu rumet aku dulu pernah cakap, perangai aku pelik. Bila aku ramah, memang ramah tamah gilalah. Tapi, ada masa aku akan diam sepanjang hari, macam orang tengah berang. Kadang-kadang, di tanya sepatah jawab sepatah je. Pernah sekali, tiba-tiba je nak tahu perihal rumet sendiri, padahal sebelum ni tak ambil peduli pun. Kenapa?  Sekarangpun perangai macam tu ada lagi. Biasanya, perubahan aku berlaku bila ada sesuatu yang seseorang tu buat sampai aku berubah.

Contohnya semester lepas, aku tengah tengok cerita. Tiba-tiba kawan aku ni terus keluarkan DVD yang aku tengah tengok tu tukar cerita lain tanpa persetujuan atau bertanya pada aku. Aku benganglah. Sangat bengang. 2 hari aku diam. Langsung tak nak cakap dengan kawan aku tu. Macam budak-budakkan? Tapi memang aku marah betul masa tu. Cara aku marah senang je, kalau aku malas nak cakap dengan kau tu maknanya adalah yang kau buat aku sakit hati. Tapi aku tak cakap zahir. Sebab marah aku sekejap je. Nanti balik bilik, aku muhasabah diri aku balik. Kenapa nak marah sangat? Kenapa perlu ada perasaan macam ni? Aku tak suka marah. Tapi kadang-kadang, benda tu tiba-tiba muncul. Tiba-tiba dah marah. Tiba-tiba berapi. Sebab tu sebagai manusia, kita kena ada masa bersendiri. Berfikir. Muhasabah. Bukan tujuan meminggirkan diri, tapi bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri.

Subhanallah, kita manusia ni di cipta dengan pelbagai ragam dan sifatnya. Cuma, kita sendiri yang kena pandai untuk kawal dan awasi emosi kita daripada berlebihan dan telajak sehingga memudaratkan diri sendiri. Biar marah, tetapi hendaklah menjaga tertib dan adabnya supaya marah kita tidak menimbul kemarahan orang lain pula. Maksud marah di sini, janganlah pula kita tengking orang tu. Perlu bertempat dan memahami jiwa orang lain. Takkan orang yang panas baran kita nak tengking, mesti jadi pergaduhan nanti. Hati aku sensitif, ada sikit cepat melenting. Dulu pantang kena marah memang aku menangis. Tapi dah besar, takkan nak menangis lagi. Kena marah, aku diam jelah. Walaupun hati ni rasa macam di carik-carik, tapi sabar sajalah. Itu jalan terbaik. Nak marah balik nanti jadi besar pula ceritanya.

Jadi, di ringkaskan cerita yang terpanjang ni, kawallah emosi. Jagalah jiwa agar tunduk dan sentiasa bertasbih kepada Allah swt.  Semoga dengan sentiasa mengingati Allah, sikap kita terjaga dan terbatas untuk melakukan perkara-perkara yang tidak di sukai Allah. Kurangkan berkhayal dan bermain dengan emosi. Jangan jadi Mat Jenin separuh jalan, jadilah Mat Jenin yang berangan sehingga anganan tersebut menjadi satu realiti. Semoga kalian yang membaca mendapat manfaat dan sentiasa memperbaiki diri. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Wallahualam.

UiTM di Hatiku, Islam Jati Diriku

08/15/2008

Salam.

Tahu apa yang berlaku di seluruh UiTM baru-baru ni? Tak pun yang paling besar di Shah Alam sendiri? Wah-wah, hari ni sahaja ada demostrasi secara aman di Dataran Sri Bendahara, UiTM Johor sebagai tanda bantahan terhadap kemasukan 10% kepada non-bumiputra. Ya, aku setuju bahawa menteri besar Selangor itu hanya memberi pendapat dan meminta kita fikir sedalamnya. Rasanya isu ni pernah berlaku sebelum ni kan?

Masing-masing ada pendapat sendiri mengenai pro dan kontra kepada isu ini. Mungkin ada yang cuba hubungkaitkan tentang melayu dan Islam. Kenapa perlu pertahankan melayu? Bagaimana dengan agama kita? Adakah dengan mempertahankan bangsa tanpa agama samalah juga kita mengetepikan agama? Pelbagai persoalan bermain di fikiran masing-masing. Kenapa sampai perlu menegakkan hak melayu? Bukankah kita berada di dalam negara yang aman, tiada perpecahan antara kaum? Pelikkan? Macam-macam persoalan tiba-tiba datang. Cerita lama-lama pun kembali terungkit, sepertinya kisah Naib Canselor UiTM dengan kontroversinya.

Baiklah, sebagai pelajar yang berada di UiTM, belajar di UiTM dan telah berada di UiTM hampir 2 tahun, dan insyaallah akan graduate sebagai pelajar UiTM juga, apa salahnya aku beri sedikit pendapat. 

Pertama sekali mari kita belek sejarah negara kita. Sejak zaman nenek moyang kita lagi, sejak mak kita belum lahir lagi, sejak negara Malaysia ni baru nak bertatih sebab baru je merdeka, ingat tak di mana posisi dan kedudukan melayu di alam pekerjaan? Di mana orang berkulit putih ni meletakkan kedudukan dan darjat kita berbanding bangsa lain? Ingat tak kisah pak pandir yang bodoh? Ingat tak kisah cerita-cerita bodoh dan hodoh yang orang berkulit putih ni hidangkan buat bangsa melayu? Di mana kita tika itu? Di mana pula bangsa lain ketika itu? Adakah nenek-nenek moyang kita dulu bekerja setaraf dengan bangsa-bangsa lain di Malaya ketika itu? Fikir sejenak. 

Ini melayu. Islam pula di mana? Di sebabkan melayu itu sinonim dengan Islam, maka itulah tujuan sebenar mereka yang beragama Kristian ini aturkan. Lupakah sejarah Kristian - Islam? Islam lebih merdeka daripada Kristian suatu masa dahulu. Lupakah? Atau jahilkah kita soal itu? Inilah dendam kesumat yang bersarang dalam jiwa mereka. Sebagai orang melayu - Islam mungkin ada yang sengaja butakan mata, tidak nampak kepentingan bangsa. Tetapi, kita perlu ingat. Pandangan kita tidak sama dengan mereka yang BUKAN Islam dan BUKAN melayu. Sampai bila kita nak kata ‘biarkan’, ‘biarlah’, ‘biar je’ dan terus membiar. Sampai bila? 

Di sini aku bukan cuba pertahankan melayu semata-mata dan ketepikan agama, tetapi aku cuba kaitkan. Tidak semua melayu - Islam itu terlalu taksub dengan bangsa sehingga tidak boleh fikir kedudukan Islam. Mustahil orang melayu ketepikan Islam jika isu-isu agama yang sensitif juga boleh membangkitkan kemarahan mereka. Ya, benar! Mungkin suatu masa dahulu kekuatan dalam mempertahankan isu agama itu lebih gah berbanding sekarang,  tetapi adakah melayu sekarang terlalu GAH dalam mempertahankan isu MELAYU sendiri? Sedangkan melayu sedang menikam belakang melayu sendiri, bagaimana boleh kita kata gah? Begitu juga dengan Islam, orang Islam juga sedang bermain api dengan umat Islam yang lain. Sama sahaja konsepnya.

Kenapa perlu buka 10% kepada non-bumiputra? Bukan aku kata aku tak nakkan persaingan. Aku pernah juga memandang rendah UiTM suatu masa dahulu. Aku rasa UiTM ni terlalu lemah, sebab itu tak ada bangsa lain dalam kampusnya. Betul, siapa sahaja yang belajar di universiti selain UiTM pernah gagal, gerenti boleh dapat dekan bila jejak UiTM.  Itu aku tak nafikan. Itu kelebihan untuk mereka yang ADA. Tetapi, perspektif aku berubah. Ada sahabat-sahabat yang memang kurang pintar. Kita kena ajar 5 - 6 kali baru dia faham. Aku kesian dengan sahabat-sahabat yang begini. Apakah nasib dia kalau terpaksa bersaing dengan beratus-ratus kaum lain yang bijak pandai. Mungkinkah dia tersingkir, dan sedikit-sedikit melayu kembali lesu.

Dalam UiTM, kau akan jumpa bermacam jenis melayu dan ragam. Memang tak semua pelajar dalam UiTM ni pandai, atau bijak.  Dahlah tak pandai, tapi malas belajar. Dahlah bodoh, tapi malas pergi kelas. Memang ada pelajar-pelajar begini di UiTM. Aku rasa dekat tempat lain pun ada. Cumanya, inilah di namakan universiti tolong melayu. Mereka yang bermasalah begini, bukannya boleh terlepas macam tu sahaja. Peraturan di dalam kelas agak ketat mengikut pensyarah. Mereka yang bermasalah dalam akademik WAJIB ikut kursus kaunseling. WAJIB ikut program-program UiTM yang di tetapkan. 

Apa lagi? Kenapa melayu? Kebanyakan orang-orang kita bukan dari golongan senang. Yuran paling mahal di UiTM 440 (Diploma) dan yang paling murah tak pasti berapa puluh. Murahkan? Tujuannya adalah membantu dari segi kewangan orang melayu. Subsidi makanan di sediakan. Benar, di sediakan. Tetapi adakah semewah makan macam dekat restoran? Banyak lagilah. Ini melayu.

Beritahu aku berapa peratus pelajar melayu dan bumiputra dalam UiTM adalah non-muslim?  

Beritahu aku apakah akan ada proses dakwah kepada non-muslim bila 10% di buka kepada non-bumiputra? Betul, mungkin tak semestinya yang masuk semua non-muslim, tapi berapa peratus kepastian tersebut?

Persaingan wujud? Ya, persaingan itu bagus. Tetapi, belum masanya pelajar melayu dan non-bumiputra dalam UiTM sekarang ini di buka untuk bersaing.

Beritahu aku, berapa ramai melayu - muslim yang berjaya menyaingi non-muslim dalam perniagaan? Di sekolah? 

Beritahu aku berapa ramai pelajar melayu dari IPT lain tersingkir dan mendapat peluang di UiTM? 

Beritahu aku adakah akan ada peluang lagi begini jika 10% kuota di buka kepada non-bumiputra? 

Kenapa mesti fikir persaingan harus berlaku dengan pembukaan kuota 10% kepada non-bumiputra ke dalam UiTM?

Kenapa tidak bermula dari sekolah? 

Kenapa perlu ada isu perkauman sedangkan terdapat sekolah bangsa Cina, bangsa India? Kenapa tidak minta kuota untuk pelajar melayu di sekolah-sekolah tersebut?

Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti UiTM? Tidak cukup bersaingkah pelajar-pelajar non-bumiputra ini berada di IPT yang telah menyediakan tempat untuk mereka?

Beritahu aku motif sebenar usulan tersebut? Beritahu aku? Cukup kuatkah isu persaingan di gunakan?

Beritahu aku, APAKAH ISLAM ITU AKAN TERTEGAK SEKELIP MATA DI UITM jika 10% kuota di buka kepada non-bumiputra? BUKTIKAN! 

Benar, Islam tidak memandang rupa, paras, bangsa seseorang. Tetapi, Islam berkembang secara berperingkat. Islam tidak bermula dengan dakwah terbuka terus, tetapi Islam tersebar secara tertutup. Islam berkembang melalui kekuatan aqidah yang mantap. Sementara Islam sedang memperkuatkan aqidah, adakah manusia yang lain telah mendapat petunjuk? Mereka jahil.

Ada masa kita pertahankan agama, ada masa kita pertahankan bangsa. Tetapi, agama itu seiring dengan bangsa. Bermakna jika kita mempertahankan bangsa, kita harus juga pertahankan agama. Jika kita pertahankan agama, kita tidak pertahankan bangsa tetapi keseluruhan umat Islam tidak kira apa bangsa sekalipun. Itulah kesatuan umat Islam.  Tujuan kita mempertahankan melayu di UiTM, supaya kita dapat menggerakkan agama Islam secara perlahan-lahan tanpa gangguan mana-mana pihak non-muslim (major). Fikirkanlah. Sekarang ni non-muslim tidak ramai di UiTM, isu agama adalah MASIH sensitif. TETAPI, bayangkan jika 10% non-bumi masuk dan 9% adalah non-muslim, berapa lama lagi isu agama akan menjadi berterusan SENSITIF di UiTM. 

Dalam jangka masa panjang, yang di kejar tak dapat, yang di gendong berciciran. Yang di kejar Islam, yang di gendong melayu. Nauzubillah.

Wallahualam.  

Dua Hala

08/10/2008

Salam.

Wah, wah. Dah pulang dari UIA rupanya. UKM tak jadi pergi atas sebab-sebab yang tak dapat nak di elakkan lagi. So kami hanya menziarah UIA sahaja. 1 hari di UIA semalam (malam Ahad - petang Sabtu), sangat banyak yang boleh di pelajari.

Hehe. Macam tak nak cakap banyak je. Tapi ada sesetengah budak-budak UIA yang aku perhatilah, diorang ni agak serabai. Baju buruk, rambut tak sikat, seluar pendek. Aduhai. Brother syafiq kata kalau yang serabai tu maknanya budak engine. Ya ke? Iyalah kot. Kalau smart, budak law. Itu jelah yang aku ingat kalau nak bezakan budak UIA mengikut department masing-masing.

Bagi JPK perempuan, kami tidur di mahallah Halimah. Lelaki pula tidur di mahallah Zubair. Aktiviti-aktiviti kami semua berlangsung di bilik meeting MRC di Zubair. Makan pun di cafe Zubair. Adalah juga perasaan malu bersarang di hati kami. Iyalah, itukan cafe lelaki. Macam pelik je.

Pagi Sabtu, kami bertukar-tukar pendapat. Banyaklah juga perbezaan antara UIA dan UITM sendiri. Tapi, ada juga yang lebih kurang. Contohnya macam dari segi disiplin. Tapi apa yang mengkagumkan, UITM lebih ketat daripada UIA kalau nak diikutkan. Sebab apa, UIA sekali langgar peraturan terus kena saman. Macam di UITM, prosesnya berperingkat. Sekali buat amaran 1. 2 kali buat amaran 2. 3 kali buat barulah kena saman atau naik tata tertib. Begitulah kisahnya.

Okla. Rasanya cukup sampai sini. Moga lepas ni ada ikatan utuh antara 2 pihak. Wallahualam. (tak makan lagi, tengah lapar).

Wassalam.

« Previous entries