Telan Tak Semestinya Tabah

07/30/2008

Salam semua.

Moga sahabat-sahabatĀ  sekalian di bawah rahmat-Nya. Alhamdulillah, keadaan aku masih lagi biasa-biasa. Semester ini rasanya cukup mencabar. Kenapa? Sebab semester ni rasanya macam berserabut sedikit.

Kalau di hitung-hitung keadaannya, mungkin mampu mengalirkan air mata. Bukan niat nak merungut, tapi itulah hakikat yang aku cuba telan.

Semester ni memang agak sibuk. Tapi, cuba juga cari masa dengan adik-adik yang rasa-rasanya boleh di mantapkan lagi. Memang sekarang ni nak mulakan usrahpun belum lagi. Tapi alhamdulillah, ada adik-adik yang bercadang nak mulakan esok. Eloklah, subhanallah. Aku je yang tengah curi-curi masa sekadar jumpa-jumpa dan borak saja. Untuk jumpa secara formal rasanya belum terancang dengan stabil. Sekarang ni dekat sektor B cuma boleh harapkan sorang je untuk tolong. Mungkin esok akan jumpa co-co nuqaba’ ni untuk perbincangan secara mendalam. Selama ni memang tak sempat, betul-betul tak sempat. Setiap malam ada meeting dan perjumpaan. Masa tidak mengizinkan.

Alhamdulillah, semester ni rasa macam seronok sebab dapat turun masjid beberapa kali. Sebelum ni rasa malas sangat atas sebab-sebab tertentu. Hehe. Mungkin sebab kekuatan berpuasa tu ada.

Dalam beberapa minggu ni aku akan kembali sibuk dengan urusan-urusan tertentu. Minggu depan pada 8 - 10hb Ogos 2008, insyaallah Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Johor akan pergi ke UIA dan UKM untuk benchmarking. Jadi, aku antara yang akan melibatkan diri. Minggu ni ada Modul 4, sepatutnya aku perlu ke Melaka menghadiri bengkel apa entah, tapi tak dapat nak ikut sama.

Minggu ni juga ada SUTRA, Sukan Traditional. Tetapi, maklumat tidak sampai sepenuhnya lagi.

Selasa atau Rabu depan test bermula, test LAW. Doakan aku yang terbaik dan bisa menjawab soalan-soalannya dengan baik sekali. Insyaallah, akan mula membaca dan merujuk buku malam ni. Tapi, malam ni ada meeting. Huhu.. banyak hal pula.

Terakhirnya, aku berharap dan berdoa segunung pertolongan dari Allah di atas satu-satu dugaan yang tiba-tiba hadir tanpa di undang. Keindahan diri adalah terlihat dari keutuhan taqwa yang semakin meninggi dalam diri seseorang. Aku mohon, nilai taqwa ini di pertingkatkan dan di pernampakkan keindahan yang bersinar. Namun, untuk capai kegilapan sebegitu, rasanya usaha seluas lautan bagai tak kesampaian bahkan perlu lebih dari yang di jangkakan.

Untuk menceritakan satu persatu masalah disini, rasanya tidak akan sampai ke jalan penyelesaian. Hendak melepaskan apa yang terbuku juga rasanya tidak terluah segala yang terpendam. Lebih baik di simpan erat dan di tutup rapat buat sementara. Susah rasanya untuk membuka mulut dan melalui detik-detik tanpa tulang belakang yang sebenar. Susah nak dapat kata-kata nasihat dan khidmat nasihat yang berpandukan al-Quran dan sunnah sekarang ni. Siapa yang ada, siapa yang bersama? Cuma Allah satu-satunya, yang tidak zahir hanya kekuatan Illah.

La tahzan, la tahzan. Insyaallah.

Wassalam.

Minggu Penat

07/05/2008

Salam alaik.

Alhamdulillah. Setelah berpenat lelah selama seminggu tanpa rehat yang secukupnya, akhirnya hari ini aku pulang dengan satu kepenatan yang cukup memenatkan. Aku balik hari ini dengan harapan aku dapat kemaskinikan mana-mana barang-barang yang bakal tertinggal. Mungkin dalam perancangan asalnya aku tidak mahu pulang ke rumah minggu ini. Tetapi memandangkan hari ini dan esok adalah hari ‘free’, maka aku pulang hari ini dan akan kembali hari esok.

Selama seminggu, banyak yang aku pelajari. Banyak dugaan dan serangan yang kami dapat. Pokoknya, pelajar-pelajar tahun 90-an lebih teruk disiplinnya berbanding pelajar-pelajar 80-an. Oleh sebab disiplin mereka tidak terdidik sedari di rumah lagi, maka disiplin adalah sesuatu yang barangkali di anggap ‘ragging’ oleh pelajar-pelajar ini ketika mengadu hal yang remeh-temeh kepada ibu bapa mereka. Teringat masa MMS kami satu masa dahulu, tidak pernah sekalipun seorang daripada kami mengadu domba perihal disiplin-disiplin yang cuba di terapkan dalam diri pelajar-pelajar baru ini. Entah kenapa ada saja bunyi ‘it sound like ragging’ di mulut ibu bapa mereka.

Namun begitu, respon positif yang kami terima dari beberapa pelajar yang lain sangat menggembirakan. Kami cuba buat yang terbaik supaya hasilnya juga terbaik. Aku cuba berkongsi cerita dan pengalaman berada di kampus agar mereka lebih bersedia dan tidak takut-takut untuk menampil ke hadapan. Mereka ini baru, sangat baru dan tidak tahu apa-apa tentang kehidupan di alam kampus. Maka, seniorlah yang menjadi harapan mereka agar dapat membantu mereka selok-belok tentang kehidupan sebagai mahasiswa UiTM. Semoga semuanya tabah dan sabar.

Hari Jumaat sepatutnya adalah hari sengkang di mana aktiviti berakhir pada jam 12 tengahari. Namun begitu, perancangan tidak sama dengan tentatif yang tertulis di atas kertas. Pelbagai halangan dan dugaan yang kami terima. Pertamanya adalah berkenaan pelajar-pelajar UiTM cawangan Larkin akan berpindah ke Segamat dengan alasan serama 100 lebih pelajar baru hilang penempatan di sana. Jadi, mereka perlukan tempat untuk belajar dan di Segamat kekosongan melebihi 500 tempat untuk pelajar baru. Kehadiran mereka menjadi sedikit kucar-kacir. Pendaftaran mereka perlu di buat semula untuk kolej-kolej tertentu. Taklimat modul harus di lakukan bersama sekali dengan pelajar-pelajar baru yang lain. Oleh sebab itu, program bergerak sangat perlahan.

Perubahan perjalanan program berlaku apabila pihak pengurusan perpustakaan tidak mahu memberi taklimat di perpustakaan, tetapi mengarahkan kami menggerakkan pelajar-pelajar ini ke dewan kuliah. Apabila di bawa ke sana, mereka mencampur adukkan course pelajar-pelajar baru ini dan ini menyukarkan kami untuk membawa mereka melawat perpustakaan mengikut course dan mengambil gambar mengikut course masing-masing. Selesai taklimat, mereka di kumpulkan dan satu persatu kumpulan mengikut course bergerak ke Dewan Besar untuk sesi bergambar. Sesi bergambar tidak berakhir sebelum jam 12 tengahari kerana kelewatan sesi bergambar tersebut. Akhirnya, sesi bergambar yang terakhir untuk pelajar-pelajar baru berakhir jam 3 petang.

Kami sangat penat. Tetapi kepenatan itu dibayar dengan satu majlis makan-makan BBQ bersama semua PM (Pembantu Mahasiswa) dan pihak pengurusan yang terlibat. Sangat seronok dan aku cukup berpuas hati. Akhirnya kepenatan juga berbayar dengan keletihan sehingga dapat tidur dengan nyenyaknya malam tadi. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang aku untuk terus bernafas. Moga nafas ini memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang lain untuk bernafas dalam keadaan mensyukuri nikmat Allah.

Banyak sebenarnya nak bercerita. Terima kasih dan maaf sekali lagi. Insyaallah ada masa aku cerita panjang lebar lagi. Esok dan Isnin ada meeting lagi. Plug masih tak boleh guna, memang sangat marah. Akhir kata, doakan aku tabah dan tegar. Wallahualam.

Wassalam.