Study Week - Started
04/14/2008
Salam.
Guess where am i right now? Bukan dekat rumah, tapi dekat Segamat lagi. Sekarang ni tengah study week. Suppose i can get home and get rest for the weekend. Tapi my whole family went to KL enjoying themselve. And i am stucked here in the middle of books crowded around me. Actually, abah ada meeting kot. Tiba-tiba semua orang nak ikut abah, pelik pula aku.
Benda yang happy, mak belikan buku untuk aku dekat Book Fair. Haha! Lawak je. Yelah, mak aku bukan tau nak beli buku kat mana. So aku beritahulah, cuba cari dekat booth PTS, sebab ada buku yang aku nak dekat situ. Alih-alih semua buku pun mak dengan abah beli dekat situ. Mak kata buku dia bagus-bagus, harga pun ‘bagus’ juga. Aku gelak jelah. Takpelah, at least mak dapat discount 20% kan? Thanks mak.
Rindu dengan my family, so much. Masa hari Jumaat dapat tau diorang pergi KL, rasa nak nangis. Memanglah i have choice to join them, tapi aku tak suka time study week ni penat. Nanti tak terbelajar. So, aku tak ikut diorang. I decided not to follow them. Satu wing aku tu yang tinggal 4 orang je. Oklah, at least dekat situ aku dengar banyak cerita pasal masalah yang telah berlaku dalam wing yang aku sendiri tak tahu. Kadang-kadang rasa macam orang tak bertanggungjawab pun ada. Bukan apa, diorang tak pernah cerita. Aku pula jenis yang bukan suka sangat nak masuk campur hal orang, tapi dalam kes aku adalah wingcap, masuk campur tu perlukan? Tapi jawatan aku lucut tamat sem ni.
Sedih yang teramat sebenarnya. Hati aku rasa sunyi gila, tak dapat dengar suara adik-adik. Nasihat mak dengan abah before final. Terasa macam hidup sorang-sorang je. First time aku tak balik 2 bulan sampai study week (campur sebulan lagi). Masa part 1 memang aku tak balik study week, tapi a week before aku balik. So takdalah haru biru sangat. Kali ni, memang test aku asyik kena tak Jumaat, mesti Sabtu. Tension je. Whatever pun aku harap waktu ni lah aku study for my best. Insyaallah. Doakan aku tenang dalam mendapatkan ilmu.
Mungkin inilah yang menabahkan lagi diri aku untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Cewah! Insyaallah. Weekend hari tu aku agak stress lah kot. Belum study lagi dah tertekan, dahsyat sungguh penangan rindu family ni. Hehe! Takdalah, bayangkanlah tak balik-balik lagi sejak Raya Cina hari tu. Adoi.. Mestilah rasa tak best. Mak, abah, doakan orang dekat sini tau. Doakan aku untuk final. Ni list paper aku:
22/4 - English
25/4 - Ekonomi Islam
28/4 - Arab
2/5 - Statistic
3/5 - Marketing
8/5 - Makro Ekonomi
10/5 - NAK BALIK!! ABAH AMEK!! Thank u..
Oklah, masa untuk lunch dan study afterwards. Thanks to all for your supported. Thanks to Allah for this life and for this gift.
Wassalam.

