keSEDIHan, jangan berpanjangan
03/16/2008
Salam.
Hoho.. bukan taknak update, tapi nak pergi cc tu lah yang malas. Minggu ni akan start bz semula, sebab akan ada banyak kuiz, test dan submit assignment:
17/3 - Reading Arab
25/3 - Presentation Ekonomi Islam & Midterm Arab
27/3 - Listening Arab
28/3 - Speaking Arab
29/3 - Macroeconomy & Ekonomi Islam
1/4 - Marketing
4/4 - Statistic & Submit assignment Stat
Hehehe! Bilalah nak habis nightmare ni. Huhu.. rasa tak sabar nak settlekan final tapi at the same time takut juga nak lalui final. Macam tak prepare.
Aku nak beritahu satu rahsia, hari tu aku sedih sangat. Tersangat sedih sampai tersembur segala kesedihan dari kolam air mata. Even orang kata, oklah tu, not bad. But for me, it is so bad. Result test tak berapa nak bagus. Kecil hati, rasa terasing dan sebagainya. Sepatutnya aku boleh capai the best result, sebab ramai dapat result bagus-bagus. Aku? Hm.. pujuk punya pujuk hati ini, cuba juga telan hakikat yang pahit ni.
Yang paling sedihnya, 0.5 markat lagi nak lulus untuk Macro, sikit pun tak kesian lecturer aku tu. Tapi aku diam jelah. Marketing pun ada tak puas hati, tapi nak luah macam tak terluah pula. So, pendek cerita, aku diam jela. Redha. Aku lepaskan kesedihan aku dengan bermain badminton. Khamis petang aku main habis-habisan. Petang Jumaat aku main lagi. Malam tu buat assignment Statistik. Tu pun tak siap lagi, nanti aku cuba siapkan jugalah.
Dua.
Apa perasaan korang, bila korang nak pergi kelas je, sebelum sampai kelas korang tu, ada je yang tegur korang, nak cakap dengan korang, yang bagi salam, yang cakap hai, yang angkat tangan, yang senyum. Apa perasaan korang?
Hehe! Kalau korang dapat jawapannya, macam tulah perasaan aku kalau aku pergi kelas dengan kawan-kawan. Nanti kawan kiri dengan kanan mula tegur, “apsal ramai sangat yang kenal ko ni?”. Hahaha! I prefer go to class by my own. Bila aku lambat, orang tak marah. Bila orang lambat, aku tak hairan.
Orang yang kenal kita memang ramai, tapi orang yang akan bersama dengan kita bila kita dalam kesusahan? Memang tak ramai. Alhamdulillah, walaupun nak berkongsi kesusahan tu tak ada sesiapa, tetapi yang sudi membantu masih ada. So, aku bersyukur untuk itu, dan bersyukur untuk setiap perkenalan yang berlaku.
Tiga.
Rindu nak balik rumah. Ingat weekend ni nak balik. Tapi tengoklah keadaan macamana. Aku tahu Khamis cuti, Jumaat pun kelas takda. Tapi, Khamis malam kalau tak silap aku ada forum dekat Dataran Segamat, under Penasihat aku. Pendek cerita, kelab kami di tugaskan membantu mereka. Huhu.. so tak dapatlah nak balik Khamis tu. Tak apalah, bukan apa pun. Tapi tak sure lagi nak balik ke tak. Sebab tinggal berapa minggu je lagi nak studi week. Rasa macam membazir pun ada. Haha! Tak adalah. Demi keluarga tercinta. Mak pun tiap minggu call aku, rindulah tu. Hahaha!
Malam ni nak call mak dengan abah tanya pendapat dia, boleh tak nak cari part time work? Nak jadi typist. Huhu..
Oh ya, tahniah buat Uda. Result ok, not bad. Iyalah, what do u expect from a student who never sit in form 4? Nak ambil SPM, tapi tak belajar subjek form 4? Oklah, dapat 3A kan? 5B kan? 2C kan? Hehe! Kantoi Uda. Congrats again. Dan lagi satu, mak pakai celcom, Uda pakai celcom, Achik pun pakai celcom. Apa cerita ni? Nak tukar celcom jugalah. Hehe! On the way! I am coming.
Oklah, that’s all folks.
Wassalam.

