Selepas

02/26/2008

Salam.

Hm.. lega sikit dah lepas program minggu lepas. Sangat lega. Tapi, banyak sangat benda yang unexpected berlaku. Semuanya memang tak terjangka, especially explorace yang aku buat. Banyak masalah. First, checkpoint-checpoint tersilap, berserabut dan sebagainya. Lepastu, task untuk setiap checkpoint rupanya tak sesuai dengan pelajar-pelajar universiti yang teramat sensitif. Huhu.. mungkin next time kena minta pandangan pakcik-makcik akak abang KRJ dulu kot.

Secara keseluruhan explorace, 50-50 lah kot. Tak pandai nak beri ranking. Sebab aku tanya feedback satu kolej ni, diorang kata seronok sebab lain daripada yang lain. Bila diorang cerita dekat member-member lain pun semua rasa macam satu benda yang quite challenging. Tapi, ada sesetengah kolej yang menganggap benda-benda yang kita cuba buat adalah remeh. Contohnya, solat di padang. Ambil air sembahyang dalam keadaan darurat. Bagi diorang benda tu semua remeh. Sampaikan ada yang menganggap aktiviti seperti itu ‘bodoh’ dan tak masuk akal.

Benda-benda yang lain mungkin menjadi cabaran jugalah buat penjaga checkpoint sebab peserta memang menentang habis task-task yang di beri. Contohnya bila di beri pilihan sama ada menyerahkan amanah untuk dapatkan semula sahabat mereka, atau pergi tanpa sahabat. Task lain pula menyerahkan barang-barang berharga, menjadi masalah bagi diorang - mungkin. Memang sukarlah, ada yang menentang habis. Ada yang mempertikaikan task apa macamni? Tapi alhamdulillah, mungkin pada awalnya nampak seperti menentang, tapi akhirnya mereka sendiri mengaku ada sesuatu yang mereka dapat. Alhamdulillah, sukar memang sukar, tetapi sampai bila kita nak diamkan cabaran realiti di luar bagaimana kepada mahasiswa kita yang bagaikan katak bawah tempurung?

Walaupun hati aku sedikit terusik dengan beberapa kata-kata yang tak memberi semangat langsung lepas explorace tu bahkan macam merungut-rungut, aku jadi sangat down. Yerlah, asalnya masalah jadi besar bila satu grup kena berjalan tanpa kasut sebab kasut diorang kena ambil dekat checkpoint pengorbanan. Lepastu ada pula satu kumpulan mulut lancang menghina diorang. Huhu.. mana tak angin diorang. Tak apalah, sekurang-kurangnya mereka dapat merasa bagaimana peritnya Rasulullah dulu dalam memperjuangkan Islam. Di hina, di ejek, di herdik tanpa perasaan. Kalau sifat penyabar itu tak ada, barangkali kita pun entah ke mana nauzubillah. Sesungguhnya, apa yang terjadi semuanya berhikmah dan moga Allah memberi mereka petunjuk dan sesuatu supaya dapat di jadikan iktibar pada masa akan datang.

Apa saja kritikan aku terima.

Dua.

Nak balik juga 7hb TIGA ni. Cukup umur dah nak mengundi, tapi belum berdaftar. Hehe! 20 hb TIGA tak boleh balik, sebab ustaz nak buat forum Maulud dekat dataran Segamat, kitorang kena jadi ad-hoc diorang. Jumaat tu pula ada Opkim. Insyaallah jadi kot. 100% under KAK Dayah kita. Semoga berjayalah.

Tiga.

Tak tahu kenapa sekarang ni, badan aku cepat lesu dan penat. Entah kenapa. Bila lepas program je, badan aku start panas. Sakit-sakit dan tak larat. Esoknya gerenti satu hari aku terbaring atas katil. Mungkin sebab penat sangat atau penat sikit. Huhu.. yang penting memang macam tulah lately. Ni aku dah dapat rasa badan aku start panas balik. Mata pun start nak memanas. Bila mata panas memang main peranan sungguhlah untuk tidur. Tak berapa suka keadaan macam ni. Menyebabkan aku tak boleh nak fokus buat kerja, study dan sebagainya. Khamis ni ada test Statistic, suka subjek ni tapi susah nak ingat formula. Isnin depan ada Marketing. Suka juga subjek ni, tapi takda masa lagi nak revise. Insyaallah, weekend ni tak ada apa-apa akan cuba curi masa untuk belajar.

Assignment pun banyak. Khamis pagi ada presentation. Wahh.. Khamis tengahari tu ada test Statistik pukul 12 tengahari. 2 petang ada kelas, sampai pukul 4. Pukul 5 ada KO. Bagusnya, takda masa nak makan kot. Maybe kena makan vitamin je sebagai isi perut. Mak asyik suruh makan vitamin je. Ala.. ubat doktor bagi tak banyak. Aku makan bila betul-betul sakit je. Takut tak cukup nanti kena pergi Penawar lagi. Malaslah, penat dan leceh.

Aku harap sakit aku ni dapat sembuh segera. Akan aku cuba makan vitamin sekerap mungkin untuk menyihatkan tubuh badan yang di beri oleh Allah kepada aku. Insyaallah. Mesti-mesti jaga dengan sebaik mungkin. Tubuh badan kita kan milik Allah, satu hari nanti kita kena pulangkan balik. Itu pesanan seorang sahabat satu masa dahulu bila aku taknak makan ubat. Sekarang, aku dah pandai makan ubat. Hehe!

Terima kasih.

Empat.

Buat mak abah kalau baca blog akak, janganlah baca dah =P. Hehe! Thanks dekat mak sebab sanggup dengar akak membebel dalam telefon. Saja nak bercerita meluahkan perasaan dan tensi. Yerlah, nak cerita dekat kawan-kawan, bukan semua nak dengar sangat. Nak cerita dekat abah pun, abah bukannya melayan sangat. Kalau boleh nak segera tutup telefon. Hoho.. lawak je.

Oklah, buat abah.. mekasih topup kan akak. Abah bagi topup lambat sangat sampai akak pergi cari topup sendiri. Huhu.. tapi insyaallah akak akan simpan top up ni selama sebulan. Hoho.. banyak pula tu abah topupkan. Hehe!

Buat mak dan abah, cari lagu UNIC tajuk Lafaz Yang Tersimpan. =)

Oklah, dakwah nombor SATU  study BUKAN nombor DUA.

Wassalam.

Aku Menekan-Tekan

02/17/2008

Salam.

The pressure is coming. Huhu.. hari tu punya test Macro memang tak boleh buat. I missed something. Tak belajar pun bahagian tu. So sad. Lecturer cakap keluar lain, sekali keluar lain. I always remind myself not to believe on lecture 100%, tapi terlajak perahu boleh di tarik, terlajak test mana boleh retake. Sedih memang sedih.

One more thing. I thought my health dah ok lepas balik dari rumah hari tu. Beberapa hari lepastu sakit kepala datang balik. Really painful. Masa tu hari Selasa malam. Aku anggap tu sakit kepala biasa jelah, nothing serious kot. Hari Rabu badan rasa tak sedap, memang rasa semacam sangatlah. Rasa macam nak demam, sebab sejuk je memanjang. Aku abaikan jelah perasaan sakit ni, tak nak layan sangat. Hari Khamis malam aku dah shut down habislah. Kepala berat gila. Badan lemah. Tapi Jumaat still pergi kelas, satu je kelas. Balik dari kelas aku terus rebah atas katil. Tidurlah sampai lepas Asar. Bangunlah solat Zohor kejap. Memang panas gila badan aku. Minta tolong Sha urutkan sikit-sikit badan, rasa sakit-sakit.

Pastu Sabtu petang jawab test. Aduh.. memanglah. Jumaat malam tu memang studi gila-gilalah. Tak sangka apa aku studi macam tak keluarpun. Tapi aku redhalah, walaupun sedih sangat. First time aku jawab test tak tahu apa-apa. Balik dari test aku sedih sangat. Aku lepaskan perasaan dengan main game. Tension bila fikir balik. Aih..

Dan hari ni, kepala dan badan aku masih dalam kondisi kurang baik. Mak kata kena rehat duduk atas katil je. Hurm.. dalam keadaan aku dekat tempat belajar dan komitmen yang banyak, rasanya tak sempat nak baring lama-lama atas katil tu sampai 2 atau 3 hari. Aku nak tidur petang-petang tu pun ada je yang ganggu. Huhu.. takpalah. Aku tak kisah sangat. Actually, baru balik dari praktis Coral Speaking Bahasa Arab. Yes, aku pernah belajar Arab (tahun 2000-2002), tapi bila aku di kelilingi mereka yang lagi faham Arab, rasa macam segannya. Takpalah, belajar selagi terdaya. Bila belajar, baru boleh pandai. Betul tak?

22-23 Februari ni ada Perkampungan Mini Hadhari dekat sini, anjuran kelab kami. Ini salah satu tugas aku nak kena fikir banyak benda kot. Sabtu petang aku handle bahagian explorace. Rasa mencabar sangat. Sebab aku tak pernah handle program sendiri sebelum ni, maknanya tak pernah jadi ketua projek. Yelah, dulu aku jadi pemantau je. Hehe! So, explorace ni bagi aku agak mencabar jugalah. Aku just aplikasikan macam dekat KBM IPT hari tu. Gunakan al-Quran sebagai klu. Tapi aku gunakan al-Quran untuk klu dan tugas. Idea tak banyak, macam aku sendiri je perah otak. (Jahatnya, mengungkit pula). Tak adalah, semua orang ada tolong. Semua orang ada tugas masing-masing. Doakan explorace aku berjalan dengan baik ya kawan-kawan?

Oklah, dalam kepala aku ni ada macam-macam benda. Latihan Coral Speaking, Assignment QMT, explorace - hamper, ayat-ayat al-Quran yang tak siap lagi, usrah - adik-adik tak terbawa lagi, wing - ahli buat perangai, tak hormat orang lain. Hurm.. macam banyak je. Tapi semua tu insyaallah, bisa di atur. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan ujian-Nya sesuai dengan kemampuan hamba-Nya.

Aku rasa kena stop kot. Kepala rasa pusing-pusing pula. Doakan aku sembuh segera. Doakan segalanya berjalan dengan baik. Amin.

Wassalam.

Oh, Aku Hari Ini

02/11/2008

Salam.

Aku dekat UiTM ni adalah dekat 4 hari kot. Huhu.. tadi ustaz penasihat beritahu aku, aku kena buat kertas kerja yang berasingan dengan kertas kerja asal. Dan kertas kerja tersebut perlu di hantar kepada beliau esok pagi sebelum beliau bertemu dengan timbalan pengarah. Makanya, aku kena datang lebih kurang pukul 8 pagi semata-mata untuk menghantar kertas kerja yang belum lagi di buat langsung. Oleh itu, aku berasa cukup tension. Sedikitlah, tak banyak sangat. Yang demikian, perasaan aku telah membawa aku untuk meluahkan sedikit perasaan yang terbuku sebentar tadi. Huhu..

Malam ni sebenarnya ada usrah. Aku lupa sangat. Tapi dah ingat balik. Aku plan nak turun cc malam ni, tapi memandangkan aku baru teringat ada usrah, aku percepatkan diri aku untuk melepakkan diri di cc. Hm.. lepastu masa dapat arahan buat kertas kerja tadi pun terlupa ada usrah. Jadi aku dengan senang hati kata, no problemo. Huhu.. rupa-rupanya tidaklah berapa nak free. Walau macamanapun, insyaallah aku akan berusaha. Masalah sekarang ni, aku nak guna laptop tu tak boleh nak guna dekat bilik, sebab soket tak boleh guna. Tak kisah nak stay up, tapi macam segan nak stay up dekat bilik orang lain sebab nak guna soket. Huhu.. tak apalah. Kalau boleh buat cepat lagi bagus. Namun begitu, aku yakin koman-koman lepas usrahpun aku akan sampai bilik pukul 11 lebih. Barangkali ada sedikit perbincangan mengenai halaqah dan usrah adik-adik. Tanggungjawab makin banyak dan berat, masya Allah. Moga segala urusan Allah permudahkan.

Oh ya, Jumaat ni jam 10 malam aku ada test pertama subjek Macro. Wah, tak sabar rasanya. Tak sabar nak tengok soalan-soalan yang di jangka keluar dan kemudiannya tidak di fahami langsung oleh aku walaupun bermacam klu di beri. Huhu.. sedihnya. Dah sampai chapter 3, tapi aku macam susah nak faham. Kadang-kadang aku fikir balik, gelapkah hati ini? Subjek lain ok, subjek Macro je aku blank semacam. Ada jugalah banyak kali menyalahkan pensyarah sendiri, tapi bila fikir-fikir balik, i have my own time to revise myself. I shouldn’t blame others for not having time to sit and read the subject properly as i actually need times to understand the terms. Betul tak? Now i realized.  

Dalam keadaan aku sekarang, walaupun aku dah baik sikit-sikit dari demam, tapi badan aku masih lagi lemah. Macam tak bermaya pun ada. Tapi, aku cubalah untuk think positive all the time. Kadang-kadang bila kita terlalu fikirkan sesuatu yang kita buat dan dapat itu adalah satu beban, maka diri kita memang sebenarnya tengah menanggung beban yang pahal ikhlas entah hilang ke mana. Tetapi, bila kita merasakan keseronokan memegang amanah dan tanggungjawab yang kita dapat kerap kali ni, sebenarnya tak terasa langsung beban-beban tersebut walaupun sebenarnya sedikit sebanyak ia menganggu prestasi kita. Well, actually it won’t effect our ‘prestasi’ if we manage our time, betul tak? Huhu.. think positive again. Bukanlah maksud aku seronok tu masa untuk bergembira, happy je dan sebagainya, tetapi keseronokan tu lebih kepada willing to do it as it is something that won’t make u tired to think of or to deal with it. Hm.. kadang-kadang penat juga. Itu maknanya, barangkali keseronokan tu belum cukup sempurna untuk di takrifkan bersama-sama dengan teori aku. (Hehe! Pandailah..)

Hm.. lupa nak cerita. Hari Khamis hari tu, aku pergi kenduri kahwin Nisa’. Nisa’ dan Asyraff. Hm.. dua-dua bertemu dan bercinta di UK. Bertunang di UK, bernikah di KL (kot), dan bermajlis di BP. Wah.. panjangnya perjalanan kisah cinta mereka. Moga ikatan yang sah ini kekal sehingga akhir hayat nanti. Insyaallah. Nabila (adik Nisa’) bila lagi? Next is your turn tau. Oh ya, Lokman pun bermajlis hari Khamis. Dua mempelai dalam satu majlis, romantik gitu. Nasib baik abang long tak kahwin lagi, kalau tak mesti orang sibuk tanya ‘Kausar bila lagi?’. Hehe! (Terdapat unsur-unsur di luar kawalan - harap maklum.)

Oklah, maybe cukup kot aku menaip di sini. Rasa penat sangat. Iyalah, kelas start pukul 8 pagi. Habis pukul 10 terus pergi kelas English. Nasib baik 11.30 habis sempat beli makanan dan makan tengahari sekejap. Pukul 12 pergi bilik mesyuarat Agama Islam (macam skem-A pula bunyinya), atau nama lain bilik mesyuarat CiTU. Sebenarnya pukul 12 ada meeting dengan penasihat kami, jadi terpaksalah kita berkumpul bersama-sama. Wah, panjang pula ceritanya. Pukul 12.30 masih tak mula lagi, tapi aku tunggu sajalah seolah-seolah pukul 12 pun belum lagi. Hehe! Meeting dan meeting sampai.. er.. tak tahu sampai pukul berapa sebab pukul 2 petang aku dah keluar dari bilik meeting nak pergi kelas. Pukul 2 pergi solat dekat surau, dan 2 lebih baru ke kelas Macro. Mujur Puan Kurku sayang lambat masuk. Belajarlah dengan dia seperti biasa ketidak fahaman dan kekeliruan tetap timbul. Nak tanya, tapi tak tahu nak tanya macam mana. Aih.. pukul 3.30 petang kelas habis terus ke cc. Dan berada di depan komputer dari jam 4 lebih tadi sampailah sekarang (kot). Akhirnya, aku bercadang untuk berhenti sebentar lagi. Sekian.

Plan aku balik ni tidur sekejap (kot) walaupun aku tahu tidur lepas Asar kurang baik. Tapi kepala aku betul-betul perlukan rehat sekejap. Maybe aku makan sikit, lepastu panadol dan solat. Pastu tidur 15 minit. Kemudian fikir nak letak apa dalam paperwork, kalau sempat taip terus. Mandi dan mandi. Err.. wahh aku dah cerita pasal rutin aku. Kelakarnya. Grr..

Oklah, setakat ni dulu. Terlupa pula nak baca bahan usrah untuk hari ni. Huhu.. set dalam kepala, insyaallah. Apa-apa pun aku mengundur diri dulu.

Moga sahabat sekalian istiqamah selalu.
Jaga iman dan peribadi.
Wassalam.

Selamat Berjuang Adikku

02/08/2008

Salam.

Insyaallah, aku akan pulang ke pangkuan UiTM di hatiku pagi ni. Kalau abah tak nak hantar, aku naik bas. Agak penat sikitlah sebab barang aku banyak macam aku pergi hari tu. Hm.. tapi takpelah. Aku rasa hari ni je hari sesuai untuk balik. Esok, mak mesti pergi kenduri kahwin pakcik Y. Ahad mesti hantar Achik balik JB. Lagipun aku ada hal sangat penting dekat kampus, kenalah balik juga.

Dekat sini tak ada banyak kot entri dari aku. Cuma minta maaf kalau ada tersalah dan terkurang dalam penyampaian. Aku nak share sedikitlah, gara-gara lepas Achik balik rumah lepas sebulan di SMIH.

Bayangkanlah, aku tengah borak dengan abah dekat depan, dia boleh buat hafazan seorang-seorang dekat belakang. Padahal tengah main dengan adik ni, sempat lagi meneruskan hafazan dia. Kelakar. Tangan usik adik, mulut menghafaz.

Lagi sekali masa aku tengah tengok TV. Khusyuk ni tengah tengok TV. Achik tengah main game depan PC. Aku membebel seorang-seorang pasal dia balik main game je. Tapi dia jenis aku cakap dia diam je, malas nak layan akak dia seorang ni. So, tengah sibuk-sibuk tengok TV terdengarlah alunan zikir istighfar dia. Hukhukhuk.. akak dia pula yang terinsaf dengar.

Alhamdulillah, best dapat adik macamni. Hari tu dia balik-balik je dia cerita kena hafal itu, kena hafal ini. Siap risau lagi tak hafal-hafal ni. Siap bagitahu aku lagi, kena hafal sampai habis ni kak, macamanani Achik tak hafal lagi. Homework pula tanya aku bahasa Arab. Mak aih, aku dah 6 tahun dik tinggalkan bahasa Arab. Tahun ni baru nak start balik dari bawah. Tapi nak bagi perangsang punya pasal, aku pun tolonglah dia buka kamus carikan. Dapatlah 2-3 ketul makna perkataan. Pernah dengar, tapi aku sendiri dah lupa.

Insyaallah, aku harap SMIH dapat membentuk dia jadi insan yang berakhlak dan berilmu. Dia orang pertama dalam adik-beradik aku yang ke sekolah best macamtu. Hopefully abah ada duit nak masukkan adik pun ke sekolah SMIH. Tinggal seorang je abah, masukkan je adik yang heavy metal kepala dia tu ke sana. Biar dia rasa macamana abang dia rasa. Tapi aku tak dapat rasa (sob,sob). Kadang-kadang, ada orang yang tak menghargai langsung bila dah dapat belajar dekat sekolah yang seumpama ini. Padahal ada ramai orang dekat luar sana yang berebut-rebut nak masuk, betul tak?

Oklah, teruskan perjuangan Achik dan akak di sini sentiasa doakan perjalanan hidup di sana lebih bahagia dan lebih banyak manfaatnya daripada duduk di rumah bermain game. Sekurang-kurangnya sekarang Achik dah tahu apa itu Maathurat kan? Hafalkan jangan tak hafal, insyaallah.

Nak tambah lagi, tapi macam tak sempat je. Oklah, doakan aku pulang dengan selamat. Insyaallah kalau di panjangkan umur, dan di murahkan rezeki untuk meneruskan tinta ini, aku akan terus menggerakkan aksara-aksara ini supaya tidak mati di tengah jalan. Semuanya atas kehendak Allah, dan doa sahabat-sahabat sekalian. Medan dakwah bukan di hadapan PC sahaja, tetapi ada banyak lagi medan dakwah yang lain.

Wallahualam.

Get Real

02/07/2008

Salam.

Aku tak berniat nak menulis panjang sangat kot. Sebenarnya semalam ada 2 posting aku tulis, tapi entri lagi satu tiba-tiba aku tak bercadang nak publish. So, aku simpan untuk personal view sajalah, insyaallah.

Hari ini aku masih di hidupkan lagi, alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin tidak akan ada entri akan datang.

Petang tadi, aku termasuk dekat satu blog ni. Blog tu agak harsh sikitlah bahasa dia. Tapi aku rasa not badlah. Bagi aku cara penulisan begitu cukup lali. Dah banyak sangat blogger menulis cara begitu. Belek latar belakang, kebanyakan mereka faham agama tetapi low profile. Tetapi adalah pula pembaca yang tak berpuas hati dengan dia, sebab cara penyampaian dia tak kenalah dan sebagainya. If u want my opinion - if u cannot stand by his word, then u can get lost and find the suit one.

Aku pun tak fahamlah, kalau kau tak suka dengan cara dia, buat apalah kau sibuk nak baca blog dia? Kau nak dengki dia ke apa? The blogger know their target, and u should know that u are not included. So, kenapa nak cari pasal? Kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah pembaca. Penting sangat ke identiti seorang penulis tu? Kalau kau tak yakin dengan penulisannya, then u allow to do your own researchlah. Takkan itu pun nak kena ajar? If u can find the blogs that listed on ur sidebar, then why can’t u find a simple puzzle that u cannot trust on? Takkan itupun kau nak sibuk-sibuk maki dia kata dia itu ini, sebab kau tak suka cara penyampaian dia, kau pun sibuklah nak hentam dia. Jangan jadi jaki. Bila orang nak buat baik, support. Tegur dengan berhemah, seeloknya privatelah dia. Susah ke?

Bukan dia seorang saja blogger yang bersuara ‘keras’ dalam penulisan, ramai lagi. Cuma kau orang ni masih buta lagi. Tak nampak dunia blogger lagi. Come onlah, get real. Memang kadang-kadang aku berapi jugalah, sebab i was one of the blogger yang bersuara lantang previously, about 2 or 3 years ago. My life as a journey, change the way to reach the destiny. Kita tak boleh kekalkan diri kita yang lama, as we grown up we have to think better. 

Dalam dunia serba canggih ni, we cannot assume thet everyone are the same. We cannot assume that everyone just like us. We cannot ASSUME for assumption environment. Kalau kau rasa kau boleh terima teguran dengan cara yang lembut, tetapi jangan sangka manusia-manusia di luar sana juga seperti kamu. Bahkan ada yang berguni-guni dosa atas kepala sukar untuk menerima teguran apatah lagi nasihat orang. Kalau kau tak suka, biarkan mereka yang alpa ini yang membaca. Malu, kalau orang yang tidak faham fikrah Islam ini membaca perbalahan sesama kita yang faham Islam ni. Siap list nama-nama buku yang di baca, yang di rujuk, yang di fahami, tetapi aplikasinya setakat mana? Setakat menggahkan ilmu pengetahuan yang ada? Di mana aplikasinya? Kalau nak berdebat, buatlah di sebalik tabir. Benda tu kecil je, kecil saja. Selesaikan secara one-to-one rasanya tidak ada masalah.

Dalam dunia cyber yang luas ini, terlalu mudah fitnah tersebar. Aku sendiri kadang-kadang malu. Contohnya perbalahan dari segi khilaf yang memang kita tahu ulama sendiri mempunyai banyak pendapat. Seeloknya, kemukakan semua pendapat dan jangan jadi berat sebelah. Bila ada banyak pendapat, kita boleh berfikir sendiri kesesuaian dengan matlamat kita. Kadang-kadang, isu tu sengaja di perbesar-besarkan seolah-seolah ingin menjatuhkan si penyampai kerana ilmu-ilmu tertentu. Kita berkongsi pandangan, bukan menjatuhkan pandangan orang lain.  Segalanya biarlah dengan cara berhemah dan berhikmah.

Tadi kata nak cakap sikit je kan? So cukuplah setakat ini. Janganlah kita menegur orang kerana nafsu semata-mata, biarlah teguran itu lahir dari hati yang bersih dan niatnya bertujuan bersama-sama belajar dari mana-mana kesilapan yang hadir. Mungkin secara tidak sengaja, kita yang menegur juga tersilap maka janganlah bersikap ego sehingga terasa malu untuk mengakui silap sendiri. Seeloknya, akuilah salah tersebut supaya perbalahan tidak berterusan lagi.  Insyaallah.

Yang baik semuanya atas kehendak Allah, dan sebarang kekasaran dan kekurangan itu atas kelemahan aku sendiri. Maka segala ilmu hanya dimiliki oleh Allah, dan aku hanya mengambil hanya setitis daripada uncountable ilmu milik Allah.

Wassalam.

« Previous entries