Salam alaik.

Minggu ni aku sangat/agak sibuk. Penat sangat. Alhamdulillah, penat macamana sekalipun pengisian hidup tetap penting untuk membetulkan kembali niat kita sebagai penggerak. Yes, kita pelajar, tetapi kita juga khalifah. Reminder yang selalu di keluarkan oleh penggerak-penggerak uitm Segamat, dakwah nombor 1, tapi belajar bukan nombor 2. Insyaallah, semua ni adalah tanggungjawab bersama dalam memikul amanah Allah.

Kadang-kadang aku terkilan, terkilan dengan pemegang-pemegang amanah Allah ini, sengaja menjatuhkan saudara seIslam sendiri yang memikul amanah yang sama, mengejar matlamat yang sama. Entah, entah kenapa perasaan dengki itu ada? Tercabar? Yes, perasaan tercabar tu aku rasa memang akan ada dan sememangnya perlu ada bagi menjana persaingan yang sihat. Terlupakah mereka untuk aplikasikan apa yang telah dibaca dalam al-Quran, apa yang telah di pelajari dari sunnah Rasul, dan apa yang dapat di jadikan iktibar dari isu-isu semasa saat ini, dan supaya kita sama lebih fokuskan kepada isu sebenar. Bukan isu dalaman yang entah ke mana niat seorang pendakwah itu pergi sebenarnya? Tak tahulah, iblis tahap mana yang dah rosakkan hati-hati mereka yang faham Islam tetapi lari dari fikrah sebenar. Aduhai..

Mungkin aku tidak mengerti, tetapi kita kasihankan mereka yang ingin bergerak bebas, namun di halang oleh puak-puak yang taksub pada ketua. Ada yang kata, kerana KAMI adalah Islam Hadhari, lalu mereka BENCI. Kadang-kadang kita terlupa, ada sesetengah pihak berada di dalam satu parti atas dasar mengubah kefahaman orang ramai terhadap konsep parti itu sendiri. Tetapi, apabila kita terlalu taksubkan sesuatu, berkeras dan berdegil untuk membenci nama itu, maka untuk menerima parti tersebut amat sukar. Kita terlupa untuk menilai tahap pengisiannya bagaimana? Adakah ia berkonsepkan sesuatu yang menentang sepenuhnya ajaran Allah? Yes, setiap parti ada konsepnya tersendiri, tetapi bagaimana penggeraknya membentuk konsep itulah yang bisa membawa perubahan kepada parti itu sendiri. Kita ubah perspektif orang ramai terhadap konsep sebenar sesebuah parti yang di benci itu.

Kita perlu ingat kembali matlamat kita. Kita bergerak seiring bersesuaian dengan kehendak mahasiswa, yang penting tidak melanggar batas-batas yang di gariskan oleh Islam. Mengapa perlu lebih dari satu? Kerana manusia itu lebih dari seratus fi’ilnya. Seorang daie tidak akan mampu membawa seramai 20 orang mad’u. Bayangkan satu persatuan ingin fokus seramai 200 ahli? Terfokuskah kita pada semuanya? Atau ada yang tercicir langsung hilang arah tujunya?

Janganlah kita tamak, janganlah kita taksub, beriya-iya menganggap persatuan kita yang terbaik, persatuan kita yang afdhal, persatuan kita yang akan masuk syurga!? Please, get real. Kita pemegang amanah Allah, kita meyakinkan orang terhadap ajaran Islam, kita sebarkan kepada mahasiswa kepentingan al-Quran dan sunnah. Tak ada kena mengena dengan persatuan. Persatuan adalah wadah, di mana secara kepentingannya ia di perlukan sebagai satu jalan menyebarkan dakwah secara legal (mengikut akta…).

Aih.. moga Allah mengampuni dosa aku jika ada yang kurang senang dengan kata-kata slumber party daripada aku. Kadang-kadang kita rasa geram dengan orang-orang yang faham tetapi pura-pura tidak faham. Kadang-kadang kita menyampah dengan orang-orang yang ilmunya tinggi sehingga tarafnya cukup di kagumi, tetapi di sebabkan kenyataan KERAS/MELAMPAU sehinggakan mereka yang tanpa tarbiyah kaget dan hilang respect pada mereka. Kita tidak mahu mereka yang tidak ada tarbiyah ini menganggap orang yang berilmu ini semuanya sama. Malu! Malu!

Cukuplah, cukuplah Kausar. Istighfarlah banyak-banyak agar sifat mengungkit dan benci ini dapat di buangkan. Sifat manusia tidak lari dari semua ini, perasaan mazmumah yang akan muncul bila kita di sakiti, kita di aniaya, dan sebagainya.

Aku mengharapkan setakung doa daripada semua pihak agar aktiviti dalam perkampungan Hadhari yang akan kami anjurkan pada 22-24 Febuari akan datang, dapat berjalan dengan jayanya. Inilah peluang kami untuk tebarkan apa yang telah kami belajar di KBM, IPT bahkan di tamrin-tamrin yang telah aku lalui sebelum ni (sebenarnya dah lama tak pergi. Maklumat tak sampai, dan keinginan tak kesampaian). Mana-mana pihak yang nak beri sponsor kepada kami, bolehlah emelkan pada ’saya’. kausar87[at]yahoo.co.uk

Sekian dahulu dari saudari Kausar (hikhikhik..)
Wassalam.