Here I Am

12/31/2007

Salam.

Aku dekat SL tengah register course dengan kanak-kanak ribena dari wing aku. Haha! Lawak je lah. Hidup aku agak huru-hara sikitlah tanpa telefon, sebab banyak masalah aku kena bertanya dan kontek dengan orang lain. Mana telefon aku? Oh tidak, hari Jumaat masa hari pendaftaran telefon aku tertinggal dalam kereta. Alahai.. seksa aku nak tahu bila ada kelas dan sebagainya. Malang sungguh, kad outing dan kad aktiviti tak dapat masa tu juga sebab dia taknak gambar yang kecil, nak gambar besar juga. Betapa cerewetnya UPK sektor B ni. Masalah lain, plug bilik aku masih tak boleh guna. Lepastu pula, aku tak ada rumet yang boleh di ajak berborak. Tak apalah, sekurang-kurangnya ada sedikit privacy kan? Hehehe! Macam-macamlah. Problem wing budak-budak part 2 sebelum cuti hari tu tak settle lagi rupanya? Alahai, kelakarnya. Bukan tak settle apa, semuanya bermasam muka je. Aku dah tak reti nak cakap apa. Yang aku boleh buat, abaikan.

Secara keseluruhan hidup aku sejak akhir-akhir ni, biasa-biasa saja dan tak ada benda yang menyeronokkan. Mungkin adalah sikit-sikit, tapi tak adalah havoc sangat. Kegembiraan seseorang biasanya terlalu subjektif untuk di fahami, begitu juga dengan diri aku yang kadang-kadang aku sendiri tak mengerti, apakah itu bahagia? Kenapa aku tak boleh nak merasai bahagia dalam suasana yang semua tengah berjenaka, bergelak tawa dan tersenyum ria. Walau macamanapun, hidup mesti diteruskan dengan menjunjung sebuah impian dan sekalung harapan buat mak dan abah.

Petang tadi, famili datang hantar telefon, bakul sampah (since aku tak ada rumet, biasanya rumet sediakan bakul sampah), kek coklat dan pisau untuk potong kek. Seronok dapat jumpa diorang.

Info kampus terkini, air tidak akan ada selama 4 hari. Sektor B telah kekurangan air semenjak Jumaat lepas - seksanya. Sektor B baru je bermula hari ini. Aduhai.. semua orang tengah tadah air dalam baldi. “Kak K dah tadah air?”, “Belum.”, “Ala, kak K ni sempoilah, orang semua sibuk cari air rilek je dia.”, “Alah, sekarang kan ada penyembur minyak wangi, sembur jelah. Itulah kelebihan kita zaman canggih ni.” - Sambil gelak-gelak.

Oklah, semua dah settle. Aku keluar dulu.
Wassalam.

Bai-bai PKN

12/28/2007

Salam.

Latest news: I won’t be going to PKN, Ipoh. I just hope there would be reason behind all these. It is too hurting me for not be able attending the program. Huhu.. so sad. But what should i do? Since i was left behind.  I don’t want others to wait me for some time. I just couldn’t bare letting them moaning about waiting me there. So, the suggestion was to replace me with someone else. Well, the replacement has been found and i guess they are preparing for the journey right now. Oh yeah, the ticket sold out from Melaka to Ipoh. They have to buy ticket from Melaka to KL, and KnL will pick them up from Ipoh, i guess. Whatever it is, i’ll pray for their safe journey. Perhaps the knowledge from PKN will be used to improve our strategies in the campus.

Wassalam.

My Second Home - I’m Coming

Salam.

As i will return back to my second home, i would like to say good bye to all dearest blogger. Hehe! Sorry for any comments that forget to be approved by admin AKA myself. Actually, didn’t realized there would be comments here.

Hari ni cukup penat dan memenatkan. Esok masih ada perjalanan yang entah akan tiba ke destinasi, atau separuh jalan je. Apa yang aku harapkan, aku dapat jejak ke tapak destinasi seperti yang di rancang. Malang sungguh, atau dalam nada positifnya, sungguh ujian Allah itu besar dan jika ada kekuatan dan tegar, pasti semua itu boleh di harung tanpa rasa terbeban. Huhu..

Abah membebel bila masalah timbul. Aku cuma cakap, “takpalah abah, susah sikit je. Bukannya selalu kena lalui macam ni. Lagipun benda kita dah bayar (ayat untuk sangkutkan dia supaya rasa BALOI untuk lepaskan aku pergi). Nantilah akak kontek kawan akak.” Kadang-kadang, bukan keluarga kita tidak faham keinginan kita, tanggungjawab kita. Tetapi, mereka risau, mereka resah bila kita berseorang diri, bergerak sendiri, tanpa mereka ada di sisi kita memerhatikan kita. Ya, orang kata bimbangnya seorang ibu kemungkinan ada ’sesuatu’. Tapi aku tengok, mak tak bimbang pun, abah yang risau - as usual. Haha!

Apa masalahnya? Dari Segamat takda bas ke Ipoh. Cadangannya, turun Melaka beli tiket ke Ipoh. Aku pun ok jela. Masalahnya, family aku akan turun ke Melaka juga. Jadi, diorang plan hantar aku terus pergi Melaka. Asalnya, diorang taknak bertolak awal, sebab abah nak solat Jumaat. Jadi, pergi lepas solat Jumaat. Memandangkan aku nak turun dekat Melaka Central, terpaksa bertolak lebih awal sebelum solat Jumaat. Abah kata, solat Jumaat dekat Yong Peng saja nanti. Oklah. Nak tunggu aku siap daftar semua, memang ambil masa sejam juga aku dalam dewan tu nanti. Aduh. Apa-apa pun kita tengoklah kesudahannya. Kalau abah rasa taknak lepaskan aku pergi, (sebab Mia and geng dah beli tiket ke Melaka pukul 1 pm and aku rasa diorang kemungkinan akan beli tiket ke Ipoh lebih awal.) Target aku sampai Melaka, 7 pm. Takut nanti abah suruh ikut dia pergi hotel je, tak payah pergi Ipoh sorang-sorang. Tak apalah. Yang aku pasti, abang Long pun mungkin tak bagi pergi malam-malam. Katanya sekarang, orang tak culik budak je, anak dara orang pun diorang culik juga. Lahai, abangku..

Mak kata, kalau berusaha sampai ke tahap ini pun tak dapat pergi, mungkin memang rezeki untuk ke PKN tak ada lagi. Tahun depan usaha lagi. Chaiyok!

Hm.. sebenarnya terasa malas nak kembali ke rumah ke dua itu. Haha! Sebab rumah kedua takda internet, takda TV, takda orang masakkan, takda kerusi empuk, takda privacy, takda game, dan bermacam-macam takda lagi yang cukup melalaikan aku berada dalam rumah ni. Haha! Sedar, aku sedarlah. Balik rumah kedua, mesti jadi baik. Orang ajak buat benda mengarut, aku sibuk buat kerja yang berfaedah. Cewah! Bila aku kat rumah kedua, aku rasa bertanggungjawab sikit, sebab mak dan abah jauh. Hahaha! Lawak je.

Oklah, cukup sampai sini. Jam dah pukul 1 pagi lebih. Tapi baju masih berlonggok dekat bilik tak termasuk dalam beg lagi. Oklah, arios buat semua. Wassalam.

Nota Kaki: Ya pakcik Cho, mengapa tuan hamba menyibuk di sini? Boleh hamba tolong? Selamat bersekolah kembali di Iskandar Syah ya? Hahaha!

Blog Heart

12/27/2007

Salam.

I should be on bed right now. Tomorrow, the whole family gonna go to SMIH, JB to buy some books that needed for Achik. Somehow, Uda who already stay there since 23rd Dec, seem to order quite few things from us. Sigh. I am so jelous. Haha! Once i said to mum, “can i follow Uda to Jawa?” Mum said yes, if i have money. Well, i actually already had some money from previous job, am i? Haha! But the thing is, the time just not right for me. Should i skank the classes just for Jawa?

Apa-apa pun, aku terfikir sebenar beberapa hari yang lepas. Aku tak update blog beberapa hari sebab pergi memburu. Memburu blog-blog yang dah lama tak terbaca, and i miss that time so much. Once, i’ve became an addicted blogger and everyone just know me through the blog, chatting with me, ask opinion, tell joke or story or even problem, and sort on. It was memories. Somehow, when i had massive problem in my head, i just cannot ignore my blog. I’m gonna be as i am before NOW. Well, sometimes the surrounded ‘ask’ us not to be like the way we use to be. ‘They’ said, we are different now. How different is that? The heart will always wanted to be as what we meant to be. The truth is, when the life began to hurt, began to crush, we just doesn’t want to think again and again what was the problem.

[ I just realized something, Uda got 3A 3B 1C 1D 1E 1G for his SPM trial. Well, u might said "what so proud about it?". I should say i am very proud of it. He doesn't have basic of form 1 until form 4. He had no clue what so ever on that years. After standard 6, he flew to UK and come back after 4 years. Then what? He need to be a form 5 student. Mum said, u need to pass your SPM Bahasa Malaysia. Haha! Just in one year, he survived to get this result? And he also became one of the best student in his school. How proud am i. I know i couldn't be such a clever student as him, but as a sister, that's the best feeling to have from own brother. - i hope no one gonna tell him that i put this in here. He'll kill me if everyone knows his result. ]

Apa yang aku cuba sampaikan, sesetengah blogger ada kaitan dengan orang-orang (blogger) yang aku dah jumpa. Jadi, aku rasa seronok agaknya kalau aku dapat jumpa mereka-mereka ini (walaupun aku tak ada link mereka). Hehe! Bak kata Mia, diorang famous sebab ada blog saja. Seriously, it wasn’t a joke. Oneday, people will say to us, “Kausar yang ada blog tu ke? Mexme? Kan?” Haha! Ini pengalaman. It just amazing when people remember our name and relate it with our blog. The name just matching to the blog. But today, mexme is not my name anymore. Let it be a history from the past. Let me be a new me to have a better life.

After a year without blogging, i feel like i don’t have a shoulder to cry on. Empty. Not that i am not pray for the goods return, but lumrah manusia itu perlukan seseorang untuk mendengar ceritanya, at the same time we can see the react on her face about the problem, whether she likes it or not. Haha! Not really. Aku tak tahu kuasa apa yang menarik aku untuk terus menulis di sini. Aku harap blogger di luar sana tak jadi macam aku, kejap tulis kejap tak tulis. One of the reason i couldn’t shout my blog loudly, i’m afraid the ticker cannot let me spend more time with the blog. Insyaallah, i will try my best untuk dapatkan register internet dekat laptop aku. Dah 2 sem aku nak, asyik malas je. Doakanlah ya sem akan datang ini aku tak malas dan tak lupa. Encouragement are needed, let it be from the prays of all. Bila dah dapat, i will use the opportunity to keep updating my blog regularly.

Oklah, selamat berblogging to all.
Wassalam.

Terhilang, renew IT

12/25/2007

Salam.

Dari masa ke semasa, kenapalah aku diuji begini? Aku tak tahu adakah ujian-ujian yang aku terima ni wajar di namakan beban atau sebaliknya? Dari satu masalah, kepada masalah yang lain. Semalam kepala aku sakit, sakit sangat, teruk sangat rasa. Macam orang migrain dah aku rasa. Hari ni pun masalah yang sama menganggu kepala aku. Kadang-kadang memang rasa tak larat sangat nak terus macamni. Berbaloi ke aku lalui semua ni? Sebenarnya berbaloi jika kita pandai manfaatkan. Ujian macamni tak datang tanpa bersebab. I know, i have to think positive.

Sebabkan program yang macam-macam, aku hilang almost everyone yang penting dalam hidup aku. Daripada kawan, kawan rapat, kawan baik, kawan susah dan senang, apa-apa jenis kawan, semuanya dah takkan berganding dalam hidup aku lagi macam sem lepas. Macam 2 sem lepas. Bak kata kak Ya, semuanya kena bermula dari bawah semula, sebab aku dah hilang semua tu. Sedih memang sedih. Tak keruan aku dibuatnya. Tapi semua tu, cuma dalam hati je. Kadang-kadang benda macam tu tak boleh di layan sangat. Kalau tak, aku takut aku terlupa berpegang pada janji Allah. Lupa untuk setia mengenggam tali Allah. Hilang segalanya tidak bermana hilang kepercayaan, tetapi itukan ujian? Betul, memang pedih aku nak terima semua ni. Buat-buat sajalah takda apa-apa. Jujurnya, aku tak ada tempat mengadu secara zahiriah. Terpaksa pendam, dan biar hati yang bekerja membaiki diri. Dan.. biar Tuhan saja yang mendengar.

Suatu hari nanti, aku akan hilang sahabat sefikrah. Dan sesungguhnya, inilah dugaan paling besar yang aku perlu harungi. Entah bersedia, atau tidak - Wallahualam.

Dua.

Semalam tarikh yang cukup bahagia. Aku bertemu dengan… member-member masa dekat STA. Kali terakhir aku jumpa diorang tahun 2002. Maknanya, dah 5 tahun kami tak bersua. Tak ada beza banyak sangat pun. Adalah perubahan diri diorang dari segi sikap, kata-kata, tetapi fizikalnya tak banyak sangat. Maybe ada yang lebar sikit, atau bertambah ketinggian sedikit atau ada sesetengah yang makin mengurus. Baguslah. Sekurang-kurangnya mereka ada usaha untuk mengelakkan diri dari berpenyakit diabetes yek? Huhu..

Semalam memang banyak sungguh bergelak tawa. Tapi, hati aku sedikit pun tak terasa lucu dengan setiap teletah yang terkeluar dari mulut diorang. Bukan aku tak sudi, barangkali hati aku mungkin masih di ambang kegelisahan pada dunia di sebelah sana. Hm.. aku cuba juga untuk tersenyum. Anggap sahaja cerita mereka lucu. Gelakkan sahaja bibir dengan ukiran tawa sebolehnya. Biarpun penat, biar penat agar mereka dapat nikmati pertemuan singkat yang penuh kegembiraan. Janganlah suramkan keadaan kerana kisah kita yang kurang enak. Memaksa diri untuk senyum, bukan satu kerja yang mudah  kerana wajah kita bisa menunjukkan lirik hati sebenar saat itu. Bukan mudah untuk sembunyikan keresahan hati daripada orang lain terutama sahabat akrab kita, tapi mujur sekali yang ada di situ hanya teman-teman yang bertemu untuk beberapa jam sahaja. Lepas dari itu, masing-masing berlalu membawa hala tuju.

Usai pertemuan singkat, mereka mengingatkan aku “bulan 6 tau!” sambil mengenyitkan mata kanan. Ada apa dengan bulan 6 nanti? Tanya salah seorang teman. “Kausar nak kahwin beb, orang first tau.” Aku tersengih-sengih sambil mengangguk tanda setuju. Mereka pun bersoraklah happy dengan ‘kemenangan’ aku yang tak berapa nak betul tu. Mulalah diorang merepek meraban pasal aku nak kahwin bulan 6 pula. Hehe! Aku cuma diam menyepi. Seolah-olah cerita mereka tu semua benar belaka. Hehe! Tak apalah, cerita betul akhirnya sampai ke telinga semua pihak, mujur. Silap haribulan ada yang telefon aku ucapkan tahniah.

Back to nature - Aduh! Takut juga bila di taruhkan kepercayaan, nanti tak terbuat gamaknya. Sebenarnya, bulan 6 adalah saat di mana mereka menyerahkan tanggungjawab supaya aku boleh koleksikan semula rakan-rakan STA batch 87 dalam pertemuan tidak lebih dari 3 hari nanti. Wah, boleh jadi aku pengarahnya bukan? Hehehe! Moga segala urusan Allah permudahkan. Bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah. Moga pertemuan singkat tempoh hari memberi sedikit ‘tazkirah’ buat diri ini. Manusia itu mampu berubah, jika dahulunya kurang sopan, 5 tahun menjangkau ke hadapan, bisa membentuk dirinya lebih enak daripada aku sendiri. Jadi, kita perlu terus mendoakan sahabat kita di luar sana yang dahulunya membentuk satu peribadi yang kurang elok agar di beri petunjuk dan hidayah untuk berubah - selagi ada kesempatan (InsyaAllah).

Ya Allah, ampuni dosa mereka dan hinggapilah setitik hidayah-Mu itu buat mereka agar mereka menyedari akan dosa-dosa yang sedang di buat, dan  yang telah di lakukan. Sesungguhnya, Kau Maha Mendengar, lagi Maha Mengadili.

Tiga.

Cerita pasal kampus, 28hb ni aku perlu pulang ke pangkuan rumahku di Segamat. Jadinya, untuk masuk ke dalam rumah itu perlu lalui sesi pendaftaran. Oleh yang demikian itu, aku terpaksa bersiap-siagakan barang-barang aku untuk pulang ke halaman rumah Jumaat ni. Hehe! Tapi malangnya, kedatangan surat daripada rumah di Segamat amat menyedihkan aku. Borang untuk kemasukan rumah tidak di selitkan bersama. Yang ada borang untuk mempunyai penempatan dalam dewan kuliah sahaja di sediakan. Kepanikan mula terserlah. Peluh memercik. Hehe! Aku pun bermesej dengan Mia menanyakan soal itu. Adakah aku tidak bisa mendapat penempatan dalam rumah yang mewah itu? Mulanya dia kata TAK DAPAT. Wah, takutnya. Di ekori dengan ayat ‘memain je’, lega tak terhingga. Katanya, pada hari pendaftaran aku perlu memberitahu cerita sebenarnya. Takut nanti di sangkakan aku ini hanyalah pelakon dalam cerita-cerita dongeng tanah air. Risaunya. Moga Allah permudahkan segala urusan aku nanti.

Cerita pasal rumah mewah juga, baru aku teringat bahawa aku bisa menerima teman sebilik yang baru. Takutnya. Seolah-olah teman itu bisa memberi perubahan dalam hidup aku?! Hehe! Saja buat cerekarama sebentar.  Apa-apa pun setulus tadahan doa aku pinta dari Yang Memberi, dari Yang Memerhati, dan dari Yang Memahami.

Selamat kembali ke sekolah buat semua blogger dan sahabat sekalian.  Wassalam.

« Previous entries