Hari Esok, Ini

11/26/2007

Salam.

Esok maybe hari yang agak busy untuk satu keluarga aku. Aduh. Semuanya plan last minute, bagus sungguh. Hehe! Tiba-tiba mak suruh jaga budak-budak hafazan dekat pej JIM. Er.. aku pun tak boleh nak cakap apalahkan. Maybe 30hb tu tak jadi kot nak pergi program KRJ & KnL dekat Kolej Komuniti tu. Tak apalah, aku rasa aku tak perlu pergi kot. Rasanya tak ramai pun AJK-AJK yang pergi. Never mind…

Aku pun tak ada benda sangat nak menulis. Just mengisi masa tengah lewat malam dan nak pagi dah ni dengan menaip. Esok pagi pukul 9 kena bergerak ke Ayer Hitam. Mak dengan abang long akan bawa achik pergi JB untuk interview sekolah SMIH. Uda ada final paper dia, Biology (macam tak study je). Adek ikut aku kot. Abah, entah. Lusa abah pergi UK, ambil exam naik pangkat kot. Seminggu je. Nasib baik sekejap. Kalau lama, semua orang rindu nanti. Abah dekat sana nanti duduk rumah abang ngah. Ulang-aliklah dari Notts ke Lufbra.

Dua.

Hm.. oklah. Aku rasa, itu saja. Dah lama tak menulis sajak, menyebabkan bila dah siap jadi macam lirik lagu pula. Haha! Lawak je. Tak apalah, let me try after ‘retired’ long time ago (well, takdalah sampai bertahun-tahun, setahun je).

Dunia Nafas Terakhir

Sunyi malam pengubat duka
tatkala riuh jenuh sang jiwa,
meronta, menjerit, memanggil hiba
dan sepi datang
bertandanglah derita,
derita di jiwa, bertarung nyawa.

Beginikah sudahnya? Hati,
itulah aksara muncul
pada bibit terakhir, yang bernyawa.
Denyut-denyut muncul
memecah lemak-lemak dunia
‘jangan!’ pintanya, pinta dia
- aku takut gelap.

Bila, angin pantai terasa - sejuk
mencecah kulit
dan kejamkan mata cinta
yang rindukan halwa syurga.
Terasa bait hina, hangat membakar
kulit. Sang nadi hilang,
bertemankan liang
bersarungkan kapan
berkiaskan dunia, maga agung.

Kay @ 2.14 am
Rumah, Pt Rj BP

Kupon Bertuah

11/25/2007

Salam.

Hari ni sangat happy! Kenapa? Adalah.

Petang tadi aku telefon pc Halim nak belajar driving. Dia kata pukul 2. Aku ingat aku silap dengar pukul 3, sebab jam 2 petang aku jenguk-jenguk tak nampak batang hidung pun. So, aku buat kesimpulan sendiri mungkin pukul 3. Jadi aku buatlah tak tahu sampai pukul 3 baru nak cek ke luar. Cek telefon ada 3 miss call mc Siti. Aku fikir, mc Siti mungkin nak telefon aku sebab pagi tadi aku telefon dia tak dapat. Hehe! Aku pun buatlah tak tahu. Pukul 3.30 aku telefon mc Siti, tanya dia pc Halim mana? Dia kata diorang dekat bandar, bawa budak-budak periksa komputer. Dia kata pukul 4. Pukul 4 aku pergilah kedai dia, tak sampai pun lagi.

Hahaha! Rupanya pukul 2.30 pc Halim ada depan rumah aku hon banyak kali. Hahaha! Yake? Apa pasal aku tak dengar ek? Last-last dia kata aku takda kot, dia pun balik ke kedai dia. Ajar orang lain pula memandu. Kelakarlah pc Halim ni. Whateverpun, aku belajar belok jer tadi. Sangatlah cuak. Rasa lenguh tangan nak pusing steering kereta tu. Haha! Lembik sangatlah kau ni Kausar. Pc tu pun cakap kuat sikit, janganlah takut-takut nak pusing. Mestilah takut, ingat aku pernah main dengan steering ke sebelum ni? Ni baru kali ke-3 aku bawa kereta tau. Dekat rumah pun takda maknanya aku nak belajar. Kereta kancil abang long pun tengah rosak tu. Kata nak baiki, tak baiki-baiki pun.

Dua. 

Ok, aku ada cerita pasal semalam punya kejadia. Semalam, aku, abang long dengan mak bershopping dekat Carefour BP. Lepas beli barang semua, baliklah ke tempat kereta. Masa ni dah pukul 5.30 petang tau. Dalam hati aku kata, lama juga ya kitorang cari barang-barang ni semua, dekat RM300 juga aku tengok resit. Haha! Macam-macamlah mak aku beli, ganti itulah ganti inilah, aku pun ikut sajalah.

Masa nak balik tu, macam biasalah barang-barang dalam plastik semua letak dalam troli kan? Sampai dekat kereta, barang-barang tu di masukkan ke bonetkan? Lepastu troli tu kena pulangkan balik kat tempat dia kan? Hehe! Aku malas nak letak, abang long parking jauh sangat. Menyampah gila. Mak kata tak pulangkan je troli tu dekat situ, tapi takda tempat cucuk nak ambil balik 20 sen aku. Aku cakaplah, duit akak camana nanti? Dia gelak je. Terpaksalah juga aku pulangkan balik, dengan berbaju kurungnya aku tolak troli, lalu depan mamat-mamat sotong yang dari mana entah datang, dengan cuaca yang agak panas jugalah, redah je. Masa patah balik ke kereta tu, aku nampak sorang mamat sotong berbaju belang putih hitam pergi ke arah kereta kitorang, masa tu ada abang dengan mak dalam tu.

Sampai-sampai terus duduk dekat belakang. Rupanya ada macam cabutan bertuahlah. Tapi dia tak cabut, dia kena buka satu kupon ni. Dia tak minta duit pun, buka je. Mak dengan abang long pun bukalah kupon tu. Dia kata, kalau buka ada ucapan terima kasih, tulis nama. So, bila dia pulangkan dekat kilang yang uruskan pertandingan ni, ada nama, maknanya dia dah jalankan tugas dia. Pertandingan ni under satu kilang ni. Kilang ni buat barang-barang elektrik yang berjenamalah. Lepastu mak dan abang long pun buka. Mak dapat terima kasih. Abang long macam tak dapat terima kasih, tapi dapat benda lain. Dia pun cakaplah kat mamat tu, habis kalau dapat macam ni apa pula? Aih, terug menjerit-jerit dia kata abang aku menang 3 barangan yang ada dalam tu. Dia terangkanlah itu ini itu ini.

Kelakar pun ada dengar masa dia menjerit-jerit macam perempuan tu. Adui, lebih dari kaum Hawa lagi. Masa tu dah pukul 6. Tak solat Asar lagi ni. Memanglah panic tak ingat punyalah. Aku ni dari tadi tengok jam. Penerangan dia bukan main panjang lebar. Rasa nak berdarah telinga aku. Tapi, bila dah buka dapat 3 barang tu, dia ada lagi satu sticker nak kena buka. Dah dia bebel tu, aku cakaplah, bukalah sticker tu apa lagi, dah lambat ni. Dia kata apa nak tahu? Tak boleh.. kena buka depan pegawai dia. Walawei.. bila nak siap ni encik abang oi. Rimas aku. Dia kata kena pergi ofis pegawai dia. Aku dah tak sedap hati. Mak aku kata, tak apalah dah lewat ni, tak sembahyang lagi. Dia kata sekejap saja. Kitorang pun pergi.

Sampai dekat tempat ofis tu, jumpa pegawai dia cina perempuan. Dia pun cakaplah benda yang sama si mamat tu cakap. Bosan betul aku dengar. Bawah sticker tu dia kata, kalau dapat terima kasih maknanya kitorang boleh bawa balik 3 barangan percuma yang dah tersedia ada tu tanpa bayaran apa-apa, secara percumalah kiranya. Kalau ada gambar kereta, maknanya kitorang akan dapat kereta free tanpa bayaran ansuran lagi, tapi takda road tax dan insuran, tu kena buat sendirilah. Tapi, kitorang kena bayar balik RM3,500+ untuk 3 barangan percuma tadi tu lepas dapat kereta. Kalau buka sticker tu dia kata balik cikai pun dapat RM4,000 pun kena tolak RM3,500+ yang bermakna kitorang akan dapat RM400 je keseluruhannya.

Dengar macam seronokkan? Memang seronok kalau dapat kereta! Aku cakap dekat mak, kalau dapat kereta viva (lupa nak cakap, kereta free tu kereta viva) tu, aku cakap nak ambil kereta kancil abang long. Tapi mak sibuk nak bagi Uda. Aku marah betul. Kenapa entah mak tu asyik Uda je mulut dia. Semua aku nak tak boleh. Dia kata kena bagi Uda. Semua Uda! Uda Uda Uda! Budak baik takpa, ni jahat semacam. Oklah, sometimes dia baik. Tapi mostly? Aih, orang kata kalau dah terlebih sayang, jahat macamana pun dapat lebih tetap ada kan? Takpalah, aku just berdoa pada Allah supaya aku boleh ambil lesen awal dan dapat kereta cepat.

Aku rasa itu je kot. Akhir kata, selamat bercuti. Wassalam.

Why Dealova?

11/23/2007

Salam.

Once i told my junior about a video i made myself. It was a song called Dealova and i think almost all teenager heard that song and knows the lyrics. Do i have to explain detail what was the song about? I don’t think so, and i am not bothering to seek the lyric for readers to understand. If you really need it, then i suggest you guys to ask Mr Google to search for you.

Ok, back to the nature. The song is about love, but the pictures about Palestine. Then, she said i was crazy and i shouldn’t do that way. I won’t argue about this tiny problem with her. She probably doesn’t understand what was going on with people now a day especially for teenager. This is psychology path to help people who doesn’t listen to nasyeed to remind themselves about people in Palestine. They need our attention. Most teenager around the world in this case for Malaysian teenagers, we need to remind them. How? How to remind the whole situation about Muslim being attacked, Muslim being torched, and so on? How? Entertainment is the answer. Hiburan has been very IMPORTANT thing to the world, to human being in this ERA. Can you see that?

I am not saying that hiburan is the only way, but in my case, for the ability God gave to me, here i am. Try to pursue them in different way. I have no idea who watched the video, but thank God, i know there are some people never thought about this. We have to try to remind people in every way we had, any chance we got and anywhere we were. I know, as an imperfect person, this is just a humble opinion to give the answer for my junior and others who viewed my video. The video has just published August last year, since i was in UK. There are 2 videos got attention from many viewer and i hope the videos are not for entertaining only, but its remind us of how luckily we are and how thankful we are, for having a peace country and have chance to learn anything from the bottom. Just remember, this is only a TEST. The PEACE = TEST.

The POWERFUL is the JUDGES. Everything just a beginning. So, please be prepared for the next generation. As we grown up, our children will be hunger than we thought.

You can view the video by clicking here

I think that’s all from me today. Wassalam.

Lost

11/22/2007

Salam.

Hari ni adalah hari yang kurang baik. Ingat nak belajar driving hari ni, tapi memandangkan keadaan tak berapa nak OK, aku batalkan sajalah niat nak belajar memandu. Aku rasa macam tak larat. Kurang upaya (heh, bukan macam orang kurang upaya, maknanya tak berapa nak bersemangatlah).  Kepala asyik pening-pening je. Mata dah start berpanas-panasan. Orang kata mata panas maknanya nak demam. Aku pun tak reti dah nak cakap.

Petang tadi aku ada terfikir nak tulis sesuatu, tapi dah lupa. Maybe sebab keadaan aku yang semakin tak berapa nak OK kot. Jap lagilah aku makan panadol ke.  Aih.. i just wish to relax my mind, myself and myself (?). But.. i just can’t right now. Too many things come and out from my thought. Really got headache, even right now. Aih…

That’s all. Wassalam.

Driving isn’t so hard

11/20/2007

Salam.

I just started my driving lesson yesterday. Haha! Seronok sebenarnya. Just now i had my second lesson. There are some improvement i could say. Sebenarnya aku banggalah juga, firs time drive pun pakcik tu ingat aku dah pernah drive before this. Of course lah tidak. My parents are very strict about driving. Never ever drive before learning specifically. Ok, fine.

Apa-apapun, hopefully tomorrow will be my third lesson, InsyaAllah kalau pakcik tu available to teach me. Sangat tak sabar. Tadi pakcik tu hantar ke rumah, dia kata tu ada kereta kancil belajarlah. Ala pakcik, kereta kancil tu tak boleh jalanlah. Macam mana nak belajarkan? OoOoOoOoO.. ceritanya.

Dua.

Aku tak pernah terfikir, bila dah besar macam ni, rupanya mak dan abah akan tinggal berdua je. Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, semua anak-anak dah besar. Tahun depan, tinggal adik seorang je. He would have another 2 years to leave the house. Then my parents will stay alone in the house. Peaceful i guess.

Tahun depan, abang long might already have a job - well, he cannot stay at home all the time, right? Abang ngah as usual, not finishing his study until 2009 at UK. Then, me still at UiTM. Uda, beginning of the year he probably gonna take a ‘holiday’ under KRJ travelling to Indonesia for about 2 months. And further his study afterwards. Achik, parents gonna send him to SMIH. Apperately, my parents always wanted one of us become an ustaz, well - not usual ustaz but more to professional side. So, achik the chosen one. Haha! There is no hope from me, since they told me to become ‘ustazah’ when i was a kid. Well, i can be a teacher for kindergarden school, maybe.

So, the only left is adik. Bye-bye adik. Your dream will come true. He always dream to leave alone without us. Haha! Next year we’ll let his dream become reality. I wanna know how’s he felt about being alone by himself apart of mak and abah. Kihkihkih..! I also feel that i need to go home regularly since my mum has no body at home to be with me apart of abah which usually will be back after 5 or sometimes in midnight time. Hehe! Orang dah naik pangkat, macam tulah gayanya.

Tiga.

Whatever pun, cannot wait to know the result. Aku pun tak tahu kenapa rasa excited nak tengok. I just hope that the result not that bad compared to last sem. I really need more than last sem. Really i am. I need a pray from all readers for my result.  Well, just 3 weeks to go but seem its not that long to wait.

Okies. That’s all for today. Wassalam.

« Previous entries