Salam.

5hb 10 aku dah balik RAYA. Tapi raya tak lagi, puasa je dulu. Hm.. minggu sebelum 5hb tu memang aku bz gila. Susah nak describe macam mana yang di maksudkan dengan bz.

Aku start membusykan diri 28hb 9 lagi. Masa tu ada program KEM 3R yang terlalu banyak halangan. Aku antara orang yang menjemput KRJBP awalnya dan KRJJB nak bekerjasama juga menyebabkan aku tak boleh nak lari dari keadaan sebenar.

Malam lepas Terawih (ingatan masih kukuh ni sebab baru je buat laporan), cari-cari mana peserta. Memang sedih juga peserta tak sampai 20 orang. Target ramailah kononnya. Tapi nak buat macam mana. Dapat banyak kata-kata perangsang dari MC R dan tak lupa PC M. Huhu.. terima kasih pada pakcik-pakcik dan akak-akak KRJ yang sanggup datang. Sebenarnya kalau diorang taknak datangpun kami redha saja macam mana keadaannya sekalipun. Benda yang tak di jangka nak buat macam mana.

…29hb sebenarnya aku ada test ECO pukul 12.30 pm. Tapi, muka aku pukul 11 masih lagi dekat Kersani tu. Aduh. Baca pun aku tak sure masuk atau tidak malam tu. Sebab memang pagi tu aku tidur pukul 3 lebih, tapi lebih kepada berborak, kan Mia kan? =D Alhamdulillah, macam mana aral melintang sekalipun aku masih boleh jawab. Tapikan, aku mengantuk masa jawab paper. Jadilahkan, ada beberapa saat tu aku tertidur. Bukan sekali dua sahaja, banyak kali jugalah. Hurm.. first time aku jawab paper sampai tertidur-tidur walau untuk sesaat dua.

Semua selesai 30hb tu. 1hb malam tu ada test costing. Hurm.. masa perbincangan hari Rabu tu aku cukup terasa dengan kata-kata lecturer. “Sebahagian dari awak saya tak tahu macam mana dia punya kesilapan semua cuma kesilapan cuai sahaja. Bukan sebab salah.” Semua kesilapan yang aku tak dapat markah berpunca daripada cuai. Sedih memang sedih, tapi kalau aku takda salah mungkin aku takkan fokus untuk belajar dekat situ lepas ni. Betul tak? Syukurlah macam mana sekalipun.

Malam 2hb aku ada test MGT. Lagilah sadis. Bukan sadis apa, tang soalan objektif je memang aku tak boleh jawab. Aku pun dah tak reti nak cakap apa. Kelemahan aku memang objektif. Walau macam manapun orang cakap objektif tu paling senang, bagi aku objektif tulah paling menakutkan. Esei bagi aku takda masalah, sebab aku senang score dekat esei. Tapi dekat objektif aku hampeh. Paling tinggi aku penah dapat pun 8/10. Paling rendah, 3/10. Alahai.. sedih-sedih.

Rabu pulak quiz costing. Memang senang juga tapi kekonfiusan jugalah boleh di katakan. Huhu.. ada sikit-sikit ‘tiru’ lah. Adeh. Aku cuba tahan diri aku sebenarnya. Tapi member sebelah nak bagi jawapan juga. Akupun apa lagi. Silalah.

Khamis pula aku ada peperiksaan KeKeluargaan Islam. Hm.. yang ini secara jujurnya aku tak baca.Dari pagi sampai tengahari aku tidur, nak baca macam mana. Pandai tak aku? Semua ikut logik akal je. Tapi ada sekali tu lecturer keluar, satu kelas berbincang. Kelakar betul. Tak proper langsung. Tapi tak apalah, dah lepas pun.

Aku bersyukur, Jumaat tu balik. Tetapi…

Hari Ahad hari tu ada ziarah KnL. Aduh.. parah betul. UiTM memang dalam bahaya sebenarnya. Hehe! Bila jumpa Mia, dia beritahu laporan banyak tak siap lagi. So, hari ini aku melepakkan diri dekat ofis abah buat 2 laporan yang Mia tak sempat nak buat tu. Memang penat juga aku nak fikir apa nak di tulis. Sebenarnya ni first time aku buat laporan. Hehe! Mana pernah buat laporan sebelum ni. Setiausaha ada 2 orang, cukuplah tu. Tapi sekarang ni Mia sangat sibuk, Sob dah buat laporan sebelum ni, Dayah ke mana aku tak tahu, Yana pun sibuk (sama macam Mia), Kak Odah sibuk, jadi aku kesiankan Mia aku kata oklah aku buatkan. Dah settle semua.

Alhamdulillah, tak ada apa yang perlu di fikirkan lagi. Cuma…

Final aku start 22 Oktober!

Sekian, selamat menghadapi puasa yang tak lama lagi bertukar kepada Raya pula. Bagi yang nak balik kampung macam aku, berhati-hati di jalan raya. Perjalanan yang jauh, lebih baik bawa spare driver. Takut mengantuk. Macam family aku ada 3 drivers tak termasuk aku, aku tak pandai memadu.

Segala silap dan salah, minta maaf.