Salam alaik.
It has been ages since the last update. Huhu. I’ve been bz lately. That’s all, thank you.
Andai setiap bilik di UiTM itu disediakan wireless yang kuat, sudah tentu aku manfaatkan sepenuhnya. Tapi, apakan daya, ada hotspot pun bagai angin yang terasa dinginnya tetapi hanya sementara. Bila panas menjengah, angin merajuk tak boleh nak dipujuk. Begitulah connection yang berlaku di sana. Sekali merajuk, susah betul nak pujuk semula. Macam super saver jugalah.
Satu - Kelab
Dalam kekalutan jawatan yang di sandang, sempat jugalah aku pulang ke rumah untuk sekian kalinya. Entahlah, nak cerita apa pun aku tak tahu. Balik rumah pun fikiran masih dekat UiTM di hatiku. Hukhukhuk.. program mukhaiyam Ramadhan ni macam tak settle lagi. Kalau ikutkan memang dah setel. Tetapi memandangkan aku risaukan bajet yang terlampau sedikit yang kitorang ada membuatkan aku fikir banyak kali untuk terima tawaran RM70 seorang untuk 2 hari kot? Bayangkanlah, RM70×60 orang. Jumlah RM4200. Mana nak cari kawan? Peruntukan yang UiTM akan bagipun belum tentu cecah RM1000 tau! Memanglah kalau ikutkan berbaloi, tapi kita boleh fikir alternatif lain kan? Tak perlu minta dia handle semua benda. Why not kita bagi yang mana kita tak boleh handle, dan kita manfaatkan yang mana kita sendiri boleh handle. Sebab tu aku minta buat meeting dulu. Fikir dulu. Mana nak cari duit? Duit derma Palestin pun tak sampai RM1,000 tau.

Tengah meeting
Dalam pening-pening aku berfikir pun, masih boleh senyum =) macam dalam gambar. Hehe!
“Di mana ada saya, di situ ada diari saya”

Kata Diary, mentang-mentanglah laptop malas nak di bawa ke sana ke mari, akulah jadi mangsa ke sana ke sini kan? Hukhukhuk.. Diary itu sangat penting dalam hidup aku. Bukan isinya, bukan kecantikannya, bukan keunikannya, tetapi tarikh-tarikh penting yang aku kadang-kadang terlupa sangat mudah. Bila Diary tak dirujuk berhari-hari, rasa semacam je. Anda juga perlu ada diary, atau organizer untuk permudahkan urusan.
Dua - Study
Itu kisah diri kerdil ini sebagai AJK sebuah kelab di kampus. Kali ini kisah insan kecil ini sebagai pelajar di kampus pula. Memang kesibukan menghadkan masa untuk belajar. Dah tak ada banyak masa untuk belajar. Semuanya bergantung kepada kelas semata-mata. Kalau dulu pun sama (cuma banyak masa nak tidur), tapi sekurang-kurangnya letih dulu masih boleh cover. This sem, letih susah nak cover. Dulu, takda banyak commitment. Sekarang, commitment sangatlah banyak. Tiap minggu ada je masa nak keluar. Hehe. Ada je nak mengunjung ’saudara-mara’ di Melaka. Manalah tak penat. Tapi itu semua tak penting. Yang penting, bila kita gigih hadapi semua tu, insyaallah urusan kita akan dipermudahkan. Alhamdulillah, so far penat camana sekalipun aku tak pernah menyalahkan takdir, dan tak pula aku membelakangkan hakikat. Dari sudut kerohanian juga, aku cuba tidak abaikan. Memang penat, sangat penat. Tapi, nilai setitik peluh untuk mendapatkan sebaris ilmu Allah itu lebih berharga dari segalanya.


Sha kata, kau kena banyak berehat. Kau terlalu sibukkan persatuan, sampaikan tak ada masa untuk benda lain.
Mungkin orang lain tak faham, persatuan aku itu untuk apa. Betul tak? Kalau persatuan biasa-biasa, kosong, tak bermaknanya aku nak bermati-matian untuk itu. Tapi persatuan aku ni, bukan bergerak hanya ketika aku berada di dalam kampus sahaja, tetapi di luar kampus juga tetap berjalan. Bahkan sebelum aku mengenali UiTM di hatiku ini pun aku sudahpun bergerak di bawah naungan persatuan. Cuma, mungkin namanya berbeza.
Ya, sejak belakangan ni juga aku selalu berselisih dengan Sha. Masing-masing asyik nak tinggikan suara je. Tapi dia tetap kawan aku dunia dan akhirat. Aku cuma tak dapat beri sepenuh masa dekat dia. Sekurang-kurangnya, rumet dia menjadi teman sewaktu sunyi. Memang banyak cerita tersembunyi jauh di lubuk hati dia, tapi siapalah aku nak korek semua tu. Biarlah hati dia lembut sendiri untuk berkongsi. Aku disini, sebagai pendengar.
Tiga - Muhasabah

Kredit: Senikehidupan.com
Apa yang penting sekarang ni, setiap mehnah itu ada hikmahnya. Dan setiap hikmah itu penuh dengan ganjarannya. Tak kira apa yang aku lalui, bakal lalui, semua yang telah termaktub dalam hidup aku, sabar itu perlu. Teguh itu perlu. Dan seterusnya sentiasa tegar di jalan-Nya.
Aku yang pilih jalan ini. Aku yang akan bertanggunjawab. Aku yang akan merasa payahnya. Dan aku tidak akan sekali-kali menyesal. Aku percaya, Tuhan tak akan sia-siakan apa yang aku buat selama ni. Insyaallah.
Empat - Scrabble

Sem lepas, B4 pernah di nobatkan sebagai juara pertandingan Scrabble. Aku adalah salah seorang pesertanya. Sem ini, sekali lagi kami berjaya mendapat tempat pertama juga. Em.. dan aku di nobatkan sebagai peserta TERbaik. (haha! - riak kejap). Dah baik dah. Kebetulan je. Aku pun tak sangka. Jadi aku berjaya bolot 2 cenderamata. Tetapi, satu aku hadiahkan pada Miss DD, lecturer english kami yang banyak bagi support masa pertandingan berlangsung. Dahlah dia bayarkan pula tu. Memang seronoklah dia ada bersama. Last sem langsung hampeh, takda siapa pun nak datang support. Thanks pada semua yang datang support.
[Aku rasa susunannya dah berterabur. Tiba-tiba ada 'BOLA' pula. Setahu aku, aku letak 'BOLD' dekat situ.]

From left: Nad, Miss DD, Amy, Kay, Liza, Fifi, Wanie (tengah kira markah), Anis & Au
Peserta: Amy, Kay, Anis & Au
Peserta Lama: Kay, Au, Fid (absent) & Dilla (gone)
Niat aku sem ni nak bagi orang lain. Memandangkan diorang nak aku masuk juga, so aku masuklah. Ok? Aku bukan nak mencapap dekat situ suka-suka je. Tetapi, aku di jemput. Sebagai class rap kelas english, tugas aku cari orang. Tiba-tiba kurang seorang, dan aku menyibuk memenuhkan ruang. Itu je. Sekian.
Lima - Kucing Saya
Akhir sekali, aku nak cerita pasal kucing saya. Hehe! Bukan kucing aku, tapi kucing liar sebenarnya. Dia suka lepak dekat belakang rumah. Aku pula suka melayan dia yang comel sangat itu. Walau macamana sekalipun, dia tak dapat menghilangkan rasa rindu aku pada Mimi, kucing pertama dan terakhir aku. Memang sadis bila mengenangkan saat perpisahan kami. Sampai nangis-nangis aku. Nak buat macam mana, takdir memisahkan kami begitu. Ada gambar dia, mana entah.


Kucing saya berumur dalam 9 bulan macam tu. Balik-balik dari UK je kucing ni dah wujud. Masa tu mungkin baru lahir beberapa hari atau minggu kot. Yang pasti bulunya sangat comel. Di sebabkan bulunya berwarna oren, aku pun panggilah dia OREN. Oren sangat penakut. Macam abang dia yang berbadan besar itu tapi penakut gila. Oren tak manja. Tak best main dengan dia. Oren tak suka masuk rumah. Bawa je masuk dia gelabah. Sebab dia kucing liar. Dari kecil tak di biasakan duduk dalam rumah, dah besar jadi kekok.
Mimi juga yang best. Pernah main kejar-kejar lagi dengan dia dalam rumah. Rindunya dekat MIMI!!
Oklah, itu saja untuk hari ini. Selamat Berpuasa buat semua kaum Muslimin yang di rahmati Allah. Moga, bulan yang mulia ini kita hiasi dengan amal-amal ibadah untuk meningkatkan lagi pahala dan mengurangkan dosa-dosa silam sekali gus mencari redha Allah taala.
Syaitan sudah TERgari, maka siapakah yang melakukan kejahatan di bulan Ramadhan?
[Esok balik kampus. Tak bestnya!!]